Friday, October 30, 2009

Umno Masih Menagih Kasih UG

Di luar kelompok Pas tetap kedengaran laungan dari 'orang gila talak' memanggil-manggil 'teman'nya dari aliran bervisi UG. Asbab tidak tertahankan seruan dan rayuan dari teman diluar itulah maka bergetar-getar jiwa dua-tiga orang dalam Pas cuba menyahut panggilan itu. Meskipun 'hubungan sulit' itu sehabis tektik cuba diselindungkan namun Allah Maha Kuasa, Maha Melihat, Maha Mengetahui.

Kocakan di air tenang itu disedari oleh TokGuru berkat pengalaman dari beberapa insiden hampir serupa yang pernah beliau alami. Lalu TokGuru cuba memperbaiki kelemahan itu kerana tanpa pengawasan awal, kudis yang mulanya gatal cuma lama kelamaan pasti akan menjadi busung teramat busuk serta menyakitkan jika tiada rawatan awal.

Tetapi dari riak awal Mesyuarat Khas dua malam lepas, ramai berpendapat Pas belum menemui titik penyelesaian. Para pimpinan Pas akan mencari kata putus di dalam Seminar yang dijadualkan akan dilangsung pada bulan Disember nanti.

Apa pun Umno tentu terusan membangkitkan isu UG pada setiap ketika demi melengkapkan matlamat mereka memecahbelahkan perpaduan di dalam Pas. Umno/BN berjaya memporak perandakan parti-parti gabungan Pakatan Rakyat. Mereka memainkan isu perkauman terhadap DAP, memfitnah de'facto PKR selain mengumpan YB-YB tertentu dari PKR dan DAP dengan bayaran lumayan supaya berpaling kepada Umno/BN.

Malangnya bagi Pas walau Pas boleh mengekang perkara-perkara bersangkutan dengan rasuah tetapi Pas kalah bila dilayangkan isu kaum @ melayu. Berdegar diperingatkan kepada para penyokong bahawa Pas adalah perjuangan yang berlandaskan Islam syumul tetapi pemimpin sendiri ada yang berbudayakan assobiyah yakni kemelayuan.

Umno bijak menanam tebu ditepi bibir menyebabkan banyak semut cuba menghampirinya. Tapi semut tak pernah serik. Semut lupa pada ungkapan mati semut kerana gula.

Masih ada berharap Pas-UMNO bergabung

KUALA LUMPUR - Walaupun Pas sudah menutup pintunya untuk bekerjasama dan membentuk Kerajaan Perpaduan dengan UMNO, masih ada suara yang berharap dua parti Melayu itu mencari persamaan dan berdamai atas dasar agama dan silaturrahim.

Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) mahu Pas menamatkan pakatannya dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP kerana dikatakan tidak sesuai dengan parti berteraskan Islam itu, katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2009.

“PKR ini parti koboi, Pas tidak sesuai dengan dia. DAP pula memang ‘tidak boleh tidur satu selimut’ dengan Pas.

“UMNO kita sebangsa, seagama, senadi, sekiblat, semengucap...rapat...kita carilah persamaan, jangan kita cari perbezaan. Atas sifat sillaturrahim mari kita berdamai,” katanya.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

There was an error in this gadget

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET