Thursday, May 7, 2009

Aku Takut Dengan Negara Sendiri

Tak reti apa aku nak tulis. Seumur hidup tidak pernah terpikir hal sedemikian di DUN Perak akan terjadi di negara kita. Benarlah kata hadis yakni yang zalim serta maksiat akan dimuliakan dan diangkat sebagai pemimpin, manakala yang benar akan terus disish dan dizalimi.


Sekilas kisah kejatuhan Kerajaan Islam Algeria melalui Islamic Salvation Front (FIS) yang telah  memenangi pilihanraya pada tahun 1991, telah dinafikan kemenangan oleh pihak junta tentera yang memaksa Presiden Chadli Bendjedid meletakkan jawatan. 

Enam bulan sebelum pillihanraya tersebut ramai dikalangan pimpinan utama FIS telah ditangkap seperti Madani, Belhadj, Mohamad Said dan ramai lagi. Penangkapan akibat mogok umum yang dipelopori oleh FIS dalam membantah persempadanan baru kawasan pilihanraya yang memberikan kredit kepada pihak pemerintah... sama macam Malaysia... SPR tunggangan Umno.

Walau dalam ketenatan itu, FIS tetap menyertai pilihanraya pada Disember 1991, menyaksikan FIS memperolehi 48% undi popular, memenangi 188 daripada 231 kerusi parlimen Algeria. 

Kerana bimbang dengan kebangkitan ini maka junta tentera membatalkan keputusan pilihanraya tersebut pada January 1992, menangkap ramai lagi pemimpin FIS, mengisytiharkan darurat seterusnya mengharamkan FIS.

Madani dan Belhadj sendiri dikenakan penjara selama 12 tahun. Bermula dari sini lah Algeria mula kucar-kacir dan terbentuknya beberapa kelompok gerila yang bangun menentang kezaliman kerajaan haram Algeria.

Sejarah Algeria yang hampir mirip dengan apa yang sedang terjadi di Perak. Bezanya Algeria dikuasai oleh junta tentera yang menyalahgunakan tentera tetapi di Perak situasi hampir sama bilamana rejim Umno memperbodohkan polis untuk menjayakan agenda mereka.

Kerajaan haram dan jahat bertakhta melalui jalan-jalan batil dan penuh kezaliman. Rampasan kuasa tanpa etika dan bertamadun ini bukan baru berlaku hari ini. Sejarah telah banyak menceritakan. Maka peristiwa rampasan kuasa ala polis di DUN Perak akan tercatit dalam lipatan sejarah Malaysia khasnya dan dunia amnya.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

There was an error in this gadget

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET