Friday, August 7, 2009

Penyakit Gastrik

Gastrik bukan sejenis penyakit yang menghinggapi kita sepertimana H1N1 atau selsema dan sebagainya. Tapi gastrik adalah penyakit yang kita sengaja cari, sengaja wujudkan ia di dalam diri kita dengan mengabaikan faktor-faktor pemakanan terutamanya.

Gastrik ialah radang selaput perut (stomach) dan boleh dibahagikan kepada 2 iaitu akut (acute) yg menyebabkan sakit yg tidak lama dan kronik yg memakan masa yg lama mungkin bertahun-tahun.

Puncanya pelbagai, antaranya, makanan atau minuman yg menambahkan pengeluaran asid atau menyebabkan luka selaput perut seperti mengambil ubatan tertentu (aspirin, NSAID, steroid, zat besi, potassium), minum alcohol (arak), mengalami tekanan atau stress, mendapat jangkitan (siflis, TB, jangkitan H. Pylori, cacing), mengamalkan tabiat yg buruk (menghisap rokok, suka minum kopi, nescafe, cola dan teh).

Bagi kes gastric yg biasa, ubatan seperti ‘antacid’ (MMT, Mylanta, Gelusil) seringkali boleh membantu. Apabila ia sudah luka dan menyebabkan ulser ubat lebih kuat mungkin diperlukan antara yg popular ialah H2 receptor antagonist (Famotidine, Nizatidine), antibiotic (jika berpunca daripada kuman Helicobacter pylori).

sumber: Hospital Bentong

Petua rawatan tradisional:

Ambil sehelai pucuk betik yang tua, sedikit ibu kunyit dan ibu garam sebesar jari kelingking. Tumbukkan ketiga-tiga bahan tadi sehingga lumat dan gaulkan dengan setengah cawan air. Tapis air tersebut dan minum. Amalkan seminggu sekali selama tiga minggu.

Ole, Suhaila Mastura, Batu Caves Selangor

Artikel maklumat lanjut tentang gastrik boleh didapati di sini dan sini.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET