Sunday, October 11, 2009

Isa Samad Kebal

Tangisan Isa tidak sia-sia. Ada sahabat Umno dari Nogori menceritakan Isa menangis kerana dicalonkan. Dia menolak pencalonan. Mulut kata taknak tapi hati siapa tahu? Menolak untuk meraih simpati mungkin. Tapi Isa terpaksa dan dipaksa asbab tiada calon yang ahli dan layak untuk mengisinya.


Meskipun Isa rasuah tapi dia berjurus dari segi 'relation' dan 'personal value' dikalangan non-Melayu. Isa menangis bukan kerana takut kalah, tapi kerana faktor seniority. Dia kebal. Dia kental. Dia seorang 'jurujual' yang bagus untuk produk tamat tempoh. Hingga Pas/PR gagal menggoyahkan serta mengurangkan jumlah undian pada Umno. Satu pertanyaan, selepas menang malam ni apa kedudukan Isa Samad?

Sebagai seorang bekas No.1 Nogori selama lebih 20 tahun dan menjulang naik sebagai Naib Presiden Umno tetapi dikait luruh oleh Khairy jatuh senyap dalam lubang jamban. Apakah Isa rela diperintah oleh bekas 'anak buah'nya dulu dalam hirarki DUN Nogori? Bila ditanya Mad Hassan apakah Isa akan dilantik sebagai Exco? Katanya tunggu menang dulu.

Diharap Mad Hassan tunaikan janji. Bukan sekadar lihat dan tunggu. Tapi sudah difikirkan sekarang apa jawatan yang sesuai untuk Isa bagi memperkukuhkan ruang Umno Nogori yang dikatakan retak.

Mad Hassan juga perlu bijak merangkan pelan sempadan keterbatasan Isa kerana beliau masih kuat pengaruh. Silap haribulan rentak Mad Hassan pasti capik, dipalu pula oleh gendang Isa.

Tapi kata sahabat Umno ni lagi bahawa target utama Isa ialah mengnyahkan Khairy. Aku tanya sahabat ni kenapa dia membenci sangat Khairy sedangkan dia juga Umno. Katanya yang sebenarnya Khairy tiada dalam kamus Umno. Cuma dia mendapat simpati dari aura PakLah semata. Sebab tu sahabat ni nak sangat supaya sistem kuota pemilihan Umno dihapuskan.

Beliau berdoa supaya dalam perhimpunan agung Umno akhir bulan ini akan mendapat persetujuan semua perwakilan untuk menghapuskan sistem kuota maka senanglah untuk menghapuskan Khairy.

Pasti kemenangan Isa telah dimuat padat dengan agenda untuk mengambil alih pucuk pimpinan Umno Nogori daripada Mad Hassan. Tak terkecuali Khairy akan dipastikan lenyap. Antaranya kemungkinan Khairy tidak lagi dicalonkan dalam PRU-13 nanti.

Bravo Isa. Brava Rasuah.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

There was an error in this gadget

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET