Sunday, January 31, 2010

Tutup Aurat Atau Bungkus Aurat?

Tak sukalah aku memperlecehkan kaum pompuan ni. Kadang-kadang mereka dan kita sendiri pun cetek ilmu. Mereka cakap itulah trendy. Itulah up-to-date punya stail. Apa ke stail aku tak faham jika pakaian anak gadis millenium ni kembali ke zaman terkebelakang.

Yahudi bijak guna kesempatan. Pengaruh yahudi dengan kerjasama erat media dan kebenaran pihak kerajaan berjaya membudayakan fesyen barat menjolok mata.

Era 80-1n kita diperkenalkan dengan istilah budaya kuning. Alhamdulillah waktu itu tahap kesedaran masih tegar dan majoriti rakyat tetap berpegang pada adat budaya dan agama. Kementerian Penerangan melalui RTM turut menjalankan penapisan ketat sebelum melulus terbit cerita rekaan atau fiksyen di TV.

Hari ini pelbagai corak hiburan bawaan yahudi telah bolos dengan banyaknya dipasaran media elektronik. Dakyah paling mujarab iaitu melalui siaran televisyen. Umumnya setiap rumah di Malaysia memiliki set TV. Walaupun yahudi diharamkan dari bertapak di negara kita ini tetapi dakyah-dakyah serta pengaruh yahudi bertapak kukuh dalam minda anak-anak muda.

Kata orang benda yang molek ni ditutup diletak kat tempat yang baik tapi sebaliknya benda yang murah boleh didapati berlambak kat kaki lima.

Saturday, January 30, 2010

Wa Tabik Sama Lu Aduka Taruna

Wa kenal lu lama Aduka. Cuma dalam maya la. Itu semua secara tak langsung. Wa pun pernah berinteraksi dengan lu lebih kurang dalam forum TKO tak lama dulu. Wa memang kenal lu dari jauh sebagai seorang kamikaze. Ramai yang marah dengan lu tapi bagi wa lu ibarat wayang kulit yang menceritakan tentang kisah dan tauladan.


Lepas lu undur dari TKO kedian lu menerbitkan blog Aduka Taruna, wa pun follow sama. Kadang-kadang wa gelak sorang-sorang baca maki hamun lu, kadang-kadang wa termenung sendirian, kadang-kadang wa mencebik benci dengan laknatan lu pada individu tertentu.

Tapi wa ngaku yang wa takleh nak catch-up dengan tahap makian lu. Memang fantastic bombastic. Buat ramai orang marah, terkedu, bermuhasabah. Wa ingat Khairy si kepala Oxford tu pun takleh pegi tahap makian lu pasal lu punya maki lebih umpphhh dari Oxford Idiot tu! wakakaka.....

Lebih-lebih pulak wa. Apapun wa amat simpati dengan nasib lu. Lu memang berani gila la bro. Wa respek dengan ketulusan lu. Wa doakan semoga lu dibebaskan segera dan mahkamah menggugurkan dakwaan terhadap lu.

Kalau bedol yang tuliskan dan tayangkan poster Natang! pada Sultan Ganu dulu sampai sudah bebas melepas tapi kenapa lu sampai rapat dinding kena caj. Wa doakan kesejahteraan lu Aduka.

Thursday, January 28, 2010

Pasti Lesu???

Cakap sana sini kurang enak aku dengar perihal prestasi serta mutu pembelajaran Pasti mutakhir ini. Bukan aku nak menggredkan seluruh Pasti di Malaysia amnya atau seluruh Terengganu khasnya menerima nasib yang sama cuma yang aku dengar dan fokus hanyalah Pasti Kawasan Dungun.


Aku mengaku bahawa aku sendiri kurang mengambil cakne tentang kemajuan Pasti sekitar sini sejak 3-4 tahun lepas setelah zaujah yang berkerjaya sebagai salah seorang tenaga pengajar disebuah Pasti terpaksa meletakkan jawatan akibat masalah keluarga. Sekiranya maklumat ini sekadar gossip maka abaikanlah tapi jika sebaliknya maka diharapkan agar ada opsyen untuk memperbaiki kelemahan dan kesilapan.

Pada pandangan aku ada beberapa punca major dan minor yang mencetus sebab musabab terjadi masalah sedemikian. Pertama ialah kerana wujudnya persaingan dari kelas pra-sekolah dikebanyakan sekolah kebangsaan. Dengan yuran pendaftaran paling minimum serta tiada dikenakan yuran bulanan menyebabkan ramai ibubapa termasuk 'orang kita' menempatkan anak-anak mereka di pra-sekolah.

Di awal penubuhan pra-sekolah kerajaan ini ramai dari kalangan kita memandang rendah akan keupayaannya. Kerana output pertama pra-sekolah dikatakan gagal melahirkan murid sepertimana bekasan pelajar dari Pasti. Kita mengakui silibus pembelajaran Pasti amat bagus dan bermutu.

Tetapi sikap sambil lewa sesetengah pengajar Pasti kemudian itu memberikan impak besar kepada persepsi ibubapa terhadap tahap pembelajaran anak mereka di Pasti. Sehingga mendesak ibubapa mengambil langkah drastik memindahkan anak-anak mereka ke pra-sekolah.

Pihak kerajaan semestinya sedar dengan persepsi semasa serta sambutan majoriti ibubapa terhadap peranan pra-sekolah walaupun Tabika Kemas masih gagal mengatasi kehebatan Pasti. Sebab itulah dalam Projek Transformasi Rakyat, baru-baru ini Najib telah mengumumkan untuk menambah kelas-kelas pra-sekolah sebanyak 1,300 buah lagi.

Keduanya adalah kerana dikatakan sikap lepas tangan atau tidak bertanggungjawaban sesetengah tenaga pengajar Pasti itu sendiri. Meski pun silibus mata pelajaran Pasti dianggap terbaik namun segelintir tenaga pengajar tadi sukar untuk memahamkan murid atas setiap subjek. Natijahnya ramai murid Pasti keciciran, ketinggalan dari sudut pemahaman kerana cikgu mereka sekadar mengejar masa untuk menamatkan sesuatu silibus mengikut jadual sedangkan anak murid masih terkapai-kapai.

Sebab itu ramai ibubapa yang dahulunya mempunyai rekod baik menghantar anak-anak mereka ke Pasti mengambil alternatif lain sebagai langkah bijak memberikan pemahaman ilmu terhadap anak mereka. Mereka bukan sahaja menghantar anak-anak ke pra-sekolah tajaan kerajaan malah ke taman asuhan swasta.

Aku difahamkan juga tak lama dulu di sebuah Pasti Sura Tengah bagaimana seorang gurunya membawa dan membuai bayinya di dalam kelas. Tidakkah ini mengundang kerimasan dikalangan ibubapa khususnya bila berdepan dengan senario berkenaan. Terfikir dalam kepala ibubapa bagaimana pula si ibu a.k.a cikgu itu nak membahagikan masanya mengajar dan melayan karenah bayi yang merengek dalam buaian secara serentak.

Amat menyedihkan berita terkini bahawa Pasti tersebut kini hanya mempunyai 15 orang murid berdaftar. Jauh beza dari prestasi terbaiknya dulu sehingga mencecah 80 orang murid. Begitu juga dengan situasi Pasti Sura Hujung yang pernah mencapai bilangan murid seramai lebih 70 orang kini hanya dapat mendaftarkan seramai 47 orang murid sahaja.

Sumber-sumber mengatakan itu semua disebabkan kelemahan tenaga pengajar yang secara tidak langsung turut menjejaskankan imej baik Pasti.

Kita masih amat mengharapkan semoga pihak Pengurusan Tertinggi Pasti mencipta jadual atau skima untuk tenaga pengajar Pasti khasnya dalam usaha membaikpulih Pasti agar Pasti akan terus menerus kekal sebagai sebuah taman asuhan Islam terunggul di negara ini.

UKOM Seleweng Harta Kerajaan

Di zaman kukubesi Deris Jusoh, Kerajaan BN Terengganu telah menubuhkan sebuah unit propaganda mereka bagi menjamin kesinambungan pemerintahan di negeri ini. Kerajaan Deris menamakannya sebagai U-Best. Pelbagai risalah dan tabloid dikeluarkan dengan memuatkan isu-isu serta fitnah terhadap parti Pas bertujuan membiaskan pemikiran rakyat kearah negatif terhadap parti pembangkang.


Setelah empayar Deris tumbang gara-gara penderhakaan terhadap Sultan maka AbgMad Said mengambil alih teras pemerintahan. Dalam usaha mengukuhkan dan memperluaskan empayarnya pula, AbgMad mengambus mati U-Best kemudian melahirkan sebuah unit mirip-mirip U-Best dan dinamakan sebagai U-Kom (unit komunikasi negeri).

U-Kom adalah hakmilik kerajaan negeri tetapi dipertunggang kudakan oleh Umno sebagai sebuah senjata ampuh bagi mendepani isu-isu dan maklumat oleh pihak pembangkang. Selaras dengan objektif U-kom antaranya; i) memperbetulkan sikap dan pemikiran rakyat sejajar dengan aspirasi negara [maksud umno la tuu...], dan ii) menghapus fitnah dan dakyah oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab terhadap negeri [maksud hentam pembangkang la tuu...].

Seminggu lepas sambil lepak di kedai makan Esah berhadapan premis U-kom di Jalan Pejabat K.Trg, tak semena aku mendapat maklumat oleh sahabat yang rapat dengan salah seorang pegawai bertugas di U-kom. Menarik juga untuk dikongsikan kerana ia merupakan perkara yang sinonim dengan sikap Umno iaitu penipuan.

Pegawai tersebut menyatakan bahawa segala peralatan pejabat, kelengkapan IT dan sebagainya di U-kom tidak di'tag' atau di'tanda' sebagai hakmilik U-kom. Dari sudut audit setiap pembelian adalah sah menggunakan wang kerajaan kerana ada resit jualbeli tetapi salah dari sudut helah pemilikannya. Sedangkan semua premis kerajaan seperti hospital, pejabat daerah dan lenlainnya mesti menanda dan merekod harta mereka.

Tambahnya lagi strategi tersebut adalah sebagai langkah awal untuk mengabui pelbagai pihak sewaktu kecemasan nanti. Maksud kecemasan itu andaikata UBN Terengganu tumbang lagi ditangan Pas/PR dalam PRU akan datang maka pihak UBN akan bawak lari semua perkakasan tersebut. Pihak kerajaan pastinya tidak akan dapat mengesan kemana hilangnya perkakasan itu kerana tiada rekod pemilikan dicatitkan.

Aku pun kurang faham tektik 'silapmata' puak UBN ni. Semoga ada pihak-pihak yang prihatin dengan kegiatan penyelewengan ini. Dasar Umno harta kerajaan adalah harta mereka dan akan dipergunakan sewenang-wenangnya. Tidak perlu menunggu hari PRU tiba jika sekiranya mereka nak 'baham' perkakasan serta kelengkapan tersebut maka hari ni saat ini juga mereka boleh 'kebas'.

PENTADBIRAN GANU BOLOQAROQ: PENDEDAHAN 1 (ii)

PERTUKARAN PEGAWAI TADBIR NEGERI TERENGGANU BIL 1/2010 (...sambungan)

Ketika jawatan MB berpindah ke tangan Ahmad Said, beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Sulit Kanan(SUSK)MB. Atas alasan Hj Osman Muda pernah dibayar setaraf JUSA C semasa di zaman Idris Jusoh, Ahmad Said menggunakan kuasanya selaku MB dan Pihak Berkuasa Negeri mengarahkan pembayaran gaji dan memberi kemudahan setaraf JUSA C kepada beliau. Bezanya dengan kes Wan Ahamad, Hj Osman Muda yang ketika itu sudah menjawat jawatan N 54 dan pegawai yang lebih junior daripada beliau seperti Hj Hussin Embong yang ketika itu menjadi Pegawai Daerah Kuala Terengganu sudahpun menerima gaji dan kemudahan yang sedemikian.

Maka Dato' Seri Idris Jusoh yang ketika itu menjawat jawatan sebagai MB mencadangkan supaya Lembaga Tatatertib dan Kenaikan Pangkat Negeri yang dipengerusikan oleh SUK mempertimbangkan kemudahan setaraf JUSA C kepada beliau. Tidak cukup setakat itu Wan Ahmad turut dilantik sebagai Setiausaha Bersama Lembaga Mengambil Hasil Hutan (bersama dengan Pengarah Perhutanan) yang bertanggungjawab meluluskan permohonan balak. Dimaklumkan bahawa sebarang permohonan kawasan balak yang tidak mendapat sokongan beliau tidak akan diproses dan dipertimbangkan oleh LMHH.

Beliau juga telah dilantik menjadi CEO Permint Granite (sykt dormant milik kerajaan negeri) yang mengadakan joint venture dengan Road Care menyelenggara jalan negeri dan bandaran dengan kontrak puluhan RM juta. Beliau juga memegang beberapa ALP anak sykt kerajaan. Pendek kata beliau menjadi insan teristimewa MB Ahmad Said sebagaimana pengakuan MB sendiri di dalam Persidangan DUN yang lepas bahawa Wan Ahmad itu adalah 'imej saya (Ahmad Said)'. Selaku MB saya berkuasa untuk menaikkan siapa sahaja pegawai yang saya suka'.

Kepada TCS, pengakuan Ahmad Said secara terbuka di dalam Dewan Undangan Negeri yang lepas membuka minda mereka dan memecahkan kebuntuan andaian atau tohmahan mereka selama ini bahawa Wan Ahamad bukan sahaja mendapat layanan istimewa Ahmad Said, malah sebenarnya Wan Ahamadlah yang bertindak selaku MB sebenar Tetengganu. Apakan tidak kata TCS lagi, bila TCS berjumpa MB bukan sahaja ditanya tujuan tetapi beliau turut menemani MB ketika ditemui TCS, pemimpin dan rakyat. Apa kata Wan Ahamad maka itulah kata dan keputusan Ahamad Said. Tidak cukup yang demikian, Wan Ahamad telah menempatkan pegawai pro Pas di Tingkat 16. Motifnya?....hanya Wan Ahamad dan Allah Yang Maha Mengetahui.

Bila TCS dan rakyat melahirkan rasa tidak senang dengan pegawai N 48 ini yang bermaharalela di Tingkat 16, Ahmad Said cuba menyembunyikannya dengan menghantar short course (kursus jangka pendek) selama 2 bulan di London yang menurut sumber pejabat SUK yang boleh dipercayai , sejumlah RM200,000.00 ditanggung sepenuhnya oleh SUK. Beliau juga difahamkan dibayar gaji penuh.

''Bertuahnya badan walaupun buat kerjapun tak berapa pandai. Kerajaan bayar RN200,000.00, gaji dibayar penuh. Kursus ke tidak atau hanya pergi makan angin berehat di London wallahuallam. Tinggal di hotel 5 bintang. Kursus pun tak sampai 2 bulan difahamkan beliau juga ikut MB pergi ke Mekah. Apa ubat guna-guna yang diberi Wan Ahmad kpd Ahmad Said...' keluh TCS berkenaan lagi. Sambung TCS itu lagi, ''sebelum ini Wan Ahamad bertegas tidak mahu pergi oversea dan meninggalkan jawatan SUSK. Dia kata boleh aku gi dengan syarat bila balik ni aku dilantik sebagai Datuk Bandar MBKT ataupun lantik aku jadi Timbalan SUK (Pengurusan)''.

Allah Maha Kuasa. Apa yang dihajati Wan Ahamad semuanya dapat dan dimakbul. Malah semasa di London masih boleh beri arahan kepada pegawai kanan TCS di tanahair, buat itu dan ini. Kini Wan Ahamad telah dilantik oleh Ahmad Said sebagai Timbalan SUK (Pengurusan) untuk mengurus negeri dan duit berbillion RM. Malah difahamkan jawatan SUSK belum diisi sebab Wan Ahamad sendiri tidak bersetuju calon-calon seperti Azmi Razik atau Kamarul Amin ataupun Razali Adis mengisi jawatan tersebut. Wan Ahmad seboleh-bolehnya mahu terus mengisi jawatan tersebut atau menjadi unseen hand dari belakang tabir untuk memangku terus jawatan tersebut.

''Aku heran bagaimana budak N48 yang dibayar JUSA C kerana dia sudah menjadi sebahagian daripada diri Ahmad said mahu tadbir negeri. Macamana dia nak command pegawai kanan TCS lain dan DO yang berjawatan hakiki Gred 52 dan 54? Kalau ini cara Ahmad Said memerintah dan mentadbir negeri bukan setakat negeri hancur tapi riwayat hidup Kerajaan BN Terengganu akan berakhir'', kata pegawai kanan TCS berkenaan.

Penulis teringat kata seorang rakan kepimpinan Pas Terengganu pada minggu lepas bahawa 'Wan Ahamad ada bercakap dengan kepimpinan Pas berkenaan minggu lepas dan memaklumkan bahawa tujuan beliau mengikuti short course di London bukan setakat untuk menghilangkan diri dan meredakan kemarahan TCS kepada MB Ahmad Said, malah sebagai persiapan untuk menjawat jawatan SUK Terengganu selepas ini ataupun setidak-tidaknya bila Pas berkuasa nanti.

Wan Ahmad beritahu beliau lagi bahawa kesemua pegawai kanan TCS dan pegawai TCS yang dinaikkan pangkat sekarang akan menyokong beliau dan tidak akan sama-sekali membantah sekiranya Ahmad Said atau Kerajaan Pas nanti melantik beliau sebagai SUK Terengganu. Menurut kepimpinan Pas berkenaan lagi, Wan Ahmad ini bukan calang-calang pegawai. Beliau memiliki triple degree dan seorang yang pandai bekerja.

Semasa Pas perintah Terengganu 2000-2004 Wan Ahamad banyak membantu Kerajaan Pas katanya. (Mungkin ada kebenaran bila beliau dikatakan bertanggungjawab mengarahkan MPK beri kebenaran kepada Pas guna Dewan Berlian MPK dan MBKT beri kebenaran kepada Pas guna Stadium Tertutup Negeri Terengganu untuk umum calon PRK K.TRG).

Namun apa yang perlu direnungi adalah peranan beliau sendiri daripada persepsi rakyat, pemimpin BN dan TCS. Beliaulah MB Terengganu yang sebenarnya sekarang. Beliaulah yang akan menjadi SUK sebenar di samping Dato' Lan ' kepit batu' (Mr yes man). Beliaulah exco dan beliaulah sebenarnya yang menghancur Kerajaan BN Negeri Terengganu. Itulah persepsi rakyat Terengganu.

sumber: email oleh geng blogawan Terengganu.

*dicopy-paste terus dari email kecuali sedikit pengeditan pada tajuk artikel, perenggan dan sebutir dua ejaan.

Tuesday, January 26, 2010

PENTADBIRAN GANU BOLOQAROQ: PENDEDAHAN 1 (i)

PERTUKARAN PEGAWAI TADBIR NEGERI TERENGGANU BIL 1/2010

Tahniah kepada Kerajaan Negeri Terengganu pimpinan Ahmad Said yang melaksanakan pertukaran pegawai tadbir negeri(TCS) yang akan berkuatkuasa mulai 1 Feb 2010. Pertukaran tersebut berkait rapat dengan ' persaraan terpaksa Dato' Mokhtar b. Nong, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu' yang memulakan perjalanan alam 'pensioner' dengan bercuti selama 3 bulan berkuatkuasa mulai 15 Jan 2010 hingga 15 April 2010.

Apakan daya kita makhluk Allah yang lemah....sangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari. Tidak pernah terlintas di benak pemikiran YB Dato' Mokhtar, anak-isteri, sahabat handai, saudara-mara dan lain-lain bahawa beliau terpaksa berhenti dari perkhidmatan Kerajaan dengan cara ini. 'Dipaksa menandatangani Surat Permohonan Bersara Awal'. Apatah lagi kepimpinan Negeri daripada anutan parti yang sama. Pedihnya rasa hati tidak terperi. Sedihnya keluarga beliau, sanak-saudara, sahabat handai, rakan taulan, TCS, ahli politik BN dan rakyat negeri Terengganu menyaksikan apa yang sedang berlaku di Terengganu sekarang.

Apapun Dato' Mokhtar dijangka akan layak mendapat gratuiti perkhidmatan berjumlah lebih kurang RM800,000.00 dan dianugerah kawasan balak bernilai RM6 j. Persoalannya apakah Mat Said sanggup menggadai segala hasil mahsul negeri semata-mata kerana tidak mahu lihat muka Dato' Mokhtar di pejabat SUK? Bukankah itu semua harta kerajaan dan rakyat? Tidak salah Dato' Mokhtar dalam bab ni. Kalau penulispun ditawarkan sejumlah yang sedemikian, penulis akan berbuat serupa. Lupakan kepentingan negeri dan rakyat. Buat apa bekerja dalam keadaan tidak selesa dan dihina MB.

Dengan keluarnya arahan pertukaran tersebut pada minggu lepas, maka terlakarlah sejarah baru perkhidmatan pegawai tadbir Negeri Terengganu yang dikatakan dibuat berasaskan senioriti, merit, kredibiliti dan macam-macam justifikasi. Maka tertukarlah dan terlantiklah 48 personnel TCS sebagaimana berikut (hanya sebahagian sahaja yang dicatat di sini):

Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK): Dato' Mazlan Ngah

Pegawai Kewangan Negeri: Dato' Hj Abd Razak bin Ismail

Pengarah Tanah dan Galian Negeri : Hj Osman bin Muda

Timbalan SUK (Pengurusan): Wan Ahamad bin Wan Muda

Timbalan SUK (Pembangunan)/ Pengarah UPEN: Dato' Hj Mohd Razalli bin Kassim.

Yang menjadi tandatanya di sini adalah Wan Ahamad bin Wan Muda. Beliau melompat 3 anak tangga hairarki iaitu N 52, N54 dan terus menjawat Jusa C. Mengikut MB Ahmad Said, pegawai ini memiliki double degree. Manakala segelintir pemimpin Pas Terengganu menganggap Wan Ahamad memiliki triple degree.

Maka dalam usaha untuk mengenal siapa individu pegawai yang sebegini hebat yang selama ini digambarkan oleh sebilangan rakyat Terengganu sebagai menteri besar sebenar yang mentadbir negeri Terengganu maka terjumpalah penulis dengan seorang pegawai Felda yang kini masih berkhidmat di Kuala Terengganu.

Pada mulanya penulis ditanya samada mengenali asal-usul Wan Ahamad ini? Setelah dijawab tidak tahu,maka penulis dimaklumkan serba-sedikit bahawa Wan Ahamad ini merupakan anak kelahiran Kg Tok Kaya K.Terengganu. Kalau tidak tepatnya cerita beliau maka kurang tepatlah cerita penulis tapi penulis yakin kebenaran cerita tersebut.

Dikatakan beliau pernah menuntut di Sekolah Kadir Adabi K.Terengganu bersama-sama MB Ahmad Said. (arwah sekolah ini merupakan sekolah berbayar bagi pelajar gagal dalam peperiksaan MCE/SPM/HSC/STPM di sekolah kerajaan, sama seperti Institut Berakan dan lain-lain sekolah berbayar). Selepas itu beliau meneruskan pengajian di Universiti Malaya dan memperolehi B.Econs (UM).

Kemudian beliau menjadi Field Assistant (pegawai ladang) Felda Jerangau Barat. Dimaklumkan bahawa olehkerana beliau terlibat dalam kes kehilangan baja, maka beliau telah dinasihatkan berhenti. Kemudian beliau telah mengikuti pengajian post graduate Diploma in Law di Manchester Metropolitan College, di London selama 2 tahun tetapi beliau dikatakan gagal (jadi setakat loyar buruk bolehlah).

Kebetulan apabila pulang ke Terengganu, abang iparnya,Yusof@Kobi bin Musa menjadi ADUN Serada pada ketika itu. Beliau bernasib baik kerana diterima sebagai Pegawai Tadbir Negeri(TCS) pada sekitar tahun 1988. Antara sejarah perkhidmatannya, beliau pernah semasa di zaman Pas ketika Hj Hadi melawat Kemaman pernah berkata,"berkat zaman Tok Guru merintah le ning' dan ketika itu beliau pernah cuba menjadi penasihat khas Wan Mutalib Embong.

Beliau pernah berkhidmat di bahagian perjawatan SUK di bawah arwah Hj Mohd Muda dengan memegang jawatan N 44. Semasa itulah beliau mewujudkan jawatan KPSU Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri dengan jawatan hakiki pemegangnya N 48 dandimaklumkan oleh beberapa orang TCS bahawa beliau telah 'melantik dirinya sendiri' untuk mengisi jawatan tersebut di zaman Idris Jusoh. Ketika memegang jawatan tersebut,ramai daripada YDP Majlis yang memandang rendah kepada beliau dan tidak langsung menghormati beliau kerana kebanyakan mereka amat mengetahui latarbelakang beliau selaku TCS.

sumber: email oleh geng blogawan Terengganu.

*dicopy-paste terus dari email kecuali sedikit pengeditan pada tajuk artikel perenggan dan sebutir dua ejaan.

Saturday, January 23, 2010

Azizulhasni: Aku Respek Sama Dia

Pertama respek aku untuk Azizulhasni kerana dia anak watan Dungun Tranung. Kedua kerana semangat juang dia yang tinggi meskipun tubuh kecik je jika nak dibanding dengan para pelumba luar negara. Tetapi itulah dia 'budak besi' yang terkini menjuarai Keirin di Beijing.


Mohd Azizulhasni Juarai Keirin Di Beijing

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Jaguh berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang membuktikan beliau adalah antara pelumba terbaik dunia apabila menjuarai acara keirin pada siri keempat Piala Dunia Klasik di Beijing, China malam Sabtu.

Pelumba itu yang mewakili pasukan profesional Australia, Bike Technologies Australia (BTA), menewaskan lima lagi pelumba termasuk Maximillian Levy yang memenangi pingat gangsa dalam acara pecut berpasukan di Sukan Olimpik 2008.

Kejayaan itu sekaligus membolehkan Mohd Azizulhasni mengutip 12 mata selaku juara dan berada pada kedudukan pertama di kalangan 24 pelumba dengan mengumpul 22 mata keseluruhan.

Selain itu, ia juga membolehkan Mohd Azizulhasni menyarung jersi putih selaku pendahulu pungutan mata keseluruhan apabila turun beraksi pada Kejohanan Trek Dunia di Denmark pada Mac ini.

Pada pusingan pertama malam ini, pelumba kelahiran Terengganu itu berjaya memenangi saringan kedua di pusingan pertama sebelum menduduki tempat ketiga pada pusingan kedua.

Tempat ketiga itu bagaimanapun sudah cukup untuk membolehkan pelumba berusia 22 tahun tersebut menempah tiket ke pusingan akhir bersama-sama lima pelumba lain termasuk seorang lagi pelumba negara, Josiah Ng.

Kejayaan yang dicapai Mohd Azizulhasni itu bagaimanapun gagal diikuti Josiah apabila sekadar menamatkan perlumbaan pusingan akhir di tempat keenam dan terakhir.

Kemenangan itu merupakan "hadiah perkahwinan" yang bermakna untuk Mohd Azizulhasni yang bakal menamatkan zaman bujangnya Sabtu depan.

Pada Kejohanan Trek Dunia di Poland tahun lepas, pelumba tersebut gagal menyerlah pada acara keirin namun tetap tidak mengecewakan apabila meraih perak dalam acara pecut 200 meter.

Turut beraksi adalah Mohamad Hafiz Mohamed Sufian yang mencatatkan masa 1 minit 04.688 saat untuk sekadar berpuas hati di tempat ke-14 dalam acara satu kilometer ujian masa manakala Fatehah Mustapa pula di tangga ke-15 dalam acara 500 meter ujian masa
.-- BERNAMA

Dasar Balaci Buat Kerja Fitnah Meloya

Meloya. Seindah namanya pemfitnah. Barua. Balaci. Sampah. Taik. Semua engkau ambik. Rebrand je 'title' Melayu tu kepada Malayau atau Meloya. Jaga tepi kain sendiri dulu kasi setel jangan sibuk nak selak kain orang aje. Apa kesudahan kes-kes rasuah mega dan pembunuhan ngeri oleh pimpinan utama Umno BN? Ngampu naungan iblis. Mengadu domba. Membatu api ikut setan. Laknatlah kau Meloya.


Haha... padanlah kau Meloya duk dengaq cerita fitnah dari 'orang' yang kecewa sudah tentunya meluahkan segala ketidakpuasan dengan pelbagai kisah reka.

"Anak-anak emas" itu kan lebih baik daripada "Lembu Suci" Umno.

KUALA LUMPUR 22 Jan. - Krisis dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan terus berkecamuk selagi penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengamalkan dasar pilih kasih terhadap 'anak emasnya' sehingga meminggirkan kepentingan seluruh ahli.

Bekas Ketua Pemuda PKR Selangor, Hamidzun Khairuddin mendakwa tindakan memusatkan kuasa kepada beberapa pemimpin tertentu tidak mampu menguatkan kedudukan parti dan Anwar, sebaliknya akan menghancurkan terus parti berkenaan.

Anak-anak emas yang dimaksudkannya itu ialah Naib Presiden, Mohamed Azmin Ali; Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution Ismail; Ketua Penerangan, Latheefa Koya dan Pengarah Strategi, Chua Tian Chang.-meloya.

Thursday, January 21, 2010

Khalid Nak Kena Pelempang Aku

Kenapa ni YB Khalid? Sibuk sangat ke? Tak hormat Ajk bawahan ke? Aku sanjung YB sebagai seorang yang berpersonaliti, berdedikasi, berkredibiliti dan berintergriti.
Tup-tup Ajk PKR Kuala Selangor diterajui YB Khalid komplen itu ini ngokngek sampai tahap perletakan jawatan ramai-ramai sehingga bubar PKR Bahagian Kuala Selangor.

Kekadang aku fed-up lah dengan PKR ni. Tak sekepala sket je terus angkat kaki. Takleh projek mula masam muka kedian tembor lari. PKR tak ada daya tahan, tak ada stamina, berlari 50m dah naik semput, ramai jatuh tergolek pengsan, tak kurang angkat bendera putih keluar dari kumpulan. Happaa raaa PKR...!!

Korang tak tengok ka apa tragedi mutakhir dalam Pas. Sampai bergegar, retak hampir karam kapal Pas kena bedil dengan Umno keparat. Hampir setiap hari barua keparat surat royat meloya dan seangkatannya melempar najis ke halaman Pas. Tapi tak sorang pun termasuk nakhoda, para kelasi dan penumpang kapal Pas lari meinggalkan Pas. Mereka istiqomah dengan serangan dan fitnah luar yang tanpa henti.

Sedih aku mengenangkan insiden demi insiden dalam PKR hatta kes tak puashati terhadap pimpinan pun boleh ambik keputusan drastik meninggalkan pemimpin mereka terkapur-kapur. Kenapa harus buat keputusan tak bijak tu? Kalau pemimpin korang buat lebih kurang, apa lagi?, gunalah kuasa korang untuk taji balik mereka tu.

Saluran kan ada? Jika saluran tak boleh gunapakai, korang gunalah kaedah SULA pulak biar sampai terberak... wakakaka...

Dalam Pas sendiri pun kemain berasap berapi para pimpinan kena taji dek komen dan kritikan dari para ahli, penyokong, bloggers Pas dan bloggers pro-Pas. Tak kurang juga ramai ahli yang tak sebulu dengan pimpinan sebab bukan semua pimpinan Pas ni berada di landasan sikap dan fe'el yang betul. Tapi atas dasar tarbiyyah dan sayangkan Parti maka sokongan ahli solid untuk parti dan tidak semudah dengan perkataan "TIDAK" untuk meninggalkannya.

DSAI dan pucuk pimpinan PKR telah membuat pelbagai perubahan, pindaan dan pembangunan bagi memastikan kesinambungan hayat PKR dan untuk mencapai misi Harapan Malaysia Baru. Manafaatkanlah platform tersebut.

KUALA SELANGOR 20 Jan. - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Kuala Selangor yang diketuai Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dibubarkan setelah 13 ahli jawatankuasanya (AJK) meletak jawatan.

Kesemua 13 AJK berkenaan termasuk Ketua Angkatan Muda (AMK), Nazaruddin Darmawan dan Ketua Wanita, Fauziah Sulaiman meletak jawatan secara berperingkat bermula November lalu hingga kelmarin.

Mereka bertindak demikian kerana hilang kepercayaan terhadap Abdul Khalid yang juga Pengerusi Perhubungan PKR Selangor.

Pengumuman pembubaran PKR Bahagian Kuala Selangor itu dibuat oleh Timbalan Ketua bahagian itu, Arshad Abu Bakar (gambar) di sini hari ini.-meloya.

Bapa Keganasan Terima Doa Laknat TGNA

Doa laknat TGNA terhadap Najib belum berakhir. Aku yakin doa 2 dalam 1 bimbingan TGNA tempohari telah menjerat Najib. Doa TGNA supaya dikurniakan kebahagiaan untuk Najib jika beliau mengurniakan kembali hak wang royalti minyak hakmilik rakyat dan kerajaan negeri Kelantan.


Sebaliknya jika Najib masih atau tetap berdegil dengan niat wang ehsan nya maka musibahlah jawabnya untuk Najib. Semenjak dua menjak kebelakangan ini aku dapat rasakan ada yang tak kena. Perkara pelik yang jarang berlaku dalam negara kita sejak era 13 Mei dulu melanda kembali di zaman pemerintahan Najib.

Mungkin ia suatu sebab musabab bagi menonjolkan kemujaraban doa laknat TGNA untuk Najib. Meskipun ia bukan satu kesinambungan tapi sekurang-kurangnya Najib menerima tempiasan dari doa tersebut. Atau mungkin ramai beranggapan ia suatu kebetulan dengan siri keganasan demi keganasan yang berbaur keagamaan ini.

Lepas satu demi satu gereja diusik dan dibakar, kini giliran rumah ibadat umat Islam pula bergalang ganti. Tragedi terbaru ialah tentang dua buah surau di Muar yang telah dibakar oleh manusia bertopeng syaitan dan amat tidak bertanggungjawab.

Aku langsung tidak heran dengan peristiwa tragis sedimikian walau ada kebimbangan dengan suasana semasa. Kerana apa? Sebab ketua negara kita ini tidak lain tidak bukan adalah seorang yang layak dengan gelaran 'Bapa Keganasan'.

Berhati-hatilah kita. Ada pihak yang cuba menangguk diair keruh atas tujuan kepentingan politik. Bersabarlah kita menempuh dugaan ini.

Wednesday, January 20, 2010

Orang Terengganu Pun Ada Kasta?

AbgMad ni dari dulu stail dan perwatakan dia memang jenis manusia yang tak ada insuran mulutnya. Jenis hagah gedebe kalau dia nak kata kat orang main sebut 'direct' je tak kira siapa kawan atau lawan. Kata orang Ganu dia ni jenis mulut 'set-set kelaut' dok makang saman. Para pencacai kaki ampu bodek amat sukalah dengan fe'el dia tapi kepada baki rakyat yang selebih ramai lagi itu amat 'menyekit' atau tidak senang atau berseteru dengannya.


Dalam insiden terbaru AbgMad terlajak cakap rasanya, sepertimana dikhabarkan oleh ADUN Ladang, YM Dato' Tengku Hassan bila AbgMad secara lantang menyuarakan bahawa bantuan atau subsidi harga rumah mampu milik hanya untuk orang-orang Umno sahaja dan orang-orang Pas jangan 'bising bangor' (jangan kecoh dan buat bising).

Masih tebal dalam hatimu sikap diskriminasi terhadap bangsa sendiri rupanya AbgMad. Engkau relatifnya belum berubah sikap dengan masih statik mendewakan puak juak Umno dalam apa jua bantuan dan kebajikan. Maknanya selama ini betul lah telahan aku bahawa AbgMad sekadar bersandiwara memukau hati orang-orang Pas yang 'baik hati' dengan kata-kata manis dari bibir basahmu itu.

Kenapa AbgMad perlu berdiskrimasi? Bukankah orang-orang Pas Terengganu ini yang suka makang ikang singgang dan sinonim dengan nasi dagang adalah rakyat Terengganu jua? Jangan sampai aku meletakkan taraf AbgMad seumpama orang-orang Yahudi di Palestin sana? Melabelkan orang lain selain dari puak juaknya sebagai bangsa kelas kedua atau ketiga dan dihina?

AbdMad sudah lupa? Memang orang Melayu Umno mudah lupa. Bagaimana getirnya AbgMad melawan geng Deris dari empayar Besut sana. Betapa teguhnya perpaduan dan ikatan rakyat Terengganu tanpa mengira apa jua Parti menyokong AbgMad menjunjung titah perintah Sultan? Jangan angkuh AbgMad kerana kami yang diamarankan supaya jangan 'bising bangor' inilah antara yang lantang dan 'bising bangor' memperjuangkan pilihan Sultan.

Sia-sia sahaja slogan Memasyaratkan Pentadbiran jika beginilah layanan kamu terhadap rakyat Terengganu. Slogan yang masih kabur untuk realistik sebaliknya sekadar menjadi kosmetik. Buang jauh-jauh atau campakkan sahaja slogan jahanam ini ke dasar sungai Terengganu.

Mungkin sekarang AbgMad teramat selesa serta selamat dengan sikap toleransi oleh pihak 'kerajaang perpaduang' tapi jangan lupa keangkuhan AbgMad ini lambat laun akan menghancurkan 'kerajaang lintang pukang' yang ada sekarang.

KUALA TERENGGANU – Tindakan Menteri Besar Terengganu mengumumkan bahawa pemberian bantuan atau subsidi harga rumah mampu milik hanya untuk orang-orang Umno sahaja, di bidas oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang ”Bila dia (Ahmad) bercakap kepada lebih kurang 1000 orang (di Ladang), dia kata, dia beri ini, bantuan banyak ini, faham-fahamlah kena balas budi kita (kena undi BN),

”dan memang kita beri bantuan ini kepada orang kita sahaja (Umno) orang PAS jangan ‘bising bangor’,” kata Dato’ Tengku Hassan Omar, mengulangi kata-kata Menteri Besar Terengganu,

Beliau yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Kuala Terengganu kesal dengan tindakan Ahmad yang membelanjakan wang rakyat menurut sesuka hatinya.

Katanya, tindakan Ahmad itu tidak akan menyelesaikan masalah sosial dan kemiskinan yang masih menjadi masalah di negeri Terengganu.

”Dia kena ingat ini (wang yang dibelanjakan) bukan wang Umno, bukan wang Barisan Nasional, ini wang kerajaan,

”dan untuk mengatasi kemiskinan, yang miskin bukan orang Barisan Nasional sahaja, orang-orang bukan Barisan juga ramai yang miskin.-dppkt.

Monday, January 18, 2010

KINI IC UNTUK PTI INDIA?

Saudara Pengarang,

PERLUKAH kita Undi lagi Barisan Nasional (BN) pada Pilihanraya Umum Ke-13 nanti kerana selagi BN berkuasa di Malaysia ini selagi itulah Mykad diberikan kepada Pendatang Tanpa Izin (PTI).

Jika melihat kepada statistik pilihanraya lalu, BN sudah kalah di Semenanjung Malaysia dan hanya diselamatkan oleh para pengundi di Sabah dan Sarawak yang tersilap percaya kepada janji muluk pemimpin BN; sehingga Sabah dan Sarawak digelar Fixed Deposit.

Oleh yang sedemikian, rakyat Sabah dan Sarawak harus ‘BERSATU’ menumbangkan BN kerana setahun lalu 50,000 orang dari negara China disahkan ‘HILANG’ di Negara Malaysia.

Persoalan yang memeningkan kepala kita, di mana dan ke manakah mereka?

Kelmarin Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib mendedahkan seramai 40,000 orang Warga India hilang di negara ini. Apakah mereka sudah membeli Mykad Malaysia dengan harga RM10,000 setiap satu di JPN Petaling Jaya?

Najib sewajarnya mengarahkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien berjaga malam untuk menyelesaikan isu ini melainkan UMNO atau BN terlibat mencipta satu lagi X-Files?

Sekiranya rakyat Sabah tidak bersatu memerangi isu IC Palsu ini, maka Pakatan Rakyat jangan bermimpi di siang hari untuk menawan kawasan parlimen dan dewan undangan negeri di Pantai Timur kerana hampir 90 peratus pengundi di sana adalah ‘Pengundi Untuk Disewa’ melalui pemberian Mykad; yang tidak mungkin memberikan undai kepada pembangkang!

Mungkin Pakatan Rakyat harus menunggu sehingga Generasi ke 12, barulah mungkin mereka akan memberikan undi kepada Pembangkang.

Salam Hormat daripada,

BUGIS SULUK TEMPATAN

sumber:- sabahkini

Sunday, January 17, 2010

YB Khalid Kecam Jais

Khalid tidak gentar amaran Jais

SHAH ALAM - Amaran yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) supaya tidak ada individu yang berani mempertikaikan keputusan yang dibuat Majlis Agama Islam Selangor (Mais) berhubung isu penggunaan kalimah Allah, sedikit pun tidak menguggat kelantangan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Menurutnya, beliau akan terus memberikan pandangan selagi tidak mendapat maklum balas yang berasas dan kukuh daripada jabatan itu khususnya mengenai isu tersebut.

“Saya akan terus bercakap sehingga mereka (Jais dan Mais) memberikan jawapan danrespons yang kukuh kepada persoalan yang saya bangkitkan.

“Saya minta Jais beri penjelasan.....bukannya amaran keras ataupun ugutan. Saya beri (pandangan) dengan dalil sepatutnya mereka (Jais) beri penjelasan dengan dalil juga,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Khalid berkata, Jais tidak seharusnya mengamalkan sikap ‘aku buat keputusan, kamu ikut’ jika mereka tidak dapat memberikan hujah yang kukuh.

Kata beliau, walaupun ada keputusan-keputusan yang telah dibuat sebelum ini tidak bermakna ia tidak boleh menerima pandangan baru berikutan perkembangan semasa.
-sinarharian.

Saturday, January 16, 2010

Bumbung Sekolah Nak Runtuh


Tengok gambar kat atas ni apa dah jadi dengan bumbung tu? Sebatang kayu digunakan untuk menongkat ia daripada runtuh. Semua ni kes bahaya membahayakan nyawa bebudak sekolah. Kejadian ini berlaku di Sekolah Kebangsaan Sering Kota Bharu seperti yang dilaporkan oleh NST.

Kemana perginya kualiti pembinaan atas sebilangan bangunan milik kerajaan? Apa nak jadi dengan para kontraktor haramjadah kat Malaysia ni? Pulun pitih rakyat berkoyan-koyan tapi aspek keselamatan dan keselesaan para pengguna depa tolak tepi.

Dasar kontraktor hadhari celaka. Eloklah kontraktor celaka berpakat dengan jurutera sial yang makan rasuah lulus kerja-kerja 'haramjadah' ni. Hasil kerja tak ikut spesifikasi tak ikut piawaian. Main hantam saja. Jurutera dapat 'rokok' sebungkus cuma pejam mata kais bawah karpet.

Untung diutamakan, kualiti dan keselamatan diketepikan.

Huhh!!!..Nak Beli Gula Perlu Bersyarat

Pelbagai ragam dan tektik digunakan oleh para peniaga bagi melariskan perniagaan. Dari kesempatan ketiadaan gula di Sandakan maka para peniaga mempergunakan sepenuhnya peluang itu menyusahkan para pengguna dengan mengenakan syarat sampingan sebelum dibenarkan membeli sekilo gula. Nasib baik mereka tidak mengenakan syarat yang bukan-bukan seperti wajib isi borang keahlian Umno untuk sekilo gula. Berat nanang...!


SANDAKAN: Akibat kekurangan bekalan gula di daerah ini beberapa kedai runcit di sini telah mengenakan syarat kepada pengguna yang ingin membeli gula.

Antara syaratnya, pelanggan yang hendak membeli gula perlu dahulu membeli barangan lain seperti susu dan sebagainya.

Timbalan Presiden Persatuan Pengguna Sabah-Labuan (Cash) yang juga Pengerusi persatuan itu bahagian Sandakan, Ali Ahmad mendakwa beliau adalah antara orang ketiga yang menjadi mangsa perbuatan beberapa kedai runcit di pusat bandar ini.

“Seminggu lalu beberapa pengguna datang ke pejabat saya dan membuat aduan mengenai tindak-tanduk beberapa premis kedai runcit yang menjual gula dengan mengenakan syarat kepada pengguna yang sama,” katanya

Akibat tidak yakin dengan aduan itu, Ali sendiri telah pergi ke sebuah kedai runcit yang terletak di Jalan Lima pada keesokan harinya dan bertanyakan tentang gula kepada salah seorang pembantu kedai itu.

Ali berkata dia agak terkejut apabila diberitahu: “Jika mahu membeli sekilo gula anda perlu membeli terlebih dahulu barang-barang lain.”

“Untuk membuktikan kenyataan ini saya telah mendapat resit pembelian tersebut dari premis berkenaan dan apabila memperkenalkan diri saya pemimpin Cash, pemilik kedai itu agak terkejut,” katanya.

Ali berkata sebelum itu seorang pemimpin politik iaitu Bonney Juanico Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) kawasan Sekong merangkap Timbalan Pengerusi Cash bahagian Sandakan adalah orang pertama menjadi mangsa perbuatan berkenaan

Ali meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Bahagian Sandakan supaya memantau kegiatan itu yang boleh mencetuskan kemarahan di kalangan pengguna.-sabahtimes.

Friday, January 15, 2010

Ayuh! Maki Polis Denda $100 Sahaja

Kalau camtu bolehlah kita pakat maki mana-mana polis sial celaka yang tak bertanggungjawab buat onar atau makan rasuah. Jangan takut. Dendanya murah je iaitu RM100 atau 3 hari penjara. Sesiapa nak cuba suasana suram dalam lokap boleh lah mencuba. Apa heran sangat aku jamin ramai orang kat Malaysia ni benci polis.


Jika rasa kuat dan hebat boleh cuba macam YB Tian Chua main gigit polis. Itu dakwaan polis barua tu. Samada benar atau tidak wallahuaklam pasal aku tak nampak posisi sebenar polis tu dakwa dia kena gigit. Hebat Tian Chua sampai kena dakwa penjara dan MP nya bakal gugur.

Manja nya polis Malaysia deh?? Kena gigit sampai nak penjara menjara orang. Tapi kalau polis duk tibai hantam orang tu tak pulak polis ambil port. Suhakam kata polis zalim dan salah guna kuasa tapi polis buat donno jugak.

Siapa nak jadi wira rakyat?? Kalau jumpa Najib cuba maki depan dia. Apa akan lu dapat? Penjara atau ISA atau bilik gelap?

Maki polis, lelaki didenda RM100

KUANTAN - Sikap kurang sopan seorang lelaki mengeluarkan kata-kata kesat yang mengaibkan seorang anggota polis hanya menyusahkan diri sendiri, apabila dia dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan, semalam.

Kerana perkataan ‘Cheeby polis banyak celaka’ yang dihamburkan kepada anggota polis dari Cawangan Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) itu, Majistret Nordiana Abdul Aziz menjatuhkan hukuman denda RM100 ke atas Lee Hon Fai, 33, selepas lelaki itu mengaku bersalah atas tuduhan yang dihadapinya.

Tertuduh dari Kolong Pahat, Sungai Lembing dekat sini, didakwa melakukan kesalahan itu ketika berada di Jalan Bukit Bay Route dekat sini, kira-kira jam 2.35 petang, 13 Januari lalu.

Berikutan perbuatannya itu, tertuduh didakwa atas tuduhan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan kecil 1955 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM100.

Tertuduh bagaimanapun difahamkan membayar denda tersebut bagi mengelak dipenjarakan selama tiga hari.

Thursday, January 14, 2010

Payah La Najib

Kata-kata dimulut memang senang tapi nak ubahsuai nya amat susah, maklum lah bila dah jadi darah daging. Ibarat Umno yang parah dan barah dengan rasuah kerana rasuah telah sebati dengan darah Umno maka rasuahlah yang berperanan menentukan stamina Umno serta arah kecemerlangan masa depan Umno.

Begitu juga peranan para kakitangan perkhidmatan awam diketahui umum majoritinya terdiri daripada orang Umno adalah suatu perbandingan rasuah dalam Umno itu. Sekiranya Najib menyarankan supaya sektor awam tiada kecenderungan politik ia adalah amat mustahil.

SKANDAL SEKS GADIS 16 TAHUN DENGAN VVIP SABAH?


Oleh: SALMAN HALIM

GEMPAR dan mengejutkan! Seorang VVIP yang berpangkat Menteri Kanan di Sabah disahkan terlibat dengan Skandal Seks Gadis Bawah Umur (16 tahun) yang kini disimpan di Utara Sabah.

“Keluarga mangsa telah dipujuk agar merahsiakan perkara ini dan sejumlah wang telah dibayar kepada bapa mangsa kerana VVIP berkenaan akan berkahwin dengan ‘gadis’ tersebut setelah mendapat kebenaran berpoligami daripada isterinya,” ujar Zainal yang merupakan keluarga terdekat mangsa berkenaan.

Zainal menegaskan, VVIP berkenaan sering melawat keluarga mangsa dan membawa mangsa ke sebuah resort untuk bertemu dan menjalinkan hubungan secara sulit sejak mangsa berusia 15 tahun yang kini telah berhenti sekolah.

“Kita cuba menghalang tetapi oleh kerana keluarga mangsa tertekan semata-mata kerana kuasa dan pengaruh VVIP tersebut, maka mereka terpaksa merelakan anak gadis mereka menjalinkan hubungan terlarang dengan VVIP tersebut,” ujar Zainal yang berjanji akan menyerahkan gambar VVIP bersama gadis tersebut agar tindakan tegas diambil terhadap VVIP yang sering memangsakan gadis bawah umur.-sabahkni.

Friday, January 8, 2010

Hebat Sangat Ke Terengganu.fm (Tfm)

Pening kepala aku duk fikir tang mana hebat sangat Terengganu.fm (tfm) sehingga diiktiraf sebagai pilihan no.1 rakyat Ganu. Tak dinafikanlah hanya satu dua slot rancangannya sahaja yang mungkin berfaedah untuk didengar tapi kebanyakannya hampeh membodek UBN.

Aku rasa 99.9% rakyat Malaysia setuju bahawa stended semua channel media elektronik milik kerajaan dijadikan medium ampu dan bodek dan fitnah oleh UBN.

Rancangan paling meluat dan mencairkan taik telinga aku yang terbiasa dengar ialah slot propaganda UBN dimana siarannya bermula jam 12.00 tengahari. Jika terkebetulan sesiapa mendengar radio waktu tu silalah turn ke channel tfm. Pasti rasa nak lempang je DJ sedang berpotpet tu. Betina pulak tu. Memang kepo mulut dia. Kurang hajor baca skrip taik.

Bukan sekadar hal ehwal Pas/PR Terengganu yang diulasnya malah Pas/PR kat negeri lain turut ditibainya. Macam lah dia bijak sangat mengolah itu ini merendah-rendah menghina Pas/PR.

Satu lagi slot taik Tfm dinamakan Guane Gamok Orang Kita (GGOK). DJ paling familiar dengan GGOK ni pulak digelar Waklong. Rancangan ni banyak berinteraksi dengan para pendengar. Ini lagi class bodek UBN. Kalau AbgMad dengor janji takleh tidur malam merindui ayat ampu bodek WakLong.

Tapi sejak dua menjak radio kereta aku rosak, takde peluang nak dengar lagi sembang fitnah di Tfm. Nasib baik jugak radio rosak kalau dak tak renti-renti dalam hati aku meluat memaki marah kat DJ haprak Tfm tu.

KUALA TERENGGANU 7 Jan. - Terengganu fm. tetap menjadi pilihan rakyat negeri ini apabila satu pertiga daripada mereka menjadi pendengar setia stesen kendalian Radio Televisyen Malaysia (RTM) tersebut.

Pengarah Penyiaran Terengganu, Dr. Nawiyah Che Lah berkata, berdasarkan perangkaan oleh AC Nielson, kira-kira 400,000 rakyat Terengganu mendengar stesen radio itu setiap hari sepanjang tahun lalu.

Katanya, jumlah tertinggi pendengar dicatatkan antara pukul 7 hingga 9 pagi iaitu ketika rancangan Selamat Pagi Terengganu disiarkan oleh stesen itu.

"Selain itu, program yang disiarkan antara pukul 3 hingga 5 petang juga menjadi rancangan yang paling digemari," katanya pada Majlis Mesra Terengganu fm. Bersama Pengiklan di sini hari ini.-meloya.

Jakarta Akan Tenggelam

Perkara sebegini kadang-kadang kita tak boleh ambik remeh. Walau kita lihat jarak atau jangkamasa untuk berlakunya trajedi sedemikian masih jauh tapi langkah awal dan berjaga-jaga perlu dibuat. Mustahil untuk Jakarta tenggelam tapi tidak mustahil juga untuk ia tenggelam bersama khazanahnya dan menghanyutkan penghuninya.

Kita turut bimbang dengan fenomena mencairnya iceberg di Kutub Utara dan Selatan. Memeningkan para saintis memikirkan cara mengatasinya. Jika tidak kerana sikap dan tangan-tangan manusia sendiri pastinya bumi ini tidak akan rosak dan punah. Tanda-tanda akhir zaman.

Jakarta predicted to sink in 2030

JAKARTA: Executive Director of the Indonesian Environmental Forum (Wahli) Ubaidillah has predicted that Jakarta will sink in 2030, if the city's government does not take anticipatory steps, Antara news aegncy reported yesterday.
Based on his observation, Ubaidillah said that the sinking of Jakarta is caused by Jakarta's open green spaces, which is reduced continously, and currently remained 9.6 percent of space from 661.52 square kilometres of space.

"The remainder has been transformed into building sites," Ubaidillah said adding that after all some of the land surface in Jakarta had subsided as a result of floods and water inundations, reported Antara.

He said that, in fact, some of Jakarta's land surface had always been lower than the sea surface. Therefore, he said, the government should take into account the construction of building structures which were not complemented with ecological balance studies.

"If all this is not handled properly, Jakarta will really sink," he said.
- Bernama

AWAS Kopi Power Kandungi Racun

Berbagai pesen nak kaut untung cepat lebih-lebih lagi bila mengenepikan aspek keselematan para pengguna. Jahat sungguh para pengeluar barangan pengguna yang mengambil kesempatan. Elok disula ajer hukumannya kerana tindakan jahat mereka seumpama bersubahah dalam kerja-kerja membunuh tapi dalam senyap. Apasal tak taruk racun arsenik je lagi cepat kasi kojol.

Misteri kopi RM20

KUALA LUMPUR: Secawan kopi susu biasanya dijual RM1.20 saja, namun kini timbul tanda tanya apabila muncul sejenis kopi istimewa mencecah RM20 secawan sehingga menimbulkan persoalan mengenai ramuan misterinya.


Persoalan itu terjawab apabila produk kopi yang diuar-uarkan mampu mengembalikan kejantanan suami di ranjang disahkan mengandungi racun berbahaya sildenafil yang dipercayai menjadi ramuan sulit syarikat pengeluar dan pengedarnya bagi melariskan jualan.


Bahan kimia terlarang itu yang boleh menyebabkan mati mengejut sering dicampur pembekal haram dalam serbuk kopi selepas didapati berupaya meningkatkan keinginan seksual lelaki walaupun pada masa sama mengundang 1,001 kesan sampingan berbahaya.


Penjualan ‘kopi batin’ terbabit terbongkar selepas sepasukan 10 pegawai Bahagian Penguat Kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyerbu sebuah syarikat berpejabat di Jalan Gombak di sini yang dikesan menjadi pengedar utama kopi maut terbabit.

Thursday, January 7, 2010

Terkebetulan Atau Agenda Tersembunyi 2

Setiausaha Agung PKR Letak Jawatan

KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Datuk Salehuddin Hashim hari Khamis meletak jawatan sebagai setiausaha agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi menumpukan perhatian terhadap bidang kerjayanya.

Bagaimanapun, beliau, yang mengambilalih jawatan tersebut daripada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khlaid Ibrahim, pada Mac 2008, kekal sebagai anggota biasa dalam part itu.

"Cukuplah enam tahun saya aktif dalam parti, lagi pun saya nampak ada orang lain ang lebih berkebolehan dan lagi pandai untuk menggantikan saya," katanya kepada Bernama di sini.

Salehuddin berkata surat perletakan jawatan sudah pun dihantar kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden Dr Syed Husin Ali pada pukul 5 petang tadi.

Katanya beliau ingin menumpukan sepenuh perhatian dalam bidang perundingan pengurusan minyak dan gas di Amerika Syarikat.

Salehuddin mula menyertai PKR pada 2004 sebagai setiausaha pengelola sebelum dilantik menjadi setiausaha agung.
-- BERNAMA

Terkebetulan Atau Agenda Tersembunyi 1

Pemimpin DAP Pulau Pinang Sertai PCM

PULAU PINANG, 7 Jan (Bernama) -- Ketua Pasukan Tindakan Khas DAP Pulau Pinang, Tham Weng Fatt, 54, Khamisi mengumumkan meletakkan jawatan dan keluar daripada parti itu untuk menyertai Parti Cinta Malaysia (PCM).

Katanya keputusan itu berkuat kuasa serta merta bagi membolehkannya menyampaikan pandangan kepada kerajaan negeri dengan lebih berkesan demi kepentingan rakyat.

"Sekarang ini DAP memimpin kerajaan negeri. Susah bagi saya untuk menyuarakan kepentingan rakyat kerana bila saya mengkritik kerajaan negeri bermakna saya mengkritik parti saya," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau, yang telah menyertai DAP selama 22 tahun itu, berkata surat peletakan jawatannya akan diserahkan kepada Pengerusi DAP negeri Chow Kon Yeow, Sabtu ini.

"Tiada masalah peribadi atau perselisihan antara saya dan rakan dalam DAP, cuma terdapat beberapa dasar dalam parti yang saya tidak setuju," katanya
.-- BERNAMA

Siapa Mamat Psycho Ni?

Apa kes mamat ni? Siapa kenal? Pasti kes tak puashati pasal perhimpunan aman 100 orang terhadap rasuah PMBK hari tu la kot. Tak ada orang nak ambil port. Kecuali Umno cawangan SPRM aje yang menyondol-nyondol tak ubah macam menatang hidung dopot tu.


Weii Zaidi, kawe tak kenal demo tapi kawe tau demo ni sekutu talibarut Umno wak kijo bodo. Mung nok tenyeh gapo lagi di kertas lapore SPRM tu. Kawe raso SPRM ado blako doh sutir-sutir detail pasal TGNA dan berkaite dengannyo. Kalu mung tanyo SPRM TGNA gonyoh gigi guno beruh gapo haruh SPRM buleh royak. Beruh gigi sugi... hahaha..

SPRM terima aduan rasuah Nik Aziz, exco

Seorang lelaki, yang menggelarkan dirinya "aktivis kebudayaan", membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) di Putrajaya hari ini berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa dan rasuah melibatkan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan exco kerajaan negeri itu serta beberapa individu.

Zaidi Yaacob, 47, yang berkata beliau seorang rakyat Kelantan, memberitahu pemberita bahawa laporan itu dibuat berdasarkan salinan sepucuk surat yang diterimanya melalui pos dua hari lepas.

Beliau telah menyerahkan surat berkenaan kepada seorang pegawai SPRM tengah hari tadi.
- Bernama

Monday, January 4, 2010

Perginya Member Terakhir Legasi Aniaya DSAI

Ingat Augustine Paul teringat Hacks coklat untuk sakit tekak. Hakim Hacks ini suatu ketika di akhir 90'an pernah menjadi 'top' angkara bersekutu dengan para penganiaya melanyak DSAI.
Termasuk aku amat membenci Hakim Hacks kerana sanggup merogol melacuri institusi kehakiman negara, suatu kisah yang panjang untuk dihuraikan. Sehingga ke hari ini masih berceceran lagi kes tersebut. Google lah sendiri 'detail'nya. Kat internet berlambak.

Dua hari lepas pergilah Augustine meninggalkan alam baka' menemui Tuhan sejati dan abadi. Perginya Hakim Hacks maka lenyaplah suku sakat perancang kejatuhan DSAI.

Antara geng sekutu Hakim Hacks yang dah lama 'pergi' takkan kembali seperti Datuk Mohtar, Khalid Jafri, yang lumpuh pun ada iaitu Tan Sri Rahim Nor. Manakala saki-baki yang masih dipanjangkan umur dengan tujuanNya supaya mencari jalan keinsafan seperti Umi Hafilda dan seorang kanan Peguam Negara arwah Mohtar dulu iaitu Gani Patail (masih meneruskan kerja-kerja kotor menjadi talibarut pemimpin rasuah dan jahat yang terkini membuat kenyataan bengong tentang individu terlibat dalam kes kehilangan enjin jet F-5E).

Insaflah kamu Gani Patail. Berapa banyak karung dah engkau kasi makan anak bini engkau dengan hasil haram. Semoga engkau tak mati dalam azab!

Saturday, January 2, 2010

BN Pun Nak Tukar Logo?

Wakakaka... lain macam je bunyi nya. Baru jengah tingkap 2010 UBN dah kecut teloq. Acapkali UBN cuba tiru atau ikut rentak Pas/PR, kini nak ikut lagi. Koman la sebuah kerajaan yang gah paling lama memerintah kata deme cadang nak tukar logo. Kenapa? Sebab dacing karat biru sangatlah tu. Tak boleh nak imbang lagi. Sat lagi patah sana putus sini. Dacing dokrokcettong!!!


Atau depa jeles dengan logo baru Pakatan Rakyat? Cantik kot logo baru Pakatan Rakyat. Tapi sekali imbas aku nengok logo PR ni macam ada iras-iras bendera Hong Kong ke Taiwan lak, aku lupa lah... hahaha...

Elok jugak kalau UBN tukar logo depa. Pasal aku rasa ada manusia yang muntah-muntah nengok logo biru dacing. Alahan teruk. Kemam mulut. Nak kata mengandung tak juga sebab jantan tapi dia takleh tengok logo dacing biru, dia nak muntah.

Aku ada satu cadangan jugak nak 'propose' kat UBN. Apa kata korang 'modify' logo kat bawah ni menggantikan logo dacing sedia ada tu. Biar kena dengan selera.

Aku bukanlah zalim sangat menghodohkan UBN. Tapi korang fikir sendirilah. Kerajaan haramjadah UBN Perak sekarang bukan taraf lanun ke? Main rampas-rampas ni bukan cara lanun ke? Zambry tu pun rakyat Perak sendiri cop dia sebagai lanun of Pangkor Island. Apa nak kata?

Kerajaan Pusat tak reti nak henti jugak dari meloyar buruk rakyat. Lanun Pusat lagi bijak lagi lasat. Depa pusing sana belit sini last-last rakyat sembelit. Ramai lagi tak ngerti kenapa perlu RON95/97, GST, cukai insuran naik, mansuh insuran 3rd party, taarif api letrik nak semak, gula naik 20 sen dan macam-macamlah.

Tapi aku teramat-amat risau jika logo dacing hilang maka terkuburlah negara kerana selain UBN takde parti lain yang pandai memerintah (psssttt... itu kata golongan yang tak sedar diri nak mampuss). Selama 50 tahun rakyat dibodohkan dengan kerajaan itu UBN dan UBN itu kerajaan. Lenlain tu hamba suruhan belaka gamaknya.

Terror sungguh slogan UBN sehingga arwah Tok Mat Bulat menjiwainya sebagai Umno itu melayu dan melayu itu Umno. Jika lenyap Umno maka berterabur dan hilanglah melayu. Habis gitu kemana nak dibuangnya John Ambrose si ketua Umno Bahagian Penampang? Mamat tu dah la berbangsa lain yakni Kadazan malah beragama kristian pulak.

Sudah-sudahlah tu buang tabiat wahai UBN. Tahun 2010 ni berazamlah jadi baik. Cukuplah buat kerja jahat tipu melayu.

Salam Tahun Baru 2010

Kesibukan persediaan menjelang penggal persekolahan 2010 anak-anak melupakan aku seketika terhadap Gelombang Hijau. Kata pepatah 'family first'. Langsung dari pengetepian seketika terhadap gerbang maya lantas bermakna aku turut kurang ambil 'port' dengan segala berita semasa.


Namun beberapa berita 'hot' tetap mengisi ruang minda aku kerana ia kerap didengar dan diulang oleh mulut-mulut yang takde insuran selain dari media hamprass milik UBN.

Antara berita yang menarik adalah tentang malam sambutan Tahun Baru 2010. Seperti biasa pengisian malam itu adalah hiburan dan konsert seperti di Dataran Merdeka dan seumpamanya di negeri lain. Sudah pastinya sedari dulu ia menjadi amalan berkala saban tahun sehinggakan sesetengah kita menggelarkan ia sebagai malam Tahun Baru malam 'projek buat anak haram' tahunan. Kerajaan UBN seolah tiada cara atau kaedah lain yang lebih bersifat kerohanian untuk dihidang ke jiwa rakyat.

Kita tidak dapat mengelak dari mendengarkan berita-berita sumbang perihal penangkapan oleh pihak berkuasa agama terhadap para pelaku sumbang dikalangan muda mudi melayu Islam di malam dan di hari berikut Tahun Baru. Seperti yang disiarkan semalam oleh berita TV tentang operasi Jabatan Agama Islam Pahang terhadap hotel-hotel murah di sekitar Kuantan.

Hasilnya beberapa pasangan bukan muhrim berjaya ditangkap sehinggakan seorang 'pelaku sumbang' wanita dari Dungun mengugut untuk terjun dari tingkat bangunan bilik dia dan pasangannya melakukan 'projek'. Sungguh memalukan aku sebagai orang Dungun. Anak siapalah yang kurang hajor sangat ni?

Selain itu kita juga dihadiahkan dengan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen bermula Tahun Baru. Bijak sungguh kerajaan bermain wayang diakhir tahun 2009 dengan momokan 'harga gula takkan dinaikkan pada masa ini'. Rupanya selepas berakhir 'masa itu' dan melangkau ke 'masa ini' harga gula berdesup naik tanpa 'warning'.

Sebagaimana lazimnya UBN senantiasa bersedia dengan jawapan dan alasan BODOH untuk menangani kemusykilan serta persoalan dari rakyat. Jawapan stended lagi bangang seperti harga gula dunia naik atau harga gula di negara lain lebih rendah. Tapi nasib baik jugak (alasan nasib baik tak habis-habis...) UBN tak tarik terus subsidi gula. Kalau tidak tak sempat PRU-13 kerajaan UBN Najib Tantuya akan taulah nasibnya..??

Tirai 2009 telah dilabuhkan dengan tenang dan berkeyakinan oleh Pakatan Rakyat. Setelah pelgabai pergolakan dan kontroversi melanda PR terutamanya menyentuh tentang kerukunan Pas.

2009 benar-benar menguji Pas. Digegarkan dengan isu-isu hebat seperti UG, Task Force 2010, Pertemuan Dalam Kelambu, EGM, Seminar Khas, PMBK, Menantu TGNA dan sebagainya. Tidak kurang juga krisis hangat dan hebat di pihak Parti Keadilan Rakyat.

Langkah penyelesaian terbaik disegerakan iaitu melalui Konvensyen Pakatan Rakyat. Beberapa permasalahan diatasi dan persefahaman digarap bagi memenuhi matlamat menempuh pasca 2010 seterusnya memperkukuhkan gagasan bagi menghadapi PRU-13.

Semoga Pakatan Rakyat akan terus terpikat dan terpahat dihati rakyat.

Pertingkatkan Intergriti... Kurangkan Kontroversi.

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET