KEMAMAN - Politik tidak boleh dipisahkan dan merupakan sebahagian dari ajaran serta tuntutan dalam Islam yang diajar oleh Allah SWT kepada manusia di dunia ini.
.jpg)
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Shapawi Abd Rani berkata PAS kini meniti usia penubuhan 58 tahun yang akhirnya mula diterima oleh semua kaum di Negara ini serta menepati dengan slogan ‘PAS For All’ (PAS Untuk Semua).
Beliau berkata tiga perkara besar yang menjadikan PAS sukar diterima oleh masyarakat majmuk sebelum ini telah terungkai serta membuahkan kejayaan.
“Pertama, payah (sukar) untuk tarik orang bukan Islam sokong kita (PAS) yang hari ini perjuangan dan parti PAS telah boleh diterima oleh kaum lain. Kewujudan Kelab Penyokong PAS kaum Tionghua dan India bukti kejayaan kita (PAS).
“Kedua, payah (sukar) sebelum ini kita (PAS) hendak tarik golongan profesional kepada PAS. Hari ini ramai tokoh-tokoh akademik, profesional, pegawai kerajaan dan pesara bersama dengan perjuangan PAS.
“Ketiga, payah (sukar) kita hendak tarik orang muda dan belia sokong PAS tetapi hari ini PAS mendapat tempat dihati pengundi muda di seluruh negara, Alhamdulillah,” ujarnya pada Ceramah Umum Sempena Kesyukuran Kemenangan PAS Bukit Gantang di Kampung Dusun Nyior, Chukai, Kemaman.
--------------------------------------------------->>>
wohulu:
Alhamdulillah hari ini kita melihat PAS walau semakin ia meniti usia semakin ia menapak dan diterima oleh rakyat Malaysia. Berkat kerjasama dan kesepaduan dalam kepimpinan menjadi pemangkin dan resepi kepada kejayaan PAS mendepani cabaran tahun-tahun berikutnya.
Benarlah kata pepatah, hidup ini ibarat roda, adakala kita di atas adakala kita kat bawah, dan kenyataannya Umno/BN sedang tergolek ke bawah dan ke bawah. Retak menanti belah, reput menanti pecah.
0 comments:
Post a Comment