Sebagai orang nombor satu 'syarikat' polis negara, beliau perlulah lebih cenderung kepada sifat bertimbangrasa. Hambaan diri yang melulu terhadap Najib sudah tentunya menambah kesengsaraan terhadap rakyat. H1N1 memerintah mengikut nafsu dan KPN sepatutnya mengekang nafsu tersebut dari terus membaham kebebasan rakyat.
Anak kepada TokGuru Ngaji tersohor, apakah Dato' Hassan tidak pernah menanam sifat insaniah kedalam diri anaknya a.k.a KPN? Atau mungkin itulah sifat insaniah terbaik yang ada dalam jiwanya. Ibarat kata sebaik-baik perangai Jin adalah sejahat-jahat sikap manusia. Aku tak bermaksud KPN sejahat-jahat jin tetapi jangan sampai lagi rakyat nampak dia bersifat sebaik-baik perangai jin.
Oleh itu letakkan budibicara dihadapan tatkala membuat pertimbangan. Hindarkan sifat perhambaan totok terhadap pemimpin yang kotor. Walau sejahat-jahat manapun manusia mesti ada dalam kalbunya meskipun sedikit walau sebesar zarah akan sifat mahmudah.
Dalam hal dakwaan KPN terhadap aktivis yang membawa anak atau keluarga ke perhimpunan GMI semalam, perlulah disedari matlamat perhimpunan tersebut. Meskipun temanya berbau kontradik namun ia dirancang sebagai sebuah perhimpunan aman. Telah beberapa kali diumumkan oleh pihak penganjur beberapa bulan sebelum berlangsungnya ia. Sepatutnya kerajaan dan pihak keselamatan memberikan kerjasama untuk sama-sama menjaga keamanan sewaktu perarakan.
Bila kita mendengar ianya aman maka secara logik akal tentulah makbapak senanghati untuk membawa anak-anak atau keluarga mereka menikmati keseronokan berada dikhalayak ramai, ia bagaikan sebuah pesta. Tetapi H1N1 dan KPN telah merancang dari awal untuk 'spoil' kan majlis tersebut. Bimbang dengan efek dari 'pesta' ini yang akan memberi kesan kepada kejatuhan kerajaan bawaan mereka, maka diberikan lampu hijau kepada si merah dan biru untuk membuat huru-hara membuta tuli.
Memang malang bagi kita bilamana pihak kerajaan membuat keputusan sebaliknya untuk berkonfrontasi dengan peserta demo aman tersebut. Tiada lain melainkan H1N1 ingin menunjukkan taring dan keris mereka. Susah kita nak berurusan dengan manusia yang tak belajar tentang isi syurga dan neraka ni.
Amaran aku kepada H1N1, KPN dan semua yang terlibat membantai aktivis perhimpunan aman GMI, engkorang rasailah pula nanti dialam barzakh sana akan 'kenikmatan' gigitan oleh taring-taring ular yang sekarang pastinya sedang bersedia untuk membaham kamu.
SEPANG, Aug 4 – Inspector-General of Police Tan Sri Musa Hassan has vowed stern action against parents, guardians and organisers who exploited children in the illegal rally against the Internal Security Act (ISA) in Kuala Lumpur last Saturday.
Musa said those who had used children (in the rally) would be taken to court.
However, he said, he had yet to receive any report that the organiser had paid the children to participate.
0 comments:
Post a Comment