Wednesday, August 5, 2009

Bodoh Jika Percaya Cakap Sesumpah

Dua pemimpin dari kerajaan anak-beranak semalam mengumumkan bahawa kerajaan bersedia membenarkan penggunaan stadium untuk perhimpunan. Perlu difahami bahawa maksud tersirat disebalik kenyataan H1N1 itu adalah 'padan muka kau pembangkang' nak berdemo sangat. Jangan sesekali pimpinan PR mengiyakan saranan dua makhluk tersebut memandangkan dari beratus pengalaman yang lepas tidak pernah pun mereka berjanji benar dengan pembangkang.

TEMERLOH, Ogos 4 – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini, selepas berlangsung Perhimpunan Mansuhkan ISA di Kuala Lumpur telah mengumumkan yang kerajaan bersedia untuk membenarkan tempat awam seperti stadium digunakan bagi mengadakan sebarang perhimpunan aman.

Reaksi daripada ini, PAS Pahang telah mengeluarkan kenyataan rasminya dan menyifatkan kenyataan Najib sebagai petunjuk kelemahan kerajaan Umno dan BN dalam memahami erti kemerdekaan dan demokrasi. Ini kerana pengumuman Najib ini hanya terbit setelah berlangsungnya beberapa demonstrasi besar-besaran di ibu kota Kuala Lumpur.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Pahang, Roslan Zainal Al-Ahmadi menegaskan bahawa selama lebih 50 tahun negara mengecapi kemerdekaan, kerajaan yang dipimpin oleh Umno dan BN telah secara licik menjajah premis-premis awam yang sepatutnya menjadi kemudahan semua rakyat.

Hak rakyat yang tidak sealiran dengan Umno dan BN selalu dinafikan untuk menggunakan premis-premis tersebut. Bahkan, ujar Roslan lagi, bukanlah rahsia yang selama ini ahli-ahli parti pembangkang dinafikan hak untuk turut sama menggunakan kemudahan awam seperti balai raya, stadium, padang awam, taman rekreasi dan dewan orang ramai.

Tambah Roslan, lebih menjengkelkan tentang kenyataan Najib ini, selama ini parti pembangkang bukan hanya dihalang dari menggunakan premis-premis awam untuk program penerangan parti seperti ceramah, dialog mahupun perhimpunan aman, lebih teruk dari itu parti pembangkang juga terlarang dari menggunakan premis awam untuk kegiatan-kegiatan sosial seperti hari keluarga dan kempen menderma darah.

Agensi-agensi kerajaan yang dijemput pun akan turut dihalang dan ditekan, walaupun untuk program-program yang berlangsung di premis persendirian.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET