Monday, December 28, 2009

Bila Banyak Cuti Jadi Malas

Setiap Ahad di Pantai Timur dan Isnin di negeri selainnya adalah hari paling berat kaki untuk melangkah bagi mereka yang bekerja. Hari permulaan kerja yang rutinnya payah untuk memujuk hati supaya menghadirkan semangat memulakan kerja. Hati masih terbuai dengan keselesaan dan kenikmatan bercuti. Dulu aku pernah merasakan seolah hanya jasad di ofis sedangkan roh pula berada kat tempat lain. Semangat!!?? Memang tak ada semangat.


Begitulah juga dengan berblog ni. Jika culas menatap blog atau meng'update' blog maka timbulah perasaan malas. Musim cuti sekolah di negara kita ni terkenal dengan musim orang kahwin selain daripada bertimbun dengan pakej-pakej cuti melancong.

Sementelah lagi bila melibatkan kaum kerabat mengadakan 'bewah' (kenduri). Awal-awal lagi dah kena plan jadual. Mujur berkebetulan anak-nak pun bercuti. Paling koman pun mesti berada di 'lokasi' tiga hari tiga malam yakni dari awal iaitu lapah daging sehinggalah ke akhirnya basuh periuk belanga.

Selang 2-4 hari selepas majlis nikah tu kena ambil bahagian lagi sewaktu adat 'hantar menantu'. Aku bukanlah orang penting tapi kalau keluarga aku tak 'attend' maka adalah insan yang berasa hati. Macam berdosa besar pulak rasanya. Destinasi hantar menantu bukan sejarak kampung sebelah tapi jauhnya melangkaui sempadan negeri. Huhh jenuh... kereta yang uzur ni bimbang nanti buat hal.

Fahamlah kan bila outstation bertukar lokasi banyaklah halangan untuk akses ke blog. Kadang-kadang kat lokasi tu takde wifi. Maka susahlah nak curi-curi akses. Walau ada streamyx broadband tapi tak tergamak nak ambik wayar ethernet tu nak cucuk kat laptop aku. Apa pulak kata orang bila tengok aku ntah buat apa sorang-sorang menyuruk. Nanti orang nampak kita ni jenis manusia berat tulang atau 'hamok gheng' kata orang Ganu.

Jadi selama 3 hari 3 malam tu memang situasi perasaan aku senantiasa resah gelisah bengang dan macam-macamlah. Siapa 'kaki' internet mesti tau lah. Kalau tak dapat akses sehari je kat website pasti macam cacing kepanasan. Geliang geliuk tak senang duduk. Ada je yang tak kena.

Tapi bila masuk 2-3 hari lain pulak jadinya. Perasaan bosan akan bersarang manakala sikap malas akan masuk jarum. Hati jadi tawar. Jejari macam keras. Kepala macam bosan.

Nak pulih balik kena ambil masa sikit. Agaknya inilah ragam kaki internet.

Friday, December 25, 2009

Keberanian Ahmad Said Akan Selamatkan Negara

Saya terpegun dengan keberanian MB Terengganu.

Saman Kerajaan Terengganu yang difailkan ke atas Petronas untut menuntut bayaran royalti tak akan ditarik balik. Saman itu difailkan oleh Kerajaan PAS dulu. Bayaran royalti hendaklah dibuat kepada Kerajaan Negeri secara langsung. Bahkan sebahagian wang royalti yang telah digunakan oleh Kerajaan Pusat sejak tahun 2000 dituntut semula. Ia berjumlah RM 2.79 billion mengikut kiraan Kerajaan Terengganu dan Kerajaan Pusat melalui Kementerian Kewangan telah akur pada tuntutan Kerajaan Negeri. Jumlah sahaja yang berbeza. Dari segi konsep, Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan sendiri telah bersetuju wang itu mesti dipulangkan semula. Jumlah yang dipersetujui dipulangkan ialah RM 1.686. Bakinya minta 'dihalalkan'. Ahmad Said berkeras jumlah penuh RM 2.79 billion mesti dipulangkan.

Tidak mudah bagi seorang MB yang sama parti dengan PM dan Kerajaan Pusat mempunyai pendirian yang demikian jelas berbeza. Ahmad Said berani tidak bersetuju dengan Kerajaan Pusat. Ahmad Said berani mengekalkan pendirian Kerajaan Terengganu bahawa royalti adalah royalti dan ia tidak boleh 'dicuri' sebahagian untuk digunapakai sebagai wang ehsan.

Dalam keadaan biasa, PM boleh menukar MB seperti itu. Namun, Ahmad Said berani angkat kepala dan berkata tidak.

Ahmad Said dengan bijaknya menggunakan flatform Sidang DUN untuk menyatakan pendirian Kerajaan Terengganu dalam isu ini. Ia pernyataan terbuka. Ulasannya terperinci. Tuntutan-tuntutan Terengganu adalah jelas.

Kita boleh memahami tuntutan Ahmad Said itu disokong oleh kehendak sebenar undang-undang. Kerana itu Ahmad Said boleh bertegas dan Kementerian Kewangan terpaksa akur. Dari segi politik, Ahmad Said sanggup menanggung risiko.

Implikasi keberanian dan ketegasan Ahmad Said itu sangat meluas dan besar kesannya.

Dakwaan Kerajaan Pusat bahawa Terengganu sama seperti Kelantan, tidak layak mendapatkan royalti, tertolak dengan begitu jelas. Kalau Terengganu telah dibayar royalti sampai sekarang, cuma jumlahnya sahaja yang dipertikaikan, Kelantan dengan sendirinya juga layak! Kerajaan Pusat tidak dapat berbohong lagi.

Kedua, dari segi akaunting, memang jelas bermasalah dan dalam jangka panjang akan membebankan Kerajaan Pusat. Segala perberlanjaan atas nama wang ehsan tidak dikira telah menyelesaikan masalah. Kerajaan Pusat terpaksa dua kali berbelanja. Royalti tetap perlu dijelaskan dan segala perbelanjaan atas nama wang ehsan dikira hangus begitu sahaja.

Apa untungnya untuk Kerajaan Pusat berbuat demikian? Kehendak perjanjian dan undang-undang akhirnya akan memerangkap Kerajaan Pusat.

Terengganu sekarang sebaris dengan Kelantan - agenda perjuangan yang sama dalam isu ini, berdepan kerenah Kerajaan Pusat yang sama. Kerajaan Pusat yang telah meletakkan perhitungan politik jangka pendek mengatasi kewajipan undang-undang.

Nampaknya, Kelantan telah mendapat teman yang banyak akan membantu. Mustajabnya permintaan dalam solat hajat kadang-kadang datang dalam bentuk yang berbagai-bagai. Saya merasa amat bersyukur.

Tentunya saya berterima kasih kepada YB Dato' Seri Presiden PAS yang telah mengemukakan pertanyaan sehinggan membolehkan Ahmad Said memberikan penjelasan.

Terima kasih juga pada NST dan Sinar Harian , antara media (setahu saya) yang melaporkan isu ini hari ini.


-YB Husam Musa
http://cetusan-hati.blogspot.com

Thursday, December 24, 2009

Antara Isteri PM & Isteri CEO

Woww...!! Bigmama memang superpower. Sebab tu Najib monyok beruk je bila didepan Bigmama. Aura superpower Bigmama menundukkan Najib. Penangan bomoh Siam la tu kasi extra-power kepada Bigmama.

Tabik aku pada Bigmama kerana dia berani mendepani isu-isu semasa berkaitan dirinya. Malah dalam kena asakan wartawan masih sempat dia membodek UBN menuntut rakyat menyokong UBN. Disergahnya wartawan sampai terkedu tak tertelan airliur kot. Bigmama menampilkan sifat bengkengnya dalam sopan.

Korang jangan buat lebih kurang wahai wartawan. Tak takut ke? Nanti ke C4... mati katak la kau.

I lap U I hate U Big mama... wakakakakaka!!!


Belum sempat soalan berhubung pemindahan wang RM600,000 secara tidak sah ke Dubai dikemukakan, sidang media isteri perdana menteri Rosmah Mansor terus ditamatkan.

Ketika Malaysiakini ingin mendapat penjelasan berhubung dakwaan wang itu disalurkan ke akaunnya Ogos tahun lalu, beliau terus memotong soalan tersebut dengan berkata: "Saya kata (tanya) soalan berkaitan. Saya tidak mengulas gosip. Saya tidak mengulas pembohongan.

"Itu yang saya cakap tadi, kita mesti fokuskan pada isu yang lebih besar. "Jika anda mahu berjaya, anda kena fokuskan pada isu yang lebih besar. "Saya tahu anda mahu menjual surat khabar, tetapi marilah fokus pada isu yang lebih besar dan relevan yang boleh memberi manfaat kepada semua orang, semua rakyat Malaysia." Soalan yang dikemukakan kepada Rosmah hanya berjaya disuarakan separuh sahaja, "saya (Malaysiakini) hendak tanya tuduhan pembangkang minggu lepas bahawa..."

Sidang media beliau diadakan selepas majlis penyerahan bantuan khas Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kepada 10 NGO di sebuah hotel di Kuala Lumpur tengah hari ini.

Rosmah bagaimanapun selepas itu sempat bergurau dengan kumpulan wartawan di situ dengan berkata: "Habis dah soalan? Dah kena sergah tidak ada dah soalan?"

Usikan itu disambut ketawa kecil daripada wakil-wakil NGO berkaitan pembangunan wanita dan komuniti yang hadir di majlis tersebut.-malaysiakini.

Wednesday, December 23, 2009

Penyangak Takkan Lepas Penyamun

Pihak kerajaan Malaysia cuba nak bermain wayang lagi. Isu besar kehilangan dua buah enjin jet pejuang F-5E dengan nilaian puluh jutaan ringgit telah diulas dengan baik sebab musabab dan munasabahnya oleh Ketua Penerangan Pas Pusat.

Yang menghairankan kenapa 'barang' hilang dua tahun lepas baru disedari, baru direport polis. Betulkah ia baru disedari, atau pihak-pihak berkenaan buat-buat tak sedar, atau kehilangannya dilaporkan oleh insan yang telah menerima kesedaran atas kerja haram?

Rasanya selain dari isu besar kehilangan enjin jet ini sudah tentu berkarung-karung lagi isu kehilangan 'benda' lain yang didiamkan. Oleh itu aku tak hairanlah kenapa saban tahun kita dengar berita jet-jet pejuang dan helikopter tentera negara kita jatuh terhempas. Lebih menyayatkan jika berlaku kematian kepada para anggota tentera terbabit.

Semalam TV menyiarkan berita bahawa pihak penyiasatan telah mengenalpasti pihak bertanggungjawab yang membeli enjin terbabit. Adakah isu ini akan berulang sebagaimana berlakunya kes Altantuya dimana bos-bos yang disyaki mengarahkan jenayah dilakukan terlepas bebas manakala si paria tertuduh melaksanakan tugas membunuh sahaja dijatuhkan hukuman mati.

MB Ganu Berdondang Sayang

Bijak langkah AbgMad dalam menangani perselisihan dengan sesama regu. Beliau mengambil opsyen baru dengan lebih mendekati rakyat, cuba berjiwa rakyat dan menjuarai rakyat. Berikutan tekanan demi tekanan diterima dari puak sekufu tapi tidak sealiran sekepala dalam menerajui kerajaan UBN Terengganu.

AbgMad lebih arif tentang pergolakan dan penentangan dari puak Deris yang masih tidak berpuashati dengannya. Dia juga masak dengan taktik 'lawan' tidak pernah padam untuk memadamkannya. Meskipun dalam keadaan biasa suasana politik Terengganu terutamanya masalah dalam kapal UBN nampak tenang tetapi ketidakpuasan hati serta serangan bertubi terhadap AbgMad diluahkan dalam sidang DUN di atas pentas rasmi.

Oleh itu bagi memastikan kesinambungan dinasti AbgMad menerajui kerajaan Terengganu maka bijak pandai beliau telah merangka satu pelan mesra rakyat. Antaranya seperti memperkenalkan skim insuran kemalangan dan kematian untuk rakyat. Sebanyak RM10 juta diperuntukkan.

Bunyinya ada iras-iras Skim Takaful Kifalah Kelantan tapi sejauh mana perlaksanaan skim ini diragukan kerana ia dibentang secara umum tanpa menjelaskan apa bentuk mekanisma untuk menjayakannya.

Jika agen pelaksananya diserahkan kepada pihak JKKK yang tiada lain kerjanya selain mengacau bilau masyaarakat maka aku anggap skim ini sekadar retorik sajalah. Acapkali kita dengar AbgMad 'berperang' dengan JKKK kerana kedunguan dan kebebalan mereka melaksanakan tugas.

Apa golongan sasaran juga masih samar. Bagaimana kaedah tuntutan juga perlu disebar maklumkan dengan lebih tepat serta jelas oleh pihak pentadbiran AbgMad.

Selain itu AbgMad melihat sejak sekian lama bidang sukan turut memainkan peranan membantu menarik golongan muda supaya bersama dengan beliau. Ini diserlahkan dengan memperuntukkan setiap DUN dengan perlaksanaan pembinaan gelanggang permainan untuk rakyat.

Syabas AbgMad! Tentu selepas ini rakyat Terengganu baik dari Umno atau Pas dan lain-lainnya akan selesa dan senang dengan AbgMad dan pentadbirannya.

Manakala Pas Terengganu pula akan lebih lunak, berlembut, terhutang budi dan bertoleransi bagi memberikan laluan kepada UBN Terengganu berkuasa bertahun-tahun lagi.

Untuk Ai, Untuk Yu, Untuk Dia

Bagaimanakah khazanah negara dibelanja, diseleweng dengan sewenangnya? Ikuti sketsa yang memaparkan lagak segolongan manusia yang menghakmilikkan harta negara macam harta makbapak mereka.


Korean Man said, 'I build 2nd bridge need 300K; 100K for material, 100K for handwork, 100K for profit.'



American Man said, 'I build 2nd bridge need 600K; 200K for material, American's material da best, 200K for handwork, American's handwork da best, 200K for profit, American's living standard high.'



Malaysian Man said, 'I build 2nd bridge need 900K…'
Mr asked, 'Why yours so expensive?'



Malaysian Man answered, 'I take 300K, you take 300K, the balance 300K give Korean Man to build the bridge…'


from: my inbox.

Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Diceroboh

Agak mengejutkan bila menerima berita pencerobohan ini. Dalam sebuah negara yang berstatus demokrasi dan kebebasan makin ramai manusia bertopengkan syaitan melaksanakan kesinambungan kerja-kerja jahat kafirun untuk menakutkan dan melemahkan perjuangan Islam.

Dan tidak menghairankan jika dalam negara kita ini yang dipimpin oleh durjana ganas iaitu Najib C4, Samudin Keris dan Zahid Samseng, berlakunya siri pengkhianatan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan memusnahkan prasarana pendidikan pra-sekolah berteraskan Islam. Kerana bimbang serta takut dengan perkembangan Islam mutakhir ini maka tidak hairanlah jika tangan-tangan syaitan sanggup menzahirkan kerja-kerja jahat mereka.



PASTI Felda Kertih 1 DiKHIANATI

PAKA: Petang Khamis, satu kejadian yang amat tidak disangka-sangka, kejadian yang menandakan ada usaha untuk menjatuhkan sistem pendidikan Islam, kejadian yang memberitahu bahawa kejadian ini adalah antara satu agenda yang diperintiskan oleh Yahudi laknatullah yang direalisasikan oleh proksinya (Yahudi), kejadian yang sama sekali akan membangkitkan lagi semangat Ahli PAS untuk menentang rejim proksi Yahudi ini.

Kejadian ini berlaku di PASTI Ibnu al-Baita, Felda Kertih 1. Dinyatakan oleh salah seorang saksi, bahawa kejadian itu didalangi oleh 3 orang remaja, yang dikatakan remaja tersebut adalah orang luar (bukan orang felda). Apa motif kejadian ini?

Sebelum kejadian ini berlaku, petang Rabu, Pemuda PAS Dun Paka telah mengadakan XPDC Edaran Risalah Kempen Pendaftaran PASTI 2010.

Berkata Ketua Pemuda Dun, Saudara Ramzi Abdullah: "Kejadian ini bukan setakat berlaku di Felda Kertih 1 sahaja, bahkan keesokannya, Jumaat, dengan bilangan remaja yang sama, telah cuba untuk menceroboh masuk PASTI Kuala Paka, tetapi tidak berjaya. Yang hanya mereka mampu lakukan dengan memecahkan cermin tingkap PASTI dan menghancurkan apa-apa yang berlaku di luar PASTI".

Kami, Majlis Tindakan Dun Pemuda PAS Dun Paka, ingin memberi amaran yang sekeras-kerasnya kepada si pelaku demikian dan kepada yang menjadi dalang di sebalik tabir kejadian ini, kami tidak akan sekali-kali berdiam diri. Kami akan cari 3 remaja ini. Untuk pengetahuan si pelaku dan yang menjadi dalang di sebalik tabir kejadian ini, kami turut mengadakan solat hajat mudah-mudahan Allah taala memudahkan urusan untuk mengesan remaja tersebut dan seterusnya memberi ganjaran yang setimpal di atas perlakuan anda semua.






http://syababpaka.blogspot.com

Tuesday, December 22, 2009

Kemana Ali Rustam, Tak Berkokok?

Tempohari Ali Rustam telah mengulas tentang kemelut yang melanda Pakatan Rakyat. Ulasannya standard dengan 'boss' UBN yang melalut dan mengandaikan konon Pas akan merubah haluan lalu PR pasti runtuh.

Ali Rustam tak cermin diri dulu sebelum berloyar buruk. Ali Rustam pernah didakwa oleh Ketua pembangkang DUN Melaka sebagai melakukan gangguan seksual terhadap Betty Chew apabila dengan niat serong bertanyakan tentang video Elizabeth Wong. Ali Rustam juga telah dituduh melakukan rasuah oleh badan Disiplin Umno tetapi dibiarkan bebas tetapi nasib malang menimpa Isa Samad atas dakwaan yang sama.

Serangan bertubi-tubi UBN memberikan impak kesefahaman yang lebih jitu terhadap PR. MB Cap Ayam ini yang pernah menggemparkan negara dengan 'kokokan' ayam jantan sewaktu berceramah menghina Pas amat yakin bahawa Pas telah hilang arah dan akan keluar dari PR. Malah cuba melaga-lagakan penjalinan antara Pas-Dap dalam bentuk rasis atau perkauman. Itulah dasar yang menunjangi UBN sejak 52 tahun lalu.

Sebaliknya apa yang terjadi ialah kesefahaman dan kerjasama antara komponen PR semakin terserlah dan bersepadu apatah lagi PR baru sahaja selesai mengadakan Konvensyen pertama mereka. Semua pemimpin utama komponen PR hadir serta memberikan kata semangat agar PR terus dan terus utuh.

Disamping itu juga konvensyen PR ini akan turut menjadi batu tanda sebagai langkah awal kearah 'penaklukan' Putrajaya.

Pakatan 'runtuh' jika Pas keluar parti

BUKIT BARU - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyifatkan tidak mustahil Pakatan Rakyat (PR) akan 'runtuh' selepas beberapa kemelut yang melanda Pas.
Sejak menyertai PR, katanya, Pas dilihat sudah tidak mempunyai haluan dan memperjuangkan objektif penubuhannya sendiri, sebaliknya hanya dikuasai DAP dalam pakatan itu.

Ketua Menteri Melaka itu berkata, tidak mustahil Pas akan menarik diri keluar daripada PR jika ingin kembali memperjuangkan objektif mereka iaitu membangun bersama Islam.

"Pas sudah terlajak mengetepikan perjuangan Islam mereka dan mereka sudah hilang punca, malah (kini) dikuasai DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga dikuasai parti itu (DAP).

"Pemimpin mereka sudah hilang semangat dan Pas akan sukar kembali melakukan cara lama apabila berada di dalam PR,” katanya kepada pemberita semasa melawat Bukit Baru Dalam di sini, semalam.

Krisis antara penyokong Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menginginkan salah seorang pemimpin terbabit meletakkan jawatan, jelas menunjukkan banyak pihak tidak menyokong kepimpinan sedia ada.

Monday, December 21, 2009

Berapa Banyak Punya Runtuh Daa...????


HULU TERENGGANU, 21 Dis : Bangunan Perhentian Bas Kuala Berang dekat sini runtuh kira-kira jam 4 petang tadi menjadikannya ianya yang ke empat seumpamanya di Terengganu selepas sekolah, stadium dan juga masjid runtuh sebelum ini.

Menurut saksi kejadian, bahagian depan bangunan belum siap sepenuhnya itu runtuh dipercayai selepas pekerjaan pembinaannya memijak bahagian depan bangunan ketika mahu memasang cermin di atas bangunan itu.

Sebelum ini, bumbung Sekolah Menengah Ajil, bumbung stadium Sultan Mizan dan bumbung masjid Kampung Puteh di Kemaman runtuh di negeri ini. Selain itu, kolam renang yang pernah digunakan untuk Sukan Malaysia (Sukma) di Batu Burok dilaporkan bocor.-harakahdaily.

Temuduga Calon Pengerusi SPRM

Semua orang pasti bersetuju dengan cadangan YB Salahuddin ini kecuali kaum gerombolan terutamanya para pemimpin mereka.
Semua orang kecuali gerombolan telah lama menyimpan cita-cita dan impian untuk melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang 99.9% bebas rasuah. Semua orang mahukan sebuah negara yang bersih dan rakyat sihat dalam ertikata rohani dan jasmani.

Semua orang mahukan ketelusan terhadap peneraju SPRM. Semua orang kecuali gerombolan berhasrat supaya SPRM tidak lagi menjadi boneka kepada UBN selain dianggap haprak dimata rakyat. Semua orang bercakap supaya SPRM bukanlah sebuah 'cawangan' UBN mengiyakan segala tindakan haram para pemimpin UBN.

Semua orang kecuali UBN benar-benar berharap semoga cadangan bermakna ini diperhalusi oleh sidang Parlimen demi membentuk SPRM sebagai sebuah Suruhanjaya yang hebat dan berintergriti.

Sunday, December 20, 2009

Sejarah Yang Mesti Aku Rakamkan

Konvensyen Pakatan saksi PAS-DAP berdamai

Konvensyen Pakatan Rakyat di Shah Alam hari ini menyaksikan perdamaian di antara PAS yang menjuarai aspirasi 'negara Islam, dan juga DAP yang menjuarai gagasan 'Malaysian Malaysia.'

Prasangka itu seolah-olah terpadam langsung daripada pemikiran beberapa pemimpin yang mengambil peluang mengulas Dasar Pakatan Rakyat, juga dirasmikan hari ini di auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Tiada gimik yang melampau-lampau diadakan semasa perasmian tersebut, malah secara keseluruhannya konvensyen tersebut diperhatikan berlangsung dalam suasana yang cukup sederhana.

Kesemua pembahas dan pemimpin parti yang berucap juga menggunakan bahasa Melayu, selari dengan usaha Pakatan untuk memartabat dan memperluas Bahasa Melayu seperti dimaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan, turut dipersembah sebagai dasar Pakatan.

Kata kunci yang kerap diulang oleh para jurucakap dalam konvensyen sulung pakatan itu hari ini ialah 'sepakat' dan 'kerjasama,' manakala kemesraan pula nampaknya semakin terjalin, khususnya antara PAS dan DAP seperti yang diungkapkan seorang pembahas.

Wakil DAP, V Sivakumar semasa dalam sidang perbahasan dasar tersebut pagi ini berkata Pakatan Rakyat perlu mencontohi hubungan antara parti pakatan itu di Perak yang diuji dengan "rampasan kuasa."

'Satu bentuk kekuatan'

"Kalau dulu kita berpegangan tangan, sekarang kita sudah berpelukan," katanya sambil berseloroh kepada hadirin di dewan MBSA, Shah Alam.

Pemimpin PKR, Datuk Zaid Ibrahim pula berkata konsep kerjasama dalam pakatan harus lebih diserlahkan sebagai satu bentuk kekuatan kepada pakatan itu.

"Kekuatan PAS, DAP dan PKR sekarang bukan boleh diukur seperti dulu. Sekarang kalau di Kelantan PKR lemah, PAS kena bantu dan kalau di Perak PAS lemah, DAP dan PKR kena bantu," kata Zaid lagi.

Di sudut PAS, isu kesepakatan itu antara lainnya diulas oleh presidennya sendiri Datuk Seri Hadi Awang yang berkata dasar tersebut merupakan salah satu peluang kepada PAS untuk membuktikan mereka juga mampu "berpakat."

"Marilah kita dahulukan apa yang boleh kita sepakati dahulu. Kita perlu pertahankan kerajaan di negeri-negeri yang dikuasai," katanya yang turut menyeru ahli pakatan supaya mengambil iktibar daripada perpecahan yang berlaku dalam BN.

Isu melibatkan kedudukan orang Melayu turut mendapat perhatian, antaranya apabila diulas pemidato PAS, Salahuddin Ayub yang berkata Pakatan juga tidak akan mengambil pendekatan sama seperti Umno dan BN dalam mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu yang dimaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan.

"Kita seru kepada rakan-rakan kita supaya jangan takut dengan Perkara 153 kerana ini adalah untuk memberi (bantuan) kepada golongan yang berhak.

'Kami tak cemburu'


"Perkara 153 sebelum ini dicabul oleh Umno dan BN untuk memperkayakan keluarga dan kroni mereka," kata Salahuddin yang juga naib presiden PAS.

Tambahnya, Pakatan akan menyemak semula akta-akta melibatkan institusi penting bagi orang Melayu, termasuk Majlis Amanah Rakyat (MARA), Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan juga Tabung Haji.

Ketua pergerakan sosialis pemuda DAP, Anthony Loke pula berkata isu melibatkan kepentingan Melayu tidak lagi akan dipersoalkan oleh pergerakan itu, selagi tidak mencabuli hak bagi mereka yang sepatutnya.

"Tuan-tuan tidak perlu risau kerana DAP akan tetap memperjuangkan kepentingan Melayu," katanya, mengulas janji Pakatan untuk sentiasa memelihara kedudukan Istimewa orang Melayu, sejajar dengan Perkara 153 Perlembagaan Malaysia yang didukung itu.

"Kita tidak akan cemburu sedikitpun kalau ada orang Melayu yang miskin yang dapat biasiswa ke universiti.

"Namun apa yang kami tentang adalah anak-anak ketua-ketua bahagian Umno, kontraktor-kontraktor Kelas A yang kaya raya tetapi masih mahu membolot biasiswa," katanya lagi.

Rundingan semula

Seorang lagi pemimpin DAP Tony Pua berkata dasar Pakatan ini akan membolehkan ekonomi negara dapat ditadbir dengan memberi lebih keuntungan kepada golongan yang kurang berkemampuan.

Katanya, melalui dasar ini, sistem tender terbuka akan dirombak dan membuat rundingan semula ke atas kontrak-kontrak kerajaan yang didapati menguntungkan sesuatu pihak sahaja.

Langkah di bawah dasar Ekonomi Demokratik dan Telus ini turut menghalang pengenalan cukai baru seperti Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang baru dikemukakan di Parlimen.

"GST ini pada awalnya mungkin pada kadar empat peratus sahaja, tetapi mungkin ia akan naik sehingga 17 peratus atau 20 peratus. Pada masa itu yang rugi adalah rakyat jelata," katanya.

Pemimpin DAP, Tunku Abdul Aziz berkata pelancaran dasar pakatan itu hari ini merupakan "langkah awal ke Putrajaya," apabila Pakatan Rakya berjaya menguasai "prejudis" yang selama ini menjadi halangan kepada kerjasama antara parti.

Katanya lagi, Pakatan kini memasuki fasa baru dan tidak lagi wajar untuk terus duduk dalam zon selesa sebagai pembangkang.

"Memang mudah jadi pembangkang, tapi sekarang kita sudah menubuhkan kerajaan di negeri-negeri. Kita tidak boleh lagi berlagak seperti pembangkang," katanya lagi
.-malaysiakini.

PERKASA Ni Apa? PEKIDA Ke-2 Ke?

PERKASA adalah sebuah NGO. PEKIDA juga NGO. Masing-masing memperuntukkan akta untuk membela bangsa Melayu. Tapi PEKIDA telah tersasar dari matlamat asal mereka kerana didapati sekarang lebih ramai dari kalangan ahlinya yang berlagak samseng a.k.a. mafia.


PERKASA macamana pulak? Sebab 'kepala' mereka pun lagak lebih kurang PEKIDA juga. Jenis pemimpin tak ada pendirian, ego, tak kenang budi, kadangkala lagak samseng nak cari pasal dengan bangsa lain. Tindakan itu seolah cuba menjarakkan sifat persefahaman antara kaum dalam negara ni.

Apakah PERKASA memenuhi tuntutan 1malaysia tajaan Najib? Pada pendapat aku rasanya tidak kerana PERKASA lebih berbentuk NGO perkauman yang merangka sebuah gagasan untuk membentuk monopoli satu kaum sahaja. Lagipun Pak Brahim ni terkenal dengan latarbelakang pencetus huru-hara dengan mempergunakan sentimen kaum. Imbas sahajalah sejarah peranannya sebagai 'mastermind' MAGERAN di Kelantan dulu.

Antara agenda pembangunan PERKASA ialah menubuhkan cawangannya disetiap negeri serta melebarkan sayapnya sehingga ke luar negeri. Besar angan-angan dan cita-cita Pak Brahim. Tentunya tanpa sokongan dan dokongan parti pemerintah yang menganggap PERKASA sebagai sebahagian dari agenda politik mereka, pasti sukar untuk PERKASA menapak. Kerana di era Malaysia Baru ini rakyat semakin sedar dan mula mengenepikan relik perkauman kecuali mereka melayu yang penakut dan tegar dengan dasar sekular.

Perkasa Tubuh Kelab Pelajar Malaysia Di Luar Negara Tahun Depan

SERI ISKANDAR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) akan menubuhkan Kelab Perkasa khusus buat penuntut Malaysia menuntut di luar negara mulai tahun depan.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, penubuhan kelab itu akan dimulakan selepas Perkasa mengadakan mesyuarat agung tahunannya yang dijadualkan pada Mac 2010.

"Selepas itu Kelab Perkasa akan ditubuhkan di United Kingdom, Mesir, dan Indonesia, yang kemungkinan akan berpusat di Bandung dan di Melbourne, Australia," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran Perkasa Negeri Perak di Dewan Utama Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perak di sini hari ini yang disempurnakan oleh bekas Menteri Pertanian, Tan Sri Sanusi Junid.

Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, ketika ini Perkasa sedang menumpukan penubuhannya di peringkat negeri yang bakal melibatkan pelancaran di Pulau Pinang, Perlis, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Melaka selepas pelancaran di Perak. - BERNAMA

Saturday, December 19, 2009

Kenapa Pak Brahim Ikut Jadi Bodoh?

Sepengetahuan aku Pak Brahim ni ada prinsip. Dia teguh pendirian terutamanya bila membicarakan soal bangsa melayu. Dia terkenal jaguh membela nasib orang melayu melalui NGO nya PERKASA. Dan melalui PERKASA juga Pak Brahim cuba menjadikan ia sebagai jambatan menghubungkan semula dengan Umno.


Rupanya disebalik kebijakan Pak Brahim berauta, kepala hotak Pak Brahim dangkal juga. Kerana marahkan monyet musnahkan ladang pisangnya, Pak Brahim sanggup menjadi beruk matyeh untuk meniru gaya monyet. Kenapa Pak Brahim tak guna sangkar atau perangkap untuk menangkap monyet?

TAIPING 7 Dis. – Suasana di ceramah perdana di Dataran Kampung Paya, Batu Kurau dekat sini malam tadi kecoh seketika apabila orang ramai bertindak memijak dan membakar gambar lima pemimpin DAP.

Tindakan itu diambil sebagai tanda marah terhadap perbuatan pemimpin DAP memijak gambar tiga wakil rakyat Bebas di Perak baru-baru ini.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali yang menyampaikan ceramah pada majlis itu berkata, pihaknya menyokong tindakan tersebut sebagai amaran kepada DAP.

‘‘Ada kalanya tindakan jahat perlu dibalas jahat. Kalau tidak pemimpin DAP tidak akan sedar.

‘‘Dulu selepas pijak gambar wakil rakyat Bebas mereka beri alasan tak nampak, jadi sekarang kita pun boleh buat alasan sama. Kita pijak selepas itu minta maaf dan bagi alasan tak nampak juga,” katanya.

Friday, December 18, 2009

Bung Mokhtar: Bulan Jatuh Ke Riba

Sekalung tahniah buat musang tua kerana berjaya menangkap ayam muda. Mungkin kalau tidak kerana penafian demi penafian pastinya perkahwinan MP Kinabatangan dengan pelakon seksi putih melepak itu akan dianggap sebagai 'wedding of the year'. Walau tidak dapat menandingi kehebatan Dato'K yang kaya dengan senyum namun Dato'B ini kaya dengan bahasa-bahasa maki dan celupar di dalam Dewan.


Apa pun kemenangan pasukan bolasepak Malaysia memenangi emas di Sukan SEA Laos telah menenggelamkan topik terhangat masakini. Pandai Dato'B menyembunyikan rahsia. Tetapi 'selebriti' parlimen ini nak lari kemana kerana 'paparazzi' senantiasa mengiringi. Akhirnya terjebak juga kumbang tua ini dengan bunga muda lagi berbisa.

Mulanya pun aku anggap ia sekadar mainan gossip dunia hiburan. Tetapi tanggapan itu menjadi sebaliknya bila ada berita yang mengiyakannya.

Tahniah sekali lagi Bung!!!

DING DONG, mengenai status sebenar pelakon Zizie Ezette terus hangat diperkatakan. Kalau mengikut laman web 'rasmi' ahli Parlimen BN, Agendadaily.com, pelakon jelita itu sudah menikah dengan Ahli Parlimen kawasan Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin.

Namun beberapa akhbar hari ini, memetik ibu pelakon tersebut yang menafikan anaknya sudah bernikah.

Manakala, Bernama melaporkan, Bung Moktar berkata, "Saya tidak cukup kacak untuk beliau (Zizie),". Bung Moktar berkata demikian ketika dihubungi melalui telefon selepas wakil media gagal menjejakinya di Bangunan Parlimen.

Menurut Agendadaily, majlis akad nikah telah pun berlangsung manakala majlis sambutan akan dilangsungkan Rabu malam di sebuah hotel terkemuka ibukota.

Beberapa Ahli Parlimen BN mengesahkan mendapat jemputan menghadiri majlis sambutan meraikan pengantin tetapi enggan menyatakan tempat berlangsungnya majlis sambutan berkenaan. Difahamkan hanya keluarga dan sahabat terdekat mendapat jemputan. Selamat pengantin baru Datuk Bung.-KLPos.


Wednesday, December 16, 2009

Kalau Dah Tak Reti Berniaga...

Semalam syarikat First Dairy Farm Malaysia Sdn Bhd merungut kerana kerugian lebih RM200,000 akibat terpaksa membuang lebih 75 ribu liter susu segar keluarannya. Sepengetahuan aku dulu Dairy Farm ni pernah dapat kontrak kerajaan untuk membekalkan susu bagi Program Bantuan Makanan Pelajar Miskin Sekolah.

Adat berniaga lazimnya ada untung dan rugi. Bukan macam Petronas atau TNB atau Telekom Malaysia tak pernah rugi, untung sokmo-sokmo sebab mereka adalah 'puaka ekonomi' mengungguli dasar monopoli.

Bila unjuran bisnes oleh pakar ekonomi mereka menunjukkan sedikit kejatuhan yang boleh mengesankan keuntungan tapi belum pun menjurus kepada kerugian, maka puak-puak 'puaka ekonomi' ini secara drastik mencadangkan kepada kerajaan untuk menaikkan sesuatu taarif.

Sasaran mereka tentunya rakyat. Rakyat adalah lubuk puak-puak 'puaka ekonomi' ini meratah tulang empat kerat rakyat ini bagi menghasilkan mereka pendapatan. Monopoli adalah dasar peniagaan yang bermotifkan keuntungan sebelah pihak sahaja. Adapun kebajikan yang diberikan untuk rakyat kononnya hanyalah sebagai topeng bagi menutup sifat rakus puak-puak 'puaka ekonomi' ini.

Kerajaan a.k.a. UBN pula dalam banyak situasi lebih memihak kepada puak 'puaka ekonomi' ini kerana dari kantung 'puaka ekonomi' inilah sebahagian besar sumbangan atau bantuan diterima UBN.

Kita menilai sekarang dalam situasi terdesak mungkin Dairy Farm seolah cuba mengikut jejak langkah atau mencuba menjadi ahli 'puaka ekonomi' kerana suasana pasaran dikatakan lebih memihak kepada produk tenusu dari luar negara.

Persoalannya mengapa Dairy Farm tidak merangka strategi yang membolehkan mereka bersaing dengan produk tenusu luar. Mengapa produk tenusu import ditawarkan lebih murah dari produk tenusu tempatan seperti keluaran Dairy Farm sendiri?

Apakah Dairy Farm tiada mampu melantik pakar strategi ekonomi bisnes mereka? Apakah Dairy Farm tergolong dari kalangan syarikat 'untung segera' seperti Proton yang berteduh dibawah naungan Dasar AP semata untuk terus kekal hidup dengan menyekat kebebasan rakyat dari membuat pilihan untuk memiliki motokar import baru dengan harga lebih murah?

Dalam keadaan produk tenusu import dikatakan murah itu kita mendapati barangan tenusu seperti susu bayi dan kanak-kanak masih mahal dijual dikedai-kedai dan pasaraya. Kecuali 2-3 produk sahaja yang dikategorikan sebagai munasabah.

Jika Dairy Farm merasa benar-benar tergugat dengan pegangan pasaran tempatan terhadap produk tenusu keluarannya maka silalah cari jalan keluar sendiri. Jangan bergantung semata pada kerandut Najib atau kerajaan UBN yang senantiasa cari peluang menindas rakyat.

Dairy Farm usah pepandai mengesyorkan kerajaan agar menghadkan produk tenusu dari luar bagi membantunya menyaingi pasaran. Jika kerajaan menturuti kemahuan Dairy Farm bagai lembu dicucuk hidung maka pastinya harga produk akan mencanak naik dan akan ada rakyat yang tidak mampu.

Kenapa apa mencanak naik? Kerana diketahui umum sekarang produk Dairy Farm sudah sedia mahal. Pasti setelah Dairy Farm memegang kuasa monopoli produk tenusu maka dengan nafsu serakah mereka akan sewenangnya memanipulasikan harga tenusu tempatan.

Andai berlaku sedemikian kita pakat sama-sama BOIKOT produk Dairy Farm!!!

Tutup kedai ajerlah jika dirasakan takleh nak berlawan dengan produk tenusu import.


Syarikat tenusu rugi RM200,000

ROMPIN – Syarikat tenusu terbesar Semenanjung Malaysia, First Dairy Farm Malaysia Sendirian Berhad kerugian lebih RM200,000 apabila susu segar yang dihasilkan 380 ternakan lembu di kawasan seluas 920 hektar di Muadzam Shah, di sini terpaksa dibuang.

Pengarah Urusannya, Datuk Muhammad Alwi Abdullah berkata, sejumlah lebih 75 ribu liter susu segar dihasilkan sepanjang bulan ini terpaksa dibuang ekoran keengganan pihak industri membeli susu segar tempatan.

Katanya, pihak industri didakwa lebih mengutamakan susu segar yang diimport dari negara luar seperti Australia dan New Zealand kerana harganya yang jauh lebih murah daripada susu segar tempatan.

“Ia bukan disebabkan kualiti susu berkenaan, sebaliknya tiada sokongan daripada pihak industri kepada susu negara berbanding yang diimport,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Muhammad Alwi berkata, beliau terpaksa berbuat demikian selepas susu segar keluaran tidak diterima oleh dua syarikat pengeluar produk tenusu terkenal di negara ini atas alasansusu yang dihasilkan itu rosak dan dicemari bakteria.

“Selepas produk kami ditolak, kami melakukan beberapa ujian dan mendapati susu ini masih elok dan boleh digunakan,” katanya.

Menurutnya, setakat ini tiada sebarang perjanjian atau kontrak dibuat antara syarikat tersebut dan industri.

Sehubungan itu, beliau memohon supaya kerajaan khususnya Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menggubal dasar mengehadkan import produk tenusu luar negara bagi membantu industri tenusu tempatan.-
sinarharian

Tuesday, December 15, 2009

Rosmah Tak Kisah

Dari semua kalangan bini bekas PM Malaysia belum ada lagi yang mendapat kritikan terhebat sehebat Rosmah. Aku rasa ada baik Guiness Book Of Record Malaysia mencatat nama Rosmah sebagai wanita pertama negara paling kontroversi.

Alah bisa tegal biasa. Begitulah dengan Rosmah tak ambil pusing dengan pelbagai laporan negatif dari fakta sahih tentang kelakuan dan tabiat buruknya. Segala perilaku goblok Rosmah seolah makanan asasi baginya. Bila yang haram menjadi darah daging, tentunya hati akan mati, qalbu hangus menjadi abu. Rosmah tak kisah dengan sekeliling, bila jadi wanita pertama ibarat dunia ana yang punya. Mencipta glamer itulah visi utama.

Kenapa Datin Seri Hasmah Hashim tidak dicalarkan dengan berita-berita negatif meskipun suaminya dibenci dan didendami oleh sebahagian besar rakyat sehingga mendapat 'nickname' Mahazalim disebalik gelaran sebagai 'bapa pembangunan'? Kerana Datin Seri Hasmah walaupun disoksek hebat berambut palsu, tetapi dia dipandang rakyat tiada mempamirkan perangai hodoh dan gelojoh sepertimana Rosmah.

Seawal pembabitan Rosmah sebagai wanita nombor 2 negara lagi, dia didapati mencipta personaliti ibarat seorang selebriti dan natijahnya pelbagai cerita dan tohmahan didengari rakyat. Perangai miangnya mengada-ngada memeluk jejaka muda terutama dari baka Hindustan mengisi ruang majoriti bloggers di Malaysia. Itu belum diperincikan kisah tabiat borosnya berbelanja serta melancong keluar negara. Rosmah dipercayai cuba menandingi kehebatan Imelda Marcos memboros mentekadarah khazanah negara.

Kata Rosmah banyak pihak yang memusuhi beliau serta begitu banyak tuduhan jahat dan liar dilemparkan padanya. Jika takde angin takkan pokok bergoyang.

Benarlah Rosmah liar, peluk keling sana peluk hindustan sini, pantang ada konsert mesti naik pentas ikut nyanyi kedian joget-joget, diheretnya sama Najib ikut joget. Najib macam 'puppet'.

Benarlah Rosmah jahat, menurut RPK bahawa Rosmah perancang tragedi pembunuhan Altantuya. Kata RPK dia ada saksi yang melihat.

Rosmah jahat, main bomoh guna bomoh. Entah-entah Najib 'sure' kena bomoh pasal bila didepan Rosmah pasti Najib nampak macam bodoh.




Apa pulak yang ini?

Monday, December 14, 2009

Nostalgia Rock Kapak

Aku yang dewasa sezaman dengan para lagenda rock kapak amat meminati lagu-lagu mereka malah sering menjadi siulan meniti dibibir. Maklumlah dibesarkan dalam suasana sekolah aliran kebangsaan yang berteraskan nasionalisma patriotisma tanpa memberatkan nilai-nilai keagamaan. Sudah tentu kepala hotak menerewang menuruti trend menggemari lagu-lagu rock dan ballad.

Mutakhir ini pasti kita kagum kerana ramai dari kalangan lagenda popular rock era 80-an dan 90-an tersebut berubah haluan dari dunia penuh glamer ke arah ketuhanan. Tentunya ada sesuatu yang membawa mereka menginsafi diri dan cuba memanfaatkan sisa baki kehidupan mereka dengan berkarya berlagu di jalan dakwah.

Antara kumpulan rock kapak tersenarai dalam koleksi aku ialah Melissa dan Samudera. Banyak lagi kalau nak dikira tolak lain-lain kumpulan tapi yang menjadi topik berita hari ni ialah tentang kemunculan Radzi (Melissa) dan Syed Anuar (Samudera) dipentas Malam Kesenian dan Kebudayaan Islam, Bandar Perda, Bukit Mertajam.

Penampilan terbaru ini memang mengujakan kerana Radzi yang dikenali dulu melalui album mereka seorang mat rock berpakaian ketat sendat, mengenakan aksesori yang ntah apa ntah dan rambut panjang mengerbang. Gempak gila la beb. Tapi amat berlawanan sekali imej mereka pada malam kesenian tersebut berserban, berjubah dan berdakwah.

Huhh hebat memang hebat. Kuasa Allah Taala Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang membuka pintu hati memberikan hidayah dalam sekelip mata kepada sesiapa yang dikehendakiNya.

Semoga dibuka juga pintu hati PM Najib agar memberikan wang royalti kepada rakyat Kelantan dan Terengganu yang berhak serta membuka pintu hati Rosmah agar bertudung. Seperti mana ingatan Ust.Nakhaei bahawa Rosmah walau isteri PM sekalipun mesti pakai tudung atau dia berdosa dan akan ditanya di akhirat nanti oleh Allah Taala.










Sunday, December 13, 2009

CheDet Kata Umno Memang Perkauman

Siapa yang hina CheDet dengan gelaran kulprit dulu? Bukan Nazri ke? Asbabnya CheDet suka wongweng bising macam lalat mencampuri urusan Umno. CheDet lalat ke? CheDet nyanyok je.


Kerana BTN CheDet kena sound dengan Nazri sebagai rasis. Ini Fasa II Nazri tegur CheDet. Nazri menteri ampu telah berkhidmat dengan baik dengan semua bekas majikan serta Najib. Kepala lawyer Nazri amat genius dalam melaksanakan tugas-tugas 'loyar buruk'.

CheDet terbukti bijak membentuk sebuah kerajaan berteraska rasis. Melayu dengan Umnonya sampai mati. Puak Cina dengan MCA yang sedang menuju kematian. Manakala kaum India dengan MIC bersama SamiBellu yang telah lama dianggap mati.

Macai CheDet amuk sakan terdengarkan kenyataan Nazri. Nazri memang tak reti bahasa. Cukuplah dengan pembangkang sahaja Nazri kurang ajar tapi usah berseteru dengan CheDet. Mana boleh usik ex-khalifah Umno. CheDet seolah ketua sebuah kerajaan bayangan, khayalan ahli Umno macai CheDet.

Seorang bekas ketua kerajaan khayalan yang diketahui umum ialah ayohPin. Mujur para macainya tak isytiharkan CheDet sebagai ketua kerajaan langit ke-2. Pasal apa? Kerana semua tetap konstan angguk setiap kata CheDet seperti zaman dia 'muda' dulu. Pengaruh itu takkan hilang. Berlaku keadaan segolongan manusia taksub dengan seorang manusia sesama manusia.

Sebaliknya Nazri dengan kepala loyar dia mungkin lebih terbuka. Dia tiada taksub. Suatu kelebihan atas Nazri. Mungkin Nazri lebih elegan. Sesuai dengan gaya versatile nya.

Kesimpulannya Umno sejak azali adalah sebuah parti perkauman. Perkauman mengenepikan unsur-unsur kebajikan dan keprihatinan antara kaum. Sebab itulah kita lihat kerjasama antara komponen BN sekadar kosmetik untuk meraih 'political mileage'.


KUALA LUMPUR - “Nazri menuduh saya sebagai rasis, betul kerana saya mempertahankan kursus BTN (Biro Tata Negara) daripada dirombak dan menuduh saya hanya bercakap pasal orang Melayu sahaja tanpa mengambil kira kaum lain.

“Beliau berada dalam parti yang bersifat perkauman tetapi dalam masa sama mengatakan bahawa beliau anti perkauman dan menuduh kursus Biro Tata Negara (BTN) bersifat perkauman,” kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama pada Seminar Ekonomi Malaysia-Indonesia 2009 bertajuk “Peluang dan Cabaran Daripada Perspektif Media dan Perniagaan” semalam, Dr Mahathir berkata, Nazri perlu meninggalkan UMNO bagi membuktikan beliau bukan seorang yang bersifat perkauman.

“UMNO adalah parti yang bersifat perkauman pada asasnya kerana hanya mengambil ahli daripada kaum Melayu.

Saya cadangkan agar beliau keluar UMNO untuk membuktikan yang beliau antiperkauman. Beliau harus sedar kedudukannya dalam parti dan peka dengan kenyataannya yang menyentuh isu perkauman khususnya orang Melayu,” katanya.

Thursday, December 10, 2009

Hospital Pun Sakit, Mesti Kena Rawat

Sesiapa yang pernah hadir ke ceramah politik Umno kat kampung-kampung pasti jengkel telinga mendengar beberapa ayat stereotaip, kosong, diulang-ulang seperti jalanraya Umno buat, sekolah Umno juga buat, api air letrik Umno buat, hospital Umno yang bina dan bla..bla..bla..

Nah lihat apa dah jadi dengan hospital yang Umno buat? Bergema di parlimen bilamana para MP berkenaan membahaskan tentang hospital yang Umno bina mencecah kos beratus jutaan ringgit melantik barisan kontraktor kroni akhirnya menghasilkan sebuah pusat hospital 'sakit'.

Hospital Awam Malaysia tidak selamat?

Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 9 Dis: Beberapa hospital awam di Malaysia dikatakan berbahaya untuk menempatkan pesakit.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mendakwa demikian setalah melihat beberapa tragedi di beberapa hospital awam.

Katanya, pada tahun 2008 menyaksikan tiga blok Hospital Queen Elizabert, Kota Kinabalu dikenal pasti dalam keadaan berbahaya oleh jurunilai bangunan.

Pada Jun 2007 menyaksikan beberapa keping siling bangunan Hospital Daerah Pekan, Pahang runtuh.

April tahun yang sama turut menyaksikan Hospital Sultan Ismail, Johor yang bernilai RM550 juta terpaksa ditutup selama 17 bulan disebabkan
masalah pembiakan kulat.

Hospital Ampang, Kuala Lumpur turut mengalami masalah pembiakan kulat yang berbahaya kepada pesakit, seperti di Hospital Sultan Ismail.

Mac tahun yang sama menyaksikan Hospital Sultanah Bahiyyah, Kedah yang bernilai RM550 juta terpaksa dibuka empat tahun lewat dari masa yang dijadualkan kerana masalah kerja-kerja pembinaan yang terbengkalai.

Februari 2007 pula menyaksikan Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah yang bernilai RM550 juta mengalami pelbagai masalah prasarana fizikal seperti siling runtuh, paip yang bermasalah dan ketirisan di bahagian cafetaria.

Dipercayai beberapa masalah prasarana di hospital-hospital awam terbabit disebabkan sikap kerajaan melantik kontraktor-kontraktor
bermasalah atas dasar kronisme.

Pun begitu, tidak kedengaran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat beberapa kes berkaitan hospital awam terbabit.

Pengurusan tidak cekap perbendaharaan negara sekaligus tidak menggambarkan konsep 1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian
Diutamakan.

Wednesday, December 9, 2009

Nazri JPM Mulut Celupar Cari Nahas

Kecil tapak tangan lori tanah TGNA tadahkan. Saat yang TGNA nantikan. Sebaiknya TGNA tak ingin mengheret kes antara dua kerajaan ini ke ruang mahkamah, bukankah lebih elok jika ia ditamatkan dimeja rundingan?

Bila dibuka fail dan didebatkan di mahkamah maka aka terserlah lagi lah kebebalan dan kejahatan kerajaan Umno di Putrajaya. Daki-daki kebobrokan Umno sejak 50 tahun lalu akan dipalitkan lagi dengan karat-karat durjana langkah sumbang, sombong dan serakah kerajaan UBN.

Dengan suara sumbang dan sombong Nazri ini akan bermakna doa rakyat Kelantan melaknat Najib dan kerajaannya akan memasuki fasa II? Sepertimana dalam doanya TGNA menyeru semoga Allah membukakan pintu hati Najib agar dianugerahkan negeri Kelantan dengan wang royalti bukannya wang ehsan.

Atau jika Najib tetap degil bertegas dengan pendirian wang ehsannya maka fasa II doa tersebut adalah menyeru Allah agar menyusahkan kehidupan Najib serta memusnahkan kerajaan UBN tunjangan Umno.

Apakah sebelum tiba PRU-13 kerajaan Najib/UBN akan luruh dan gugur sepertimana dedaun pokok mati dan luruh dimakan ulat?

Kelantan sahut cabaran bawa isu royalti ke mahkamah
KOTA BAHARU - Kerajaan Pas Kelantan sedia menyahut cabaran Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, supaya mengemukakan isu tuntutan royalti minyak dan gas ke mahkamah.
Menteri Besarnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau sudah lama bercadang untuk membawa isu itu ke mahkamah, jika tuntutan royalti minyak itu gagal diselesaikan secara rundingan.
"Bukan dia (Mohamed Nazri) saja nak, kita pun nak," kata Mursyidul Am Pas itu pada sidang akhbar di pejabatnya di sini, hari ini.

Satu Demi Satu Negeri PR 'Drop' BTN

Benda yang buruk buat apa disimpan lama. Kalau termakan masuk dalam perut ia menjadi racun. Kecuali ianya diperangatkan atau dipanaskan kembali dan di'modify' dengan sedikit ramuan tambahan pasti ianya kembali elok dan boleh dimakan.

Begitulah nasib BTN. Pada asalnya dianggap sebuah program yang berjaya memupuk jatidiri setiap peserta kursus akhirnya telah di'racun'kan oleh Umno dengan perisa tuba yang bisa berbisa. Isi BTN era 2000 ini kian dipenuhi dengan fitnah dan kutukan terhadap mereka yang dianggap sebagai musuh oleh Umno.

Para pemimpin pembangkang dilabelkan sebagai perosak dan penghalang pembangunan nehara. Kepada para peserta yang telah memiliki asas ilmu dan pengetahuan tentang persekitaran politik, insyaAllah tidak akan mudah terpedaya dengan agenda dan propaganda Umno melalui BTN.

Setelah menyedari kemarahan rakyat, ditambah dengan penarikan diri 3 negeri PR dari melibatkan diri dalam mana-mana program BTN, akhirnya kerajaan bersetuju untuk menggubal semula modul BTN.

Menurut pendapat TGNA pula kalau boleh penggubalan semula BTN hendaklah ianya lebih menjurus kepada corak Islam. Kerana Islamlah yang terbukti lebih berkemampuan untuk membentuk fitrah jatidiri manusia.

Kelantan tolak BTN

KOTA BAHARU – Kerajaan Kelantan pula menolak pegawai dan kakitangannya daripada menyertai program Biro Tata Negara (BTN).

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau tidak bersetuju menghantar pegawai dan kakitanganya menyertai program yang dianjurkan BTN selagi modul dan kurikulumnya tidak diubah mengikut acuan Islam.

Malah, beliau mahu kurikulumnya dirombak dan menonjolkan ke arah Islam.

Menurutnya, beliau bersama dua negeri di bawah Pakatan Rakyat bersetuju untuk tidak menghantar pegawainya mengikuti kursus BTN itu.

"Kalau dalam keadaan (kurikulum sekarang) saya setuju tak kirim. Kalau Selangor tolak, Pulau Pinang tolak, tak ada sebab saya nak kirim. Kirim wat gapo (buat apa)?," katanya pada sidang media di pejabatnya di Kota Darulnaim, di sini, hari ini.

Minggu lalu, kerajaan Selangor mengharamkan kakitangannya dan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) milik penuh kerajaan negeri mengikuti kursus atau program dikendalikan BTN berkuat kuasa serta-merta.

Kerajaan Pulau Pinang 2 Disember lalu, melarang semua kakitangannya daripada mengikuti kursus BTN berkuat kuasa serta-merta.-sinarharian.

Tuesday, December 8, 2009

Apabila OSA Didedahkan, Umno Jadi Sawan

Telah ku rasakan bahawa 'benda' alah inilah yang menyebabkan Khir Toyo, Shaziman Mansor, Najib dan konco-konconya ketakutan tak tidur malam menggelupur bagai cacing kepanasan.

Apabila YB Khalid bercadang menggunakan kuasa MB nya untuk memansuhkan OSA Kerajaan Selangor bagi mendedahkan penyelewengan bekas kerajaan 'lama' Selangor yakni 'bekas tangan' MB-MB sebelumnya terutama Khir Toyo, maka meraung-raunglah dajjal-dajjal berkenaan bagai beruk kelaparan, juga ada yang diam kejang kekejutan seperti babi sawan.

Dedahkanlah YB Khalid segala kebejatan semua kemaslahatan angkara tangan-tangan syaitan. Biar rakyat nampak terang. Biar rakyat lebih bijak membuat keputusan untuk melenyapkan selama-lamanya UBN haprak penuh kezaliman.

Selangor perlu ambil iktibar dari Kelantan

Selain menstruktur semula ekonomi Selangor, Menteri Besar Selangor Pakatan Rakyat, Khalid Ibrahim juga memperbetulkan pelbagai penyelewengan yang dilakukan oleh bekas kerajaan negeri Barisan Nasional.

Antaranya, kerajaan PR negeri Selangor mengumumkan untuk menghentikan model kerjasama hartanah yang diamalkan selama ini, iaitu membekalkan tanah kepada kontraktor secara percuma, kemudian keuntungan dibahagi mengikut nisbah 7:3. Penyelewengan kerap berlaku dalam projek sedemikian. Dalam tempoh 30 tahun yang lalu, penyelewengan sedemikian dianggarkan telah mengakibatkan kerugian kerajaan negeri sebanyak RM30 bilion.

Pada masa yang sama, Khalid Ibrahim (gambar kiri) telah menutup saluran Rent Seeking, yang menjadikan syarikat GLC sebagai kroni. Kerajaan Selangor telah mengarahkan agar semua wakil rakyat dan ADUN tidak boleh terlibat dalam dasar dalam Jabatan Tanah.

Malah, beliau menggunakan kuasa yang diperuntukkan kepada MB dalam Akta Rahsia Rasmi 1972 untuk mendeklasifikasikan dokumen sulit, lantas mendedahkan kes penyelewengan yang berlaku. Bekas kerajaan bersama kontraktor kroni telah melobi 383 orang pemilik tanah untuk menyertai rancangan pembangunan tanah, yang berakhir dengan akibat kerugian 3,436 orang pembeli rumah, sebaliknya pembangun telah memperoleh tanah yang bernilai lebih daripada RM300 juta.

Antara nama yang disebut termasuklah Miskon @ Miskam, dan dua orang bekas MB, iaitu Hormat Rafei dan Abu Hassan Omar.

Selain itu, Khalid mendedahkan 7 anak syarikat di bawah kerajaan negeri Selangor telah menunggak hutang cukai tanah yang jumlahnya lebih daripada RM 100 juta, dari tahun 2007 hingga 2009, dan menuntut balik hutang ini dengan pelbagai langkah.

Nasib Kaum Penan dan Kenyah Serawak

Bangkitlah wahai kaum asli Penan dan Kenyah. Taib Mahmud sudah mabuk air tapei. Gila meroyan megawatt orang tua tu. Sumpit dia kasi sedar dia. Hari-hari duk kira mega bermacam mega. Taib kaya saya. Rakyat pendalaman makan ulat sagu. Rumah masih dibuat dengan nyiru. Taib senang kena tipu. Hulur duit mata Taib jadi kelabu. Itulah Taib Megawat.


Nenek moyang Penan mati sekali lagi

Wong Shu Qi | Dec 07, 2009 06:46:25 pm

"Saya tak mahu nenek moyang saya mati sekali lagi!" Apabila air bah membanjiri kawasan hulu Sungai Baram, maka nenek moyang kaum Penan dan Kenyah yang dikebumikan sepanjang tebing sungai akan ditenggelami dalam takungan air setinggi bangunan 40 tingkat.

Melihat air bah bakal mengancam kubur nenek moyang, kaum Penan yang menilikberatkan hubungan keluarga memprotes dengan kemarahan yang meluap-luap, "Kami tak mahu Empangan Baram!"

Orang asli yang mendiami kawasan hulu Sungai Baram mengebumikan nenek moyang mereka di kawasan tebing sungai. Secara amnya, pengangkutan air digunakan untuk mendarat ke kawasan perkuburan. Palang putih kristian berselerak antara pokok yang kehijauan. Demikianlah terbentuknya dunia lain yang terpisah daripada rumah panjang.

Namun, apabila empangan terbina -- sama ada rumah panjang yang didiami manusia mahupun tanah kubur yang menyemadikan jenazah, bakal terpendam dalam air.

Bagi yang hidup, mereka boleh memilih untuk berpindah, walaupun perpindahan ini bakal mencetus masalah sara hidup yang baru. Bagi yang mati, mereka terpaksa menerima nasib untuk mati sekali lagi. Namun, generasi baru kaum ini enggan menerima nasib sedemikian.

Ketua di Long Beku, Rimau Abo (gambar kiri) memberitahu wartawan, "Saya tidak mahu nenek moyang saya mati untuk kali kedua!"

Empangan demi empangan

Sarawak adalah negeri yang terbesar di Malaysia. Empangan Bakun yang bertapak di kawasan hulu Sungai Rejang adalah sebesar Singapura. Empangan Murum yang masih dalam proses pembinaan, kini diasak dengan pertikaian dan tekanan dari masyarakat.

Namun, kerajaan negeri Sarawak nampaknya tidak akur kepada suara rakyat, malah tidak mengambil iktibar dari pengalaman yang lalu. Belumpun empangan kedua disiapkan, projek empangan ketiga, iaitu Empangan Baram telah diutarakan.

Menurut projek ini, Empangan Baram terletak di kawasan hulu, 306 km dari muara sungai, merangkumi kawasan dari Sungai Patah, Sungai Kahah hingga ke Sungai Hit.

Empangan utama mencapai ketinggian 162 meter dari permukaan tanah. Seandainya dikira mengikut 3.5 meter setingkat (untuk bangunan), maka ketinggian ini mencecah tingkat ke-47. Dalam keadaan normal, paras muatan air mencecah ketinggian 178 meter, dengan keluasan empangan 389 km persegi, lebih luas daripada Kuala Lumpur.

Keluasan tadahan air pula merangkumi kawasan 8966 km persegi, termasuk pekan Long San yang mempunyai sekolah rendah dan menengah. Kira-kira 50 perkampungan sepanjang Sungai Baram (bahagian tengah dan hulu) menerima kesannya. Dianggarkan seramai 20, 000 orang terpaksa berpindah, dan 38,900 hektar tanah bakal terbenam dalam air.

Rumah panjang, sekolah, kubur nenek moyang bakal lenyap dari peta. Kesannya menimpa kaum orang asli, termasuklah Kenyah, Kayan dan Penan. Long Beku adalah antara perkampungan yang bakal ditenggelami.

Namun demikian, Empangan Baram hanya merupakan salah satu daripada 12 empangan yang dirancang bina oleh kerajaan negeri Sarawak. Projek empangan yang lain termasuklah Ulu Air, Metjawah, Belaga, Baleh, Belepeh, Lawas, Tutoh, Limbang, Murum dan Linau.

Dari Dam State ke Damned State

Untuk orang asli di kawasan hulu sungai di Sarawak, igauan tenggelamnya rumah dan tanah ke dalam air semakin menghampiri kenyataan. Empangan Murum telah dimulakan, malah Empangan Baram sudah pun menyusul dari belakang.

Segala-gala ini hanyalah sebahagian daripada projek SCORE (Sarawak Corridor of Renewable Energy). Sarawak Energy Bhd (SEB) telah memeterai perjanjian dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk membekalkan sumber elektrik kepada Semenanjung Malaysia pada tahun 2017. Bekalan dari Sarawak ke Semenanjung Malaysia bakal meningkat secara berperingkat, dan dijangka mencapai 8000 MW pada tahun 2030.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Peter Chin Fah Kui ketika menjawab soalan di Parlimen pada 18 November 2009, mendedahkan bahawa Semenanjung Malaysia mempunyai tenaga elektrik simpanan sebanyak 50%, Sarawak 30% dan Sabah 7%. Untuk menghantar tenaga elektrik ke Semenanjung dari Empangan Bakun, kerajaan telah memperuntukkan RM 10 bilion untuk membina litar penghantaran kuasa bawah laut, yang dijangka disiap-bina pada tahun 2012.

Selain daripada itu, SEB merancang untuk membekalkan tenaga kepada kawasan persekitaran, misalnya Kalimantan dan Brunei. Menurut penyelidikan syarikat tersebut, terdapat sekurang-kurangnya 50 tempat yang boleh dijadikan penjana tenaga elektrik hidro di dalam sempadan negeri Sarawak. Jumlah tenaga elektrik yang mampu terjana mencecah 20,000MW.

Mengaut untung dengan menenggelami tanah mungkin antara projek yang paling ajaib di negeri Sarawak. Baru Bian, Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa bahawa negeri Sarawak bukan sahajaDam State (Negeri Empangan), bahkan telah menjadi Damned State(Negeri Disumpah), semasa Mesyuarat Agung PKR pada tahun lalu.

Penjanaan elektrik hidro walaupun kurang mencemarkan alam jika dibandingkan dengan cara pembakaran, namun kemusnahan yang berlaku juga tidak kurangnya. Jika diambil contoh Empangan Bakun, oleh sebab pembalakan di kawasan hulu diteruskan dengan kebenaran kerajaan, maka tanah yang tidak lagi dilindungi tumbuhan telah terbenam dalam air.

Lantaran itu, jangka masa kegunaan empangan telah dipendekkan. Pada masa yang sama, pembinaan empangan telah merosakkan ekosistem dan struktur sungai, malah mengakibatkan perubahan iklim rantau dan memusnahkan species flora dan fauna.

Selain kemusnahan yang boleh diulas dari perspektif saintifik, penghuni yang menjadi mangsa memiliki lebih banyak alasan untuk membantah pembinaan empangan ini, apabila pengajaran diambil dari pengalaman pembinaan Empangan Bakun dan Murum.-merdekareview.

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET