Tuesday, May 5, 2009

Budak-budak Kampung Makin Celik IT

Lama dah aku duk perati. Makin lama makin ramai bebudak yang mengunjungi CyberCafe keluarga aku ni. Macam-macam pesen budak dari segenap ceruk kampung datang join, yang tak mandi satu hari pun ada. Sebab apa gitu? Kerana awal-awal pagi dah terkebil-kebil kat pintu kedai berebut nak ambil tempat. Muka pun entah basuh ker tidak.


Ada yang datang nak siapkan kerja sekolah yakni buat assignment, atau yang melayari internet i.e: chatting, email, ramai juga yang semata datang nak main 'game'... depa cakap 'game'... aku pun hentam 'game' jugaklah... main... game...?? ermmm... lantak lah janji bahagia.

Zaman aku dulu payah... bukan payah atau memang takde scene macam ni. Dulu 'game' paling popular dan sinonim dengan usia adalah 'game' lastik burung. Sampai susah nak tengok kelibat burung-burung seperti spesis Kunyit, Enggang, Gembala Kerbau, Kerak Nasi dan Chekcheh. 

Nasib baik la ada benda-benda macam CC sekarang ni, sekurangnya dapat memelihara alam dan mergastua daripada menjadi mangsa. Bebudak tekun dengan 'kerja' masing-masing kat CC.

Secara tidak langsung juga dapat mencegah bebudak ni daripada terpengaruh dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Duit belanja sekolah mereka berjimat semata untuk melanggani CC. 

Sekurang-kurangnya penubuhan CC tersebut dapat juga mengekang masalah sosial kat kampung aku ni yang sejak sekian lama terlibat dengan masalah dadah, gam dan pil kuda. Mak bapak depa pun lebih senang jika anak-anak mereka ini berpeleseran di CC daripada hanyut kat wakaf sambil hidu gam. 

Musim cuti sekolah, cuti hujung minggu dan cuti umum juga dihabiskan masa kat CyberCafe.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

There was an error in this gadget

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET