Wednesday, December 16, 2009

Kalau Dah Tak Reti Berniaga...

Semalam syarikat First Dairy Farm Malaysia Sdn Bhd merungut kerana kerugian lebih RM200,000 akibat terpaksa membuang lebih 75 ribu liter susu segar keluarannya. Sepengetahuan aku dulu Dairy Farm ni pernah dapat kontrak kerajaan untuk membekalkan susu bagi Program Bantuan Makanan Pelajar Miskin Sekolah.

Adat berniaga lazimnya ada untung dan rugi. Bukan macam Petronas atau TNB atau Telekom Malaysia tak pernah rugi, untung sokmo-sokmo sebab mereka adalah 'puaka ekonomi' mengungguli dasar monopoli.

Bila unjuran bisnes oleh pakar ekonomi mereka menunjukkan sedikit kejatuhan yang boleh mengesankan keuntungan tapi belum pun menjurus kepada kerugian, maka puak-puak 'puaka ekonomi' ini secara drastik mencadangkan kepada kerajaan untuk menaikkan sesuatu taarif.

Sasaran mereka tentunya rakyat. Rakyat adalah lubuk puak-puak 'puaka ekonomi' ini meratah tulang empat kerat rakyat ini bagi menghasilkan mereka pendapatan. Monopoli adalah dasar peniagaan yang bermotifkan keuntungan sebelah pihak sahaja. Adapun kebajikan yang diberikan untuk rakyat kononnya hanyalah sebagai topeng bagi menutup sifat rakus puak-puak 'puaka ekonomi' ini.

Kerajaan a.k.a. UBN pula dalam banyak situasi lebih memihak kepada puak 'puaka ekonomi' ini kerana dari kantung 'puaka ekonomi' inilah sebahagian besar sumbangan atau bantuan diterima UBN.

Kita menilai sekarang dalam situasi terdesak mungkin Dairy Farm seolah cuba mengikut jejak langkah atau mencuba menjadi ahli 'puaka ekonomi' kerana suasana pasaran dikatakan lebih memihak kepada produk tenusu dari luar negara.

Persoalannya mengapa Dairy Farm tidak merangka strategi yang membolehkan mereka bersaing dengan produk tenusu luar. Mengapa produk tenusu import ditawarkan lebih murah dari produk tenusu tempatan seperti keluaran Dairy Farm sendiri?

Apakah Dairy Farm tiada mampu melantik pakar strategi ekonomi bisnes mereka? Apakah Dairy Farm tergolong dari kalangan syarikat 'untung segera' seperti Proton yang berteduh dibawah naungan Dasar AP semata untuk terus kekal hidup dengan menyekat kebebasan rakyat dari membuat pilihan untuk memiliki motokar import baru dengan harga lebih murah?

Dalam keadaan produk tenusu import dikatakan murah itu kita mendapati barangan tenusu seperti susu bayi dan kanak-kanak masih mahal dijual dikedai-kedai dan pasaraya. Kecuali 2-3 produk sahaja yang dikategorikan sebagai munasabah.

Jika Dairy Farm merasa benar-benar tergugat dengan pegangan pasaran tempatan terhadap produk tenusu keluarannya maka silalah cari jalan keluar sendiri. Jangan bergantung semata pada kerandut Najib atau kerajaan UBN yang senantiasa cari peluang menindas rakyat.

Dairy Farm usah pepandai mengesyorkan kerajaan agar menghadkan produk tenusu dari luar bagi membantunya menyaingi pasaran. Jika kerajaan menturuti kemahuan Dairy Farm bagai lembu dicucuk hidung maka pastinya harga produk akan mencanak naik dan akan ada rakyat yang tidak mampu.

Kenapa apa mencanak naik? Kerana diketahui umum sekarang produk Dairy Farm sudah sedia mahal. Pasti setelah Dairy Farm memegang kuasa monopoli produk tenusu maka dengan nafsu serakah mereka akan sewenangnya memanipulasikan harga tenusu tempatan.

Andai berlaku sedemikian kita pakat sama-sama BOIKOT produk Dairy Farm!!!

Tutup kedai ajerlah jika dirasakan takleh nak berlawan dengan produk tenusu import.


Syarikat tenusu rugi RM200,000

ROMPIN – Syarikat tenusu terbesar Semenanjung Malaysia, First Dairy Farm Malaysia Sendirian Berhad kerugian lebih RM200,000 apabila susu segar yang dihasilkan 380 ternakan lembu di kawasan seluas 920 hektar di Muadzam Shah, di sini terpaksa dibuang.

Pengarah Urusannya, Datuk Muhammad Alwi Abdullah berkata, sejumlah lebih 75 ribu liter susu segar dihasilkan sepanjang bulan ini terpaksa dibuang ekoran keengganan pihak industri membeli susu segar tempatan.

Katanya, pihak industri didakwa lebih mengutamakan susu segar yang diimport dari negara luar seperti Australia dan New Zealand kerana harganya yang jauh lebih murah daripada susu segar tempatan.

“Ia bukan disebabkan kualiti susu berkenaan, sebaliknya tiada sokongan daripada pihak industri kepada susu negara berbanding yang diimport,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Muhammad Alwi berkata, beliau terpaksa berbuat demikian selepas susu segar keluaran tidak diterima oleh dua syarikat pengeluar produk tenusu terkenal di negara ini atas alasansusu yang dihasilkan itu rosak dan dicemari bakteria.

“Selepas produk kami ditolak, kami melakukan beberapa ujian dan mendapati susu ini masih elok dan boleh digunakan,” katanya.

Menurutnya, setakat ini tiada sebarang perjanjian atau kontrak dibuat antara syarikat tersebut dan industri.

Sehubungan itu, beliau memohon supaya kerajaan khususnya Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menggubal dasar mengehadkan import produk tenusu luar negara bagi membantu industri tenusu tempatan.-
sinarharian

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET