Sunday, April 19, 2009

Terpulang akar umbi calonkan Ketua Pemuda PAS baru

KOTA BHARU, 19 April (Hrkh) - Kini terpulang kepada akar umbi untuk membuat pilihan siapa yang akan menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Pemuda PAS Pusat.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub berkata, beliau tidak akan memberi garis panduan ciri-ciri yang perlu ada pada Ketua Pemuda kerana bimbang akan menjadi petunjuk terhadap siapa yang sepatutnya menjadi Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Beliau yang juga anggota Parlimen Kubang Kerian mengisytiharkan pada 15 Febuari lalu tidak akan mempertahankan jawatan yang disandang sebelum ini.

Menurutnya dalam PAS tiada kumpulan atau bersikap berpuak-puak dan propaganda seperti yang dimainkan akhbar harian dan ia amat tidak berasas.

"Setiap kali ada pertandingan dalam PAS, isu yang sama dimainkan pihak tertentu dengan menggambarkan seolah-olah ada kumpulan atau team, sedangkan kami hanyalah menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.

"Kami bukannya seperti Umno yang sering dikaitkan dengan politik wang," ujar beliau ketika ditemui di mesyuarat PAS Kubang Kerian di Sekolah Menengah Ugama Taqaddum Maarif, semalam.

Menyentuh mengenai pencalonannya sebagai Naib Presiden PAS beliau berkata, ia terpulang kepada kawasan dan beliau akan membuat keputusan setelah sampai masanya.

"Walaupun muktamar kali ini akan ada pemilihan, ia adalah perkara biasa dalam mana-mana pertubuhan dan PAS juga tidak ketinggalan dalam era pertandingan ini, namun ia merupakan pemilihan yang sihat tanpa melibatkan politik wang atau pun melobi untuk dicalonkan," katanya.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET