Terlajak pilih calon buruk padahnya...
Kalah menang semestinya ketentuan Allah. Tidak perlu mendabik dada dengan kekuatan dimata cuma. Sedangkan yang bakal tersurat bukan milik kita.PRK Permatang Pasir nampaknya sekali lagi Umno pasti tersilap memilih calon. Ibarat bidan terjun Umno melantik Rohaizat tanpa memikirkan tentang rekod buruk latarbelakang beliau.
'Harapkan pagar..pagar makan padi', itulah perumpamaan terbaik untuk kaki songlap duit. Tidak manasabah seorang peguam yang fasih bab undang-undang melakukan pengkhianatan.
Umno mengumpan orang sebegini yang bermasalah untuk menjadi calon kerana ia merupakan suatu cagaran supaya mengzuhudkan diri pada pemimpin tertinggi mereka. Sebaliknya ia merupakan kredit kepada Pakatan Rakyat untuk membenamkan lagi sekali Umno di Permatang Pasir.
Rohaizat, seorang peguam sebelum ini, sebagaimana didedahkan media tempatan, telah ditarik lesen khidmatnya oleh Majlis Peguam kerana menggunakan wang anak guamnya sebanyak RM140,000.00.
Calon UMNO itu mendakwa bukan beliau yang melakukan perkara tersebut, namun menuduh rakan kongsinya yang mengakibatkan lesen syarikat khidmat guamannnya digantung.
Dakwaan Rohaizat adalah tidak benar kerana menurut Majlis Peguam tindakan menarik lesen khidmat guaman adalah kepada individu peguam, bukannya kepada syarikat.

0 comments:
Post a Comment