Sunday, April 12, 2009

Rakyat Nak Kerajaan Baru Bukan PM Baru

Teman mengistilahkan BN sebagai 'tengkorak kering', dah lama mati, dah lama dikuburkan. Sisa nyawa yang tinggal sekadar bersandar pada hanturaya belaan. Pastinya nanti hanturaya belaan pula akan hilang taring. Tiada daya lagi untuk 'menghisap darah rakyat' serta tiada daya 'menyamar' jadi orang baik untuk menipu dan mengulik rakyat. 

Jelas penolakan rakyat terhadap Umno, diserlahkan dengan memenangkan Pakatan Rakyat dalam 4 PRK berturut-turut di Semenanjung. BN dikatakan fasih atau professional menangani dan mengendalikan PRK, mereka dapat 'makan' mudah bagi meraih kemenangan dalam setiap PRK tetapi tidak pada musim kebelakangan ini. Simpati rakyat Malaysia yakni Melayu, Cina dan India teramat menyebelahi PR, itulah sebenar-benar semangat 'One Malaysia'. Signal kemusnahan secara total BN dalam PRU akan datang, insyaAllah.

Rakyat terutamanya non-muslim memandang Islam merupakan asas baru keadilan sejagat. Bukan keadilan sekular yang didokong BN, memomokkan keadilan untuk semua tapi hakikat dibelakangnya meniup api perkauman yang menebal dan merimaskan. Rakyat boleh merasai kehangatan keadilan dalam PR, Pas For All dasar perjuangan Pas itulah 'One Malaysia' sebenar. 

BN akan hancur. Komponen BN sudah bangkit menuntut hak masing-masing. Tak puashati dengan cara Umno yang racist. SUPP antara yang terawal angkat kaki meninggalkan BN. MCA dan Gerakan acapkali kurang ajar pada Umno dan Melayu, kononnya. PPP pernah ugut nak keluar. Dan terkini Samy Vellu dan MIC nya pulak nak keluar. 

Tak payah cakap banyak. Ayuh keluar dan bersama PR jika kamu ikhlas. Tinggalkan Umno dalam kubur hanya tinggal tulang temulang.
 

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

There was an error in this gadget

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET