Saturday, April 11, 2009

WALAUPUN KALAH, PASTI ADA AHLI UMNO BUKIT GANTANG YANG KAYA ! - Buletinonline

Kuala Terengganu - UMNO Bahagian Bukit Gantang telah kalah dalam pilihanraya kecil parlimen yang diadakan pada 7 April, Selasa lalu.

Ahli parlimen Bukit Gantang yang baru, Dato’ Seri  Mohamad Nizar Jamaludin sebagai calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat telah menewaskan calon UMNO/BN, Ismail Saffian dengan majoriti 2, 789 undi.

Namun begitu, ahli-ahli UMNO Bukit Gantang mungkin tetap gembira walaupun parti mereka mengalami kekalahan yang agak teruk.

Malah mungkin ada dikalngan ahli-ahli UMNO yang tidak kesah samada parti mereka kalah atau menang dalam pilihanraya kecil itu.

Ia adalah kerana mereka meraih laba dan keuntungan kerana mendapat bayaran yang agak lumayan semasa pilihanraya itu.

Menurut salinan surat pekeliling UMNO Bahagian Bukit Gantang yang bertarikh 20 Mac, 2009, setiap peringkat dan gerakan ahli UMNO diberi bayaran sehingga mencecah ribuan ringgit.

Surat yang bertajukPeruntukan Kewangan Bagi Petugas-petugas Jentera Pilihanraya UMNO Parlimen Bukit Gantang, sebuah keluarga ahli UMNO dibayar sebanyak RM 1000.00.

Manakala pemuda, wanita dan puteri yang bertugas dibayar sebanyak RM 100.00 sehari setiap seorang sepanjang kempen pilihanraya tersebut.

Mereka yang menggunakan kereta untuk bertugas dibayar pula sebanyak RM 100.00 dan motosikal sebanyakk RM 50.00 setiap hari.

Selain itu, sesiapa yang menjadi penyokong UMNO turut dibayar sebanyak RM 500.00

Bayangkanlah satu keluarga yang menjadi ahli UMNO, isterinya seorang wanita UMNO anak lelakinya menjadi pemuda dan anak perempuannya seorang puteri UMNO.

Setiap orang dari mereka pula memiliki sebuah kereta dan mereka bertugas sepanjang pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang !

Lumayan…… tentu lumayan ! Tapi jangan ditanya dari mana datangnya duit itu !

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET