Monday, August 31, 2009

Hari Kebangsaan: Kenapa Tak Kibar Jalur Gemilang

Bila berbicara dengan Umnorian yang ngokngek maka bila diaju soalan tentu mereka akan jawab secara ngokngek. Idea sempit. Takde percambahan minda. Beku. Tepu. Duit. Ihsan.


Aku sengaja menghairankan diri dihadapan seorang ahli totok Umno ngokngek. Dia rapat dengan aku. Berkawan baik. Tapi dia tetap ngokngek.

Aku bertanya kenapa takde kelihatan kenderaan lalu lalang mengibarkan bendera jalur gemilang? Jawapannya sebab sekarang ni berkebetulan dengan bulan puasa. Lalu aku betul-betul hairan apa kaitan puasa dengan bendera? Jawapan Umno ngokngek. Statik.

MB Ahmad Said Nak Naik Ke Bulan

Di atas ini adalah gambarajah roket MadSaid-1 yang akan dilancarkan oleh AbgMad pada tarikh yang belum diumumkan lagi. Gambar ini diambil berhampiran dengan tapak pembinaan roket terbabit bersebelahan dengan Pasar Besar Dungun.


Diberitakan beliau akan membeli sejumlah kambing dengan Ustaz Harun untuk dibawa bersamanya di dalam roket berkenaan dalam misi ke bulan. Projek penghijrahan ini tidak dihebohkan kerana dipercayai ia adalah projek sulit rahsia beliau.
Beberapa orang pembantu beliau akan dibawa bersama dalam misi berkenaan.

Kenapa? Tak percaya? Hauhauhau...

Tang Mana Kerajaan DiKatakan Membantu?

Mutakhir ini kita terpaku dengan pelbagai corak pinjaman yang disediakan oleh kerajaan Umno untuk kemudahan para peniaga kecil, usahawan IKS dan para kontraktor. Semuanya konon untuk membantu peniaga khususnya bumiputera. Sebalik itu semuanya hanya kulit yang dihias cantik tetapi isi natijahnya bakal menjerut leher peniaga dan pengusaha.


Dan aku adalah antara ramai dari kalangan kontraktor bumiputera yang baru nak menapak. Sokongan awal dengan modal yang rendah diperlukan untuk menggerakkan permulaan niaga. Banyak sumber telah aku riki namun semuanya bagi aku amat membebankan peminjam terutamanya dari segi bayaran balik pinjaman.

Mana tidaknya. dengan jumlah riba yang melampau atas setiap jumlah pinjaman adalah amat tidak munasabah jika itulah maksud niat untuk membantu. Lagi pun tiada satu pun dana yang menjurus kearah sistem yang lebih Islamik. Semuanya cenderung kepada sistem riba yang haram nyata.

Beberapa contoh ingin aku kemukakan di sini ;

1) Pinjaman mikro-usahawan - kaedah ini disediakan oleh kerajaan dengan menyuntik dana ke dalam bank tertentu seperti BSN dan Agro Bank. Kemain gah dalam TV dipromosikan tentang pinjaman mikro ini. Walhal realitinya dengan nilai BLR 14% setahun amat membebankan peniaga @ peminjam. Mana dia faktor membantu yang diwar-warkan melainkan ianya mirip dengan sistem lintah darat.

2) Pinjaman Express CIMB - kaedah cepat mendapat wang pinjaman. Jika dokumen lengkap disediakan, pemohon berupaya memperolehi pinjaman dalam masa satu minggu. Dengan jumlah maksima RM50 ribu, para peminjam ditekan dengan nilai riba sebanyak 4% sebulan atas nilai pinjaman pokok. Macam along je stailnya.

3) Pinjaman Mara - melalui badan ini, peminjam mesti menyediakan dokumen dan fakta yang lengkap. Lekeh-lekeh boleh jalan. Dikenakan interest sebanyak BLR 4% setahun. Kaedah dilihat sedikit ada keringanan tapi masih membebankan dengan nilai riba yang ada.

4) Pinjaman Tekun - ini lahabau punya sistem pinjaman. Kadar faedah 4% setahun tapi permulaannya dulu percuma aje. Para peminjam mesti wajib mendapat sokongan JKKK selain menjadi ahli Umno. Kalau dua keperluan tersebut gagal dipenuhi maka anda boleh jalan daa.. Pinjaman ini Umno yang punya hanya untuk orang Umno. Konon berselindung atas nama kerajaan. Diberitakan ramai ahli Umno yang pinjam tapi enggan bayar balik sebab depa claim itu duit mereka.

Kesimpulannya kesemua pinjaman tersebut terlibat dengan riba. Kerajaan Umno secara langsung mengheret rakyat tak kira yang alim atau tertanggal alimnya yang membuat pinjaman supaya ke neraka. Kerana amaran Allah s.w.t. bahawa tiada tempat di syurga bagi pemberi dan pemakan riba. Dan di akhirat kelak mereka akan diseret kaki oleh para malaikat dengan muka mereka tersembam ke tanah.

Thursday, August 27, 2009

Cara Hukuman Sebat Yang Betul



Sebatan Islam Mengajar Bukan Mendera

Kartika popular setelah menjadi buah mulut ramai orang berikutan kes minum araknya yang dikenakan hukuman sebat oleh pihak mahkamah syariah Kuantan. Tarikh hukuman sebat ditunda dengan alasan sebagai menghormati bulan puasa.


Banyak pihak mula mempertikaikan hukuman tersebut dalam dua keadaan. Pertama golongan yang tidak faham Islam menyalak melekehkan hukuman tersebut sebagai melanggar hak asasi manusia. Golongan kedua pula yang sayangkan Islam bimbang jika hukuman tersebut ditangani secara ala-kadar akan memberikan persepsi negatif terhadap non-Muslim. Pasti mereka akan mempertikaikan kedaulatan dan keutuhan undang-undang Islam dan agama Islam ini.

Kita bezakan hukum sebat mengikut Islam adalah lebih mesra insan kerana ia sekadar untuk mengajar pesalah khasnya dan rakyat umumnya tentang keindahan dan toleransi hukum Islam. Bukan seperti hukum sebat hadhari @ sekular yang bersifat mendera dan mencederakan. Cuba cari, lihat dan kaji video mangsa sebat pesalah dipenjara awam negara. Antaranya memaparkan bagaimana pesalah terkencing terberak setelah menerima hentaman rotan kedua atau ketiga sehinggakan tertanggal kulit punggung mereka. Zalim.

Berikut petikan dari ulasan TGHA;

Mengikut Islam sebatan ini, perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.

Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak.

Sebatan juga, menurut beliau, tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.

“Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi.

“Aspek pencegahan inilah yang perlu ada dalam melaksanakan hukuman dalam undang-undang Islam. Ianya memerlukan pindaan supaya proses undang-undang Islam yang adil dapat dilaksanakan,” katanya.

Bagi beliau, hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (Pindaan) 1987 sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar.

Wednesday, August 26, 2009

Bisa Penangan Kartun

Berbeza dengan sikap CheDet dan PakLah yang cool dengan karikatur yang mengisahkan tentang diri mereka, tapi tidak bagi Najib. Dengan kartun pun Najib fobia lebih lagi kartun gambar Altantuya.


Malah atas alasan tiada permit dan dokumen lengkap sebuah penerbitan yang baru ditubuhkan telah diserbu oleh pihak penguatkuasa dan merampas koleksi karikatur milik syarikat terbabit.



JAIS Akan Lebih Berwibawa

Syukur kita kerana Selangor mula kehadapan dalam merangka enakmen atau penguatkuasaan
syarak dengan peranan utama dimainkan oleh Exco Agama dari Pas.
Setelah reda dari isu kontroversi untuk kuatkuasa penjualan arak, kini Pas tampil dengan pendekatan lebih drastik dalam mendepani masalah nahi mungkar.

Satu persoalan yang bermain difikiran aku iaitu adakah pihak berkuasa yakni Polis akan memberikan kerjasama sepenuhnya untuk menahan serta memenjara para pesalah maksiat dan persundalan?

Sepertimana isu Kartika yang dijatuhkan hukuman sebat oleh mahkamah syariah Kuantan didapati pihak Penjara Kajang enggan menerima beliau untuk dijatuhkan hukuman penjara dan sebat. Alasan pihak penjara ialah mereka tidak menerima kes-kes dari mahkamah syariah.

Jika anda tidak lupa sewaktu Pas memerintah Terengganu dan meminda enakmen syariah negeri dengan mengetatkan penguatkuasaan serta hukuman. Namun pihak Polis Terengganu waktu itu bulat-bulat menolak kerjasama dengan pihak berkuasa Amar makruf Nahi Mungkar yang bakal dilantik oleh pihak kerajaan Pas Terengganu.


Semoga ada kecerahan dari pihak Polis Selangor untuk memberikan kerjasama dengan pihak Kerajaan PR Selangor nanti. Jika perbincangan bersama perseetujuan telah dicapai antara kedua belah pihak maka syukur padaNya kerana membuka jalan.

Atau aku fikir apakah perlu pihak mahkamah syariah didirikan untuknya lokap yang berasingan?

Tuesday, August 25, 2009

Menangkan Calon Pakatan Rakyat

Kita buatlah pilihan yang bijak. Pilihlah calon yang baik dan berhemah latarbelakang. Lempar jejauh calon yang korup serta tidak amanah. Ibarat orang yang nak kahwin, pilih bakal isteri yang solehah. Kita nak 'pakai' lama dan selamanya. Begitu juga dengan calon wakil kita, bukan nak kita 'pakai' sehari dua. Tetapi selama tempohnya. Semoga dapat berkhidmat dengan ikhlas dan terpuji untuk kita.

Tambahan lagi yang bakal membanggakan kita ialah beliau bakal dinobatkan sebagai YDP Maipp sekiranya terpilih sebagai YB Permatang Pasir.


Kambinghitam Lidah Bercabang

Semalam dia berdegar-degar membela diri konon dikambinghitamkan oleh Umno... Dengan pendedahan Yusri ini maka status Rohaizat/Umno telah di 'check-mate' oleh Pas/Pakatan Rakyat.

PERMATANG PAUH – Bekas rakan kongsi Calon UMNO/BN Rohaizat Othman mengotakan katanya dengan berucap di atas pentas PAS dalam siri kempen pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir.

Yusri Isahak, yang membuat penampilan mengejutkan pada 20 Ogos lalu pada satu sidang media khas di Yayasan Aman, Penanti, telah mengatakan, kawan baiknya Rohaizat mengkhianati UMNO/BN kerana tidak menyatakan kebenaran.




Seribu kali sayang, sangkakan isu ini kekal sampai ke menang, rupanya Yusri busuk hati. Kemudian tak lama selang masa si Yusri ni mungkin tertelan taik jampi Umno terus lupa akan pengakuannya di atas pentas Pas tiba-tiba membaruakan diri memuji Rohaizat malah menuduh Pas mempergunakannya untuk tujuan politik.

Dato' Mahfodz lantas membidas sikap hampes Yusri yang menuduh Pas mengambil kesempatan ke atasnya. Poodahh macam hebat sangat. Boleh jalan laa Yusri...

Yesterday, Yusri in a press conference held in the capital city said he regretted that his statement, which was meant to defend himself, was used as political modal by certain quarters to attack the BN candidate for the Permatang Pasir by-election, a statement seemingly pointing to PAS.

The Islamist party has gone all out in its campaign to attack Rohaizat’s professional past but denied that the attacks were targetted at the Umno politician personally, claiming they were merely questioning his integrity as a leader that is suppose to represent voters should he be elected.

“He came to us and asked for a platform to clear his name and we gave it to him,” PAS vice-president Datuk Mahfuz Omar who is the election director for the Permatang Pasir vote, told a press conference here.

“Yusri has been consistent in saying that he is not out to tarnish his former partner and close friend but to defend himself. He believes that the blame should be equally spread between the two,” added the PAS leader.


Kita yakin tuduhan Yusri terhadap Pas tidak akan sedikit pun menjejaskan peluang kemenangan Pas di Permatang Pasir. Malah rakyat atau pengundi akan lebih menilai sejauh mana ikhlas ataupun sehebat mana lowyarnya Yusri ini.

Terimakasih Yusri kerana 'loyar buruk' kamu telah memberi kredit kepada Pakatan Rakyat.

Sunday, August 23, 2009

Rohaizat: Semakin DokRokChetong

Tadah je la telinga tu. Makin hari makin teruk ko kena gasak. Mana pi Ahmad Maslan? Takde poin nak bela dah ke? Dah la pi main tuduh orang bukan-bukan. Sekarang siapa malu? Bodohnya Ahmad Mazlan ni. Memang kabinet Najib sekarang dari kalangan mangkuk hayyun tongong-tongong.


Sewaktu pencalonan, Najib pun bodoh kena kencing dengan Zahid yang lantik calon pilihannya tapi bertimbun masalah. PM pun tak buat kertas kerja. Ingatkan Ahmad Mazlan je malas buat kertas kerja? Tanak tunjuk skill menoreh getah ke Ahmad kat Permatang Pasir ni.

Isu Rohaizat berbini dua kemudian ditinggalkan yang dirahsiakan dari umum tiba-tiba BOOMM!!, bertambah menghangatkan lagi suasana PRK Permatang Pasir. Apa salah berbini dua? Cuma orang sewel dalam Umno je persoal dan perlekeh tentang pimpinan Pas yang beristeri dua. Orang Umno sewel ni zuhud sangat dengan Rafidah Aziz yang bantah poligami tapi merestui perempuan simpanan dan persundalan.

Takde orang nak bengang jika Rohaizat berbini dua pun. Itu hak dia. Lagipun sunnah jika dia mampu. Tapi disebalik itu ada cerita menjengkelkan. Mungkin PRK ini secara tidak langsung membela maruah bekas isterinya itu dan mendedahkan kezaliman Rohaizat terhadap isterinya.

Itu la kau degil keras telinga sangat Rohaizat. Rela gadai maruah demi kemewahan dunia. Dato' Mahfodz dah kasi amaran awal supaya kau undur diri. Nasib la. Kantoi. Dokrokcetong.

KUALA LUMPUR, 22 Ogos: Sebuah blog milik seorang aktivis reformasi semalam mendedahkan beberapa bahan bukti calon BN, Rohaizat Othman pernah berkahwin dengan seorang lagi wanita seperti yang didedahkan Ketua Pemuda PAS Pusat semalam.

Bahan bukti dam bentuk Video dan audio itu didedahkan selepas Rohaizat menafikannya.

Klip video itu mendakwa kononya wanita yang dinikahi Rohaizat itu adalah bekas kakitangannya yang dinikahi secara 'sulit' pada 2005. Pernikahan mereka kemudiannya didaftarkan beberapa yahun selepas itu dengan membayar denda di Mahkamah Syariah. Wanita itu bagaimanapun ditinggalkan Rohaizat sehingga sekarang.

Klip video tersebut yang diletakkan sejak semalam di blog Norazimah Mohamad Nor atau lebih dikenali sebagai Nora di alamat nnora75reform.blogspot.com bagaimanapun tidak dapat diakses pada hari ini atas alasan ianya telah dibuang dari server.

Dalam blog tersebut juga memaparkan perbualan telefon yang didakwa bapa kepada wanita yang dinikahi Rohaizat.


**dokrokcetong - lemah habis daya nak mampus.

ADUN Lunas Keluar Parti

Fasa 1 rampasan kuasa di Perak, disusuli Fasa ke-2 mengganyang Selangor telah berjaya Umno laksanakan dengan jayanya. Makanan mereka adalah dari kalangan bekas-bekas haprak Umno yang menganggotai PKR dengan disajikan umpanan berupa wang dan material.

Sepertimana kecundangnya Osman Jailu dan Jamaluddin di Perak, PKR Kedah tidak ketinggalan menurut jejak langkah kedua petualang tersebut. Kali ini kawasan kubu kuat PKR Kedah iaitu Padang Serai menerima tamparan hebat apabila ADUN Lunas berpaling tadah.

Isu pengkhianatan PKR Kedah terhadap gagasan Pakatan Rakyat sebenarnya telahpun bermula dari peristiwa PRK Bukit Selambau lagi. Keretakan yang terjadi kini sedang menunggu belah.

Krisis demi krisis melanda PKR, apa sebenarnya matlamat wakil-wakil rakyat PKR?
Adakah untuk membela rakyat yang sekian lama dizalimi Umno/BN atau sekadar untuk membela perut kamu yang kecewa sewaktu di dalam Umno dulu? Celaka.

Walau apa pun diharap agar saki baki ahli dan penyokong PKR yang ada terus istiqomah dengan perjuangan mereka membela nasib rakyat. Sekiranya anda merasa goyah dipersilakan bersama dengan Pas.

KUALA LUMPUR 23 Ogos – Seramai 200 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Padang Serai hari ini bertindak keluar parti kerana hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinannya dan mendakwa perjuangan parti itu kini tidak seiring dengan matlamat asal penubuhannya.

Keputusan pembubaran bahagian itu diumumkan oleh pemangku ketua bahagiannya, Jamaludin Abu Hassan dalam satu sidang akhbar di Hotel Legend. di sini sebentar tadi.

Turut mengikut jejak sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd. Radzhi Salleh yang mengumumkan keputusan keluar parti untuk menjadi wakil rakyat bebas

Beliau bagaimanapun tidak melepaskan jawatan selaku ahli exco Kedah yang memegang portfolio pelancongan, pembangunan masyarakat serta sumber tenaga manusia. -Utusan

Johor Sudah DiJual, Pasni Penang Pulak

Licik gerangan kerja-kerja puak Umno ni terutama dalam menggelapkan harta milik rakyat dan negara. Melalui perjanjian usahasama dan pelbagai kaedah sama dengan berbagai nama 'sama' sebagai samaran, tanah-tanah milik Bumiputera dan milik negara menjadi taruhan.

Oleh Abu Bakar Mohd Rashid

Penafian Muhyddin mengenai jualan tanah kepada Singapura tidak mengelakkan pentadbiran Johor daripada membayar gantirugi. — Gambar oleh Jack Ooi

KUALA LUMPUR, Ogos 21 — Walaupun Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa beliau tidak pernah menjual tanah walau seinci pun kepada Singapura, tetapi beliau didakwa pernah terlibat dalam usahasama dengan syarikat dari negara itu menukar status tanah di Johor untuk memajukannya.

Dakwaan itu terkandung dalam fakta kes saman Stamford Holdings Sdn Bhd ke atas Muhyiddin dan rakan-rakannya.

Walaupun fakta kes tersebut tidak menunjukkan Muhyiddin menjual tanah kepada Stamford, tetapi ia menyatakan kesanggupan pihak yang disebut mewakili Muhyiddin berkerjasama dengan syarikat itu untuk membuat keuntungan dengan memajukan tanah di Johor.

Mengikut dokumen Majlis Peguam, syarikat tersebut ialah syarikat Singapura.

Asian Wall Street Journal 16/6/95 melaporkan, di dalam dokumen Stamford kepada mahkamah, pada penghujung 1989 syarikat itu bersetuju dengan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dan Datuk Yahya Talib untuk menubuhkan syarikat usahasama bagi membangunkan 1,766 ekar tanah syarikat itu.

Dokumen itu menyatakan, menurut AWSJ, Syed Mokhtar dan Yahya adalah pihak “yang bertindak untuk diri mereka sendiri dan Muhyiddin”

Menurut dokumen itu juga, pihak yang diwakili oleh Syed Mokhtar dan Yahya melabur RM1.8 juta di dalam usahasama tersebut, iaitu 30 peratus dari ekuitinya. 70 peratus lagi dipegang oleh Stamford.

Syarikat usahasama itu kemudiannya menguasai hartanah itu dan mengemukakan permohonan baru untuk menukar statusnya bagi kegunaan industri.

Kerajaan Johor pula meluluskan permohonan itu dengan “begitu pantas”, dakwa Stamford di dalam samannya di mana ia juga mendakwa kumpulan Syed Mokhtar telah “meraih keuntungan bersih sebanyak RM83.2 juta”.

Masalah di antara kedua-dua pihak tercetus apabila, menurut dokumen mahkamah Stamford, kumpulan Muhyiddin menjadi “begitu tamak”.

Mereka mahu mewujudkan usahasama kedua di mana mereka mahu menguasai 70 peratus saham dengan membayar RM74,100 setiap hektar kepada Stamford bagi baki 2,672 hektar miliknya.

Bila Stamford berkeras mahu mengekalkan 70 peratus pegangannya dan dibayar RM185,250 bagi setiap hektar tanahnya, salah seorang rakan Muhyiddin memberi amaran kepada syarikat itu bahawa dokumen pengambilalihan tanah sudah pun berada di meja Muhyiddin yang ketika itu Menteri Besar Johor dan beliau boleh “mendatanganinya bila-bila masa”.

AWSJ melaporkan, Muhyiddin sendiri mengugut Stamford pada bulan Disember 1992 dengan mengingatkan salah seorang pengarahnya bahawa “masa semakin singkat”.

Keadaan semakin tidak memihak kepada syarikat tersebut apabila Julai 1994, kerajaan Johor mengambilalih tanah tersebut bagi pihak Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Johor.

Tindakan itu memaksa Stamford menyaman Muhyiddin, Syed Mokhtar dan Yahya kerana kerugian yang ditanggung akibat apa yang didakwanya sebagai konspirasi untuk mengambilalih tanah itu melalui Akta Pengambilan Tanah.

Stamford mendakwa ketiga-tiganya menyalahgunakan peruntukan akta itu untuk mengambilalih 6,544.4172 ekar tanah di mukim Tebrau, Johor Baru melalui perbadanan itu.

Kes itu diselesaikan apabila Mahkamah Tinggi mengarahkan kerajaan Johor membayar RM313.25 juta kepada Stamford manakala sebuah lagi syarikat, Kelana Ventures Sdn Bhd diarahkan membayar RM92.12 juta.

Dalam kempen pilihan raya kecil Manek Urai baru-baru ini, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menuduh Muhyiddin mengkhianati hak orang Melayu ketika menjadi Menteri Besar Johor dan mengetuai Umno negeri itu.

“Bagaimana Umno hendak menjadi parti yang membela orang Melayu sedangkan mereka sendiri yang menggadai dan menjual tanah rezab Melayu kepada orang asing dari Singapura?” beliau mempersoalkan.

Beliau menjelaskan bukti mengenai perkara itu didedahkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

“Tanah Rezab Melayu ini satu-satunya hak bagi orang Melayu. Umno tidak boleh jawab, dan ini bukan fakta yang saya pungut atau dengar di tepi jalan lalu dibawa ke dalam ceramah, tidak.

“Ini bukti yang kita bawa dalam persidangan DUN Johor baru-baru ini di mana Umno dan anggota DUN Johor dari Umno tidak boleh jawab,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata Umno tidak seharusnya diberikan peluang untuk terus hidup.

Baru-baru ini Muhyiddin dilaporkan kesal dengan tohmahan pembangkang kononnya beliau pernah menjual sebidang tanah kepada Singapura semasa menjadi Menteri Besar Johor.

Katanya fitnah itu sengaja dilemparkan kepadanya bagi menaikkan kebencian rakyat kepada beliau dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Saya ingin menjelaskan bahawa saya (semasa menjadi Menteri Besar Johor) tidak pernah menjual tanah walau seinci pun kepada Singapura dan ini adalah fitnah semata-mata,” kata beliau pada ceramah Perdana di Tanjong Putus sempena pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir.

Umno Syurga Rasuah

Tawaran kepada sesiapa yang berangan-angan untuk cepat kaya dan ingin menikmati syurga dunia, silalah masuk ke dalam kepompong Umno. Dalam segala kekotoran, kekejian dan kejelikan isinya, mudah untuk kalian menjalankan kerja-kerja hina tidak bermaruah dalam usaha mendaki puncak syurga dunia ciptaan Umno.

Sambil mengajak semua pihak meninggalkan Umno dengan syurga politik wangnya, dalam pesanannya kepada para pengundi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, beliau yakin pengundi yang beragama Islam akan menyokong PAS yang memperjuangkan Islam yang lengkap sempurna dan bukan Islam yang diterima sebahagiannya serta ditolak sebahagiannya.

Kepada para pengundi bukan Islam pula, beliau mengajak mereka mengundi PAS untuk merintis laluan kepada sistem kerajaan yang akan "menyemak institusi kehakiman, pelaksanaan 'rule of law' dan perjalanan demokrasi".

"Bagi pengundi Islam tanpa mengira bangsa, mereka tentu ingin merakamkan sokongan mereka kepada sebuah gerakan Islam yang membawa perjuangan Islam syamil yang sebenar.

"Mereka tidak sanggup memangkah parti Umno yang mengamalkan Islam dari klon sekular; agama suku dan politik suku.

"Mana boleh diasingkan iman dengan Islam dan Islam dengan politik?" kata Menteri Besar Kelantan itu.

Menurut beliau, "Islam jenis sekular yang diperjuangkan oleh Umno inilah yang saya namakan sebagai Islam palsu".

Sebagaimana adanya wang palsu, rambut palsu atau kad pengenalan palsu, kata Tuan Guru, begitu jugalah dengan Islam palsu.

"Benda palsu; nampak macam sebenar tetapi ia tetap tidak asli. Bagi yang ahli, dia akan tetap tahu membezakan antara bunga hidup dengan bunga plastik.

"Dengan keadaan tidak tulin itulah timbulnya keraguan.

"Soalnya bolehkah yang diragu-ragu (syak) itu dibawa untuk mendapatkan anugerah syurga Allah di akhirat kelak?

"Saya bercakap dari sudut aqidah dan kaedah. Jika buat begini ia boleh jadi begini. Jika tidak sempurna wudhu�, amalan sembahyang tidak diterima. Jika tolak Islam dari Allah, maka dengan apa nak digantikan?

"Ini bukan soal saya mendahului Tuhan atau lebih tahu dari Tuhan. Ini soal kaedah," beliau menjelaskan.

Beliau percaya, para pengundi Islam di DUN Permatang Pasir boleh dengan mudah memahami persoalan ini.

Kepada para pengundi bukan Islam pula, beliau mengajak mereka mengundi PAS untuk merintis laluan baru agar Malaysia akan menjalani proses tajdid, transformasi dan reformasinya yang sebenar melalui sistem kerajaan yang akan "menyemak institusi kehakiman, pelaksanaan �rule of law� dan perjalanan demokrasi".

Tuan Guru mengajak semua pihak mengekalkan kerusi yang sudah dikuasai oleh Pakatan rakyat (PR) dan dapatkan sebanyak mungkin kerusi-kerusi tambahan dari Umno Barisan Nasional (BN) jika berlaku lagi pilihan raya kecil.

"Tinggalkan Umno dengan syurga politik wangnya.

"Mari kita terus istiqamah untuk tetap berada di tengah-tengah gelora kesedaran rakyat demi menafikan Umno/BN yang sudah laih dan kehilangan stamina mulai sekarang.

"Jangan tertipu lagi untuk percayakan slogan-slogan baru yang dikitar semula. Dulu Islam Hadhari. Kini 1Malaysia pula. Esok entah apa pulalah.

"Umno ni nak jadi apa, entahlah. Nak kata udang pun tidak. Ikan pun bukan. Ingatlah pesan pepatah Melayu: Jika sudah kepalanya ular, mustahil ekornya belut," kata beliau.

Beliau menyeru semua pihak menggunakan kesempatan membuang undi pada kali ini dengan penuh cermat.

Umno Makin Tersepit Di Permatang Pasir

Gara-gara fitnah oleh cybertrooper @ pondan Umno melalui bigdotcom.com terhadap calon Pas PRK Permatang Pasir konon meggelapkan $600 ribu wng parti, maka semalam Bekas Ketua Penerangan P.Pinang tampil dengan membuat laporan polis terhadap penyebar fitnah tersebut.


Setelah sehari sebelumnya pondan tersebut dicabar oleh Mujahid Rawa memberikan bukti atau melaporkan kepada pihak berwajib namun tiada kelibat yang tampil atau sebarang pengakuan dibuat. Pas terpaksa mengemukakan laporan polis untuk membersihkan calon Pas dari fitnah yang keji itu.

Walaupun antara lain tujuan pondan berkenaan untuk menghalang sebahagian tumpuan Pas terthadap kerja-kerja PRK tersebut, namun ia sebaliknya mencalit kekotoran yang sedia hina pada Umno di Permatang Pasir kerana melakukan kerja-kerja fitnah.

Saturday, August 22, 2009

Salam Ramadhan

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata:” Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Misk.”


Saya bagi pihak keluarga saya dan diri saya sendiri, ingin mengucapkan “Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak” kepada pengunjung setia Gelombang Hijau khasnya. Semoga Ramadhan kali ini akan membawa kebahagiaan kepada kita semua dalam segala aspek, InsyaAllah. Semoga Allah hadiahkan “Malam Lailatul Qadar” kepada kita di bulan Ramadhan yang mulia kali ini. Semoga di terima segala amalan baik kita, di bersih kan Kolbu (Hati) dan di beri keberkatan sentiasa.

Selamat Bersahur dan Berpuasa...

Rohaizat: Camaner Nak Setel Dakwaan Ni?

Dua isu berat mesti disanggah segera oleh calon Umno PRK Permatang Pasir. Kalau tak kena cara dia menanganinya, aku berani angkat jari, Rohaizat mesti kalah lebih teruk kali ini. Isu pertama ialah penjelasan dari majlis peguam tentang status beliau. Meskipun Muyidin menuduh majlis peguam sengaja memanipulasikan kenyataan berkenaan tapi kita rakyat mesti faham dalam majlis peguam sendiri ada akta dan peraturan yang semestinya dipatuhi setiap ahli majlis.


kenyataan rasmi majlis peguam

Merujuk kepada pertanyaan-pertanyaan dari pihak media, kami ingin menjelaskan
status Rohaizat Othman sebagai peguambela dan peguamcara.

Lembaga Disiplin Peguambela dan Peguamcara menyingkir Rohaizat Othman dari Senarai Peguambela dan Peguamcara pada 7 March 2008 selepas beliau didapati bersalah kerana penyelewengan.

Keputusan Lembaga Disiplin dibuat selepas penyiasatan terhadap aduan yang dibuat terhadap Rohaizat Othman oleh seorang pembeli. Menurut aduan tersebut, Rohaizat Othman telah gagal memulangkan hampir RM 161,000.00kepada
pengadu selepas urusan jual beli dibatalkan.Rohaizat Othman merayu terhadap keputusan Lembaga Disiplin ke mahkamah Tinggi, dan rayuan tersebut ditolak pada
12 Ogos 2009. Oleh itu, beliau secara undang-undang, tidak layak untuk
mengamalkan undang-undang sebagai peguambela dan peguamcara.

Keputusan Lembaga Disiplin terhadap Rohaizat Othman adalah secara peribadi, dan Lembaga Disiplin tidak akan menghukum seseorang peguam itu atas kesalahan rakan kongsinya.


George Varughese
SecretaryMalaysian Bar



Isu kedua pula mengenai pendedahan Dato' Mahfudz bahawa pemecatan Rohaizat dilakukan oleh pemimpin Umno sendiri.

PERMATANG PAUH - UMNO dan Barisan Nasional (BN) diminta mendapatkan penjelasan berhubung dengan kes pecah amanah calonnya, Rohaizat Ibrahim dari Bekas Setiausaha BN Pulau Pinang, Tan Sri Khalid Ahmad Sulaiman sendiri.

Ini kerana, Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Majlis Peguam yang membicarakan kes Rohaizat adalah Khalid sendiri juga pernah memangku jawatan Ketua Menteri.

Pengarah Jentera Pilihanraya PAS Permatang Pasir, Dato’ Mahfudz Omar mendedahkan perkara ini dalam sidang medianya hari ini

Mahfudz berkata demikian ketika mengulas kecaman-kecaman pemimpin UMNO terhadap Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan yang menjadi ’wistle blower’ mendedahkan perkara terbabit.

Dengan kenyataan Mahfudz, UMNO tidak perlu lagi menyalahkan Ragunath kerana pihak yang terlibat menyiasat dan mengambil keputusan memecat Rohaizat adalah pemimpin UMNO/BN sendiri.

Menurut Mahfudz, Khalid menjadi pemangku Ketua Menteri Pulau Pinang semasa Lim Chong Eu adalah ketua Menterinya.

"Ketika Chong Eu bercuti, Khalid adalah pemangkunya," kata Mahfuz.

Khalid juga, kata Mahfuz, adalah Pengerusi Jawatankuasa Siasatan Lembaga Disiplin Umno ketika lembaga itu menggantung keahlian Tan Sri Isa Samad.

Pengerusi Lembaga Disiplin Umno adalah Tengku Ahmad Rithaudeen.

"Maknanya, yang menggantung keahlian Rohaizat dari Majlis Peguam adalah pemimpin Umno sendiri. Takkan mereka nak aniaya Rohaizat kalau dia tidak bersalah," kata Mahfuz.

Umno Semakin Serba Tak Kena

Semakin lama Umno merasakan kehadiran mereka dipersada politik ini semakin dikesampingkan rakyat. Rakyat di bandar dah lama faham. Kini rakyat kampung pula semakin celik dan mengerti apa erti rasuah dengan politik wang, apa beza kebajikan dengan kezaliman dan sebagainya.


Sebarang media yang bertentangan dengan kehendak nafsu perut Umno/BN telah/akan dikenakan pelbagai tindakan. Terkini kerajaan @ Umno mencuba lagi dengan mengeluarkan kenyataan untuk menyekat capaian ke laman web tertentu yang disifatkan melanggar peraturan.

Apa pula komen otai-otai blogger berkenaan isu tersebut;





Friday, August 21, 2009

Aduhaiii Mufti Hadhari

Aku tak reti apa gred nak dinilaikan dengan kenyataan Mufti Janggut Merah ni. Cubalah korang terjemahkan apa yang beliau maksudkan dengan tulisan yang aku bold kan di bawah ni. Tak berani aku nak komen lebih-lebih pasal dia ni ulama Umno bertaraf Mufti Hadhari. Aku rasa bengang pun ada, nak gelak sampai tergolek pon ada.

Kenapa tergamak dia meletakkan undang-undang ISA mengatasi segalanya untuk membanteras anasir yang menggugat keselamatan negara. Mengapa tidak digubalkan suatu undang-undang yang berteraskan Islam dan Hudud bagi menggantikan kezaliman akta ISA dan akta sekular kapitalis?
KUALA LUMPUR: Berita Harian mengadakan Wacana Ilmu dengan menampilkan dua tokoh agama terkemuka bagi membincangkan konsep Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam kehidupan masyarakat di negara ini, termasuk aspek politik.

Program yang julung kalinya diadakan itu menampilkan Felo Kehormat Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (Istac), Dr Muhammad Uthman El-Muhammady dan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Nakhaie Ahmad.

Muhammad Uthman berkata, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) masih diperlukan di negara ini walaupun ada pihak mahu akta itu dimansuhkan.

"Selagi belum ada akta lain yang boleh menggantikan ISA, maka akta ini perlu dikekalkan. Bagaimanapun ISA perlu dilakukan semakan semula. Akta ini penting bagi mengawal negara.

"Kita tidak tahu bila ancaman terhadap negara akan berlaku, misalnya jika kita mendapat maklumat di tengah malam ada ancaman terhadap negara, bagaimana kita hendak tangkap individu disyaki, apakah perlu tunggu mahkamah pada keesokan harinya," katanya di sini semalam.

Wednesday, August 19, 2009

Bapak Membela Anaknya Kencing Berdiri

Muyidin serba salah. Telan tak masuk ludah taknak keluar. Kahak biru melekat kat halkumnya. Teramat berat bebannya untuk membersihkan Umno. Teramat susah untuk Muyidin cuci bekas-bekas kencing anaknya.

Kemudian ada sahabat budak dari kumpulan sepermainannya yang prihatin dengan kedajalan perbuatan budak yang kencing tu telah mengecop budak tu sebagai kurang ajar lalu disenaraihitam. Pastu Muyidin tak puashati lalu dipersalahkan orang lain sebab rotan anaknya (Rohaizat) kencing berdiri.

Walhal Muyidin tak sedar diri, dia lagi huduh fe'el, kencing berlari. Kat Manik Urai dulu Muyidin dah kencing berlari. Dikencingnya orang Manik Urai dengan isu jambatan dan sebagainya. Secara langsung mengajar anaknya kencing berdiri.

Si anak pula sudahlah kencing berdiri, tambah kurang asam bila dijejer dan dipancut kencingnya sekeliling kena orang. Yang dikencingkan tu pulak orang kampung yang tubuhkan koperasi untuk menjamin masa depan mereka.

Kini wajarlah orang Permatang Pasir membuang jejauh dua makhluk yang suka kencing ini dari persada PRK Permatang Pasir. Jangan beri ruang dan peluang. Pasti bila mereka menjadi tuan maka habislah seluruh kampung Permatang Pasir berbau 'hanyir' air kencing mereka.

PERMATANG PASIR, Aug 19 — Tan Sri Muhyiddin Yassin hit out at the Bar Council today for having an agenda against Barisan Nasional’s (BN) candidate for the by-election here, after it was revealed the Umno man was a disbarred lawyer.

The Bar Council had issued a statement following queries from the media yesterday confirming that Rohaizat Othman, the candidate, was a disbarred lawyer.

Rohaizat had been disbarred last year after he was found guilty by the Bar Council’s disciplinary committee of misconduct by failing to return RM161,000 belonging to his client, the Penang Rubber Smallholders’ Cooperative.

The Bar Council also clarified that Rohaizat had been found guilty of personal misconduct and had lost his appeal against the decision in the High Court last Wednesday, five days before Umno nominated him for the by-election.

Berita Hairan Yang Dermawan dan Sawan

Tersenarai dikalangan agensi media auta ampu Umno/BN paling berwibawa dengan berita-berita rekaan serta ciluk-ciluk mereka, rupanya Berita Hairan juga suka menderma. Dalam ertikata sebenar derma paksarela. Sepandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Begitulah nasib Berita Hairan pabila memaparkan berita kontroversi dengan tujuan memburukkan pemimpin pembangkang terutamanya.

Permatang Pasir: Helikopter Mana Pulak



PRK Manik Urai Umno guna heli yang kat atas tu...

PRK Permatang Pasir nanti Umno charter heli mana satu? Lantaklah heli yang mana satu pun jika tekong-tekong judi yang support sewa heli untuk korang.

Ingat..!! Jika Umno haramjadah guna duit cukai yang aku bayar untuk kepentingan peribadi pemimpin korang, aku tak halalkan dunia akhirat. Semoga heli berkenaan yang membawa duit haram dan pemimpin itu nanti jatuh menjunam, meletup, menghanguskan pemimpin bobrok.

Tuesday, August 18, 2009

Terlajak Perahu Boleh Diundur...

Terlajak pilih calon buruk padahnya...
Kalah menang semestinya ketentuan Allah. Tidak perlu mendabik dada dengan kekuatan dimata cuma. Sedangkan yang bakal tersurat bukan milik kita.

PRK Permatang Pasir nampaknya sekali lagi Umno pasti tersilap memilih calon. Ibarat bidan terjun Umno melantik Rohaizat tanpa memikirkan tentang rekod buruk latarbelakang beliau.

'Harapkan pagar..pagar makan padi', itulah perumpamaan terbaik untuk kaki songlap duit. Tidak manasabah seorang peguam yang fasih bab undang-undang melakukan pengkhianatan.

Umno mengumpan orang sebegini yang bermasalah untuk menjadi calon kerana ia merupakan suatu cagaran supaya mengzuhudkan diri pada pemimpin tertinggi mereka. Sebaliknya ia merupakan kredit kepada Pakatan Rakyat untuk membenamkan lagi sekali Umno di Permatang Pasir.


Santai Kejap

Jenuh dengan politik dan isu...

Kita rehatkan minda kejap...


Monday, August 17, 2009

Umno Tidak Bohong Tapi AUTA

Jika beri peluang pada Umno ibarat tunggu bulan jatuh ke riba lah. Rekod Muyidin di Manik Urai dah tercalar dengan kempen rasuahnya. Mana jambatan tak siap-siap? Kalau iya pun kalah PRK apa salah jika diteruskan sahaja projek jambatan Manik Urai untuk kemudahan rakyat.

Umno ni dah tabiat dari dulu, fe'el hodoh, perangai pemimpin hodoh, tektik jahat, main ugut, guna rasuah pikat pengundi. Minda pun sempit. Tengok kali ni Muyidin apa pula kata aluan kat Permatang Pasir;


Jembalang Marah Kat Hantu

Apabila dah 6 kali tersenggeng dalam PRK akibat kena peteh dengan pengundi, maka Umno mula terasa bahawa hantu-hantu yang didakwa belaan mereka gagal berfungsi dengan baik untuk memberikan kemenangan kepada Umno.


Kini kebimbangan itu semakin menikam uluhati Pemuda Umno kerana merasakan mereka bakal kalah lagi kali ini di Permatang Pasir. Oleh itu sebelum mereka diminta memberikan surat tunjuk sebab atas kekalahan nanti maka Pemuda Umno bersama 'jaguh kampung'nya mula mencari akal untuk melepaskan diri.

Antaranya dengan mendakwa para pengundi hantu telah membanjiri Permatang Pasir. Apa nak takut dengan pengundi hantu? Biasanya sinonim pengundi hantu dengan Umno bagai takleh dipisahkan. Tapi kali ini mereka mula merasa fobia dengan pengundi hantu dakwaan mereka. Mungkinkah Pemuda Umno mula takutkan bayang-bayang sendiri dengan mendakwa yang bukan-bukan, jangan sampai tahap meroyan sudah lah.

Bilamana mereka yakin PRK tertentu Umno boleh menang maka isu pengundi hantu mereka diamkan walhal itulah peliharaan yang mereka bawa masuk. Tapi apabila di kawasan yang kuat pengaruh pembangkang dan mereka tidak yakin dengan keupayaan Umno untuk menang maka isu pengundi hantu mereka gembar-gemburkan.

Pergerakan Pemuda Umno mendakwa terdapat pengundi hantu bagi pilihan raya DUN Permatang Pasir pada 25 Ogos ini.

Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata ini berdasarkan laporan terdapat pengundi luar yang didaftarkan sebagai pemilih di kawasan itu.

"Kita dapati beberapa orang Melayu didaftarkan di rumah yang dihuni oleh orang Cina dan ada juga pengundi Cina didaftarkan alamatnya di rumah orang Melayu," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Pemuda Umno di Butterworth semalam, lapor Bernama.

Khairy berkata sejak pilihan raya umum lepas terdapat kira-kira 1,000
pengundi didaftarkan di Permatang Pasir dan trend itu adalah tidak normal kerana jumlahnya terlalu besar.

Beliau berkata perkara itu akan dikemukakan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil bagi menangani isu itu.

Kita Pakat Cutikan Anak Kita

16hb Ogos 2009, anak aku yang bersekolah darjah 1 di Sek. Keb. Sura, tiba-tiba demam teruk selepas pulang dari sekolah sesi pagi. Katanya dia mula pening selepas naik waktu rehat. Langsung tak dapat tumpukan perhatian di dalam kelas. Lantas cikgu mengarahkan supaya anak aku ambik cuti panjang.


Sepulang dari sekolah anak aku benar-benar letih. Aku periksa badannya, ya Allah panasnyaa... Kemudian ambil sukatan suhu, periksa, nah bacaan naik sampai 39.5 Celsius. Aku cemas menggelabah. Aku ni cepat panik jika berdepan dengan situasi sebegini.

Nasib baik isteri aku mampu mengawal keadaan. Meskipun masih dalam pantang dia lebih berpengalaman dari aku menangani masalah anak-anak. Malamnya aku bawa anak ke klinik dan diberikan ubatan yang sepatutnya.

Hari ini anak ini masih demam tapi sedikit kebah dengan bacaan suhu badan 36.7 Celcius. Kira terkawal lah tu. Aku sedikit lega. Tapi tersentak lagi aku bila semalam anak aku no.4 yang akan menyambut harijadinya pada 31 Ogos ini tiba-tiba lemah dan demam. Aku syak dan bimbang pasti dia dijangkiti oleh virus dari kakaknya. Terus aku bawanya ke klinik untuk rawatan awal. Alhamdulillah situasi terkawal dan aku senantiasa mendoakan agar anak-anak aku mendapat perlindunganNya dan dijauhi keluarga aku dari bala Selsema babi.

Disamping itu aku terpaksa perketatkan pemantauan kesihatan untuk keluarga serta anak-anak aku sepanjang mereka di sekolah. Mereka aku bekalkan dengan penutup muka sebagai additional prevention. Anak aku yang masih demam ini akan aku cutikan dia dari menghadiri kelas untuk minggu ini.

Ahli keluarga aku kuarantinkan daripada menghadiri ke tempat awam, pusat membeli belah dan seumpamanya buat sementara waktu. Memang mereka kegelisahan dan rimas bila dikuarantinkan tapi itulah kaedah pencegahan terbaik mengikut nasihat doktor.

Berikut adalah kenyataan bangang dari seorang Menteri Bodoh dari kalangan Menteri bangang kabinet bangang Najib;

Kenyataan Menteri Kesihatan semalam, Dato' Seri Liow Tiong Lai amat menarik perhatian saya. Sebagai seorang bekas guru, pensyarah agak menarik kenyataannya bahawa tindakan penutupan sekolah dan institusi pendidikan seperti universiti akibat penularan wabak ini hanya akan diambil sebagai langkah terakhir.

Tambahnya, "tindakan penutupan sekolah atau universiti hanya akan dilakukan oleh pihak pentadbiran sekiranya kehadiran pelajar atau pengajar sangat rendah dan pembelajaran tidak dapat dibuat dengan baik.

"Pengetua sekolah bertanggungjawab untuk mencadangkan penutupan sekolah setelah mendapat nasihat daripada Pegawai Kesihatan Daerah dan dipersetujui oleh Pengarah Pendidikan Negeri," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Jawapan kepada kenyataan bangang yang dipetik dari harakah;

Jawapan mudah yang boleh disimpulkan adalah kerajaan ingin menunggu sehingga sekolah kosong baru hendak bertindak? Atau lebih mudah nak kata, kalau ramai tak pergi sekolah (mungkin sebab takut atau lebih buruk lagi ramai yang dah dijangkiti dan mati) baru nak ambil langkah sedemikian?

Apakah Menteri Kesihatan mahu atau melihat rakyat menderita dengan serangan wabak ini dan baru ingin ambil tindakan pencegahan? Dan kalau ingin mengambil tindakan, maka perlu rujuk dahhulu Pegawai Kesihatan Daerah dan selepas itu Pengarah Pendidikan Negeri pula perlu sutuju barulah sekolah akan ditutup.

Agak-agak wahai Dato' Seri, berapa ramai atau jumlah kehadiran yang perlu dinantikan oleh kerajaan?

Inikah langkah-langkah yang efisen dalam menangani penularan wabak ini? Begitu pandir nampaknya Dato' Seri.

Bekas guru, Klang.

Sunday, August 16, 2009

Ayam Laga Umno

Inilah ayam laga harapan Umno yang bakal menundukkan ayam-ayam laga PR di Permatang Pasir. Tapi semoga Allah memberikan kekuatan serta kelebihan kepada ayam-ayam laga PR kerana ayam laga Umno ini hanyalah sekadar hebat diparuh tapi ekornya bergelumang taik. Duk perasan dirinya hensem dan hebat sebaliknya diheret dan dijaja taik kat ekor ke merata pelusuk kampung.


Kalau dapat kita pakat semelih masak goreng berempah... mesti sedap ni... ayam kampung dagingnya pejal.

Jagoan Arak Berbicara Tentang Arak

Petikan dari sindiran Naib Presiden Pas, YB Salahuddin Ayub bahawa Umno ibarat "ayam jantan berkokok berdegar-degar tapi ekor bergelumang taik".


Dalam Harakah pula memberi ulasan,"Apabila Kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan, masing-masing pimpinan Umno cuba menjadi 'juara membanteras arak' sehingga mencabar Pas untuk keluar daripada Pakatan Rakyat jika tidak berjaya menyelesaikan isu arak".

Nak tanya Umno cuba senaraikan kat sini nama mereka dari kalangan Pas yang kaki arak. Jawapan aku untuk Umno ringkas sahaja iaitu tatkala Jamaluddin Jarjis meraba seorang pelayan bar yang sedang tuang arak, tidakkah ia sedang mabuk waktu itu? Dengarnya kes tu selesai dengan sekian bayaran untuk pelayan tersebut.

Ikuti rentetan dari dua isu hangat dan tak sepatutnya berlaku angkara sayangnya Umno pada arak (2 cukuplah pasal tak larat nak ulas berjuta lagi kisah cinta Umno dan arak);

1) Timbalan Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi membidas tindakan Jais menahan seorang penyanyi kelab malam, Azlina Abas, beserta 24 orang Islam lain di Restoran The Ship, Damansara Utama, tengah malam 10 Jun 2000 dan mendakwa tidak menjadi kesalahan bagi setiap Muslim untuk bekerja di tempat menjual arak.

Komen: Patutlah selepas PakLah menjawat jawatan PM beliau sekonyong-konyong tunduk hormat menyembah di depan tokpekong tugu negara walau Mufti dah cakap perbuatan sedemikian haram di sisi Islam. Usah kata bekerja dipremis arak malah semua kegiatan yang membabitkan arak hatta pam atendan yang kerja mengisi minyak untuk kenderaan pengangkut arak pun tetap haram.

2) Isu serbuan Jawi di Kelab Zouk pada 13 Januari 2005 dan menahan penyanyi Jeslina Hashim 27, dan beberapa pengunjung Islam atas dakwaan meminum arak. Khairy mengkritik tindakan Jawi malah menegur Exco Pemuda, Shamsul Najmi Shamsuddin yang menyokong tindakan Jawi. Khairy mengatakan tindakan Shamsul hanya pandangan peribadi dan bukannya pendirian Pemuda Umno.

Komen: Maaflah kepada insan-insan yang ikhlas berjuang untuk Islam dan Melayu dalam Umno, korang balik awal lah tiada tempat untuk korang dalam Umno. Tengok nasib DSAI sampai lebam kena tibai. Umno hanya lubuk kepada mereka yang bertopeng dan pandai bermuka-muka serta bijak ampu. Malah ulama i.e. Allahyarham Datuk Ishak Baharom yang tiada kaitan dengan Umno pun tapi hanya menegur sikap melampau Umno pun kena taram.

Saturday, August 15, 2009

Kerajaan Tak Guna Akal

Demi mengutamakan hiburan dan keseronokan (memang itulah hidangan Umno untuk muda-mudi) pihak PBT Dungun membenarkan diadakan Konsert Gempak Gegar di Padang Merdeka, Dungun.


Secara adatnya Umno sememangnya mengenepikan unsur-unsur maksiat yang bakal wujud akibat dari penganjuran ini, Umno juga turut memekakkan telinga membutakan mata dari mengambil cakne isu-isu sensitif semasa terutamanya kes Selsema Babi.

Bahana dari penganjuran konsert seperti ini dengan kehadiran ramai peminat konsert dan hiburan akan berkumpul tidak mustahil untuk merebakkan lagi penyakit berbahaya tersebut. Sudahlah langkah pencegahan tidak kerajaan jalankan secara intensif malah menyuburkan penularan H1N1 di daerah ini.

Oleh itu Pas melalui Ketua Pemuda Kawasan Dungun iaitu Ustaz Ja telah mengambil langkah awal dengan menghantar memo bantahan kepada YDP Majlis Perbandaran Dungun disamping menaikkan pemidang yang membantah konsert Gempak Gegar diadakan.

Friday, August 14, 2009

MB Ganu Terkilan

Ibarat kata hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Grup 18 kata tak mau tapi kroni MB terdiri daripada para ketua bahagian kata mau. Manakala pimpinan Pusat pula rela dalam paksa memaukan diri untuk AbgMad. Telan mati Umno luah mati Umno.
KUALA TERENGGANU,(Hrkh) - Menteri Besar Terengganu, Dato' Ahmad Said melahirkan rasa terkilan dengan sikap birokrasi kerajaan pusat yang lebih mengutamakan pihak kontraktor dari kerajaan negeri.

Katanya, kerajaan negeri pernah memohon peruntukkan dari 'dana khas' bagi digunakan sendiri oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk kerja-kerja menaik taraf jalan raya di Rantau Abang-Dungun.

Menurutnya, permohonan tersebut dibuat bagi menyelesaikan masalah infrastruktur jalan raya yang semakin pesat membangun seiring dengan pembinaan Lebuh raya Pantai Timur (LPT).

"Sebab itu, kita (kerajaan) dari dulu lagi di Rantau Abang-Dungun kita (kerajaan) minta dana khas RM30 juta peruntukkan untuk Jabatan Kerja Raya (JKR) buat sendiri.

"Tapi tidak dapat nok kata macam mana. Kerajaan minta tidak dapat, kontraktor minta dapat,"ujarnya pada sidang media tersebut.

Pergi Tak Kembali

Innaalillaahiwainnailaihiraji'un...
Takziah untuk keluarga Ustaz Asri Rabbani di atas pemergian beliau secara mengejut semalam.
Ajal maut telah tertulis olehNya.
Tiada sesaat kurang atau sesaat terlebih bila datangnya ia.
Untuk kita yang masih hidup beringatlah...
cari ilmu seolah kita akan hidup seribu tahun lagi...
dan beribadatlah kamu seolah kamu akan mati esok hari.


KASIH IBUBAPA

Kasihnya Bonda membawa ke syurga

Kasihnya Ayahanda berkorban nyawa


Sayang Bonda

Sayang Ayahanda

Seumpama sayangi Dia

Derhaka padamu Bonda

Belakangi Ayahanda

Seumpama menderhaka Maha Pencipta

Jasa Bonda dan Ayahanda

Seumur hidupku takkan terbalas

Bagaikan setiap titisan lautan budimu

Takkan termampu untukku perjelas

Hanya berupaya ku laksanakan

Memohon dan memanjatkan doa padaNya

Agar diampunkan dosa mereka di dunia

Diberikan kesejahteraan kepada mereka berdua

Serta kemuliaan di hari muka

Hanya terdayaku ku citakan cuma

Ayahanda dan Bonda ampunkanlah dosa-dosa hamba

Tanpa restumu Ayahanda dan Bonda

Maka tiadalah kemaafan dariNya jua

Pengorbanan Ayahanda dan Bonda

Tidak sedikit pun akan ku lupa

Kecuali terhilang ingatan dari minda

Ampunkanlah Ya Allah

Dosa-dosa hamba,

Dosa-dosa kedua Bondabapa hamba,

Dosa-dosa isteri dan anak2 hamba,

Dosa-dosa kedua mertua hamba,

Dosa-dosa sanak saudara hamba,

Serta dosa-dosa Muslimin dan Muslimat,

Samada yang telah mati atau yang masih hidup,

Engkaulah Ya Allah

Tuhan sekalian alam

Yang Maha Pengasih Maha Penyayang

Dan Maha Pengampun.


Terimakasih ayahanda,

Terimakasih bonda,

Kerna mencakna kami,

dan sudi menjaga anak-anak kami.

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET