Wednesday, January 20, 2010

Orang Terengganu Pun Ada Kasta?

AbgMad ni dari dulu stail dan perwatakan dia memang jenis manusia yang tak ada insuran mulutnya. Jenis hagah gedebe kalau dia nak kata kat orang main sebut 'direct' je tak kira siapa kawan atau lawan. Kata orang Ganu dia ni jenis mulut 'set-set kelaut' dok makang saman. Para pencacai kaki ampu bodek amat sukalah dengan fe'el dia tapi kepada baki rakyat yang selebih ramai lagi itu amat 'menyekit' atau tidak senang atau berseteru dengannya.


Dalam insiden terbaru AbgMad terlajak cakap rasanya, sepertimana dikhabarkan oleh ADUN Ladang, YM Dato' Tengku Hassan bila AbgMad secara lantang menyuarakan bahawa bantuan atau subsidi harga rumah mampu milik hanya untuk orang-orang Umno sahaja dan orang-orang Pas jangan 'bising bangor' (jangan kecoh dan buat bising).

Masih tebal dalam hatimu sikap diskriminasi terhadap bangsa sendiri rupanya AbgMad. Engkau relatifnya belum berubah sikap dengan masih statik mendewakan puak juak Umno dalam apa jua bantuan dan kebajikan. Maknanya selama ini betul lah telahan aku bahawa AbgMad sekadar bersandiwara memukau hati orang-orang Pas yang 'baik hati' dengan kata-kata manis dari bibir basahmu itu.

Kenapa AbgMad perlu berdiskrimasi? Bukankah orang-orang Pas Terengganu ini yang suka makang ikang singgang dan sinonim dengan nasi dagang adalah rakyat Terengganu jua? Jangan sampai aku meletakkan taraf AbgMad seumpama orang-orang Yahudi di Palestin sana? Melabelkan orang lain selain dari puak juaknya sebagai bangsa kelas kedua atau ketiga dan dihina?

AbdMad sudah lupa? Memang orang Melayu Umno mudah lupa. Bagaimana getirnya AbgMad melawan geng Deris dari empayar Besut sana. Betapa teguhnya perpaduan dan ikatan rakyat Terengganu tanpa mengira apa jua Parti menyokong AbgMad menjunjung titah perintah Sultan? Jangan angkuh AbgMad kerana kami yang diamarankan supaya jangan 'bising bangor' inilah antara yang lantang dan 'bising bangor' memperjuangkan pilihan Sultan.

Sia-sia sahaja slogan Memasyaratkan Pentadbiran jika beginilah layanan kamu terhadap rakyat Terengganu. Slogan yang masih kabur untuk realistik sebaliknya sekadar menjadi kosmetik. Buang jauh-jauh atau campakkan sahaja slogan jahanam ini ke dasar sungai Terengganu.

Mungkin sekarang AbgMad teramat selesa serta selamat dengan sikap toleransi oleh pihak 'kerajaang perpaduang' tapi jangan lupa keangkuhan AbgMad ini lambat laun akan menghancurkan 'kerajaang lintang pukang' yang ada sekarang.

KUALA TERENGGANU – Tindakan Menteri Besar Terengganu mengumumkan bahawa pemberian bantuan atau subsidi harga rumah mampu milik hanya untuk orang-orang Umno sahaja, di bidas oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang ”Bila dia (Ahmad) bercakap kepada lebih kurang 1000 orang (di Ladang), dia kata, dia beri ini, bantuan banyak ini, faham-fahamlah kena balas budi kita (kena undi BN),

”dan memang kita beri bantuan ini kepada orang kita sahaja (Umno) orang PAS jangan ‘bising bangor’,” kata Dato’ Tengku Hassan Omar, mengulangi kata-kata Menteri Besar Terengganu,

Beliau yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Kuala Terengganu kesal dengan tindakan Ahmad yang membelanjakan wang rakyat menurut sesuka hatinya.

Katanya, tindakan Ahmad itu tidak akan menyelesaikan masalah sosial dan kemiskinan yang masih menjadi masalah di negeri Terengganu.

”Dia kena ingat ini (wang yang dibelanjakan) bukan wang Umno, bukan wang Barisan Nasional, ini wang kerajaan,

”dan untuk mengatasi kemiskinan, yang miskin bukan orang Barisan Nasional sahaja, orang-orang bukan Barisan juga ramai yang miskin.-dppkt.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET