Friday, April 10, 2009

Cakap Siang Pandang-Pandang III - bhg.1

Dua hari lepas teman ke Kemaman atas urusan kerja. Teman lupa turun dari rumah pagi tu sekadar dengan sekapuh sandwich sebagai pengalas perut. Menjelang 12.00 tengahari perut teman mula buat hal, dari asalnya diam kemudian berkeroncong, akhir sekali sampai tahap heavy-metal. Lantas teman teringatkan pada seorang sahabat kamcing, sejak zaman sekolah rendah kami memang rapat, sekarang dah hampir sebulan tak jumpa, lalu teman mengajaknya makan mee rebus sebagai santapan tengahari. Teman pun dibawa kesebuah warung, pada zahirnya nampak biasa, tapi mee rebusnya memang power.


Teman perkenalkan sahabat ni antara orang kuat Pemuda Umno Kemaman, tapi dia tiada sebarang jawatan baik dalam kepimpinan Pemuda ataupun Bahagian Umno Kemaman, namun nasihat dan buah fikirannya banyak disumbangkan untuk Pemuda. Teman kenali dia walaupun seorang Umno tapi tiada berkepentingan dalam partinya. Malas nak puji lebih-lebih nanti ada yang sangka teman bias Umno pulak. 

Oleh kerana dia orang meniaga, teman pernah 'masuk jarum' konon bertanya jika dia ada banyak sambar projek hadhari, jadi teman mintaklah dia alirkan sikit jika ada yang 'lebih-lebih'. Dia bermatian menafikan bahawa dia tiada sebarang agenda dalam Pemuda Umno dan tak pernah memohon, menerima atau menjalankan sebarang projek hadhari setakat ni. Dia mengaku bosan jika mendapat mana-mana projek hadhari maka dia wajib melakukan sogokan atau rasuah. Itu bukan prinsip dia meski pun dia orang kuat Umno. Teman tak nafikan memang ada orang Umno yang macam dia, kiranya 'kuat iman' sket tapi boleh bilang jari lah.

bersambung...

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

There was an error in this gadget

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET