Monday, April 6, 2009

UMNO/ BN BERPAKAT DENGAN KONGSI GELAP

Bukit Gantang – UMNO dan Barisan Nasional (BN) sudah terlalu terdesak dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang (PRK Bukit Gantang) sehingga terpaksa berpakat dengan ‘kongsi gelap’ bagi mengugut dan menakut-nakutkan pengundi (Gambar-Seorang pengundi membaca risalah yang diedarkan oleh petugas Pakatan Rakyat di Par Minggu Simpang)

“Satu pertemuan telah diadakan antara Dato’ Zahid Hamidi dengan satu kumpulan kongsi gelap di sebuah hotel di Taiping baru-baru ini,

“ia bertujuan untuk menakut-nakutkan pengundi 
 terutamanya dari kaum Cina, supaya tidak turun mengundi,

“ia satu tindakan yang tidak beretika, tidak bermoral dan merupakan ‘politik lama’ yang masih diamalkan oleh UMNO/BN,” kata Pengarah Operasi Pilihanraya PAS bagi PRK Bukit Gantang, Haji Asmuni Awi.

Beliau berkata pihaknya ada perincian pertemuan Dato’ Zahid 
 dengan  kongsi gelap tersebut masa dan tarikh serta individu yang ditemui.

Sehubungan itu beliau mencabar pihak UMNO/BN dan Dato’ Zahid sendiri untuk membuat penafian secara terbuka sekiranya perkara tersebut adalah sesuatu yang tidak benar.

Dalam perkembangan yang sama, beliau berkata PAS telah menyatakan persetujuan menyahut seruan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Jamaie untuk menyertai satu debat terbuka mengenai isu “derhaka kepada raja-raja Melayu”.

“Salah seorang speaker PAS insyaAllah Datuk Paduka Husam Musa, setakat ini, UMNO masih belum menyatakan komitmen menyertai debat tersebut,

“ini membuktikan UMNO tidak berani berdepan dengan rakyat bagi membuktikan siapakah sebenarnya yang derhaka,”katanya dalam sidang media yang diadakan di Markaz Air Kuning hari ini.

Hj Asmuni turut menyatakan keyakinan rakyat dan pengundi Bukit Gantang bersama PAS dan Pakatan Rakyat.

Katanya usaha kempen akan ditingkatkan dalam tempoh 72 jam akan datang menjelang hari mengundi pada 7 April, selasa ini.

“Kita (PAS dan Pakatan Rakyat) akan melipatgandakan majlis ceramah dan penerangan 30 siri secara serentak di seluruh Parlimen Bukit Gantang mulai hari ini,

“kita yakin, rakyat akan mengundi kita dengan pakej kempen ‘politik baru’ yang menolak rasuah, penyalahgunaan kuasa,
 

“dan (rakyat) akan menolak UMNO/BN dengan politik lama yang mengugut dan menakut-nakutkan pengundi serta fitnah dan perkauman yang sempit,”jelasnya
.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

There was an error in this gadget

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET