Kesian kat hang Rosli berkelana membawa diri kat Kasino tersohor. Bukankah lebih baik jika hang pergi bertafakur dan bertaubat kat tempat ibadat mana-mana surau atau masjid.
Biasa la dalam Umno, kawan waktu senang ramai tapi kawan waktu susah, sori la boleh jalan.
Buat kerja jahat ni seronok. Lupa Tuhan lupa hukum hakam. Duit masyuk memanjang. Kawan pun berderet. Yang keluar dari ceruk gua mana pun boleh ngaku sedara ngaku kawan. Tapi bila dalam kesusahan ginilah bahananya. Akhir sekali bersendirian kat atas gunung.
KEMAMAN – Ahli Dewan Undangan Negeri Kemasek, Rosli Othman, yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada 2 Ogos lalu kerana didakwa menerima sogokan lebih RM20,000 dimaklumkan tidak hadir dalam Mesyuarat Agong UMNO Bahagian Kemaman baru-baru ini.
Sumber dalaman memberitahu, Rosli yang dilepaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini Jumaat lalu dengan ikat jamin sebanyak RM5,000 bercagar dengan seorang penjamin, telah menghilangkan diri dari daerah ini.
Sumber tersebut menyebut, Rosli dikatakan sedang berehat di Genting Highland bagi menyuraikan kekusutan perasaan, setelah beliau terpaksa tidur selama tiga hari di dalam lokap polis kerana di reman semasa mengahadapi proses siasatan.
Beliau juga memaklumkan, sebelum beredar, Rosli telah berkata, beliau kini tahu siapa dikalangan mereka yang berada disekelingnya.
”Rosli berkata, dia kini tahu yang mana satu intan, yang mana satu kaca,”kata sumber tersebut yang ditemui Buletin Online semalam.
Difahamkan, Rosli berkata demikian adalah merujuk kepada orang-orang ‘rapat’ yang pernah dibantu beliau namun tidak hadir menjenguk beliau ketika menginap di lokap polis. |
Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka
Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”
Post Paling Digemari
-
Tiada kelebihan yang ada pada Mad Said kecuali kepandaian mengugut. Padanlah orang Kijal menggelarnya bapak samseng Kijal. Molek dah lawa...
-
Umno memang sedang nazak sekarang ni. Dah la sebenarnya dia koma tapi akibat dibantu belaan jin dan mainan bomoh maka Umno masih dapat berta...
-
Ingatkan orang sukan sihat cergas bersih tanpa dadah, ropanya depa sihat dengan kedarah dadah. Dulu ada sorang pemain Ganu posisi penyerang ...
-
Memang kurang asam perangai bebudak sekolah sekarang. Langsung takde respek kat orang-orang tua dan guru yang mengajar mereka. Mana letaknya...
-
Ada tepatnya ramalan oleh Jabatan Kaji Cuaca Malaysia pada minggu lepas bahawa angin kencang selaju antara 30-40km sejam yang membawa bersam...
-
Heran sungguh setiap hari meroyan kat TV dan SMS duk nyanyi dan membebel supaya rakyat pilih Malaysia. Budak tadika pun geleng kepala nengok...
-
Suatu kenyataan yang kontroversi melibatkan maruah seseorang. Calon pramugari Garuda kelahiran Korea Selatan menuduh agensi penerbangan itu ...
-
PAS Terengganu selepas menang PRU-10 di Terengganu dulu secara drastik dalam masa 24 jam boleh hapuskan tol Jambatan Sultan Mahmud. Itu...
-
Aku no komen. Salah siapa? Bukan salah ibu mengandung. Engkorang nilailah sendiri berlandaskan ilmu bukan berlapik nafsu.
-
Apo kono eh jang..!!! Yang ado kapal selam takmo menyelam, yang takleh selam pulak pi menyelam. Malaysia ku apo nok jadi aku tak tau. KUALA ...
0 comments:
Post a Comment