Pondok panas tetap dilarang, penyokong hari undi tidak dihadkan
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetap akan menguatkuasakan peraturan melarang parti-parti politik daripada mengadakan pondok panas dan memancing undi pada hari mengundi.
Keputusan itu menurut Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar adalah muktamad.
Wan Ahmad menjelaskan, walaupun larangan mendirikan pondok panas dan meraih undi minit-minit terakhir akan dikuatkuasakan, namun pihaknya tidak menghalang kehadiran jumlah penyokong yang sejak kebelakangan semakin meningkat.

--------------------------------------->>>>>
Takpe lah kalau dah keras keng sangat SPR ni. Jika betul-betul melarang diadakan pondok panas... teruskan aje tapi biar adil dan komit. Jangan sampai kekalutan kes pondok panas dalam PRU-12 lepas berulang sekali lagi.
Tapi peraturan ini biarlah ada timbal balik atau fair & square. Kalau SPR dah tarik balik satu keistimewaan yang sekian lama digunapakai, maka harapnya gantilah dengan peraturan lain yang dapat menghilangkan syak wasangka serta memuaskan hati pengundi semua.
Contohnya kuatkuasakan 'celup dakwat' sebagai kontra. Sehingga kini permintaan pembangkang supaya diterapkan penggunaaan celup dakwat masih menjadi mimpi ngeri buat BN dan SPR. Apa tidaknya maka akan rosak binasalah tektik halimunan yang selama ini dipraktikkan untuk meraih kemenangan mutlak BN.
Dulu betul la rakyat buta kerana kurang informasi dan kemudahan kecapaian berita. Tapi sekarang jangan cuba berlagak bodoh sombong, makin ramai yang kena cekup sewaktu mengundi kerana memiliki banyak nama di beberapa lokasi mengundi.
Kalau pondok takleh nak guna apakata guna kontena? Aci ker?
0 comments:
Post a Comment