Saturday, April 11, 2009

Cakap Siang Pandang-pandang III - bhg.2

Walaupun sahabat teman ni 'bebas' dari sebarang jawatan dalam Umno Kemaman tetapi dia antara think-tank untuk Ketua Pemuda Kemaman. Selain itu beliau berperanan dalam kumpulan gerak saraf Umno, sebelah tangan dia ada dalam kumpulan gerak saraf. Teman bertanya kenapa dia tidak terlibat sama di PRK Bukit Gantang? Katanya dia bosan, apa maksud bosan tu teman pun tertanya-tanya dan tergerak untuk bertanya. Teman cucuk lagi, bukan ker berbagai elaun dia mesti dapat jika bertugas di sana? Katanya lagi itu bukan priority atau keutamaan jika dia ditugaskan tapi tanggungjawab paling utama. 


Teman cakap dia tu ikhlas, berhati jujur dan baik. Tapi mengapa dia tak mahu join atau menukar haluan bersama dengan Pas pula? Katanya soal hati perlukan lebih masa dan penghayatan. Maklumlah dia asal dari 'lubuk' itu dan berprinsip, bukan mudah untuk meleraikan prinsip yang bertahun-tahun digenggam. Dia mengakui kehidupannya dulu agak kebaratan, tapi sekarang semua stail sebegitu telah dibuang. 

Dia mula condong kepada kehidupan berilmu dan beragama, cuba pusing 360 degree dari keseronokkan dahulu. Dia mendekati seorang ustaz Pas untuk mendalami ilmu agama. Kemudian menggarap beberapa idea daripada ustaz tersebut untuk menghidupkan dan memakmurkan surau di mukimnya. Selaku pengerusi mukim maka dia juga berperanan untuk menghidupkan surau meskipun ala-ala hadhari. Sedikit pembaikian daripada module asal dibuat bagi mencipta kesesuaian dengan selera anak mukim yang terdiri dari fanatik umno dan Pas. Alhamdulillah katanya semua pihak dapat menerima dan dia melantik seorang imam atau kepala surau yang juga pro-Pas. 

Sehingga kini hati dan hala perjuangannya masih belum terbuka juga lagi untuk Pas. Pernah katanya sahabat-sahabat dari Pas mengajaknya berbincang dan melobi supaya dia masuk Pas. Tapi pendekatan mereka tidak menggetuskan langsung hatinya supaya menerima Pas. Mereka melobinya masuk Pas bagaikan melobi untuk dapatkan tender projek. Melobi di kedai kopi stail sembang kedai kopi lah. Sepatutnya sahabat Pas melobi hati dan mindanya dengan pentarbiahan secara halus, bukan semborono mengheret beliau. Ini kerana asas prinsipnya masih kukuh walau makin pudar untuk Umno. 

Teman pun secara slow-talk sesekali menguji tahap penerimaannya terhadap Pas. Dia bersikap terbuka dan liberal mudah menerima apa yang difikirkan kebaikan untuk semua. Cuma teman berharap agar hatinya terbuka dan diberi hidayah oleh Allah untuk menerima dasar perjuangan Pas. Semoga dalam PRU-13 dia pangkah Pas. Mana tau...?

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET