Tuesday, December 8, 2009

Nasib Kaum Penan dan Kenyah Serawak

Bangkitlah wahai kaum asli Penan dan Kenyah. Taib Mahmud sudah mabuk air tapei. Gila meroyan megawatt orang tua tu. Sumpit dia kasi sedar dia. Hari-hari duk kira mega bermacam mega. Taib kaya saya. Rakyat pendalaman makan ulat sagu. Rumah masih dibuat dengan nyiru. Taib senang kena tipu. Hulur duit mata Taib jadi kelabu. Itulah Taib Megawat.


Nenek moyang Penan mati sekali lagi

Wong Shu Qi | Dec 07, 2009 06:46:25 pm

"Saya tak mahu nenek moyang saya mati sekali lagi!" Apabila air bah membanjiri kawasan hulu Sungai Baram, maka nenek moyang kaum Penan dan Kenyah yang dikebumikan sepanjang tebing sungai akan ditenggelami dalam takungan air setinggi bangunan 40 tingkat.

Melihat air bah bakal mengancam kubur nenek moyang, kaum Penan yang menilikberatkan hubungan keluarga memprotes dengan kemarahan yang meluap-luap, "Kami tak mahu Empangan Baram!"

Orang asli yang mendiami kawasan hulu Sungai Baram mengebumikan nenek moyang mereka di kawasan tebing sungai. Secara amnya, pengangkutan air digunakan untuk mendarat ke kawasan perkuburan. Palang putih kristian berselerak antara pokok yang kehijauan. Demikianlah terbentuknya dunia lain yang terpisah daripada rumah panjang.

Namun, apabila empangan terbina -- sama ada rumah panjang yang didiami manusia mahupun tanah kubur yang menyemadikan jenazah, bakal terpendam dalam air.

Bagi yang hidup, mereka boleh memilih untuk berpindah, walaupun perpindahan ini bakal mencetus masalah sara hidup yang baru. Bagi yang mati, mereka terpaksa menerima nasib untuk mati sekali lagi. Namun, generasi baru kaum ini enggan menerima nasib sedemikian.

Ketua di Long Beku, Rimau Abo (gambar kiri) memberitahu wartawan, "Saya tidak mahu nenek moyang saya mati untuk kali kedua!"

Empangan demi empangan

Sarawak adalah negeri yang terbesar di Malaysia. Empangan Bakun yang bertapak di kawasan hulu Sungai Rejang adalah sebesar Singapura. Empangan Murum yang masih dalam proses pembinaan, kini diasak dengan pertikaian dan tekanan dari masyarakat.

Namun, kerajaan negeri Sarawak nampaknya tidak akur kepada suara rakyat, malah tidak mengambil iktibar dari pengalaman yang lalu. Belumpun empangan kedua disiapkan, projek empangan ketiga, iaitu Empangan Baram telah diutarakan.

Menurut projek ini, Empangan Baram terletak di kawasan hulu, 306 km dari muara sungai, merangkumi kawasan dari Sungai Patah, Sungai Kahah hingga ke Sungai Hit.

Empangan utama mencapai ketinggian 162 meter dari permukaan tanah. Seandainya dikira mengikut 3.5 meter setingkat (untuk bangunan), maka ketinggian ini mencecah tingkat ke-47. Dalam keadaan normal, paras muatan air mencecah ketinggian 178 meter, dengan keluasan empangan 389 km persegi, lebih luas daripada Kuala Lumpur.

Keluasan tadahan air pula merangkumi kawasan 8966 km persegi, termasuk pekan Long San yang mempunyai sekolah rendah dan menengah. Kira-kira 50 perkampungan sepanjang Sungai Baram (bahagian tengah dan hulu) menerima kesannya. Dianggarkan seramai 20, 000 orang terpaksa berpindah, dan 38,900 hektar tanah bakal terbenam dalam air.

Rumah panjang, sekolah, kubur nenek moyang bakal lenyap dari peta. Kesannya menimpa kaum orang asli, termasuklah Kenyah, Kayan dan Penan. Long Beku adalah antara perkampungan yang bakal ditenggelami.

Namun demikian, Empangan Baram hanya merupakan salah satu daripada 12 empangan yang dirancang bina oleh kerajaan negeri Sarawak. Projek empangan yang lain termasuklah Ulu Air, Metjawah, Belaga, Baleh, Belepeh, Lawas, Tutoh, Limbang, Murum dan Linau.

Dari Dam State ke Damned State

Untuk orang asli di kawasan hulu sungai di Sarawak, igauan tenggelamnya rumah dan tanah ke dalam air semakin menghampiri kenyataan. Empangan Murum telah dimulakan, malah Empangan Baram sudah pun menyusul dari belakang.

Segala-gala ini hanyalah sebahagian daripada projek SCORE (Sarawak Corridor of Renewable Energy). Sarawak Energy Bhd (SEB) telah memeterai perjanjian dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk membekalkan sumber elektrik kepada Semenanjung Malaysia pada tahun 2017. Bekalan dari Sarawak ke Semenanjung Malaysia bakal meningkat secara berperingkat, dan dijangka mencapai 8000 MW pada tahun 2030.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Peter Chin Fah Kui ketika menjawab soalan di Parlimen pada 18 November 2009, mendedahkan bahawa Semenanjung Malaysia mempunyai tenaga elektrik simpanan sebanyak 50%, Sarawak 30% dan Sabah 7%. Untuk menghantar tenaga elektrik ke Semenanjung dari Empangan Bakun, kerajaan telah memperuntukkan RM 10 bilion untuk membina litar penghantaran kuasa bawah laut, yang dijangka disiap-bina pada tahun 2012.

Selain daripada itu, SEB merancang untuk membekalkan tenaga kepada kawasan persekitaran, misalnya Kalimantan dan Brunei. Menurut penyelidikan syarikat tersebut, terdapat sekurang-kurangnya 50 tempat yang boleh dijadikan penjana tenaga elektrik hidro di dalam sempadan negeri Sarawak. Jumlah tenaga elektrik yang mampu terjana mencecah 20,000MW.

Mengaut untung dengan menenggelami tanah mungkin antara projek yang paling ajaib di negeri Sarawak. Baru Bian, Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa bahawa negeri Sarawak bukan sahajaDam State (Negeri Empangan), bahkan telah menjadi Damned State(Negeri Disumpah), semasa Mesyuarat Agung PKR pada tahun lalu.

Penjanaan elektrik hidro walaupun kurang mencemarkan alam jika dibandingkan dengan cara pembakaran, namun kemusnahan yang berlaku juga tidak kurangnya. Jika diambil contoh Empangan Bakun, oleh sebab pembalakan di kawasan hulu diteruskan dengan kebenaran kerajaan, maka tanah yang tidak lagi dilindungi tumbuhan telah terbenam dalam air.

Lantaran itu, jangka masa kegunaan empangan telah dipendekkan. Pada masa yang sama, pembinaan empangan telah merosakkan ekosistem dan struktur sungai, malah mengakibatkan perubahan iklim rantau dan memusnahkan species flora dan fauna.

Selain kemusnahan yang boleh diulas dari perspektif saintifik, penghuni yang menjadi mangsa memiliki lebih banyak alasan untuk membantah pembinaan empangan ini, apabila pengajaran diambil dari pengalaman pembinaan Empangan Bakun dan Murum.-merdekareview.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

There was an error in this gadget

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET