Wednesday, December 2, 2009

Najib Kecut Teloq: Nasib Baik TGNA Ubah Hala

Semalam Najib bingung, pucat muka, hairan mengingatkan amaran TGNA untuk mendoakan bala atau kemusnahan ke atasnya jika enggan meluluskan bayaran wang royalti bukan wang ehsan sepertimana telah Najib gembar-gemburkan.

TGNA mengambil iktibar dari peristiwa rampasan wang royalti Terengganu oleh CheDet di era rejim Deris Jusoh sehinggalah nama dan fungsinya ditukar menjadi wang ehsan. Wang ehsan diselenggara oleh JPP (sebuah jabatan laknat) menyalahgunakan wang ehsan tanpa sebarang rekod audit.

Berbillion wang rakyat dihanguskan dalam projek monsoon cup, taman tamadun Islam, pengindahan pagar sekolah, pembesaran masjid yang sudah sedia ada besar dan selesa, membuat billboard menjaja muka Deris ke serata negeri dan sebagainya lagi. JE sebuah syarikat RM1 (satu ringgit Malaysia) milik Deris tiba-tiba mendabik dada mengungguli persada projek-projek pembinaan di Terengganu amnya dan di Besut khasnya.

JPP Kelantan telah lama wujud sebelum JPP Terengganu. JPP Kelantan lebih arif tentang kaedah diskriminasi dari segi pembahagian dana atau material sumbangan kerajaan Pusat untuk diagihkan berlegar disekitar juak-juak Umno sahaja.

Sudah tentunya pemberian wang ehsan untuk Kelantan seperti diumumkan oleh Najib bagaikan bulan jatuh ke riba bagi JPP Kelantan. Ibarat lembu kenyang pastinya JPP Kelantan akan menyisihkan rakyat yang berlabel bulan dari sebarang peruntukan atau bantuan. Juak-juak Umno pula bagaikan biawak kelaparan menganga mulut untuk disuap oleh si lembu kenyang.

Memikirkan kebejatan inilah maka TGNA terpaksa menggunakan pendekatan amaran kepada Najib supaya dana wang royalti disalurkan terus ke akaun kewangan negeri supaya kesamarataan dapat digarap dan pembangunan negeri lebih tersusun.

Sudah tentunya seorang TokGuru tidak inginkan wang royalti milik rakyat Kelantan disalahguna ikut nafsu tamak haloba para pemimpin Umno Kelantan. TokGuru tidak sesekali sanggup melihat kemungkaran ekonomi dilayangkan di depan mata tanpa kerajaan Kelantan dapat berbuat apa-apa.

Sedarlah Najib sebelum terlambat.
Peluang masih terbuka untukmu bertaubat.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

There was an error in this gadget

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET