Tuesday, December 1, 2009

Bangangnya Seorang Ahli Sarkis

Aku memang tak setuju 1000% dengan pengumuman Menteri Taik Getah untuk mengkaji semula pemberian subsidi gula. Aku fikir Ismail Sabri sewaktu tersondol-sondol belajar toreh getah di PRK Manik Urai telah terminum susu getah sehinggalah kepala hotaknya tersumbat dengan taik getah. Busuk kohong mung ni Semail wehh..

Apasal aku meluat sangat tengok muka hang ni Semail? Kerana kau ni Najib tersilap angkat mengisi kerusi menteri penuh sedangkan jawatan kau yang sesuai hanyalah sebagai pengangkat tong susu getah. Semail ni betul-betul banganglah idea dia. Kerja lain takde selain nak mengampu pungkoq Najib disamping menyusahkan rakyat.

Ramai dikalangan menteri Umno senak benak lontar idea bodo-bodo. Kita jangan lupa dulu seorang menteri buang tabiat suruh kita makan ubi kerana beras naik harga. Ada jugak suruh naik basikal pergi kerja kerana harga minyak melonjak gila. Digilakan oleh pemimpin hadhari mereka.

Sekarang ni Semail nak tarik balik subsidi gula yang sebanyak lebih kurang RM700++ juta setahun tu konon sebagai memenuhi kempen kurangkan pengambilan gula untuk kesihatan.

Macam mana Smail boleh cakap gula bukanlah suatu keperluan di negara kita. Otak tu kalau dah tahap lembu maka lembu lah kau Semail. Setiap kali pengilang buat hal konon gula tak cukup stoklah atau gula nak naik hargalah maka berpusu-pusu rakyat membanjiri semua pasaraya dan kedai-kedai runcit bagi mendapatkan sekilo dua gula. Mereka yang tak sempat nak beli tu kemain terkonyong lagi muka, sedih ada sesal pun ada. Air kopi takde gula ibarat hidup tak sempurna. Itu kau cakap bukan keperluan ke Semail bangang.

Semua orang dari yang umur 1 tahun ke usia tua bongkok nak mati pun tetap perlukan gula. Mana sedap makanan atau minuman jika tak ada gula. Mana nak cari tenaga kalau darah takde gula? Tanpa gula kita diserang penyakit darah rendah pulak pun boleh mati. Seluruh rakyat berbilang kaum perlukan gula. Rakyat perlukan gulaa laaa Semail bengappp... tongong!

Mengikut laporan Persatuan Diabetes Malaysia bahawa seramai hampir 1.2 juta orang menghidapi penyakit ini. Dan separuh dari mereka tidak menyedari akan kehadiran penyakit berkenaan dalam diri mereka. Oleh itu berikanlah kesedaran dan pendidikan pada rakyat tentang diabetes dari masa ke semasa. Berapa sen sangat peruntukkan untuk pendidikan kesihatan? Bajetnya tak sampai suku bahagian dari perbelanjaan RM200 juta Monsoon Cup cilakak tu. Biar mereka faham. Kalau dah jenis tak nak faham nak buat camane? Bukan kerana 1.2 juta ditimpa diabetes dipersalahkan pada gula, maka yang baki 24 juta rakyat lagi terpaksa menanggung padahnya dengan kenaikan harga gula. Tak lojik la Semail.

Semail sendiri telah membayangkan bahawa kenaikan harga sebanyak RM1.oo perkilo gula akan naik dari harga semasanya RM1.45 pada tahun depan jika subsidi ditarik. Semail sesaja buat tak reti bahasa sedangkan dia lebih dari reti. Kalau dah tak reti nak guna duit rakyat untuk membela rakyat baik kau pergi terjun sungai Klang lah Semail.

Kalau kau nak menunjuk sangat pada Najib yang kau ni bijak, kau cadangkanlah pelupusan sistem monopoli gula oleh seekor pengusaha gula sahaja. Bila Robert kwok secara sinis je nak bakar ladang tebu mulalah UBN terhegeh-hegeh. Robert Kwok kata naikkan harga gula, UBN angguk, tambah lagi nilai subsidi. Bila UBN nampak kurang selesa mula lah cari alasan nak pulas kepala rakyat untuk 'cover' balik kerja bodo mereka.

Import gula banyak-banyak dan buka peluang kepada beberapa bilangan pengusaha atau ejen pengedar supaya wujud persaingan dan harga pastinya akan rendah. Kerajaan UBN tak payah bising-bising tak relevan lagi subsidi atau seumpamanya. Padahal sebenarnya UBN masih tak puashati lagi membalas dendam pada rakyat akibat hampir menyingkirkan UBN dalam PRU-12 lalu.

Satu lagi alasan dari Semail lagilah bodoooo bunyinya. Katanya antara faktor cadangan pemansuhan subsidi itu dipertimbangkan ialah kerana Malaysia satu-satunya negara yang membekalkan subsidi gula kepada rakyat.

Bukankah elok jika kekal begitu? Kau rimas ke jika orang cakap Umno masih lagi mengekalkan unsur-unsur kebajikan untuk rakyat walaupun sedikit. Atau kau dan sekapal dengan kau tu jenis manusia zalim? Maka tak heranlah aku bila TGNA doakan kelahanatan Najib dan UBN atas dasar kezalimannya.

Subsidi tu maknanya bantuan berkebajikan untuk rakyatlah. Cukuplah UBN menipu dalam isu harga minyak, wang ehsan Terengganu dan wang ehsan Kelantan. Rakyat reti bahasa dah, cukup reti bahasa.

Nak kena turun padang... perlu berDEMO juga ke untuk stabilkan harga gula...??!!!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

There was an error in this gadget

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET