Thursday, April 2, 2009

KAPAL LAYAR KETENGAH TERBIAR - Buletinonline


Hulu Terengganu - Dua buah kapal layar milik Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) di Tasik Kenyir telah menjadi ‘kapal hantu’ yang terbiar sejak sekian lama.

Ia menjadi satu lagi ‘mercu tanda’ pembaziran sektor pelancongan dan pembangunan wilayah yang dikuasai oleh agensi persekutuan itu.

Buletinonline difahamkan, dua kapal layar yang dibeli oleh pihak Ketengah pada penggal lalu dengan harga lebih RM1 juta.

Sejak itu ia tidak pernah disewa oleh para pengunjung di Tasik Kenyir sebaliknya hanya digunakan sekali sekala sahaja pada majlis tertentu.

Kebanyakan para pelancong lebih gemar menggunakan bot laju dengan kadar bayaran antara RM60 hingga RM120 sebuah.

Ketengah juga menjadi badan induk yang bertindak merangka program pelancongan dan pembangunan Tasik Kenyir.

Antara peranan Ketengah adalah merancang dan membangunkan infrastruktur, kemudahan awam dan sosial, program dan aktiviti pembangunan pelancongan, memproses permohonan program dan aktiviti-aktiviti berasaskan pelancongan.

Namun sehingga kini, ia masih gagal menarik pengunjung untuk menyewa kapal layar yang dilabuhkan di pangkalan marin itu.

Kuasa yang berikan kepada Ketengah sebagai pelaksana arahan dan keputusan jawatankuasa penyelaras pembangunan Tasik Kenyir, mengawal dan menguatkuasa undang-undang serta peraturan pengurusan di situ, melaksanakan tanggungjawab dalam promosi pelancongan, malangnya tidak berupaya menjadikan kapal layar tersebut suatu ‘program tarikan’.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET