Thursday, February 11, 2010

Negara Jadi Bangsat Kena Laknat Rakyat

Aku duk agak perbendaharaan negara semakin kering sekarang ni. Ramai juga ahli mesyuarat kedai kopi berpersepsi seperti aku. Cuma tunggu masa nak kontang je lagi. Maka kantung negara akan kering kontang. Kita semua akan sama-sama menganggung beban, menanggung hutang. Walau rakyat bagai nak rak malah ada yang bagai dah nak mati tetapi sebaliknya personaliti para pemimpin Umno dan kroni-kroni Umno tetap sebegitu, berlagak, ego semacam biasa, lupa dunia.


Negara nazak dah woiii... Korang tau dak? Pabila untung syarikat sudah tak seberapa maka cukai untuk kerajaan pun ciput juga ler. Cuba korang tanya Petronas. Berapa keuntungan setahun dua terakhir ni? Memang Petronas kaut keuntungan tetapi berlaku penyusutan ketara ratusan juta. Orang cakap minyak makin kurang. Lebih naya sesetengah telaga minyak udah kekeringan. Natijahnya kurang la bahagian untuk kerajaan.

Sebab tu lah pimpinan Umno duk mesyorat sakan nak cekau duit dari mana? Fikir punya fikir kepala hotak lembu Umno tu pun seperti biasa mencipta isu penarikan balik subsidi. Kepala hotak Umno ni setakat bina reban ayam boleh la tapi kalau nak fikir jauh macam mana nak bina rumah banglo alamat terduduk depa, takleh nak fikir, lagi fikir makin gila meroyan.

Jalan pintasnya adalah dengan sedut a.k.a. hisap darah rakyat lagi sekali. Kenyataannya dah beberapa kali darah rakyat dihisap. Herannya kenapa sebagian rakyat rela disembelih untuk darahnya dihisap? Aku ni pun yang dulu ada sedikit tubuh berisi sekarang sedikit susut. Mintak janganlah sampai cakeding.

Oleh itu Umno guna semula akta lanun mereka yang senantiasa digunapakai dengan sedikit pengubahsuaian yakni mencekau hak subsidi rakyat. Mula-mula sekor umumkan tarik sebagian subsidi minyak maka minyak naik. Pastu sekor lagi menteri Umno royat nak tarik subsidi gula maka harga gula tup-tup naik.

Kedian sekor menteri no.2 Umno buat lawak bodo nak tarik subsidi pendidikan sebanyak 2 billion. Ingatkan dia sesaje buat lawak bodo tapi rupanya tidak. Kalau benda pitih ni orang Umno memang alah. Pagi si menteri acah-acah nak buat maka petang dah terlaksanakan.

Mak bapak ramai dah bersungut. Apa ke tidaknya mereka bagaikan tak larat nak pegi ambik dan hantar anak-anak mereka ulang alik asrama setiap minggu. Tambah lagi mak bapak tak lena tidur malam memikirkan perihal keselamatan anak-anak yang terpaksa balik sendirian dengan pengangkutan awam kerana dipaksa balik setiap minggu.

Semua masalah ni terbit gara-gara celaka menteri tarik balik subsidi pendidikan RM2 billion tu lah. Takde retoriknya kalau melibatkan kerja-kerja zalim dan menipu oleh puak-puak celaka Umno ni. Malangnya pabila berjanji dengan rakyat nak buat itu ini, nak bina itu ini, konon inilah kebajikan kerajaan UBN, mampus tak dibuatnya, retorik belaka.

Satu lagi perkara yang menarik aku nak persoalkan adakah subsidi kesihatan juga ditarik balik sebahagiannya atau sepenuhnya. Mungkin aku terlepas pandang. Atau memang kementerian kesihatan tak umumkan? Jika benar apa salahnya diroyat kepada rakyat kebanyakan.

Aku persoalkannya kerana berlaku satu peristiwa terhadap ayahanda aku seminggu lepas. Beliau demam dan batuk lalu mendapatkan rawatan di Pusat Kesihatan Gong Balai. Sewaktu menerima ubat dari atendan berkenaan, ayahandaku persoal kenapa ubat yang diberikan kurang?

Biasanya ayahandaku diberikan sebotol penuh ubat batuk untuk 3-4 hari minum tapi kali ni diberikan separuh sahaja iaitu bekalan untuk 1 1/2 hari. Kedian paracetamol juga diberikan separuh juga iaitu 10 biji hanya untuk 1 1/2 hari juga. Paling kurang ayahandaku diberikan bekalan dua paket atau 20 biji paracetamol.

Lalu ayahandaku tanya kenapa bagi ubat sekerat-sekerat ni? Kalau camni bila pakcik nak sembuh? Jawab atendan tu bahawa dia menerima arahan dari pihak atasan supaya mencatu pemberian ubat-ubatan kepada separuh sahaja untuk setiap jenis. Dia takleh jawab lebih lah. Tapi oleh kerana kasihankan kat ayahandaku agaknya maka dia bermurah hati memberikan separuh botol lagi ubat batuk.

Persepsi aku ialah kerajaan dah nak bankrap kot la ni. Maklumlah dalam depa duk suruh rakyat jimat itu ini, kerat subsidi itu ini, depa Umno duk main wayang sana sini. Tenderkan projek mewah-mewah kat kroni-kroni UBN. Rakyat terjelir kelaparan kebuluran. Rakyat tak puashati, rakyat sumpah seranah, rakyat laknat kerajaan UBN.

Mamposs lah Umno!! Selamatkan Malaysia.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET