Dua isu berat mesti disanggah segera oleh calon Umno PRK Permatang Pasir. Kalau tak kena cara dia menanganinya, aku berani angkat jari, Rohaizat mesti kalah lebih teruk kali ini. Isu pertama ialah penjelasan dari majlis peguam tentang status beliau. Meskipun Muyidin menuduh majlis peguam sengaja memanipulasikan kenyataan berkenaan tapi kita rakyat mesti faham dalam majlis peguam sendiri ada akta dan peraturan yang semestinya dipatuhi setiap ahli majlis.
Merujuk kepada pertanyaan-pertanyaan dari pihak media, kami ingin menjelaskan
status Rohaizat Othman sebagai peguambela dan peguamcara.
Lembaga Disiplin Peguambela dan Peguamcara menyingkir Rohaizat Othman dari Senarai Peguambela dan Peguamcara pada 7 March 2008 selepas beliau didapati bersalah kerana penyelewengan.
Keputusan Lembaga Disiplin dibuat selepas penyiasatan terhadap aduan yang dibuat terhadap Rohaizat Othman oleh seorang pembeli. Menurut aduan tersebut, Rohaizat Othman telah gagal memulangkan hampir RM 161,000.00kepada
pengadu selepas urusan jual beli dibatalkan.Rohaizat Othman merayu terhadap keputusan Lembaga Disiplin ke mahkamah Tinggi, dan rayuan tersebut ditolak pada
12 Ogos 2009. Oleh itu, beliau secara undang-undang, tidak layak untuk
mengamalkan undang-undang sebagai peguambela dan peguamcara.
Keputusan Lembaga Disiplin terhadap Rohaizat Othman adalah secara peribadi, dan Lembaga Disiplin tidak akan menghukum seseorang peguam itu atas kesalahan rakan kongsinya.
George Varughese
SecretaryMalaysian Bar
Ini kerana, Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Majlis Peguam yang membicarakan kes Rohaizat adalah Khalid sendiri juga pernah memangku jawatan Ketua Menteri.
Pengarah Jentera Pilihanraya PAS Permatang Pasir, Dato’ Mahfudz Omar mendedahkan perkara ini dalam sidang medianya hari ini
Mahfudz berkata demikian ketika mengulas kecaman-kecaman pemimpin UMNO terhadap Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan yang menjadi ’wistle blower’ mendedahkan perkara terbabit.
Dengan kenyataan Mahfudz, UMNO tidak perlu lagi menyalahkan Ragunath kerana pihak yang terlibat menyiasat dan mengambil keputusan memecat Rohaizat adalah pemimpin UMNO/BN sendiri.
Menurut Mahfudz, Khalid menjadi pemangku Ketua Menteri Pulau Pinang semasa Lim Chong Eu adalah ketua Menterinya.
"Ketika Chong Eu bercuti, Khalid adalah pemangkunya," kata Mahfuz.
Khalid juga, kata Mahfuz, adalah Pengerusi Jawatankuasa Siasatan Lembaga Disiplin Umno ketika lembaga itu menggantung keahlian Tan Sri Isa Samad.
Pengerusi Lembaga Disiplin Umno adalah Tengku Ahmad Rithaudeen.
"Maknanya, yang menggantung keahlian Rohaizat dari Majlis Peguam adalah pemimpin Umno sendiri. Takkan mereka nak aniaya Rohaizat kalau dia tidak bersalah," kata Mahfuz.
0 comments:
Post a Comment