Thursday, April 2, 2009

"Tak payahlah pohon-pohon restu" - harakahdaily

Tak payahlah Umno-BN nak pohon-pohon restu rakyat. Buang masa sahaja. Sekiranya rakyat mahu merestui parti tersebut, mereka sudahpun berbuat demikian sebagaimana pada tahun 2004 apabila Umno-BN mencatatkan rekod kemenganan terbesar dalam sejarah pilihan raya umum negara ini.

Umno-BN telah berbuat demikian di Permatang Pauh bagi merampas kerusi KeADILan dan ia tidak berhasil. Paling parah kerusi Parlimen yang ada di tangan juga terlepas setelah semua rayuan dan "pohon-pohon" mereka tidak lagi diperdulikan oleh rakyat.

Diberi suasana politik hari ini dan segala macam kemelut yang menyeksa Umno, apakah pemimpin Umno-BN dapat merebut kerusi orang lain sedangkan kerusi sendiri pun gagal dipertahankan setelah Timbalan Pengerusi BN sendiri berkampung di Kuala Terengganu dalam pilihan raya kecil lalu?

Sekiranya Umno-BN mahu memohon restu dari rakyat dan pengundi, maka ini bermakna pemimpin Umno-BN tidak faham apakah aspirasi rakyat sebenarnya?

Namun, bagaimanakah mereka dapat memahami rakyat sekiranya mereka sentiasa berjauhan dari rakyat.

Pemimpin PAS termasuk yang bergelar YB sentiasa mendampingi rakyat. Mereka bukan sahaja menemui rakyat di majlis rasmi tetapi turut menemui rakyat di kedai kopi. Justeru, mereka lebih rapat di hati rakyat. Hal ini diperakui sendiri oleh orang Umno.

Bagi pemimpin Umno, apatah lagi yang bergelar YB dan berjawatan kerajaan, jangan kata nak jumpa di kedai kopi, ada kalanya nak jumpa dengan cara buat appointment pun susah. Hal ini juga turut diperakui oleh orang Umno sendiri yang merasa betapa sukarnya mahu menemui pemimpin mereka.

Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang menampakkan betapa Umno-BN sudah kehabisan semua taktik dan strategi yang pernah digunakan apabila janji projek "mee segera" dan segala pertunjukan kebaikan, kemurahan dan keprihatinan sudah tidak dapat lagi menjamin kemenangan.

Cara terakhir ialah dengan memohon restu rakyat. Namun sekiranya rakyat Perak tidak merestui cara BN merampas kuasa dari Pakatan Rakyat, maka apakah pengundi di Bukit Gantang akan merestui BN untuk mewakili mereka?

Jalan bagi Umno-BN memenangi pilihan raya kecil Bukit Gantang lebih mudah sekiranya apa yang berlaku ke atas kerajaan Pakatan Rakyat Perak tidak berlaku. Kalah menang soal lain. Namun Umno-BN tidak perlu menghadapi isu yang begitu memerangkap mereka kini.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

There was an error in this gadget

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET