Saturday, May 2, 2009

PAS Permatang Pauh Beku Jentera

Isu paling kontroversi dalam dua tiga hari ni. Hangat berasap topik-topik berkenaan isu ini ditujah oleh para pembaca. Memang panas. Apatah lagi media BN tak cukup tangan nak taip dan ulas belit isu berkenaan.


Mujurlah selesai sudah kemelut yang bersifat sementara ini. PAS Permatang Pauh kendur hanya kerana akur dengan arahan pemimpin, demi menjaga permuafakatan. Kalau dibiarkan pastinya terbakar medan Penanti. Tapi bersyarat yakni jentera pilihanraya PAS Permatang Pauh takkan digerakkan. 

Ini merupakan suatu pengajaran kepada PKR sedikit banyak mengajar mereka jangan keterlaluan dengan melakukan perkara yang bisa mengguris hati kawan. Pasti ada sebabnya PPP bertindak sedemikian masakan sahabat hendak dibiarkan, cumanya tidak menikam dari belakang, ini bukan perinsip pejuang.

Ramai yang menyarankan agar PKR ukur baju dibadan, jangan berlagak sembarangan. Kalau tidak kerana jasa kawan tidak mereka raih banyak kemenangan. Nak harapkan jentera mereka di medan, hampeh cakap sorang-sorang.

Peringatan untuk PKR, yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.

1 comments:

Anonymous said...

PAS tidak cabar PKR di Penanti
May 1, 09 7:14pm
PAS tidak akan meletakkan calonnya di DUN Penanti dalam pilihanraya kecil hujung bulan ini walaupun ada desakan dari dalam parti itu sendiri, lapor Bernama.

"(Keputusan) ini kerana PAS tertakluk kepada perjanjian yang telah dipersetujui dalam Pakatan Rakyat.

"Semua parti dalam Pakatan telah bersetuju, jika berlaku pilihanraya kecil, calon yang bertanding mestilah daripada parti yang bertanding pada pilihanraya umum sebelum itu," kata pengarah pilihanraya PAS Datuk Mustafa Ali.

Selain PAS kawasan Permatang Pauh - yang tidak akan menurunkan jentera kempennya dalam pilihanraya antara 23 hingg 31 Mei sebagai membantah calon PKR - desakan yang serupa dibuat oleh ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohd Hafiz Mohd Nordin.

Kerusi DUN tersebut kosong susulan peletakan jawatan Mohammad Fairus Khairuddin 16 April lalu, tidak lama selepas melepaskan jawatan-jawatan exco negeri dan timbalan satu ketua menteri 1 Pulau Pinang.

PKR mencalonkan Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Mansor Othman, sementara BN belum menamakan calonnya. (sumber Malaysia kini)

Jangalah nak mengunkit-ngunkit pulak kerana siapa siapa boleh menang. 99 dulu pas menang terengganu kerana isu siapa? Apa dan bagaimana layanan kepimpinan Pas terhadap PKR Terengganu? tanyalah Haji Wan Muda (pelan tindih)tu..

apa guna ada ketua kalau tak mahu dituruti,
apa guna berjanji kalau tak mahu ditepati,

kalau nak ikut cara PPP maka jadilah insiden
lu tolong gua, gua tolonglah...
tapi kalau lu sabotaj gua, gua peteh lu...

jangan diungkitkan lagilah cerita ni kerana aia akan dimanupulasikan BN, jangan terlalu ghairah sangat kerana kerana agenda tikam belakang pas kerajaan capuran bersama BN tu belum menjadi. Nik Aziz pun belum kata apa lagi...
ikhlas, bprcia

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET