Thursday, May 14, 2009

Masalah Parking di HSNZ

Nama asalnya Hospital Besar Kuala Terengganu, kemudian ditukar ringkas sikit menjadi Hospital Kuala Terengganu, dan terkini dengan nama Hospital Sultanah Nur Zahirah, bersempena dengan nama Tuanku Permaisuri Sultan Terengganu merangkap Yang DiPertuan Agong.


Pembangunan dan pemodenan HSNZ segah namanya tetapi ada masalah terpinggir yang menjadi isu lama menjadi rungutan sekalian penghuni, pelawat dan pesakit di situ. 

Seawal kunjungan aku sebagai regular visitor pada tahun 1998, keadaan masih terkawal dengan kesesakan parking ditahap minimum.

Keadaan kritikal bermula seawal tahun 2000, pada pengamatan rambang aku mungkin, akibat dari pertambahan penduduk, bertambahlah orang sakit, keupayaan pemilikan kenderaan terutamanya kereta, memberi impak kepada ruang parking sedia ada di HSNZ. 

Permasalahan ini rasanya telah acapkali disiarkan dalam akhbar-akhbar edisi tempatan dan komen para pendengar dalam sesi temubual dicorong radio.

Tetapi sehingga kini masalah tersebut belum di atasi atau pun mungkinkah sedang dalam kajian. Ada pun sebagai alternatif sementara, mungkin, aku melihat betapa padang bola dan permainan telah menjadi mangsa. 

Dulu dikala petang ramai kelihatan manusia yang memenuhi ruang padang berkenaan tapi kini sebaliknya bilamana kereta dan motosikal pula memenuhi deretan ruang yang dijadikan tempat parking.

Keadaan bertambah sesak bilamana Kompleks Rawatan Pakar yang dibina bersebelahan mula dipenuhi dan dikunjungi oleh orang ramai. Itulah kemuncaknya apabila petak parking mencapai tahap optimum, semua ruang parking yang ada dipergunakan sepenuhnya. 

Para pengunjung mula mempergunakan ruang yang tidak sepatutnya, termasuklah aku kerana 
keadaan memaksa. Tiada lagi petak parking yang kelihatan. Aku pun kena 5 kali tawaf baru dapat parking, itu pun habis kawasan hospital dah aku melilau.

Semua kesempatan digunakan termasuk mencelah di atas line kuning dan kawasan no parking.

Situasi ini memang tidak sepatutnya kerana mengganggu kelancaran trafik di kawasan hospital. Jika PakGuard kenakan saman rasanya dah lama HSNZ kaya dengan notis-notis saman. 
Tapi Alhamdulillah kerana mereka mungkin memahami masalah semasa.

Kesimpulannya ruang petak letak kereta di HSNZ telah mencapai takat tepu, tiada lagi ruang yang sewajarnya untuk dibaikpulih atau dimanipulasikan. 

Kawasan HSNZ sendiri dikelilingi oleh landmark yang mustahil sekali untuk dirobohkan bagi membina tapak parking.

Antara cadangan yang pernah orang awam kemukakan ialah pembinaan lot parking bertingkat, samada bertingkat ke bawah atau ke atas. Itu sahaja alternatif terbaik yang aku nampak. 

Diharapkan agar pihak berkenaan yakni Kerajaan Abg Mad dapat mencedok idea berkenaan walau tidak seberapa tetapi dengan melakukan pembaikian untuk dibentang dan dipersetujui dilaksanakan, semuanya demi kepentingan pengguna yakni rakyat.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET