Thursday, February 11, 2010

Nak Belit Tapi Terbelit

Najib tak perasan ke mangkok hayun sekor ni kaki ampu, putar alam dan seumpamanya. Bijak hayun si mangkok ni dilantik ketua penerangan Umno. Selayaknya la jawatan penerangan Umno diberikan kepada si putar belit.


Dalam satu kenyataan akhbar di bawah tajuk yang sama, mangkok ni kelentong kering para media.

Juara Rakyat Tidak Salah Guna Agensi Kerajaan

PUTRAJAYA, 10 Feb (Bernama) -- Tuduhan pembangkang bahawa Umno menyalah gunakan agensi kerajaan dalam pelaksanaan program Juara Rakyat tidak berasas sama sekali, kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.

Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, tuduhan seumpama itu tidak perlu dilayan dan Umno mengambil pendekatan untuk hanya 'memekakkan telinga'.

Katanya, program Juara Rakyat pada dasarnya adalah pemudah cara kepada semua agensi kerajaan dalam melaksanakan tanggungjawab mereka untuk mendekati rakyat, sekaligus menepati konsep pentadbiran negara ketika ini iaitu rakyat diutamakan.


Beliau menolak keras dakwaan pembangkang kerana menuduh Umno menyalahguna agensi kerajaan dalam usaha memenangi hati rakyat supaya menyokong UBN. Dia juga menafikan program tersebut sebagai helah kerajaan a.k.a. UBN memancing undi sempena PRU-13 tidak lama lagi.

Takyah lah kau kelentong bebanyak mangkok. Hari ni dunia internet dah taknak dengar atau gunapakai ayat recycle Umno. Mula-mula kau cakap Umno tak ambil kesempatan atas program ni. Tapi kenapa kemudiannya kau selitkan pulak kenyataan sebenar bertentangan dengan kelentong awalan kau tadi?

Beliau juga memberitahu, program tersebut yang akan diadakan dengan tema berlainan setiap bulan turut akan melibatkan Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno serta Umno induk sebagai keluarga angkat.

"Ini bermakna pada setiap bahagian akan memiliki empat keluarga angkat terdiri daripada Umno, Wanita, Pemuda dan Puteri. Ini merupakan elemen baru yang kita terapkan supaya pengisian program ini menjadi lebih efektif," katanya.

Keluarga angkat ini perlu turun ke setiap bahagian untuk memastikan pelaksanaan program Juara Rakyat berjalan dengan lancar, katanya.

"Mereka adalah sumber penghubung untuk semua masalah rakyat disampaikan kepada pucuk pimpinan yang lebih tinggi," katanya.

Aku rasa macam nak hayun je kole terbang kat kepala hotak lembu kau tu mangkok hayun!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET