Wednesday, August 5, 2009

3.7 Juta Tak Daftar Ngundi

Semua pihak terutamanya dari Pas/Pakatan Rakyat seharusnya mesti mencari peluang, mengenalpasti, mendekati dan mendaftarkan bakal pengundi baru bagi tujuan menambahkan lagi sokongan kepada PR dengan matlamat untuk mengkuburkan Umno/BN. Adalah suatu yang mustahil untuk kita menggenggam peluang memiliki 60% daripada keseluruhan jumlah 3.7 juta pengundi belum berdaftar tetapi ianya tidak mustahil juga untuk dicapai malah berkemungkinan peratussannya lebih dari jangkaan.


Hari ini kita melihat PKR semakin menambat hati pelbagai kaum terutamanya dari golongan melayu bekasan Umno. Dan suatu masa nanti tidak keterlaluan jika dikatakan PKR akan mendominasi arena politik tanahair menggantikan Umno. Pembangunan pesat PKR mutakhir ini menyebabkan non-muslim dan non-malay semakin memberi kepercayaan untuk menyokong PKR. Walaupun pada suatu masa ia akan kelihatan berat sebelah kepada PKR, namun kekuatannya akan menjadi tunjang keutuhan Pakatan Rakyat.

Pas tidak perlu irihati dengan perkembangan ini. Sejak akhir-akhir ini pemimpin Pas sendiri seolah cuba menggunting partinya memburaikan kepada cebisan-cebisan kecil. Jika dibiarkan semakin banyak ruang digunting maka tiada lagi keampuhan Pas untuk berdepan dengan Umno. Umno hanya menanti peluang untuk menerkam Pas laksana binatang Haina lapar, berkumpulan meratah Pas sehingga tinggal sisa-sisa.

Dalam kepedihan kesakitan menahan pukulan curi dari Umno, masih ada pimpinan Pas yang berani menghulurkan kepala, membiarkan ia di'ngap' terus oleh Umno. Tiada satu janji yang ditepati oleh Umno, semuanya palsu. Sejak dari kemasukan Pas dalam kerajaan Perikatan awal 70-an dulu telah bermula kepalsuan Umno. Pas hancur dimakan anai-anai Umno. Proses pemulihan memakan masa belasan tahun, malah sewaktu perpecahan Pas dari Perikatan menyaksikan ramainya ahli Pas berpaling tadah meneruskan kesinambungan mereka dengan Umno.

Mujurlah Pas cepat bangkit dari kecederaan parah. Pas senantiasa mengubah pendekatan menarik ahli dan pengundi dalam setiap arena PRU sehingga sekarang keahlian Pas mencecah 1 juta. Kemasukan ketara orang melayu kedalam Pas adalah sewaktu krisis DSAI di era reformasi. Bukan kerja mudah untuk mendapatkan ahli seramai itu, ditambah pula setiap ahli perlu ditarbiah dan berbaiah setia dengan Islam dan Pas.

Tetapi peristiwa momokan oleh Umno konon akan bergabung dengan Pas demi survival melayu merencat seketika kepercayaan orang melayu Islam yang sedia setia dan yang baru berkira untuk bersama Pas. Bagaimana pula dengan non-melayu? Kekecohan berlaku kerana keliru dengan semangat UG yang diwar-warkan oleh Pas dan Umno. Malah di Dungun sendiri masalah kekeliruan ahli Kelab Penyokong Pas tidak diambil perhatian oleh Pas pada peringkat awal. Mujurlah kemudiannya masalah itu disedari dan segera di atasi sebelum ia melarat.

KOTA BAHARU, 4 Julai (Bernama) -- Seramai 3.7 juta daripada 27 juta rakyat di negara ini yang layak mendaftar sebagai pemilih didapati tidak mendaftarkan diri sebagai pengundi, kata Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ngah Senik.

Katanya situasi itu membimbangkan kerana masih ramai golongan muda berusia antara 21 dan 39 tahun belum sedar hak mereka sebagai pemilih untuk menentukan masa depan dan kelangsungan proses demokrasi negara.

"Berdasarkan jumlah pemilih yang dikemaskini SPR sehingga 31 Mac tahun ini, hanya 11 juta rakyat yang didapati menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan mendaftarkan diri sebagai pemilih apabila tiba kelayakan umur 21 tahun.

"Seramai 3.7 lagi rakyat tidak mendaftarkan diri meskipun sudah tiba kelayakan umur untuk mendaftar. Situasi ini membimbangkan kerana jumlah itu agak besar dan boleh memberi kesan kepada kelancaran perjalanan proses demokrasi negara," katanya kepada pemberita selepas majlis taklimat kepada media mengenai Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Manik Urai di sini Sabtu.

Tidak kita nafikan Pas telah melaksanakan beberapa langkah untuk mendekati dan menarik pengundi baru. Antaranya melalui aktiviti sukan, perjumpaan, dan rekreasi. Manakala program Usrah pula adalah pemangkin yang bertindak sebagai motivasi kepada ahli Pas bagi memantapkan gerakerja parti disamping meraih sokongan pengundi baru. Kita amat mengharapkan agar Pas dapat merangka pelan yang lebih radikal sebagai usaha mendapatkan ahli dan pengundi baru. Golongan muda semestinya sasaran utama.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET