Friday, October 9, 2009

PRK Bagan Pinang: Mana MARTEK?

Waktu terus berjalan dan semakin menghampiri hari pengundian di Bagan Pinang. Satu persoalan yang masih tidak terungkai ialah dimanakah MARTEK atau Markas Tektikal PDRM seperti yang kita lihat banyak dibina khemah mereka bertaburan di PRK Kuala Terengganu dan PRK Bukit Gantang?


Berjuta-juta ringgit duit rakyat dibelanjakan oleh PDRM menanggung makan minum para anggota polis serta menyediakan prasarana canggih sesebuah kem sementara MARTEK. Tapi kenapa di Bagan Pinang masih belum ada sebarang berita atau laporan tentang MARTEK?

Apakah MARTEK ditempatkan dalam hutan kelapa sawit berdekatan? Atau KDN sudah kehabisan bajet untuk dibazirkan oleh MARTEK?

Dengan kemusykilan ini sesuatu anggapan buruk bermain dalam kepala aku. Yakni PDRM mempunyai agenda bersama selaras dengan kehendak pemimpin Umno supaya membiarkan samseng Umno bermaharajalela di Bagan Pinang.

Jika di PRK Kuala Terengganu dan PRK Bukit Gantang kita melihat setiap 10m tanah mesti dipersiap sediakan anggota polis menjalankan tugas menjaga keamanan dan ketenteraman. Berbanding di Bagan Pinang pula, polis gagal membendung kegiatan sawan babi samseng Umno menggeledah dan membantai para petugas Pas/PR meskipun polis menyatakan bahawa anggota mereka ada ditempatkan disegenap pelusuk kawasan.

Jelaslah bahawa selama ini bila berdepan dengan pembangkang yang kuat maka pihak polis raja di Malaysia bersandiwara menjaga ketenteraman walhal kehadiran mereka sebenarnya menggertak para pengundi agar gerun untuk keluar mengundi.

Manakala bila berdepan dengan samseng Umno yang ganas maka polis raja di Malaysia akan membiarkan para samseng keparat ini mengambil alih tugas melaksanakan kerja-kerja kotor Umno. Polis sekadar melihat dan menunggu konon sehingga laporan dibuat.

Polis. Insaflah.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET