Apabila dah 6 kali tersenggeng dalam PRK akibat kena peteh dengan pengundi, maka Umno mula terasa bahawa hantu-hantu yang didakwa belaan mereka gagal berfungsi dengan baik untuk memberikan kemenangan kepada Umno.
Kini kebimbangan itu semakin menikam uluhati Pemuda Umno kerana merasakan mereka bakal kalah lagi kali ini di Permatang Pasir. Oleh itu sebelum mereka diminta memberikan surat tunjuk sebab atas kekalahan nanti maka Pemuda Umno bersama 'jaguh kampung'nya mula mencari akal untuk melepaskan diri.
Antaranya dengan mendakwa para pengundi hantu telah membanjiri Permatang Pasir. Apa nak takut dengan pengundi hantu? Biasanya sinonim pengundi hantu dengan Umno bagai takleh dipisahkan. Tapi kali ini mereka mula merasa fobia dengan pengundi hantu dakwaan mereka. Mungkinkah Pemuda Umno mula takutkan bayang-bayang sendiri dengan mendakwa yang bukan-bukan, jangan sampai tahap meroyan sudah lah.
Bilamana mereka yakin PRK tertentu Umno boleh menang maka isu pengundi hantu mereka diamkan walhal itulah peliharaan yang mereka bawa masuk. Tapi apabila di kawasan yang kuat pengaruh pembangkang dan mereka tidak yakin dengan keupayaan Umno untuk menang maka isu pengundi hantu mereka gembar-gemburkan.
Pergerakan Pemuda Umno mendakwa terdapat pengundi hantu bagi pilihan raya DUN Permatang Pasir pada 25 Ogos ini.
"Kita dapati beberapa orang Melayu didaftarkan di rumah yang dihuni oleh orang Cina dan ada juga pengundi Cina didaftarkan alamatnya di rumah orang Melayu," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Pemuda Umno di Butterworth semalam, lapor Bernama.
Khairy berkata sejak pilihan raya umum lepas terdapat kira-kira 1,000
pengundi didaftarkan di Permatang Pasir dan trend itu adalah tidak normal kerana jumlahnya terlalu besar.
Beliau berkata perkara itu akan dikemukakan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil bagi menangani isu itu.
0 comments:
Post a Comment