Sunday, April 5, 2009

Kenapa Rakyat Takut Dengan Najib?

Menjelang peralihan kuasa pemimpin tertinggi Umno baru-baru ni pelbagai cerita dan spekulasi tentang Najib disebarluaskan melalui internet dan akhbar-akhbar bebas cengkaman kerajaan. Kenapa tiba-tiba PakLah kembali dipertahankan sedangkan dialah yang menjadi sand-bag rakyat sebelumnya melalui banyak tindakan yang retorik.


Ada pula mengistilahkan PakLah sebagai Mr.Clean vs Najib Mr.Crime. Rakyat membenci Paklah kerana kelemahan pentadbirannya dan sikap gelojoh menantu dan konco-konconya. Namun rakyat melihat Najib sebagai suatu malapetaka baru yang bakal membantai keharmonian negara justeru rakyat melihat latarbelakangnya penuh terconteng arang. 

Sejarah menceritakan CheDet sebagai pengkritik hebat kerajaan melalui kesatuan pelajar dan pernah dipecat dari Umno. Asas perjuangannya adalah membela rakyat dan menempelak kelompangan yang wujud dalam kerajaan. Begitu juga dengan Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan Tun Hussein Onn juga dilabelkan sebagai pembela rakyat. 

Hakikatnya Najib awal-awal lagi telah terpalit dengan bermacam kes rasuah dan maksiat. Kisah rasuah dan pembunuhan yang mengaitkan beliau bakal menjadi sejarah untuk dikenang sepanjang zaman. Inilah trajedi terhebat dalam sejarah kekejaman dan perikemanusiaan negara. Kekejaman Memali mencalitkan kedukaan kepada para pejuang Islam Pas dan ia sekadar isu dalaman negara. Tetapi kekejaman Altantuya mempalitkan maruah negara dan rakyat yang mendokongnya, sebuah kes internasional, sudah pastinya mendatangkan kesan atas hubungan antara dua negara.

Mungkin ia suatu kesilapan besar dari Najib dan rakyat memandang perbuatan keji ini bakal mendatangkan natijah kepada mereka setelah Najib berkuasa. Meski pun kes perbicaraan kes Altantuya seringkali tergantung atau tertunda dan Najib masih belum dihukum bersalah namun rakyat tetap menghukumnya sebagai suatu jenayah yang mustahil untuk dimaafkan...

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

There was an error in this gadget

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET