Saturday, October 31, 2009

DAP Cari Keahlian Dari Kalangan Ustaz?

Khabar angin yang tidak baik dari mulut pemfitnah Umno berkenaan situasi PR di Perak. Rupanya dalam diam ubi fitnah sedahsyat ini yang Umno sebarkan dikalangan mereka dan ahli atas pagar. Ketandusan modal benor juak-juak Zambry Kunte ni.


Diberitakan bahawa DAP sedang giat melaksanakan missi untuk memenangi hati para ustaz dan ugamawan Perak pula agar menyertai DAP sebagai langkah jangkapanjang untuk menguasai politik Perak.

Wawasan DAP ialah akan melantik calon-calon mereka dari kalangan ugamawan dalam PRU-13 nanti. Perhitungannya adalah jika PR memenangi politik Perak dan DAP menguasai kerusi Dewan maka Melayu atau ugamawan dari DAP akan dilantik sebagai Menteri Besar sepertimana termaktub dalam undang-undang tubuh negeri.

Sekiranya kita mengguna pakai idea langsung dari kepala para pemikir UG fraksi Umno dalam Pas maka konsep assobiyah teramat munasabah dan bertepatan. Ia itu apa yang perlu orang Melayu buat supaya kuasa politik kekal ditangan parti melayu Islam ialah dengan 'twist' atau menyokong Pas 100% sebagai opsyen baru wadah Melayu.

Nak tanak itu sahaja langkah terbaik untuk mengekang non-melayu/non-muslim dari memegang tampuk menguasai politik negeri dan negara. Kerana majoriti rakyat telah melihat Umno sebagai sebuah wadah melayu kuno dan reput. Inilah mungkin perkara pokok yang menjadi iaguan melayu Umno bersama-sama melayu fraksi Umno.

Bagaimana dengan kita? Tepuk dada tanya iman!

Pulih Dari Koma


Alhamdulillah TKO sedar dari koma.

Masih dalam proses pemulihan. Berdoalah semoga ia kembali gagah mengungguli persada.

Layari Tranungkite Online di www.tranungkite.net/V10/

Friday, October 30, 2009

Kosmo Lahabau: Pas MESTI Saman

Jangan.. Jangan Pas.. Jangan dok saman.. mesti saman Kosmo lahabau ni. Dasar lidah syaitan penjilat bontot Umno. Lain kali Kosmo studi betul-betul sebelum nak ampu majikan kamu tu. Sesedap kepale hotak berjambul je korang nak tuduh orang sesat. Islam hadhari tu takde pulak Kosmo ulaskan kesesatannya. Memang Kosmo barwa Umno top 5.

Alang-alang Pas nak saman biarlah kow-kow. Paling koman pun 10 juta hinggit pasal Kosmo terlampau memainkan isu maruah dan agama penganut Islam. Itu pun rasanya tak padan.

Sekurang-kurangnya sebahagian wang tu boleh lah dialirkan ke Tabung GMI bagi menampung keperitan hidup keluarga mangsa-mangsa ISA.

PAS Mohon Kosmo Tarik Balik Artikel Peristiwa Memali

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Parti Islam seMalaysia (PAS) hari ini mendesak supaya akhbar Kosmo menarik balik artikel yang bertajuk 'Jangan Pandang Rendah Ajaran Sesat' yang disiarkan semalam (26 Okt) yang mengaitkan Peristiwa Memali dengan ajaran sesat.

Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat Kamaruzaman Mohamad dalam kenyataannya amat kesal dengan artikel tersebut yang jelas berunsur fitnah yang melampau dan berniat jahat terhadap PAS.

"Tulisan tersebut jelas bertujuan menghasut dengan niat menanam kebencian terhadap perjuangan PAS kepada masyarakat umum," katanya.

PAS juga, katanya mahu Kosmo memohon maaf secara terbuka kepada keluarga dan waris yang terlibat dengan Peristiwa Memali serta parti itu.

Kamaruzaman berkata PAS akan mempertimbangkan tindakan undang-undang sekiranya akhbar itu gagal menarik balik artikel berkenaan dan memohon maaf secara terbuka.

-- BERNAMA

Umno Masih Menagih Kasih UG

Di luar kelompok Pas tetap kedengaran laungan dari 'orang gila talak' memanggil-manggil 'teman'nya dari aliran bervisi UG. Asbab tidak tertahankan seruan dan rayuan dari teman diluar itulah maka bergetar-getar jiwa dua-tiga orang dalam Pas cuba menyahut panggilan itu. Meskipun 'hubungan sulit' itu sehabis tektik cuba diselindungkan namun Allah Maha Kuasa, Maha Melihat, Maha Mengetahui.

Kocakan di air tenang itu disedari oleh TokGuru berkat pengalaman dari beberapa insiden hampir serupa yang pernah beliau alami. Lalu TokGuru cuba memperbaiki kelemahan itu kerana tanpa pengawasan awal, kudis yang mulanya gatal cuma lama kelamaan pasti akan menjadi busung teramat busuk serta menyakitkan jika tiada rawatan awal.

Tetapi dari riak awal Mesyuarat Khas dua malam lepas, ramai berpendapat Pas belum menemui titik penyelesaian. Para pimpinan Pas akan mencari kata putus di dalam Seminar yang dijadualkan akan dilangsung pada bulan Disember nanti.

Apa pun Umno tentu terusan membangkitkan isu UG pada setiap ketika demi melengkapkan matlamat mereka memecahbelahkan perpaduan di dalam Pas. Umno/BN berjaya memporak perandakan parti-parti gabungan Pakatan Rakyat. Mereka memainkan isu perkauman terhadap DAP, memfitnah de'facto PKR selain mengumpan YB-YB tertentu dari PKR dan DAP dengan bayaran lumayan supaya berpaling kepada Umno/BN.

Malangnya bagi Pas walau Pas boleh mengekang perkara-perkara bersangkutan dengan rasuah tetapi Pas kalah bila dilayangkan isu kaum @ melayu. Berdegar diperingatkan kepada para penyokong bahawa Pas adalah perjuangan yang berlandaskan Islam syumul tetapi pemimpin sendiri ada yang berbudayakan assobiyah yakni kemelayuan.

Umno bijak menanam tebu ditepi bibir menyebabkan banyak semut cuba menghampirinya. Tapi semut tak pernah serik. Semut lupa pada ungkapan mati semut kerana gula.

Masih ada berharap Pas-UMNO bergabung

KUALA LUMPUR - Walaupun Pas sudah menutup pintunya untuk bekerjasama dan membentuk Kerajaan Perpaduan dengan UMNO, masih ada suara yang berharap dua parti Melayu itu mencari persamaan dan berdamai atas dasar agama dan silaturrahim.

Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) mahu Pas menamatkan pakatannya dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP kerana dikatakan tidak sesuai dengan parti berteraskan Islam itu, katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2009.

“PKR ini parti koboi, Pas tidak sesuai dengan dia. DAP pula memang ‘tidak boleh tidur satu selimut’ dengan Pas.

“UMNO kita sebangsa, seagama, senadi, sekiblat, semengucap...rapat...kita carilah persamaan, jangan kita cari perbezaan. Atas sifat sillaturrahim mari kita berdamai,” katanya.

Sepakat Sekata

21 surau tolak kafe siber, pusat judi, arak

KOTA DAMANSARA – Wakil daripada 21 surau di bawah naungan masjid Kota Damansara menolak kewujudan kafe siber yang tidak berlesen atau beroperasi 24 jam, pusat siber judi dan kedai menjual arak sekitar Kota Damansara kerana dilihat menjadi penyumbang besar kepada gejala maksiat dan keruntuhan akhlak muda-mudi di sini.

Dalam persidangan meja bulat yang diadakan, mereka minta diadakan satu perbincangan bersama pihak berwajib berhubung masalah yang dilihat semakin meruncing yang menular di Kota Damansara.

Dalam mesyuarat yang berlangsung selama dua jam itu, pelbagai perkara dibincangkan termasuklah isu kafe siber yang dibuka 24 jam, kedai menjual arak, pusat snooker @ pusat siber judi yang dilihat menjadi penyumbang kepada gejala maksiat dan keruntuhan akhlak muda mudi di sini.

Ahli jawatankuasa Surau Al- Falah, Ramlee Othman berkata, melalui pemantauan yang dibuat, remaja kini lebih cenderung untuk melepak di kafe siber hingga larut pagi.

Menurutnya, budaya itu kini menjadi ‘trend’ apabila pemilik kafe siber ini cenderung mengaut keuntungan apabila beroperasi 24 jam.

“Setahu saya, tidak ada lesen yang dikeluarkan oleh PBT membolehkan kafe siber ini beroperasi selama 24 jam, begitu juga dengan pusat snooker @pusat siber judi yang secara terang-terangan beroperasi,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Surau Al- Mubarak Apartment Dahlia Seksyen 7, Mohd Hassan berkata, mereka juga mahu kedai 24 jam yang beroperasi di sebelah sebuah kafe siber di Seksyen 8 menghentikan penjualan arak.

“Remaja Islam yang datang ke kafe siber sering dilihat melepak sambil minum arak yang dibeli dari kedai 24 itu,” katanya.

Selain itu beliau mencadangkan agar operasi Uptown D’Kota dihadkan kepada jam 12.00 malam setiap hari kerana didakwa menjadi tempat tumpuan remaja bawah umur melepak dan membuang masa.

Pengerusi Surau As- Salam Sekysen 4, Mohd Azmi Mustapha berkata, pihaknya mahu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bertindak tegas bukan setakat mengeluarkan kompaun ataupun menyita barangan tetapi memastikan premis itu tidak beroperasi lagi.-sinar harian

Thursday, October 29, 2009

3R

Ini bukan nak bicara tentang sitkom Remaja 3R terbitan anak Mahathir si Marina tu. 3R tu tak boleh nak dibicarakan kat sini pasal tengok pada cara 3 pengacara taraf mak orang tu berpakaian, fuhh memang dahsyat, satu level dengan bohsia. Dah lah tu kekadang isu yang diperbincangkan terutamanya mengenai isu-isu remaja dan sosial langsung tidak menepati atau merujuk kepada hukum agama malah lebih mengambilkira pandangan individu. Kalau 3R bincang perihal keluar ketat, tiada dirujuknya pada ustaz tapi ditanya pada sipemakai seluar ketat. Tak patut.


3R di Gelombang Hijau nak sentuh tentang 3 perkara yang amat teramat sinonim dengan Umno iaitu Rasuah, Runtuh dan Rugi.

Rasuah. Budak Pasti pun tau Umno parti rasuah. Mentaliti melayu hidup nak senang, belajar ponteng kelas, kerja malas. Cara mudah baham duit jalan belakang. Itu cara melayu Umno. Pencacai Umno diberi 50 hinggit kemain suka bersorak melompat macam kera. Disuap 300 hinggit setahun lagak macam nak sembah Najib. Takyah tengok jauh-jauh cuma kita ambil iktibar dari PRK Bagan Pinang. Umno pertaruhkan Ikon Rasuah. Pencacai BN tetap sokong juga cium tangan lagi.

Runtuh. Fuhh banyak sangatlah mercutanda dan mercu takde tanda yang runtuh. Retro; siling makmal sekolah runtuh, tiang menara telekomunikasi runtuh, atap masjid runtuh, terkini stadium 200 juta runtuh... paling penting Umno bakal runtuh.

Rugi. Baca kat bawah ni.

Apa Sudah Jadi Dengan ’Sutratani’ ?


http://www.buletinonline.net/images/stories/Berita12/sutratani4.jpgSETIU – Belum pun dua tahun berlalu; Program Skim Untuk Untuk Kesejahteraan Petani (Sutratani) di Kampung Telaga Papan, Setiu, di sini, menjadi kawasan terbiar, begitu sahaja!

Pada 18 November, 2007, Bekas Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi telah merasmikan program tersebut yang menjadi satu program di gembar-gemburkan sebagai ’pemoden sektor pertanian’ dinegeri ini.

Abdullah dalam ucapannya telah menyindir dengan berkata, ’ Islam tidak mahu umatnya hidup dalam kemiskinan, sebaliknya mengajak umat berusaha bersungguh-sungguh dan jangan dibiarkan minda mereka diracuni.

Kononnya mengingatkan rakyat supaya menghapuskan racun minda yang boleh membantutkan setiap usaha baik yang dilakukan.

Bekas Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Idris Jusoh berbangga sambil berkata teknologi dari Belanda menjadi pilihan Kerajaan Negeri untuk memodenkan bidang pertanian.

Kata Idris lagi, Sutratani adalah usaha kerajaan membasmi kemiskinan menggunakan teknologi tinggi terutama dalam bidang pertanian menjadi fokus utama dan berterusan.

BN Yang Goncang Tapi PR Goyah?

Mungkin ditakdirkan Tuhan sebegitu. Pelik wal hairan. Bila BN bermasaalah dilanda huru-hara kenapa mesti PR ikut sama merana? Mengapa tidak BN sahaja kelopongan menangani kehancuran barisan mereka. Dalam keadaan selesa bagi PR mendepani persoalan rakyat tentang kesediaan dan keupayaan PR membentuk sebuah kerajaan berwibawa, sebuah kerajaan berkebajikan, sebuah kerajaan prihatin, tiba-tiba PR juga terkena tempias aura reput BN.


Mengapa ketenangan serta keukhwahan Pas tetiba tergugat hasil keras mulut segelintir pimpinan atasan Pas sendiri? Mengapa mereka bertindak sedemikian? Masihkah si'mastermind' pertemuan dalam kelambu isu UG dulu aktif lagi? Apakah beliau terusan menyucuk pimpinan Pas yang cenderung kepada UG melakukan itu dan ini demi mengekalkan rejim Umno? Banyak lagi persoalan yang tiada upaya aku utarakan di sini.

Masalah PKR pulak malas aku nak ulas. Pandai-pandai la.

Wednesday, October 28, 2009

Dadah Untuk Budak Sekolah

Lagi info melalui email diterima dari kenalan. Aku paste kan kat sini kerana ia suatu maklumat yang amat berguna. Para pengeluar dadah dizaman moden ini semakin teruja untuk menciptakan produk mereka dalam bentuk dan citarasa yang pelbagai.

Sasaran mereka sekarang pula bukan sekadar berlegar dikalangan para penagih remaja dan dewasa malah mereka juga telah menghasilkan dadah untuk ditagih oleh para pelajar sekolah dan sudah tentunya yang sebaya anak-anak kita di sana.

Oleh itu perlulah kita berhati-hati dan senantiasa mengawasi apakah benda atau barang atau coklat yang dibawa pulang oleh anak kita. Membaca petikan di bawah ini diharapkan dapat mendorong kita agar jangan memandang mudah segala peringatan serta amaran yang sampai ke telinga dan minda kita.

New drug in Schools...




Please pass this on even if you do not have kids in school. Parents should know about this killer drug.

Grandparents, send it to your families and friends.

This is a new drug known as 'strawberry quick '.
There is a very scary thing going on in the schools right now that we all need to be aware of.

There is a type of crystal meth going around that looks like strawberry pop rocks (the candy that sizzles and 'pops' in your mouth). It also smells like strawberry and it is being handed out to kids in school yards. They are calling it strawberry meth or strawberry quick.

Kids are ingesting this thinking that it is candy and being rushed off to the hospital in dire condition. It also comes in chocolate, peanut butter, cola, cherry, grape and orange.

Please instruct your children not to accept candy from strangers and even not to accept candy that looks like this from a friend (who may have been given it and believed it is candy) and to take any that they may have to a teacher, principal, etc. immediately.


Kindly pass this email on to as many people as you can (even if they don't have kids) so that we can
raise awareness and hopefully prevent any tragedies from occurring.

Tuesday, October 27, 2009

Sakit Batu Karang


Tiada manusia yang impikan kesakitan atau penderitaan. Namun disebalik sesuatu samada yang baik atau buruk mesti ada hikmah disebaliknya. Dan aku mungkin takdirNya, ditimpakan ujian berupa penyakit batu karang. Kita sering diperingatkan tentang 'bersyukur dikala senang dan bersabar tatkala ditimpa kesusahan'. Kerana berkat kesabaran itu insyaAllah manusia akan dihapuskan dosa-dosa kecilnya oleh Allah.

Aku mungkin boleh dikategorikan sebagai penghidap batu karang tegar. Bertahun-tahun aku mengalami kerumitan ini. Dah berketui-ketui batu karang keluar dan aku ada simpan buat koleksi. Menurut seorang rakan juga doktor bahawa kesakitan batu karang ini boleh di'ranking'kan sebagai kesakitan no.2 selepas sakit beranak. Boleh tak dibayangkan itu betapa sakitnya bila batu karang merayap nak keluar, bila kencing air warna merah campur darah.

Tetapi sakit batu karang masih gagal menangani sakit batin tersiksa. Kalbu ku sakit bila mengenangkan kontroversi, fitnah, mehnah dan kegawatan maha tajam menikam yang melanda dalaman parti pada masa ini. Jika tubuh sakit, ubat aku telan tapi kalau jiwa sakit, haruskah aku renangi tujuh lautan? (jiwang la pulak...)

Tak reti nak cakap dah tentang perihal kegawatan dalam Pas. Lain blogger lain tafsiran dan pandangan. Ada yang pro tak kurang juga yang kontra terhadap permasaalahan berkenaan. Media lahanat Umno pulak saban hari siang malam 24 jam non-stop mencurahkan minyak petrol sehingga memarakkan lagi suasana.

Semoga konklusi mesyuarat khas nanti akan memberikan aku sedikit ketenangan.

Penyakit Batu Karang

Masalah dan Solusi Penyakit Batu Karang

Pengenalan : Batu Karang dalam Ginjal (Buah Pinggang)

Apa dia Batu karang dalam Ginjal?

Batu yang terdapat dalam ginjal atau lebih dikenali dengan "Buah Pinggang" terjadi dari tumbuhan kristal halus dari beberapa jenis kimia. Kimia yang paling lumrah adalah kalsium oxalat, kalsium pospat dan yang kurang dikenali ialah asid uric, cystine dan magnesiam pospat ammonia.

Saiz batu karang ini ada yang halus seperti pasir dan boleh jadi sebesar bola golf. Kebanyakkan batu tumbuh membesar dalam ginjal, kemudian bergerak ke bawah ke dalam saluran kencing dimana ianya menjadi bertambah besar.

Kesulitan akan timbul apabila batu-batu menjadi terlalu besar yang mengakibatkan ganguan kepada perjalanan aliran air kencing. Ini boleh membawa kepada penyakit dimana kuman-kuman akan merebak. Gangguan dan/ atau perebakan kuman itu akan mengakibatkan kerosakan ginjal, jika tidak diubati segera.

Adakah batu dalam ginjal penyakit biasa ?

Kejadian batu dalam ginjal ini adalah masalah biasa dalam saluran kencing. Adalah dianggarkan bahawa satu hingga lima peratus dari jumlah penduduk akan mengalami kejadian batu dalam ginjal ini pada sesuatu ketika dalam hidupnya.

Sesetengah orang mengalami kejadian batu karang hanya sekali, kemudian pulih dan tidak berulang lagi. Dalam kebanyakkan kes batu dalam ginjal adalah penyakit berpanjangan seumur hidup. Biasanya orang lelaki pertengahan umur lebih ramai yang mengidap penyakit ini dari kaum wanita.

Ada diantara penyakit batu karang ini disebabkan oleh zuriat keturunan. Jika terdapat sejarah kejadian penyakit ini di kalangan anda, mintalah nasihat daripada doktor anda.

Apakah tanda-tandanya ?

Batu dalam ginjal jarang-jarang menimbulkan masalah ketika ianya mula terjadi. Tetapi apabila batu-batu itu beralih atau bergerak di dalam ginjal atau di dalam saluran kencing, kesakitan yang amat sangat \akan dirasai dan pendarahan biasanya berlaku sehinggalah sesudah batu itu keluar.

Dalam sesetengah kes, batu itu tersekat menyebabkan kesakitan dan membahayakan apabila kuman itu merebak. Bila ini berlaku, tanda-tanda seperti berikut akan dirasai iaitu pedih ketika buang air kecil, rasa loya dan air kencing berbau busuk. Ini memerlukan rawatan perubatan yang segera.

Bagaimana batu dalam ginjal itu diubati ?

Pengubatan penyakit ini berbeza mengikut keadaan seseuatu kes itu. Jika batu-batu ini dapat keluar dengan spontan maka pengubatannya ialah dengan mengelakkannya dari berlaku lagi. Dalam hal ini pesakit akan disuruh minum air dengan banyak, sebanyak 3 liter sehari. Cara ini akan dapat membersihkan ginjal. Makanan pesakit juga akan diubahsuai bagi mengurangkan bahan kimia yang terdapat dalam badan pesakit. Apabila batu itu keluar, pesakit hendaklah menyimpannya untuk dibuat kajian. Kajian ini perlu untuk para doktor bagi menentukan sebab musabab terjadinya batu tersebut dan boleh pula membantu dalam rancangan pengubatan bagi mengelakkan berulang lagi penyakit ini.

Pengubatan telah berjaya didapati untuk menghancurkan batu asid uric dan systine. Dalam kes-kes yang lebih serius, apabila batu itu terlalu besar untuk keluar sendiri dan memudaratkan pesakit, suatu pembedahan adalah perlu.

Adalah penting diingatkan bahawa penyakit ginjal ini memerlukan pengubatan sepanjang hayat. Jika ianya tersekat dan perebakan kuman berlaku, maka ginjal atau buah pinggang tidak akan berfungsi lagi.

Monday, October 26, 2009

Tranungkite @ TKO Akan Kembali

Salam Perjuangan.
Berita gembira untuk pencinta TKO tetapi menjadi berita kecelakaan buat cybertroopers Umno dan bloggers Umno. TKO akan pulih dan kembali dalam sedikit masa lagi.

Maklumat dari sumber yang sahih bahawa TKO sedang menghampiri tempoh siap sepenuhnya setelah di bom oleh kerajaan dua bulan lalu. InsyaAllah jika takde aral melintang mungkin dalam seminggu lagi TKO akan membuat new comeback menurut sumber itu lagi.

Para cybertrooper blogger upahan Umno pasti segera mempersiapkan fail dengan bahan-bahan propaganda mereka manakala forumers pro-Pas/PR semestinya bersiap siaga dengan hujah dan fakta untuk menyanggah fitnah-fitnah mereka.

Jazakallah.

Sunday, October 25, 2009

Akhirnya Pas Ada Jalan Keluar

Syukur kita akhirnya pemimpin atasan Pas menemui langkah bijak menangani krisis yang kian meruncing gara-gara ulasan meluas oleh media haprak Umno. Mesyuarat khas Pas Pusat bagi menggantikan EGM sebagaimana cadangan TGNA melalui blog beliau tempohari dilihat dapat menghindarkan maklumat rahsia dan penting krisis dalaman Pas dari terbabas keluar dan dijadikan habuan istimewa oleh pihak lawan.

Pas juga dilihat tidak akan terikut-ikut dengan rentak parti lain yang bermasalah mengadakan EGM bagi meleraikan kemelut parti. Seolah EGM menjadi satu trend. Namun Pas ada jalan penyelesaiannya tersendiri yang lebih relevan melaui kaedah syura atau musyawarah.

Mesyuarat Khas PAS Pusat Ganti EGM - Salahuddin

KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- PAS tidak akan mengadakan Muktamar Agung Khas (EGM) seperti yang dicadangkan oleh Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini, sebaliknya hanya akan mengadakan mesyuarat khas PAS pusat bagi membincangkan isu parti.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub memberitahu Bernama hari ini bahawa isu mengadakan EGM sudah tidak berbangkit kerana Nik Abdul Aziz sendiri yang mencadangkan forum itu ditukar kepada mesyuarat khas.

Salahuddin berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya semasa beliau mengadakan pertemuan dengan Nik Abdul Aziz di kediaman Menteri Besar Kelantan itu di Kota Baharu malam Sabtu.

"EGM tidak berbangkit lagi. Semalam saya adakan pertemuan dengan Tok Guru (Nik Abdul Aziz) dan mendengar sendiri komen Tok Guru tentang PAS. PAS akan mengadakan mesyuarat khas PAS pusat dalam masa terdekat. Nik Aziz sendiri yang memberitahu saya ketika pertemuan di Kota Baharu semalam," katanya.

Jumaat lepas, Nik Abdul Aziz dalam blognya, www.bloktokguru.com mencadangkan supaya EGM diadakan bagi menukar 'dua tiga kerat' pemimpin parti itu yang bermasalah.

Tiga pemimpin yang dinamakan dalam blognya ialah Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali.

Ditanya sama ada pemimpin yang dikatakan "bermasalah" ada menghubungi beliau, Salahuddin berkata mereka hanya mendiamkan diri.

"Tidak seorang pun menghubungi saya sejak blog itu memaparkan (mengenai EGM)," katanya.

-- BERNAMA

Si Cerdik Yang Masih Di Perbodohkan

Terharu mengenangkan perselisihan yang berlaku dalam barisan kepimpinan kita. Wajar juga dengan keputusan TGNA untuk mengadakan EGM Pas bagi merungkai kakalutan dan kekusutan. Aku diantara seorang dari kalangan satu juta orang Pas ingin melihat Pas kembali berpadu kembali bersatu.


Mengenangkan ucapan Datuk Hassan Ali sejurus PR mengambil alih Selangor iaitu lebih 50 tahun rakyat diperbodohkan Umno, apakah orang Pas masih selesa dalam jajahan kebodohan itu? Oleh itu marilah kita segera bermuhasabah serta benar bertekad untuk keluar dari kepompong kebodohan itu.

Saturday, October 24, 2009

Tranungkite @ TKO Koma: Angkara Siapa?


Pejam celik dah lebih kurang dua bulan TKO koma tak celik-celik. Siapa punya kerja? Lahanat sungguh sifat dengki manusia tu. Apa salah TKO? Sekadar menyiarkan berita mutakhir dan telus ramai jugak yang marah pabila terkena atas batang hidung sendiri. Rasanya bukan hanya dari sebelah sana yang senang hati TKO koma malah segelintir dari dalam Pas pun gembira dengan status TKO kini.

Tepatlah dengan motto Maklumat Terkini Berita Sensasi, TKO menjadi tumpuan dengan puluhan ribu hits sehari. Maklumat statistik perayau web TKO pernah mencecah sebanyak 25,000 hits pada satu masa. Bayangkan kalau satu hari berapa juta hits.

Sebab itulah walau pada sesetengah orang baik dari Pas atau Umno yang buta memandang remeh keupayaan TKO. Malah mencebik TKO. Sedangkan disatu pihak yang senantiasa membuka mata dan celik minda selalu menginginkan TKO sebagai wadah maklumat terkini. TKO meskipun milik DPPKD tapi kadangkala artikel yang tersiar tidak memilih bulu. Itu antara sebab mengapa ada ramai yang anti-TKO.

Berbalik kepada isu TKO koma. Aku tertarik dengan kecaknaan oleh sahabat Blogger ahli TKO menyentuh mengenai perkembangan pembinaan TKO. Mungkin benar sumbernya mengatakan TKO sedang menuju ke tahap 70% pembaikpulihan. TKO memang tenat.

Pada saat mula TKO tumbang aku menyangkakan ia hasil kerja perahan idea jahat cybertrooper yang dibiayai kerja-kerja kotor mereka oleh kerajaan melalui agennya JASA. Umno terlalu senang mempergunakan dan menyalahgunakan hakmilik kerajaan. Kerja jahat Umno amat terancang. Sebab itu menepati ungkapan 'kerja jahat yang terancang akan menandingi kerja baik yang tidak tersusun".. gitulah lebih kurang.

Oleh: addin_77

"Menurut sumber di percayai Kementerian Penerangan mengupah ratusan lepasan graduan universiti bagi menyerang pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat menerusi pelbagai laman blog dalam cubaan membina semula kredibiliti UMNO BN yang semakin terhakis. Angkatan ini diletakkan di bawah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan dikatakan dibayar imbuhan kira-kira RM 3,000 sebulan bagi memantau dan menangkis segala dakwaan dan tuntutan yang dianggap menjejaskan krediliti BN, kata-kata sumber rapat dengan JASA.

Mereka diberi kemudahan komputer dan internet dan misi utama ialah menyerang pimpinan Pakatan Rakyat melalui blog yang kononnya dibangunkan mereka secara peribadi. Tidak dapat dipastikan sama ada pasukan itu turut di tugaskan untuk menggodam blog dan laman web pro Pakatan Rakyat yang menjadi wadah maklumat alternatif rakyat Malaysia masa kini. Penubuhan pasukan bloggers tersebut di lihat sebagai tindakan terdesak UMNO menggunakan jentera kerajaan untuk berdepan dengan keluhan rakyat terhadap UMNO BN di alam maya.

Pastu aku terfikir pulak setakat mana sangat keupayaan cybertrooper ni, baik sket dari aku je kot. Mereka pandai ke buat advance punya onar dengan melakukan 'injection' terus menggodam menjahanamkan database TKO? Kalau setakat buat onar sekadar 'flooded' kan TKO atau 'DDOS' kan TKO mungkin lah. Mereka pun bukan bijak sangat. Taraf budak hingusan mengganggu blog-blog atau web forum pembangkang dengan sumpah seranah maki hamun dan mencarut.

Perkara yang tidak terduga malah menggemparkan aku kemudian ialah menurut sumber tidak rasmi aku bahawa kerja-kerja penjahanaman TKO dilakukan oleh tangan dari Kementerian Dalam Negeri. Mungkin Admin TKO lebih tahu tapi maklumat itu dirahsiakan. Takpelah mintak izin dari Admin TKO aku nak royat kat sini.

Ingat tak dulu Samudin pernah 'sound' nak 'block' mana-mana blog atau web pembangkang yang dikatakannya banyak menaburkan berita fitnah. Tapi saranan itu mendapat tentangan dari ramai pihak termasuk para blogger pro-Umno sendiri. Kemudian isu itu senyap dan tenggelam.

Rupanya dalam duk diam tu, KDN yang bawah telunjuk beliau sekarang melakukan pemantauan 24 jam terhadap blog panas berapi yang tersenarai. Salah satunya pasti TKO masuk senarai. Oleh kerana itu bila berlaku sedikit kesilapan teknikal yang tiada terjangkakan oleh Admin TKO maka sepantas itu KDN mengambil peluang melalui bijakpandai IT mereka godam dengan sesungguh-sungguhnya menggodam mengganyang TKO sehingga tak sedar diri.

Pihak dibelakang tabir TKo sedang berusaha dengan sebaik mungkin membina kembali dan menguatkan semula sistem imunisasi TKO bagi menghadapi virus Umno pada masa depan. .

Dari itu marilah kita semua yang 'berkepentingan' dalam TKO mendoakan agar TKO segera pulih. Bangkitnya TKO kali ini akan segera melenyapkan penyebaran berita palsu oleh semua media ampu Umno.

Tara Guna Banyak Wang Andai Jiwa Tak Tenang

Ingat Osman Jailu ingat Perak, ingat rampasan kuasa, ingat rasuah, dan paling jijik rasuah seks. Muka macam dia tak layak jadi bapak ayam. Osman Jailu royat dia terima dana peruntukan RM1 juta setahun setelah keluar PKR.

RM1 juta kata dia peruntukan dari Federal untuk kos projek senggaraan rakyat kawasannya. Dulu katanya dapat ciput je maklumlah sekadar bajet dari kantung kerajaan negeri saja. Pasti tak padan dengan nafsu buasnya yang serakah.

Begitu pun semestinya dalam RM1 juta tu ada jugak persen untuk lahabau rasuah ni. Dia baham lagi kat situ. Dah lah nak keluar PKR diumpan dengan berjuta-juta, mungkin tak muat akaun dah duit dia. Itu pun masih tuntut dengan Umno konon bayaran belum setel lagi. Jenis manusia penyembah duit. Bodo la kau Umno pi layan lahabau dua orang tu buat apa?

Bila kau kojol nanti tanamlah duit tu bersama-sama kamu Osman. Macam Cina kat jirat tu lah.

Satu hal lagi bagus jugak jika syok sendiri. Betul ke pengundi kawasannya dah insaf dan minta maaf dengan Osman? Rasanya itu taktik rakyat Perak supaya Umno yakin mereka sekarang kuat dan bersedia untuk bubar DUN. Pastu bila realiti mengundang buanglah jauh-jauh kat laut mati tiga ekor lahabau pengkhianat rakyat ni.

Banyak dana selepas keluar PKR
ADUN bebas di Perak Kapten (B) Mohd Osman Jailu bersyukur mendapat lebih banyak peruntukan untuk disalurkan ke kawasannya selepas keluar daripada PKR dan menyokong BN. Beliau menerima dana hampir RM1 juta tahun ini berbanding hanya RM275,000 ketika menjadi ADUN Pakatan Rakyat dan tambahan ini membantunya memulihkan sokongan masyarakat kepadanya. "Alhamdulillah, saya dapat peruntukan hampir RM1 juta untuk projek-projek senggaraan di DUN Changkat Jering. "Berbanding tahun lepas, semasa saya jadi ADUN Pakatan, dapat cuma RM75,000 sebagai wakil rakyat dan RM200,000 ribu sebagai exco (kerajaan Perak)," katanya ketika dihubungi. Mohd Osman berkata, penambahan dana itu membolehkannya berkhidmat dengan lebih berkesan kepada kira-kira 28,000 pengundi di DUN tersebut. "Kalau masa dalam Pakatan, kita cuma dapat peruntukan daripada kerajaan negeri sahaja, tetapi ini dapat juga peruntukan daripada kerajaan persekutuan," katanya. Mengulas kes rasuah yang sedang dibicarakan, beliau berkata ia tidak akan menjejaskan sokongan pengundi kepadanya di kerusi tersebut. "Saya yakin boleh menang (kes ini) kerana saya yakin diri saya tidak bersalah," katanya kepada Malaysiakinilewat petang semalam. "Bagus juga (dibicarakan) kerana ini menjadi peluang untuk saya membersihkan nama dan mengembalikan sokongan pengundi kepada saya."

Bajet 2010: Aku Terharu

Aku akui ada pembaharuan dari Najib. Lain wawasan lain pandangan. Lain padang lain belalang. Walaupun semua 'hidangan' itu tidak berupa rasuah tapi sedikit sebanyak ada beberapa tawaran seolah mencerminkan sogokan kepada rakyat agar senantiasa memastikan Umno berada dipuncak buat selamanya.

Aku tertarik dengan satu tawaran iaitu skim simpanan persaraan 1Malaysia bagi golongan macam aku ni yang tiada pangkal dan penghujung serta tak tahu samada ke tengah atau ke tepi. Sekiranya benar ada ruang nanti KWSP sediakan 'of course' aku mesti ambil peluang.

Perhatian dari pihak Najib aku ucapkan berbanyak terimakasih. Tiada apa yang dapat aku balas jasamu Najib melainkan undi Pas jua yang akan aku berikan..wakakaka...

Kerajaan akan memperkenalkan skim simpanan persaraan 1Malaysia bagi golongan yang tiada berpencen atau mencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Mereka yang terbabit ialah golongan yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap.

Membentangkan bajet di Parlimen hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, mereka termasuklah pemandu teksi, penjaja, petani dan nelayan apabila mencapai umur persaraan.

Menurutnya, skim ini akan diuruskan oleh KWSP.

Melalui skim ini, katanya, mereka boleh mencarum secara sukarela mengikut kemampuan.

Perdana menteri berkata, bagi setiap RM100 caruman, kerajaan akan memberi sumbangan sebanyak 5 peratus, tertakluk kepada jumlah maksimum RM60 setahun.

Katanya, sumbangan kerajaan itu hanyalah untuk tempoh lima tahun dan merupakan tambahan kepada dividen sedia ada KWSP.

Friday, October 23, 2009

Denggi vs H1N1

Disebalik keghairahan kita membicarakan soal penularan dan pencegahan H1N1, rupa-rupanya kes Denggi turut mengiringi jumlah mangsa kematian kes H1N1.
Seperti biasalah tabiat sesetengan kita rakyat M'sia tidak mengendahkan amaran kerajaan supaya menangani pembiakan kes Denggi. Berat tulang untuk melakukan kerja-kerja pembersihan kawasan persekitaran. Begitu juga dengan masalah wabak H1N1, ramai dari kita malas pula untuk memakai penutup muka bila berdepan dalam kelompok orang ramai.

15 negeri panas Denggi

KUALA LUMPUR: Kes demam denggi dilaporkan meningkat dua minggu berturut-turut apabila mencatatkan 563 kes setakat 17 Oktober lalu, selain 15 negeri dianggap kawasan panas bagi penyakit itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata 11 daripada kawasan panas itu ialah Selangor, Kuala Lumpur (2), Johor (2) dan Terengganu (1).

Enam negeri lain yang menunjukkan peningkatan kes denggi ketara ialah Perak (59 peratus), Kelantan (46 peratus), Kuala Lumpur dan Putrajaya (33 peratus), Pahang (33 peratus), Sabah (29 peratus) dan Pulau Pinang (24 peratus).

“Jumlah terkumpul kes denggi pada 2009 ialah 33,123 dengan 72 kematian berbanding 36,234 kes dengan 80 kematian bagi tempoh yang sama tahun lalu,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.-myMetro

Bajet 2010: Adakah Merangkumi Aspek Modal Insan?

PM Najib telah mengumumkan secara menyeluruh Bajet 2010 yang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia. Apakah kandungan utama pembentangan tersebut? Sila ikuti Intipati Bajet 2010 sebagai rujukan.


Tiga strategi bajet 2010 bertemakan "1Malaysia, Kemakmuran Bersama" iaitu memacu ekonomi negara beprpendapatan tinggi, memastikan pembangunan holistik dan mapan dan mengutamakan kesejahteraan rakyat. Oleh itu kerajaan mensasarkan sosio ekonomi rakyat akan meningkatkan pendapatan kasar purata tahunan rakyat sebanyak dua kali ganda dalam masa 10 tahun.

Atas kertas semua orang boleh bikin tapi bagaimana dengan hal perlaksanaannya? Apakah akan berjaya? Kemana pergi berbagai versi serta slogan wawasan dimulai dari era rejim CheDet pastu Paklah. Senyap je belum satu mencapai sasaran. Sekarang Najib dengan 1Malaysia, Kemakmuran Bersama. Retorik juga ke?

Dengan itu munasabahlah fokus bajet 2010 ini totalnya menjurus kearah pembangunan perindustrian, pengangkutan dan pendidikan. Senjata utama Umno memenangi hati rakyat terutamanya dari kalangan kaum Cina dan India adalah pembangunan. Perancangan yang mengenepikan sama sekali unsur penjanaan jiwa kerohanian.

RMK-10 langsung tidak menyentuh tentang memartabatkan Islam. Agama umpama jantung. Tanpa jantung RMK-10 ibarat bangkai bernyawa, pegun dan lesu. Bagai jasad tanpa roh. Akal yang mati jiwa yang kering. Najib dari awal lagi membuang dari senarai RMK nya unsur modal insan yang diterapkan oleh pentadbiran PakLah. Seperti biasa Umno pasti melihat penerapan nilai Islam akan menjauhkan non-Muslim dari BN serta menghalang agenda-agenda kerajaan berteraskan amalan sekular.

Tanpa roh dan jiwa yang terdidik dengan asas-asas utama agama Islam maka terjebaklah masyarakat dalam kecelaruan dan bercambahlah kemaksiatan. Wawasan Islam Hadhari PakLah pun 100% gagal membendung isu sosial yang parah. Kita enggan lagi melihat anak-anak luar nikah bercambah akibat pergaulan bebas yang terlampau. Dalam membina sebuah negara yang mantap dan 'hijau' maka rakyat mesti 'bersih'. Bersih rohani dan jasmani.

Najib Nak Godam Kulprit

Najib terkejut besar. Rupanya ramai sangat kulprit dalam pentadbiran negeri dan negara. Ingatkan kulprit tua nyanyok sorang tu je banyak buat hal. Belengas jugaklah kelangkang Najib tahan kencing.


Setelah laporan secara rasmi dikeluarkan oleh pihak Audit Negara, Najib baru nampak banyak sangat benda tak kena, lompang sana sini, tak sempat nak tampal kalau camni. Tahulah Najib dan dapat info lah rakyat jelata bagaimana si kulprit berkenaan bijak main duit, makan duit, seleweng duit, buat duit, kebas duit dan memilikhartakan duit.

Yang paling aku syorkan ialah si kulprit dari Ganu ni dulu digodam. Tak lain tak bukan geng crook JE dari Besut itulah. Berapa karung dah duit rakyat deme baham, banyak dah yang jadi tahi. Tapi pasti ada lagi saki baki tu. Heran jugak dah tahu Deris tu kaki putar dan songlap duit masih diberi jawatan hebat kat MARA. Pasal tulah MARA sekarang takde dana untuk bantu para kontraktor kerana tiada peruntukan dari kerajaan. Agaknya Najib dah tahu pe'el Deris ni. Kalau indeks KPI pasti taklulus punya.

Moleklah tu Najib kalau benar kau nak berubah dan nak melihat kesejahteraan ekonomi negara dan nak merealisasikan KPI kau tu, godam betul-betul. Jangan retorik. Nanti kau jadi kulprit sama.

Eh!eh!... urusan pembelian kapal selam dan kereta kebal tak masuk senarai audit sama ke?

PUTRAJAYA: Prime Minister Datuk Seri Najib Razak has expressed disappointment over irregularities and mismanagement exposed in the 2008 Auditor-General's Report released earlier this week.

"I know and I am disappointed. This is a big government but once we start the key performance indicators and national key result areas, it will be a lot better."

Najib, who is also finance minister, was asked about the report that had exposed, among others, abuse in the use of government cars, bad logging because of poor management, and overpayments by government agencies, state governments and departments.

The prime minister made a brief stop before the start of a briefing for media editors on the 2009/2010 economic report by Finance Minister II Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah at the Finance Ministry's meeting room yesterday.

Umno Kata Hai!Hai!...Pas Kata Bye!Bye!

Glamer benor Pak Brahim ni. Isu dia akan berpaling tadah kepada 'bekas ludahan'nya belum luput. Suatu hal yang membahagiakan Pas/PR sudah tentu dengan ketiadaan dia. Ibarat kerbau bawak lumpur kelakuan buruk 'kurang siuman' beliau semenjak dua menjak ini seolah mempalitkan sama keburukan kepada Pas/PR walau secara tidak langsung. Pergilah kau Pak Brahim. Pergilah selamanya kerana Pas tak larat lagi nak dukung biawak hidup.


Thursday, October 22, 2009

YB Khalid Samad: Kritikan Dari Pemikir Luar Kotak

Dalam banyak-banyak sanggahan atau komen terhadap kritikan Dr.Aziz Bari terhadap pimpinan Pas tempohari dan masih hangat kini, aku baru ketemu satu ulasan yang lebih terbuka kesimpulan daripada YB Khalid Samad. Bagi aku ini suatu pandangan jauh untuk semua pihak yang terbabit menjadikannya samada sebagai teladan atau sempadan.
Kritikan Professor Dr. Abdul Aziz Bari

Saya telah berkesempatan membaca kritikan Prof. Dr. Abdul Aziz Bariyang bertajuk Pengajaran Dari Bagan Pinang dan seterusnya membaca pula respon dari Ketua Penerangan PAS Pusat dan juga Ketua Penerangan PAS Selangor. Bagi saya semua teguran dan komen tidak kira dari siapa perlu dinilai dan pertimbangkan secara objektif. Respon yang mengatakan bukan bidang kepakaran orang yang memberi komen adalah merupakan satu respon yang kurang bijak. Silap-silap apabila ditanya balik kepakaran kita, kita pula yang tidak boleh jawab! Takkanlah apabila berkecimpung dalam politik, maka kita secara automatik menjadi pakar politik?

Lagipun saya sejak dari dulu berpegang kepada dasar “undzur ila maa Kaala walaa tandzur ila man Kaala” atau lihat pada apa yang dikatakan dan jangan lihat pada siapa yang mengatakannya. Ini merupakan sebagai pegangan para Sahabat sehingga teguran orang tua yang daif sekalipun tidak diketepikan dan diperlekehkan begitu sahaja. Sebaliknya didengari dan diberikan penghargaan sewajarnya. Tidak mengapa kalau kita tidak bersetuju dengan pandangan yang dikemukakan, tetapi janganlah sehingga memperlekehkan. Kita hujjah balik, point demi point. Dengan itu kita dilihat sebagai berhemah dan berilmu serta terbuka dan juga tawaddu'.

Bagi menyanggah tulisan Prof. Aziz, PAS perlu memahami apa sebenarnya yang disampaikan oleh beliau. Bagi saya, beliau ingin PAS menginsafi bahawa kekalahan di Bagan Pinang mungkin disebabkan kelemahan-kelemahan tertentu, khususnya diperingkat kepimpinan PAS itu sendiri. Kerana apa? Ini kerana kekalahan itu lebih teruk dari kekalahan yang dijangka dan lebih teruk dari kekalahan pada 2008. Ini memberi isyarat bahawa sokongan terhadap PAS dan PR semakin merosot. Persoalannya, adakah ini benar? Sekiranya benar, apakah faktor-faktornya? Sekiranya tidak, maka apakah pula jawapannya?

Respon bahawa PAS hanya mempunyai 3 cawangan hanya mampu menjelaskan mengapa ianya sukar untuk PAS menang di Bagan Pinang. Tetapi PAS juga hanya mempunyai 3 cawangan pada 2008. Oleh itu, respon ini tidak menjawab mengapa prestasi kali ini merosot. Menang mungkin sukar, tetapi mengapa merosot?

Oleh yang demikian PAS perlulah 'disect' pendapat Prof. Aziz, sekiranya kritikan tersebut ingin disanggah. Dengan itu perlulah dikenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan kemerosotan ini, khususnya di kalangan bukan Islam,
mengikut pandangan Prof. Azizitu. Seterusnya diulas semula dengan mengemukakan point yang dapat menyokong pendirian PAS dalam perkara ini, sekiranya tidak bersependapat. Secara ringkasnya, menurut Prof. Aziz, faktor-faktor ini adalah:
  1. Tindakan PJ Selangor berhubung SelCAT dan isu-isu lain yang ditonjolkan oleh beliau sepanjang pentadbiran PR Selangor. Tindakan-tindakan ini dianggap menyebabkan orang bukan Islam mempertikaikan keikhlasan PAS bersama PR di Selangor kerana sering menimbulkan konflik dan bersikap unilateral. Ia tidak menzahirkan semangat 'kesepakatan' dan 'kesetia-kawanan'.
  2. Seterusnya, mengikut pandangan beliau lagi, kelemahan pimpinan PAS Pusat, khususnya Timbalan Presiden dan Presiden, dalam mendisiplin PJ Selangor apabila masalah sebegini berlaku juga dilihat dengan penuh sangsi oleh pengundi bukan Islam.
  3. Seterusnya, Prof. Aziz beranggapan PJ Selangor perlu didisiplinkan atau terus disingkirkan untuk mengembalikan keyakinan pengundi.
  4. Keengganan untuk mengambil tindakan sebegini, mengikut Prof. Aziz, adalah kerana sikap 'pro-UMNO' pimpinan-pimpinan PAS.

Sekiranya ada pihak ingin mengulas pendapat Prof. Aziz tersebut, maka inilah sebenarnya isu-isu dan cadangan-cadangan yang telah dikemukakan oleh beliau. Isu dan cadangan inilah yang perlu diberi tumpuan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat dan Ketua Penerangan PAS Selangor. Bukan soal kepakaran Prof. Aziz! Mana-mana pendekatan yang mempersoalkan kepakaran Prof. Aziz tidak akan menjawab isu-isu yang ditimbulkan beliau serta bacaan beliau berhubung kemerosotan sokongan bukan Islam terhadap PAS dan cara menanganinya. Dengan itu ia akan memberi persepsi bahawa tiada pihak di dalam PAS yang mempunyai jawapan yang boleh meyakinkan dan ini akan memburukkan lagi imej PAS.

Secara peribadi, saya sendiri tidak bersetuju dengan
semua yang dinyatakan oleh Prof. Aziz. Namun saya tidak sekali memandang remeh pendapat beliau ini dan merasakan satu jawapan yang lebih 'bernas' perlulah dikemukakan oleh PAS. Saya sendiri tidak akan memberi respon kepada analisa yang dikemukakannya hari ini. Saya ingin menunggu respon yang dari pimpinan PAS yang lain terlebih dahulu dan hanya akan saya ulas sekiranya perlu.

Tuan-tuan sebagai pengunjung juga dijemput untuk memberi respon dan pandangan terhadap isu-isu yang telah dikemukakan oleh Prof. Aziz ini. Sementara itu, tulisan
Tuan Ibrahim Tuan Man (Naib Presiden PAS) dan Mohamed Hanipa Maidin (AJK PAS Pusat) boleh juga dijadikan rujukan.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

100 Plus Pun Masuk Parlimen

Bergema dewan Parlimen dengan 100 Plus. Soalan oleh Pak Brahim Bebas mengenai 100 Plus yang didakwa boleh menyembuhkan penyakit demam denggi. Disangkal pula oleh TMK Datuk Rosnah bahawa tiada kajian saintifik membuktikan isotonik 100 Plus dapat memulihkan pesakit demam denggi.


Seeloknya Pak Brahim minum bebanyak 100 Plus pasal dia sendiri pun demam kuat. Demam gila talak nak berbaik semula dengan 'janda' lama. Tapi ada anak-anak 'janda' tu yang tak setuju jika Pak Brahim balik semula. Atau 100 plus boleh jadikan katak sebagai maskot syarikat.


Denge Rajo Demo Derhako

Baginda Pemangku Raja Kelantan mula mengungkitkan janji-janji Umno/BN tentang pelan membangunkan Kelantan. Baginda murko doh tu.

Hey Umno mano janji mu dulu? Mano janji naiktaraf lapangan terbang Sultan Ismail? Mano dio pelabuhe komersial? Mano dio jale baru Kota Bharu-Kuala Kerai? Retorik Umno blako tu wehh!! Berat la mung sikek agi hancur lerai lah Umno Kelate.

Bilo Sultan 'sound' tu alamat buruk la untuk Umno Kelate. Tamboh lagi sakit Umno Kelate bilo Pak Brahim join smula Umno... Lalalalala...

Raja tegur pusat lengahkan naik taraf Lapangan Terbang
Salmah Mat Hussain
KOTA BHARU, 21 Okt: Kerajaan Pusat sekali lagi diingatkan pihak istana Kelantan supaya menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra kerana ia boleh menjadi pemangkin pembangunan ekonomi negeri ini.

Sebelum ini gesaan serupa sudah berkali-kali kali dititahkan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra.

Namun sehingga kini cadangan itu seolah-olah kurang mendapat perhatian kerajaan pusat kecuali mengubah wajah terminal lapangan terbang beberapa tahun lalu.

Dan semalam gesaan serupa disuara pula Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra ketika merasmikan pembukaan persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan.

Titah baginda lapangan terbang di Pengkalan Chepa wajar dinaik taraf menjadi lapangan terbang antarabangsa memandangkan kemudahan tersebut dapat membantu perkembangan ekonomi dan sosial di Kelantan.

"Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra perlu dinaik taraf sebagai lapangan terbang antarabangsa kerana ia boleh memberi perkhidmatan penerbangan terus ke negara-negara luar terutama di Asia dan Timur Tengah.

"Beta dimaklumkan syarikat penerbangan Firefly bercadang memperluaskan perkhidmatan penerbangan dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra ke Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura," titah baginda.

Info Kesihatan: A NEEDLE CAN SAVE THE LIFE OF A STROKE PATIENT

Maklumat ini aku perolehi dari email yang dikirimkan oleh seorang sahabat blogawan Ganu. Kaedah menangani pesakit darah tinggi yang tiba-tiba mengalami strok dan pengsan. Aku fikir arahan berikut amat berguna dikala kita berdepan dengan mangsa strok terutama dari kalangan keluarga sendiri. Informasi ini dalam bahasa Inggeris. Pakat-pakat baca. Cuba-cuba faham. Aku maleh nak 'translate' pasal banyak sangat. Lagi pulak aku bukan mahir pun bahasa omputeh ni.


From a Chinese Professor .

Keep a syringe or needle in your home to do this... It's amazing and an unconventional way of recovering from stroke, read it through it can help somebody one day.

This is amazing. Please keep this very handy.. Excellent tips. Do take a minute to read this.
You'll never know, ones life may depend on you.

My father was
paralysed and later diedfrom the result of a stroke. I wish I knew about this first aid before..
When stroke strikes, the capillaries in the brain will gradually burst.. (Irene Liu)
When a stroke occurs, stay calm.

No matter where the victim is,
do not move him/her. Because, if moved, the capillaries will burst.

Help the victim to sit up where he/she is to prevent him/her from falling over again
and then the blood letting can begin.

If you have in your home an
injection syringe that would be the best.

Otherwise, a
sewing needle or a straight pin will do.

1. Place the needle/pin over fire to sterilize it and then use it to prick the tip of all ......10 fingers.
2. There are no specific acupuncture points, just prick about an mm from the fingernail.
3. Prick till blood comes out.
4. If blood does not start to drip, then squeeze with your fingers.
5. When all 10 digits is bleeding, wait a few minutes then the victim will regain consciousness.

6.
If the victim's mouth is crooked , then pull on his ears until they are red.
7. Then prick each earlobe twice until two drops of blood comes from each earlobe. After a few minutes the victim should regain consciousness.


Wait till the victim regains his normal state without any abnormal symptoms then take him to the hospital.
Otherwise, if he was taken in the ambulance in a hurry to the hospital, the bumpy trip will cause all the capillaries in his brain to burst.

If he could save his life, barely managing to walk, then it is by the grace of his ancestors. 'I learned about letting blood to save life from Chinese traditional doctor, Ha Bu Ting, who lives in Sun Juke.

Furthermore, I had practical experience with it. Therefore, I can say this method is 100% effective.
In 1979, I was teaching in Fung GaapCollege
in Tai Chung.

One afternoon, I was teaching a class when another teacher came running to my classroom and said in panting,
'Ms Liu, come quick, our supervisor has had a
stroke !'. I immediately went to the 3rd floor. When I saw our supervisor, Mr. Chen Fu Tien, his colour was off, hisspeech was slurred , his mouth was crooked - all the symptoms of a stroke .

I immediately asked one of the practicum students to go to the pharmacy outside the school to buy a syringe, which I used to prick Mr. Chen's 10 fingers tips.

When all
10 fingers were bleeding (each with a pea-sized drop of blood ), after a few minutes , Mr. Chen's face regained its colour and his eyes' spirit returned ,

But his mouth was still crooked
. So Ipulled on his ears to fill them with blood.When his ears became red, I pricked hisright earlobe twice to let out two drops of blood .
When
both earlobes had two drops of blood each, a miracle happened.
Within 3-5 minutes
the shape of his mouth returned to normal and his speech became clear.

We
let him rest for a while and have a cup of hot tea , then we helped him go down the stairs, drove him to Wei Wah Hospital . He rested one night and was released the next day to return to school to teach.. Everything worked normally. There were no ill after effects.
On the other hand, the
usual stroke victim usually suffers Irreparable bursting of the brain capillaries on the way to the hospital.
As a result, these victims never recover.' (Irene Liu). Therefore, stroke is the second cause of death. The lucky ones will stay alive but can remain paralysed for life.


It is such a horrible thing to happen in ones life.


If we can all remember this blood letting method
and start the life saving process immediately, in a short time, thevictim will be revived and regain 100% normality.

IF POSSIBLE PLEASE FORWARD THIS AFTER READING. YOU NEVER KNOW IT MAY HELP SAVE A LIFE FROM STROKE.

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET