Monday, December 7, 2009

Wang Royalti: GEGAR Akan Menggegar Putrajaya

Sejarah hitam di era pentadbiran Kerajaan Pas Terengganu dulu setelah dirompak hasil mahsyul wang royaltinya oleh Tun Mahathir menyaksikan Kerajaan Pas Terengganu secara solo menuntut hak royalti minyak dari Kerajaan Pusat. Kes saman terhadap kerajaan Pusat diketuai oleh Tun Salleh Abas yang dikemukakan sehingga ke mahkamah Tinggi telah dijeruk masam setelah Deris Jusoh mengambil alih pentadbiran Terengganu dari tangan THGG.


Kini Kerajaan Pas Kelantan komited memperjuangkan sesuatu yang merupakan hak mutlak rakyatnya. Semakin hari semakin panas suasana perdebatan isu wang rompakan oleh kerajaan lanun UBN berpusat di Putrajaya.

Kerajaan TGNA masih menggunapakai kaedah tolak ansur dan diplomasi agar Najib berlembut hati menganugerahkan kembali kepada pemiliknya wang royalti yang selama ini disembunyikan oleh lanun UBN kemudian secara haramjadah meratahnya dikalangan mereka.

Sehinggalah ke suatu tahap kemuncak kesabaran TGNA benar teruji dengan kedegilan Najib sehingga beliau menyeru rakyat Kelantan mendoakan kepada Allah agar diberi dua pilihan samada dibukakan pintu hatinya atau mendatangkan bala kemusnahan kepada Najib.

Langkah terbaru dua NGO iaitu Gabungan (Kelantan) dan Mampat (Terengganu) bergabung tenaga untuk menggempur Pusat menuntut wang royalti. Dengan singkatan nama GEGAR diharapkan Putrajaya akan bergegar dengan ledakan hentaman dua NGO ini.

Bukan gunung berapi, bukan gempabumi... tapi Putrajaya akan bergegar digoncang oleh GEGAR..!!

NGO tubuh Gegar tuntut royalti minyak
KOTA BHARU - Gabungan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Kelantan (Gabungan) dan Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) semalam mengambil inisiatif dengan menubuhkan badan khas iaitu Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) bagi menuntut Kerajaan Persekutuan mengembalikan hak royalti petroleum di negeri itu. Pengerusinya, Dr Abdul Halim Yusof berkata, penubuhan Gegar digembelingkan semua pihak tanpa mengira sempadan agama,politik dan bangsa bagi menuntut hak dan maruah rakyat dengan memberi maklumat dan kesedaran dengan pelbagai cara yang sewajarnya. “Penubuhan badan ini disertai lebih 50 NGO di seluruh Kelantan dan Terengganu yang melibatkan pelbagai entiti, apa yang dilakukan ini adalah semata-mata untuk menuntut royalti berasaskan kepada Akta kemajuan Petroleum 1974 dan Perjanjian Petroleum menurut seksyen 4 Akta 1975,” katanya kepada media di kediaman Menteri Besar Kelantan, di sini semalam. Sehubungan dengan itu katanya, buat permulaan badan terbabit mengadakan konvensyen membincangkan tajuk ‘Royalti Petroleum Antara Hak atau Ihsan’ di Kuala Lumpur dalam masa terdekat. “Sebelum ini ramai yang tidak menyedari bahawa Petronas telah menyedut minyak di negeri ini, siapa yang sembunyikan? Kita akan sedarkan kepada rakyat apa yang dimasukkan dengan royalti dan wang ihsan, ia adalah dua perkara berbeza,”katanya. Sementara itu, Pengerusi Mampat, Mohd Fauzi Abu Samah berkata, pihaknya kini dalam perancangan untuk menjemput Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menyertai konvensyen rakyat itu. ”Mampat pernah mengadakan satu konvensyen di Terengganu pada Julai 2008 dan telah disertai Tengku Razaleigh. ”Gegar juga menggesa NGO lain yang berminat menyertai Gegar dan sama-sama berusaha kerana apa yang diperjuangkan adalah untuk kepentingan rakyat semata-mata,” katanya.-sinarharian.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET