Thursday, October 29, 2009

3R

Ini bukan nak bicara tentang sitkom Remaja 3R terbitan anak Mahathir si Marina tu. 3R tu tak boleh nak dibicarakan kat sini pasal tengok pada cara 3 pengacara taraf mak orang tu berpakaian, fuhh memang dahsyat, satu level dengan bohsia. Dah lah tu kekadang isu yang diperbincangkan terutamanya mengenai isu-isu remaja dan sosial langsung tidak menepati atau merujuk kepada hukum agama malah lebih mengambilkira pandangan individu. Kalau 3R bincang perihal keluar ketat, tiada dirujuknya pada ustaz tapi ditanya pada sipemakai seluar ketat. Tak patut.


3R di Gelombang Hijau nak sentuh tentang 3 perkara yang amat teramat sinonim dengan Umno iaitu Rasuah, Runtuh dan Rugi.

Rasuah. Budak Pasti pun tau Umno parti rasuah. Mentaliti melayu hidup nak senang, belajar ponteng kelas, kerja malas. Cara mudah baham duit jalan belakang. Itu cara melayu Umno. Pencacai Umno diberi 50 hinggit kemain suka bersorak melompat macam kera. Disuap 300 hinggit setahun lagak macam nak sembah Najib. Takyah tengok jauh-jauh cuma kita ambil iktibar dari PRK Bagan Pinang. Umno pertaruhkan Ikon Rasuah. Pencacai BN tetap sokong juga cium tangan lagi.

Runtuh. Fuhh banyak sangatlah mercutanda dan mercu takde tanda yang runtuh. Retro; siling makmal sekolah runtuh, tiang menara telekomunikasi runtuh, atap masjid runtuh, terkini stadium 200 juta runtuh... paling penting Umno bakal runtuh.

Rugi. Baca kat bawah ni.

Apa Sudah Jadi Dengan ’Sutratani’ ?


http://www.buletinonline.net/images/stories/Berita12/sutratani4.jpgSETIU – Belum pun dua tahun berlalu; Program Skim Untuk Untuk Kesejahteraan Petani (Sutratani) di Kampung Telaga Papan, Setiu, di sini, menjadi kawasan terbiar, begitu sahaja!

Pada 18 November, 2007, Bekas Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi telah merasmikan program tersebut yang menjadi satu program di gembar-gemburkan sebagai ’pemoden sektor pertanian’ dinegeri ini.

Abdullah dalam ucapannya telah menyindir dengan berkata, ’ Islam tidak mahu umatnya hidup dalam kemiskinan, sebaliknya mengajak umat berusaha bersungguh-sungguh dan jangan dibiarkan minda mereka diracuni.

Kononnya mengingatkan rakyat supaya menghapuskan racun minda yang boleh membantutkan setiap usaha baik yang dilakukan.

Bekas Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Idris Jusoh berbangga sambil berkata teknologi dari Belanda menjadi pilihan Kerajaan Negeri untuk memodenkan bidang pertanian.

Kata Idris lagi, Sutratani adalah usaha kerajaan membasmi kemiskinan menggunakan teknologi tinggi terutama dalam bidang pertanian menjadi fokus utama dan berterusan.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

There was an error in this gadget

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET