Sunday, February 14, 2010

Nazri Aziz Mulut Busuk Macam Tandas

Bukan salah ibu mengandung tapi keceluparan Nazri amat memalukan si ibu yang mengandungkan dia. Kenyataannya seringkali mencetuskan kontroversi selain acapkali menimbulkan perasaan tidak senang hati sesetengah pihak. Sehebat-hebat CheDet pun terjelepuk kena herdik dengan Nazri.

Akhir tahun lalu Nazri pernah menimbulkan lagi perasaan berasa hati rakyat bawahan seperti para pengusaha teksi dengan perkataan menjelikkan dan kotor. Beliau menggelarkan teksi seumpama 'Tandas' akibat dia tidak berpuashati dengan beberapa perkara.


Oleh: MAIL MATHEW

PARA pengusaha perkhidmatan teksi dan kereta sewa di kawasan pedalaman tersinggung dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz yang menyamakan teksi sebagai ‘TANDAS’ adalah keterlaluan dan suatu penghinaan yang tidak sepatutnya perkataan itu diungkap oleh seorang pemimpin yang ternama lebih-lebih ia bergelar sebagai seorang ‘Menteri’.

Mereka menyifatkan kenyataan Nazri itu sebagai taktik beliau untuk tidak melayani rungutan mereka sebelum ini berhubung masa depan perniagaan mereka khususnya syarat menghadkan usia perkhidmatan teksi supaya dilonggarkan.

“Kami mahu Nazri bertanggung jawab dan meminta maaf secara terbuka kepada para pengusaha teksi di seluruh negara terhadap penghinaannya itu. Meskipun ia bukan khusus ditujukan kepada kami tetapi sebagai rakan seperjuangan mencari makan sesuap nasi, kami juga berperasaan tersinggung,” kata Juking bin Kilan, 65, selaku jurucakap kumpulan itu ketika memberitahu Sabahkini.net.

Kenyataan Nazri beberapa hari lalu yang menggemparkan para pengusaha perkhidmatan teksi seluruh Negara dengan kata-kata keceluparannya yang menyamakan teksi dengan tandas, walaupun ianya hanya ditujukan kepada perkhidmatan teksi Lembah Klang, namun kemarahan di kalangan pengusaha teksi turut merebak di seluruh Negara.

Juking seterusnya berkata, tidak salah bagi Menteri terbabit untuk menegur dan memperbaiki sistem perkhidmatan awam di negara ini khususnya pengusaha teksi dan kereta sewa, tetapi biarlah teguran itu secara bersopan dan beradab.

“Saya terkejut apabila sahaja ada penumpang menaiki teksi saya, ada sahaja mereka kata separuh mengejek…betulkah teksi pakcik ini macam tandas seperti yang Menteri cakap? Tapi kami tengok masih bagus dan bersih,” jelas Juking lagi.

“Kami pengusaha teksi di sini masing-masing ada merakamkan percakapan Menteri itu dan kami akan perdengarkan kepada penumpang kami, apakah respons mereka tentang keegoan kata kata Menteri itu,” tambahnya lagi.

Sehubungan itu, Juking menggesa Pengarah Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah supaya merangka satu memorandum bantahan kepada kenyataan Menteri berkenaan dan meminta beliau menarik balik kenyataannya itu dan seterusnya meminta maaf secara terbuka, bukan sahaja di Sabah tetapi di seluruh Negara.

“Kami pengusaha teksi dan kereta sewa juga ada maruah dan harga diri, janganlah melihat golongan kami terlalu rendah kualitinya. Kami juga sebagai penyumbang kepada perkhidmatan Negara terutamanya dari aspek pelancongan,” katanya lagi.-sabahkini.


0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

There was an error in this gadget

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET