Semakin lama Umno merasakan kehadiran mereka dipersada politik ini semakin dikesampingkan rakyat. Rakyat di bandar dah lama faham. Kini rakyat kampung pula semakin celik dan mengerti apa erti rasuah dengan politik wang, apa beza kebajikan dengan kezaliman dan sebagainya.
Sebarang media yang bertentangan dengan kehendak nafsu perut Umno/BN telah/akan dikenakan pelbagai tindakan. Terkini kerajaan @ Umno mencuba lagi dengan mengeluarkan kenyataan untuk menyekat capaian ke laman web tertentu yang disifatkan melanggar peraturan.
Apa pula komen otai-otai blogger berkenaan isu tersebut;
"Ini bukan sesuatu yang kerajaan patut tentukan. Biarlah rakyat sendiri menilai kandungan ini bagi kepentingan mereka sendiri.
"Sekiranya sesuatu maklumat yang dilaporkan itu tidak benar atau satu penipuan, laman itu juga yang akan hilang kredibiliti," kata pengendaliRocky's Bru.
"Saya tidak setuju kerajaan membazirkan duit pembayar cukai untuk tujuan ini. Biarlah pemain industri (telekomunikasi) dan pengguna menilai sendiri."
Penulis blog Kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz pula khuatir cadangan Kementerian Dalam Negeri dengan kerjasama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ini hanya memberi peluang kepada golongan tertentu untuk "meraih keuntungan".
"Kalau setakat untuk adakan peluang bagi buka tender baru untuk projek dan buat kajian, saya rasa tidak perlulah.
"Masalah ini (kandungan negatif di Internet) bukan kritikal, banyak masalah lain yang perlu ditangani segera, masalah ekonomi lebih penting," katanya.
Tambahnya lagi, undang-undang sedia ada sudahpun mencukupi untuk mendakwa pengendali media dalam talian yang melanggar undang-undang.

0 comments:
Post a Comment