Thursday, January 28, 2010

Pasti Lesu???

Cakap sana sini kurang enak aku dengar perihal prestasi serta mutu pembelajaran Pasti mutakhir ini. Bukan aku nak menggredkan seluruh Pasti di Malaysia amnya atau seluruh Terengganu khasnya menerima nasib yang sama cuma yang aku dengar dan fokus hanyalah Pasti Kawasan Dungun.


Aku mengaku bahawa aku sendiri kurang mengambil cakne tentang kemajuan Pasti sekitar sini sejak 3-4 tahun lepas setelah zaujah yang berkerjaya sebagai salah seorang tenaga pengajar disebuah Pasti terpaksa meletakkan jawatan akibat masalah keluarga. Sekiranya maklumat ini sekadar gossip maka abaikanlah tapi jika sebaliknya maka diharapkan agar ada opsyen untuk memperbaiki kelemahan dan kesilapan.

Pada pandangan aku ada beberapa punca major dan minor yang mencetus sebab musabab terjadi masalah sedemikian. Pertama ialah kerana wujudnya persaingan dari kelas pra-sekolah dikebanyakan sekolah kebangsaan. Dengan yuran pendaftaran paling minimum serta tiada dikenakan yuran bulanan menyebabkan ramai ibubapa termasuk 'orang kita' menempatkan anak-anak mereka di pra-sekolah.

Di awal penubuhan pra-sekolah kerajaan ini ramai dari kalangan kita memandang rendah akan keupayaannya. Kerana output pertama pra-sekolah dikatakan gagal melahirkan murid sepertimana bekasan pelajar dari Pasti. Kita mengakui silibus pembelajaran Pasti amat bagus dan bermutu.

Tetapi sikap sambil lewa sesetengah pengajar Pasti kemudian itu memberikan impak besar kepada persepsi ibubapa terhadap tahap pembelajaran anak mereka di Pasti. Sehingga mendesak ibubapa mengambil langkah drastik memindahkan anak-anak mereka ke pra-sekolah.

Pihak kerajaan semestinya sedar dengan persepsi semasa serta sambutan majoriti ibubapa terhadap peranan pra-sekolah walaupun Tabika Kemas masih gagal mengatasi kehebatan Pasti. Sebab itulah dalam Projek Transformasi Rakyat, baru-baru ini Najib telah mengumumkan untuk menambah kelas-kelas pra-sekolah sebanyak 1,300 buah lagi.

Keduanya adalah kerana dikatakan sikap lepas tangan atau tidak bertanggungjawaban sesetengah tenaga pengajar Pasti itu sendiri. Meski pun silibus mata pelajaran Pasti dianggap terbaik namun segelintir tenaga pengajar tadi sukar untuk memahamkan murid atas setiap subjek. Natijahnya ramai murid Pasti keciciran, ketinggalan dari sudut pemahaman kerana cikgu mereka sekadar mengejar masa untuk menamatkan sesuatu silibus mengikut jadual sedangkan anak murid masih terkapai-kapai.

Sebab itu ramai ibubapa yang dahulunya mempunyai rekod baik menghantar anak-anak mereka ke Pasti mengambil alternatif lain sebagai langkah bijak memberikan pemahaman ilmu terhadap anak mereka. Mereka bukan sahaja menghantar anak-anak ke pra-sekolah tajaan kerajaan malah ke taman asuhan swasta.

Aku difahamkan juga tak lama dulu di sebuah Pasti Sura Tengah bagaimana seorang gurunya membawa dan membuai bayinya di dalam kelas. Tidakkah ini mengundang kerimasan dikalangan ibubapa khususnya bila berdepan dengan senario berkenaan. Terfikir dalam kepala ibubapa bagaimana pula si ibu a.k.a cikgu itu nak membahagikan masanya mengajar dan melayan karenah bayi yang merengek dalam buaian secara serentak.

Amat menyedihkan berita terkini bahawa Pasti tersebut kini hanya mempunyai 15 orang murid berdaftar. Jauh beza dari prestasi terbaiknya dulu sehingga mencecah 80 orang murid. Begitu juga dengan situasi Pasti Sura Hujung yang pernah mencapai bilangan murid seramai lebih 70 orang kini hanya dapat mendaftarkan seramai 47 orang murid sahaja.

Sumber-sumber mengatakan itu semua disebabkan kelemahan tenaga pengajar yang secara tidak langsung turut menjejaskankan imej baik Pasti.

Kita masih amat mengharapkan semoga pihak Pengurusan Tertinggi Pasti mencipta jadual atau skima untuk tenaga pengajar Pasti khasnya dalam usaha membaikpulih Pasti agar Pasti akan terus menerus kekal sebagai sebuah taman asuhan Islam terunggul di negara ini.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

There was an error in this gadget

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET