Syukur kita kerana Selangor mula kehadapan dalam merangka enakmen atau penguatkuasaan
syarak dengan peranan utama dimainkan oleh Exco Agama dari Pas.
Setelah reda dari isu kontroversi untuk kuatkuasa penjualan arak, kini Pas tampil dengan pendekatan lebih drastik dalam mendepani masalah nahi mungkar.
Satu persoalan yang bermain difikiran aku iaitu adakah pihak berkuasa yakni Polis akan memberikan kerjasama sepenuhnya untuk menahan serta memenjara para pesalah maksiat dan persundalan?
Sepertimana isu Kartika yang dijatuhkan hukuman sebat oleh mahkamah syariah Kuantan didapati pihak Penjara Kajang enggan menerima beliau untuk dijatuhkan hukuman penjara dan sebat. Alasan pihak penjara ialah mereka tidak menerima kes-kes dari mahkamah syariah.
Jika anda tidak lupa sewaktu Pas memerintah Terengganu dan meminda enakmen syariah negeri dengan mengetatkan penguatkuasaan serta hukuman. Namun pihak Polis Terengganu waktu itu bulat-bulat menolak kerjasama dengan pihak berkuasa Amar makruf Nahi Mungkar yang bakal dilantik oleh pihak kerajaan Pas Terengganu.
Semoga ada kecerahan dari pihak Polis Selangor untuk memberikan kerjasama dengan pihak Kerajaan PR Selangor nanti. Jika perbincangan bersama perseetujuan telah dicapai antara kedua belah pihak maka syukur padaNya kerana membuka jalan.
Atau aku fikir apakah perlu pihak mahkamah syariah didirikan untuknya lokap yang berasingan?
0 comments:
Post a Comment