Hari Khamis 26 Februari 2010 aku ke K.Trg atas beberapa urusan. Semua urusan itu bersangkutan dengan hal-hal cari makan. Bukan senang nak senang beb. Kena kasi belengas kelangkang dulu, basah baju dan hanyir badan dengan peluh. Perlu kerja keras dan 'struggle' asalkan hasilnya halal dari titik peluh sendiri.
Saturday, February 27, 2010
Tak Ada Ke Elaun Untuk Penganggur?
Hasilkerja oleh wohulu at 16:30 0 comments
Friday, February 26, 2010
AYam, AGu Dan Tikus Peliharaan MB
Tiga makhluk ni tentu dah lama mentekadarah khazanah negeri kurniaan AbgMad. Rakyat tak tahu pasal ni. Hanya segelintir dari rakyat di daerahan sesama 3 makhluk tersebut serta kalangan para usahawan Kemaman sahaja yang tahu tentangnya.
Hasilkerja oleh wohulu at 08:29 0 comments
Labels: BN, kedai kopi, korup, politik
Thursday, February 25, 2010
Rakyat Semakin Mesra Pakatan Rakyat
SHAH ALAM - Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepada jentera pemimpin Pakatan Rakyat Selangor mempunyai prinsip bertanggungjawab, mengekalkan kepimpinan yang bersih dari rasuah dan memperjuangkan masalah rakyat.
Menurutnya, kepimpinan yang bersih akan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap Pakatan Rakyat.
“Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) merupakan bukti Kerajaan Pakatan Rakyat tidak pernah meminggirkan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.
“Penduduk miskin dan daif tidak pernah dipinggirkan dan jika mereka dipinggirkan, ia menunjukkan ekonomi tidak adil,” katanya ketika berucap dalam Majlis Semarak MES, di Dewan Bola Tampar Majlis Bandar raya Shah Alam (MBSA), di sini, semalam.
Hasilkerja oleh wohulu at 00:06 0 comments
Wednesday, February 24, 2010
Umno Dan Seangkatannya Mesti Hangin Satu Badan
“Tiada larangan terhadap bukan Melayu (untuk menjadi perdana menteri). Bagaimanapun kita ada konvensyen (kebiasaan).
“Saya rasa berdasarkan realiti politik di negara ini, ini negara Melayu,” kata pensyarah kanan di fakulti undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu.
Beliau diminta mengulas kenyataan rakan akademiknya Prof Dr Abdul Aziz Bari yang berkata, perlembagaan tidak meletakkan syarat Melayu atau Islam untuk dilantik sebagai perdana menteri..
Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Shad Saleem bagaimanapun berpendapat, bagi mengekalkan keamanan dan kestabilan negara, orang Melayu patut dikekalkan pada kedudukan itu.
“Mengikut perlembagaan tiada masalah. Tetapi berdasarkan politik dan sejarah lebih baik untuk negara ini mengekalkan status quo ini ini,” kata bekas penasihat undang-undang UiTM itu.
Tambahnya, kuasa pelantikan di bawah Yang di-Pertuan Agong hanyalah satu formaliti semata-mata.
Dr Abdul Aziz juga berkata, perdana menteri bukan Melayu mungkin boleh bertindak lebih baik daripada orang Melayu kerana beliau akan “ikut buku” (perlembagaan) dan bekerja keras bagi membuktikan kemampuannya.
Sementara itu, Dr Abdul Aziz ketika dihubungi, menjelaskan orang Melayu tidak perlu risau terhadap kedudukan Islam dan kepentingan bangsa mereka kerana ia diletakkan di luar kerangka demokrasi.
“Sebab itu saya kata sepatutnya OK ada perdana menteri bukan Melayu,” katanya melalui e-mel kepada Malaysiakini hari ini.
Katanya, tanggapan bahawa kuasa raja terlalu kecil - yang menurutnya dijadikan alasan golongan ekstrimis untuk menakut-nakutkan rakyat - adalah silap dan tidak betul.
Sebaliknya, jelas Dr Abdul Aziz, ketakutan atau salah faham itu timbul kerana perlembagaan telah diselewengkan atau tidak dilaksanakan.
“Malah ada (perdana menteri) yang kita boleh katakan telah menggadaikan kedudukan dan kepentingan itu,” kata pensyarah yang terkenal dengan kelantangan dan ketegasannya itu.
Tentang bagaimana idea itu boleh menjadi kenyataaan, Abdul Aziz berkata, ia “bergantung kepada kesediaan orang Melayu dan kemampuan bukan Melayu.”
“Kesediaan itu soal yang perlu dilihat; saya cuma menjelaskan (daripada aspek) undang-undang sebagaimana yang terkandung dalam perlembagaan. Itu sahaja.”
Ditanya sama ada beliau tidak risau menjadi sasaran kemarahan orang Melayu ekoran tindakannya mendedahkan perkara yang tidak diketahui umum tersebut, beliau berkata:
“Seperti yang disebut oleh (penulis) Subky Latif dalam kolumnya di (akhbar mingguan) Siasah, Melayu yang bodoh dan kuat sentimen perkaumannya sahaja yang akan naik minyak.
“Kelompok ini tidak perlu dilayan. Kalau soal kepentingan dan hidup mati Melayu-Islam yang dibangkitkan, bukankah ada raja? Saya fikir kalau raja-raja ini tahu dan sedar peranan mereka, tidak timbul bahaya yang dibayangkan itu,” katanya.-malaysiakini.
Hasilkerja oleh wohulu at 08:25 0 comments
Labels: copy-paste, politik
Awang Adek Bakal Ganti TGNA??
KUALA LUMPUR 22 Feb. – UMNO Kelantan yakin dengan motonya, ‘bersaing (berkawan) dan berbakti’ mampu merampas kembali negeri itu daripada Pas.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ia berdasarkan kepada keyakinan mereka kepada Barisan Nasional (BN) setelah amat kecewa dengan kegagalan Pas mengurus negeri itu.
“Rakyat sudah semakin kecewa dengan kegagalan urus tadbir negeri oleh Pas, rasuah dan kronisme serta nepotisme begitu menular.
“Mereka juga amat dahagakan perubahan dan Pas Kelantan juga sedang menghadapi fasa keletihan iaitu terlalu berbangga dengan pencapaian hingga alpa daripada tugas sebenar,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan facebooknya dan Majlis Ramah Mesra Bersama Anak-Anak Kelantan sekitar Lembah Klang di kediaman beliau di sini semalam.
Tambah Mustapa, petanda perubahan itu amat jelas ditunjukkan oleh rakyat Kelantan terutama yang berada di luar negeri pada Pilihan Raya Kecil Manek Urai pada tahun lalu.
Jelas beliau, UMNO negeri sebenarnya selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 lalu telah mengatur strategi mapan bagi menarik sokongan rakyat terutama golongan muda yang undi mereka bakal menjadi penentu pada PRU akan datang.
Hasilkerja oleh wohulu at 00:28 0 comments
Pengimbas Bogel Di Lapangan Terbang
Majlis Ulama Indonesia bantah guna pengimbas di lapangan terbang
JAKARTA, Feb 23 — Majlis Ulama Indonesia (MUI) menolak rancangan kerajaan untuk menggunakan kelengkapan pengimbas badan sepenuhnya di lapangan terbang negara itu dengan mendakwa ia melanggar hak asasi manusia dan undang-undang syariah.
“Jangan menggunakan (pengimbas) di Indonesia. Kami bukan negara paranoid atau negara penakut.
“Apa yang kami bimbang ialah menggunakan pengimbas melanggar hak asasi manusia dan digunakan sebagai alat permainan untuk menganiaya wanita,” kata Amindhan, pengerusi MUI kepada detik.com.
MUI juga bersetuju dengan bantahan Pope Benedict terhadap keputusan menggunakan pengimbas penuh.
“Ia melanggar hak asasi manusia. Jika hanya tulang sahaja kelihatan tidak mengapa, tetapi jika badan sepenuhnya maka ia akan menjadi satu mainan,” kata Amidhan sambil menambah tiada pengecualian dalam soal ini.
“Ia hanya boleh digunakan dalam situasi darurat berkaitan dengan keselamatan negara, dan hanya wanita yang seharusnya mengimbas kaum wanita dan lelaki mengimbas kaum lelaki,” katanya.
Amidhan berkata dia percaya bahawa Indonesia bukan negara yang berhadapan dengan darurat pada masa sekarang dan kakitangan keselamatan lapangan terbang masih boleh menggunakan kelengkapan lain.
“Selagi adanya alat lain, maka ia bukan situasi darurat,” katanya.
Kerajaan bercadang untuk menggunakan pengimbas Provision dikeluarkan Amerika Syarikat.
Kementerian Hal Ehwal Luar berkata pengimbas yang akan digunakan tidak akan mempamerkan “bahagian-bahagian sulit.”
Pengimbas itu sedang digunakan di lapangan terbang Kanada dan Perancis sebagai percubaan manakala di Indonesia ia akan digunakan untuk memeriksa penumpang yang menuju ke Amerika Syarikat.
Hasilkerja oleh wohulu at 00:16 0 comments
Labels: copy-paste, society
Tuesday, February 23, 2010
Hooray..! Hooray..! Taarif Letrik Naik Lagi.
Cabinet to decide on new power tariff tomorrow (Update)
KUALA LUMPUR: The Cabinet will likely decide on the electricity tariff increase on Wednesday, an outcome which is being anxiously awaited by the industry and consumers alike.
Energy, Green Technology and Water Minister Datuk Seri Peter Chin Fah Kui said the Cabinet would discuss whether to approve the increase or hold off plans to do so.
“The paper on the tariff increase is with the Cabinet. If it approves the proposal, there is expected to be some increase; there cannot be a reduction,” he said Tuesday after attending Tenaga Nasional Bhd’s Chinese New Year open house.
Among those present were TNB president and chief executive Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh, and board member Tan Sri Lau Yin Pin.
Chin, however, claimed that the poor would not be burdened by any tariff increase.
Hasilkerja oleh wohulu at 23:40 0 comments
Friday, February 19, 2010
Ceplos, Afrit Dan Tun Lah
Ceplos sebuah sitkom seram komedi antara hiburan yang menggamit jiwa anak-anak dan ibubapa untuk menontonnya. Aku tidak melepaskan peluang menonton jika terkebetulan.
Hasilkerja oleh wohulu at 23:44 9 comments
Labels: BN, hukum, kedai kopi, pemimpin
Thursday, February 18, 2010
Mabuk Air Tapei Ni
Kata orang mabuk tapei,"kami yang salah pilih DSAI". Walhal DSAI yang tersilap pilih mereka. PKR tak nafikan bahawa calon-calon pilihan mereka dalam PRU-12 lalu sekadar tangkap muat tanpa menyedari ramai dikalangannya terdiri dari katak emas munafik.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lunas, Mohd Radzhi Salleh, berkata mereka membuat kesilapan paling besar kerana memilih parti itu bagi memperjuang nasib rakyat, kerana apa yang nyata PKR sudah lari dari perjuangan asal semata-mata untuk memenuhi kepentingan peribadi Anwar dan konco-konconya.
Beliau berkata apa yang tinggal dalam parti itu kini adalah kumpulan pemimpin yang tidak ‘bersih’ dan tidak mempunyai keikhlasan membantu rakyat kerana mereka sanggup berbuat apa saja bersama rakan sekutu, DAP termasuk menghapuskan dasar perlembagaan sedia ada apabila memerintah.
“Kalau dia (Anwar) kata dia tersilap memilih calon, sebenarnya kami yang tersilap bersama dia, tanyalah orang lain yang keluar parti, semua berasakan silap berada dalam parti dia.
Hasilkerja oleh wohulu at 23:51 0 comments
Wednesday, February 17, 2010
Ayuh Umno Pi DEMO
Baru-baru ni Ahli Parlimen Australia bersuara supaya menggugurkan tuduhan liwat terhadap DSAI dan Kementerian Pecah Pedal Shafie Apdal si barua berdesing dengan teguran tersebut lantas mengecam tindakan ahli Parlimen Australia serta mengarahkan mereka meminta maaf. Malaysia menyelar tindakan Australia ini dan menghinanya dengan nada sinis bermaksud disebaliknya bahawa walau homoseksual halal di Australia tetapi tidak di Malaysia.
“Tuduhan kali ini sama dengan tuduhan sebelum ini, dan Anwar didakwa selepas terpilih sebagai ahli parlimen dan ketua pembangkang di Parlimen,” katanya dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu, Kerry menggesa kerajaan Malaysia supaya memberi perlindungan perundangan yang sewajarnya, sejajar dengan kedudukan Anwar sebagai seorang ahli parlimen dan seorang warganegara.
Hasilkerja oleh wohulu at 16:59 0 comments
Harta Kerajaan Adalah Harta Bapak Dia
Apa nak heran? UiTM tu macam kem perkaderan bebudak Umno lah. Bebudak yang pro-pembangkang mintak maaflah langsung tak diberi muka. Depa nak guna bila-bila masa suka boleh saje. Nak konsert ke, nak ceramah Umno ke, nak 'assign' balaci untuk kerja-kerja taik Umno ke, setiap masa boleh, anytime or anyhow.
Sehubungan itu, PAS mahu Jabatan Audit Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat status pengunaan UiTM Pahang sebagai lokasi konvensyen Umno itu.
“Konvensyen Umno Pahang diadakan dari 19-21 Februari ini merupakan program politik yang jelas bertentangan dengan Akta UiTM 174 yang tidak membenarkan program politik diadakan di dalam universiti berkenaan.
Hasilkerja oleh wohulu at 16:42 0 comments
Sunday, February 14, 2010
Nazri Aziz Mulut Busuk Macam Tandas
Bukan salah ibu mengandung tapi keceluparan Nazri amat memalukan si ibu yang mengandungkan dia. Kenyataannya seringkali mencetuskan kontroversi selain acapkali menimbulkan perasaan tidak senang hati sesetengah pihak. Sehebat-hebat CheDet pun terjelepuk kena herdik dengan Nazri.
Oleh: MAIL MATHEW
PARA pengusaha perkhidmatan teksi dan kereta sewa di kawasan pedalaman tersinggung dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz yang menyamakan teksi sebagai ‘TANDAS’ adalah keterlaluan dan suatu penghinaan yang tidak sepatutnya perkataan itu diungkap oleh seorang pemimpin yang ternama lebih-lebih ia bergelar sebagai seorang ‘Menteri’.
Mereka menyifatkan kenyataan Nazri itu sebagai taktik beliau untuk tidak melayani rungutan mereka sebelum ini berhubung masa depan perniagaan mereka khususnya syarat menghadkan usia perkhidmatan teksi supaya dilonggarkan.
“Kami mahu Nazri bertanggung jawab dan meminta maaf secara terbuka kepada para pengusaha teksi di seluruh negara terhadap penghinaannya itu. Meskipun ia bukan khusus ditujukan kepada kami tetapi sebagai rakan seperjuangan mencari makan sesuap nasi, kami juga berperasaan tersinggung,” kata Juking bin Kilan, 65, selaku jurucakap kumpulan itu ketika memberitahu Sabahkini.net.
Kenyataan Nazri beberapa hari lalu yang menggemparkan para pengusaha perkhidmatan teksi seluruh Negara dengan kata-kata keceluparannya yang menyamakan teksi dengan tandas, walaupun ianya hanya ditujukan kepada perkhidmatan teksi Lembah Klang, namun kemarahan di kalangan pengusaha teksi turut merebak di seluruh Negara.
Juking seterusnya berkata, tidak salah bagi Menteri terbabit untuk menegur dan memperbaiki sistem perkhidmatan awam di negara ini khususnya pengusaha teksi dan kereta sewa, tetapi biarlah teguran itu secara bersopan dan beradab.
“Saya terkejut apabila sahaja ada penumpang menaiki teksi saya, ada sahaja mereka kata separuh mengejek…betulkah teksi pakcik ini macam tandas seperti yang Menteri cakap? Tapi kami tengok masih bagus dan bersih,” jelas Juking lagi.
“Kami pengusaha teksi di sini masing-masing ada merakamkan percakapan Menteri itu dan kami akan perdengarkan kepada penumpang kami, apakah respons mereka tentang keegoan kata kata Menteri itu,” tambahnya lagi.
Sehubungan itu, Juking menggesa Pengarah Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah supaya merangka satu memorandum bantahan kepada kenyataan Menteri berkenaan dan meminta beliau menarik balik kenyataannya itu dan seterusnya meminta maaf secara terbuka, bukan sahaja di Sabah tetapi di seluruh Negara.
“Kami pengusaha teksi dan kereta sewa juga ada maruah dan harga diri, janganlah melihat golongan kami terlalu rendah kualitinya. Kami juga sebagai penyumbang kepada perkhidmatan Negara terutamanya dari aspek pelancongan,” katanya lagi.-sabahkini.
Hasilkerja oleh wohulu at 23:58 0 comments
Labels: BN, copy-paste, pemimpin
Saturday, February 13, 2010
Mata Pena Lebih Tajam Dari Mata Pedang: Umno Makin Sawan
'Jangan ganggu penjual, haramkan jika mahu'
Penerbitnya - sebuah anak syarikat Malaysiakini - menjelaskan sebanyak 118 naskhah kedua-dua buku itu 1Funny Malaysia danWhere is Justice telah dirampas di Melaka, Johor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan sejak 7 Januari lalu.
Rampasan tersebut dibuat mengikut Seksyen 18 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 atas dakwaan boleh membahayakan ketenteraman awam, moral, keselamatan awam dan hubungan antarabangsa.
Ketika dihubungiMalaysiakini, pihak berkuasa berkenaan menjelaskan buku tersebut tidak diharamkan dan rampasan tersebut dibuat untuk membolehkan polis "menganalisis kandungannya".
"Sekiranya mereka mahu untuk menilai buku tersebut, mereka boleh mendapatkan daripada kami. Kami berbesar hati untuk memberikan setiap naskah secara percuma kepada mereka.
"Kami mahu polis dan KDN secara rasmi menghentikan gangguan kepada penjual buku di seluruh negara," kata Ketua Pengarang Kumpulan Malaysiakini Steven Gan.
Beliau menambah Kinibooks bercadang untuk menghantar surat peguam kepada KDN supaya menjelaskan sebab rampasan tersebut dibuat dan mendesak naskah tersebut dipulangkan.
'Berhentilah guna pintu belakang'
Bersetuju dengan pandangan itu, editor buku Where is JusticeNathaniel Tan berkata KDN "sepatutnya perlu menilainya dan membuat keputusan dengan segera".
"Sekiranya kamu mahu ia diharamkan, maka lakukanlah. Kami sedia mencabarnya di mahkamah. Tetapi mereka menggunakan taktik pintu belakang untuk menghalang orang awam mendapatkan buku ini.
"Buku-buku ini (kandungannya) tidak berapa panjang dan boleh dihabiskan dalam masa satu hari. Saya rasa pegawai KDN mampu berbuat demikian," katanya.
Bagaimanapun, beliau menambah tidak ada sebarang sebab yang munasabah dari segi undang-undang untuk mengharamkan buku tersebut. Ini kerana ia ditulis berdasarkan kepada fakta dan "tidak melanggar sebarang undang-undang".
Sementara itu, pengarang buku 1Funny Malaysia Zulkiflee Anwar Haque atau lebih dikenali sebagai Zunar berkata rampasan itu terus mengekang industri kartun politik di Malaysia.
"Peranan kartunis sentiasa memerhati gerak geri kerajaan (tetapi) mereka cuba untuk mewujudkan budaya takut yang akan mempengaruhi hasil karya mereka," katanya.
Zunar menambah, walaupun penerbitannya yang lain Gedung Kartunsebelum ini turut mendapat nasib yang sama, tindakan KDN tersebut bagaimanapun menguatkan lagi keazamannya.
"Saya menerima banyak e-mel pembaca yang memberi semangat kepada saya untuk terus berusaha. Ini kerana kartun boleh diterima pelbagai lapisan umur dan latar belakang," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan penjualan buku Kinibooks kini mencatatkan penjualan yang tinggi selepas berlakunya rampasan yang mendapat "liputan meluas secara percuma".
"Kami juga menerima panggilan dari kedai buku yang meminta tambahan naskah," kata Pengurus Pembangunan Perniagaan Kumpulan Malaysiakini See Tho Chee Seong.
Beberapa kedai buku bagaimanapun mengeluarkan buku tersebut daripada raknya dan hanya dijual berdasarkan permintaan.
"Ini tidak betul... Berhentilah melakukan muslihat dan taktik kotor. Sekiranya (kerajaan) mengambil berat dan tidak mahu pekung di dada mereka dibuka, selesaikanlah masalah dalaman mereka sendiri. Janganlah mengganggu penjual buku," katanya.-malaysiakini.
Hasilkerja oleh wohulu at 18:02 0 comments
Labels: copy-paste, ganas, tragedi
Yang Silap Kita Jadikan Sempadan
Abdullah Karim jawab Tuan Ibrahim
"Saya bahkan bersumpah dengan nama Allah bahawa apa yang ditulis oleh Tuan Ibrahim itu adalah tidak benar sama sekali," katanya.
Tuan Ibrahim pada 3 Februari, antaranya mendakwa aduan Abdullah - berhubung penglibatan ahli PAS dalam "konspirasi menjatuhkan Pakatan Rakyat" - kepada jawatankuasa disiplin tidak dilayan kerana tidak berasas dan dibuat berdasarkan dengar cakap.
Abdullah yang juga timbalan ketua Pemuda PAS Pahang sebelum itu mempertikaikan kewibawaan jawatankuasa tersebut susulan kontroversi penggantungan jawatan ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad pada 29 Januari lalu.
Abdullah antaranya dilaporkan membayangkan jawatankuasa disiplin PAS berat sebelah apabila memejamkan mata terhadap aduan-aduan tertentu, termasuk yang dilaporkannya kepada jawatankuasa itu dan pejabat agungnya.
Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini kelmarin, Abdullah menyatakan keraguannya kemungkinan "terdapat sebab-sebab lain" aduannya ditolak.
"Saya menegaskan bahawa saya tidak pernah pada bila-bila masa dimaklumkan oleh Tuan Ibrahim atau mana-mana orang lain bahawa aduan saya tidak boleh diambil tindakan kerana ada bukti, atau kerana ia sekadar dengar cakap sahaja, atau kerana sebab-sebab lain yang menyebabkan aduan ini ditolak," katanya.
Kenyataan tidak dibetulkan
Setelah ditegur Tuan Ibrahim sebelum ini, Abdullah berkata, beliau telah menggunakan "saluran yang betul" dengan menghubungi sendiri naib presiden itu melalui panggilan telefon dan e-mel.
"Namun, selepas seminggu berlalu, Tuan Ibrahim tidak menjawab e-mel saya dan tidak juga memperbetulkan tulisan tersebut yang masih kekal ada di dalam blognya.
"Maka, saya tidak mempunyai pilihan bagi menyatakan kebenaran ini melainkan membuat penjelasan terbuka dan saya berharap hal ini dan perkara-perkara lain yang bersangkutan dengannya dapat diperjelaskan di dalam mesyuarat jawatankuas pusat PAS yang akan datang," katanya.
Jawatankuasa pusat PAS akan dijadual bersidang esok di ibu pejabatnya di ibu negara.
Abdullah juga sekali lagi mempersoalkan kedudukan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang mengelolakan aduan kepada jawatankuasa disiplin kerana ia dilihat memberikan kuasa yang cukup besar kepadanya.
Perkara itu juga, tambahnya, menunjukkan jawatankuasa itu seolah-olah hanya menerima arahan dari setiausaha sgung.
"Jika inilah keadaannya, ianya perlu diperbetulkan bagi mengelakkan konflik kepentingan dan juga angapan-anggapan negatif yang lain. Soal menentukan sesuatu aduan tatatertib itu mempunyai merit atau sebaliknya, tidak sepatutnya diputuskan oleh seorang individu sahaja.
Beliau juga sempat menempelak Mustafa yang tidak langsung memanggilnya berhubung aduannya walaupun telah memberitahu media akan melakukannya segera awal bulan ini.-malaysiakini.
Hasilkerja oleh wohulu at 17:57 0 comments
Labels: copy-paste, krisis, Pas, politik
Siap Kau, Kena Kau Zahrain!
KUALA LUMPUR, Feb 12 — Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang mengisytiharkan “perang” terhadap Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim yang memutuskan untuk keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuat kuasa hari ini, sekali gus bertindak sebagai wakil rakyat bebas. Tidak sampai 12 jam selepas Zahrain mengumumkan tindakannya membelakangi PR dengan keluar PKR, Pengerusi PKR Pulau Pinang Mansor Othman (gambar) pihaknya akan mendedahkan segala-galanya mengenai Zahrain dan menjawab tuduhan-tuduhan yang dilemparkan beliau malam ini. Majlis penerangan yang akan dihadiri oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng diadakan di bahagian pilihan raya Bayan Baru. “Saya yakin Ketua Menteri akan mendedahkan segala-galanya malam ini,” kata Mansor yang juga Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang ketika dihubungi The Malaysian Insider. Majlis penerangan ini juga akan dihadiri oleh semua Exco kerajaan negeri, kata Mansor yang menggantikan Zahrain sebagai pengerusi PKR Pulau Pinang tahun lalu. Zahrain mengumumkan keluar dari PKR di sini pagi tadi berkuat kuasa serta-merta. Zahrain berkata keputusan itu adalah kerana beliau kecewa dengan kepimpinan Lim serta kesal dengan perjuangan PKR dalam PR. Mengulas keputusan Zahrain keluar PKR, Mansor berkata tindakan itu memang sudah dijangkakan. “Sebaik sahaja Zahrain mula menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri, saya sudah menjangkakan yang beliau akan keluar PKR. “Saya tidak kecewa dengan tindakan beliau keluar PKR, yang saya kecewa ialah perkataan-perkataan yang beliau gunakan terhadap Datuk Seri Anwar dan Ketua Menteri,” katanya. Bagaimanapun kata Mansor kini senang bagi pihaknya untuk berhadapan dengan Zahrain. “Sebelum beliau keluar, Zahrain bersama PKR... jadi sukar bagi menjawab tuduhan-tuduhan tidak berasas dibangkitkan beliau. “Tetapi oleh kerana kini beliau sudah keluar, maka kami di PKR juga boleh menghadapinya dan menjawab segala tuduhan,” katanya. Mansor juga memberitahu, sebenarnya kepimpinan bahagian Bayan Baru juga telah memutuskan untuk mengambil tindakan undi tidak percaya ke atas Zahrain. “Ia sepatutnya diluluskan (dalam beberapa hari lagi) tetapi oleh kerana Zahrain sudah keluar, ia sudah tidak perlu diadakan, sudah tidak relevan. “Ini dengan sendiri menunjukkan Zahrain sudah tiada sokongan di bahagiannya sendiri,” kata beliau yang turut menekankan bahawa tindakannya tidak akan membawa sebarang kesan. Bahagian itu akan dipangku oleh timbalannya Tan Seng Kiat. Ketika dihubungi The Malaysian Insider akhir bulan lalu, Mansor memberitahu bahawa tiga hingga empat ahli Parlimen parti itu menunjukkan “hasrat” untuk menyertai Barisan Nasional. Mereka termasuklah Zahrain. Kini PKR ada empat anggota Parlimen di Pulau Pinang. Selain Zahrain tiga yang lain ialah Anwar (Permatang Pauh), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohd Yusmandi Yusoff (Balik Pulau). Tindakan Zahrain keluar parti menyusuli kenyataannya dua minggu lalu mengkritik keras Lim sebagai diktator dan berfikiran komunis. Zahrain dipetik sebagai berkata bahawa PR tidak akan berkrompomi dengan pemimpin dari Melaka itu kerana Lim telah gagal memenuhi janji pilihan rayanya. Ini bukan pertama kali Zahrain mengkritik Lim. Pada April tahun lalu, Zahrain turut menyalahkan Lim berhubung pelantikan Timbalan Ketua Menteri 1 dan peletakan jawatan Mohammad Fairus Khairuddin sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti.Pakatan Pulau Pinang mahu ‘dedahkan’ Zahrain malam ini
Hasilkerja oleh wohulu at 09:55 0 comments
Labels: copy-paste, krisis, PKR, politik
Thursday, February 11, 2010
Nak Belit Tapi Terbelit
Najib tak perasan ke mangkok hayun sekor ni kaki ampu, putar alam dan seumpamanya. Bijak hayun si mangkok ni dilantik ketua penerangan Umno. Selayaknya la jawatan penerangan Umno diberikan kepada si putar belit.
Juara Rakyat Tidak Salah Guna Agensi Kerajaan
PUTRAJAYA, 10 Feb (Bernama) -- Tuduhan pembangkang bahawa Umno menyalah gunakan agensi kerajaan dalam pelaksanaan program Juara Rakyat tidak berasas sama sekali, kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.
Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, tuduhan seumpama itu tidak perlu dilayan dan Umno mengambil pendekatan untuk hanya 'memekakkan telinga'.
Katanya, program Juara Rakyat pada dasarnya adalah pemudah cara kepada semua agensi kerajaan dalam melaksanakan tanggungjawab mereka untuk mendekati rakyat, sekaligus menepati konsep pentadbiran negara ketika ini iaitu rakyat diutamakan.
"Ini bermakna pada setiap bahagian akan memiliki empat keluarga angkat terdiri daripada Umno, Wanita, Pemuda dan Puteri. Ini merupakan elemen baru yang kita terapkan supaya pengisian program ini menjadi lebih efektif," katanya.
Keluarga angkat ini perlu turun ke setiap bahagian untuk memastikan pelaksanaan program Juara Rakyat berjalan dengan lancar, katanya.
"Mereka adalah sumber penghubung untuk semua masalah rakyat disampaikan kepada pucuk pimpinan yang lebih tinggi," katanya.
Hasilkerja oleh wohulu at 15:41 0 comments
Negara Jadi Bangsat Kena Laknat Rakyat
Aku duk agak perbendaharaan negara semakin kering sekarang ni. Ramai juga ahli mesyuarat kedai kopi berpersepsi seperti aku. Cuma tunggu masa nak kontang je lagi. Maka kantung negara akan kering kontang. Kita semua akan sama-sama menganggung beban, menanggung hutang. Walau rakyat bagai nak rak malah ada yang bagai dah nak mati tetapi sebaliknya personaliti para pemimpin Umno dan kroni-kroni Umno tetap sebegitu, berlagak, ego semacam biasa, lupa dunia.
Hasilkerja oleh wohulu at 14:39 0 comments
Labels: ekonomi, kedai kopi, politik
Wednesday, February 10, 2010
Jangan Sampai Rakyat Meluat Kepada Pas
Hati-Hati Pas Jangan Sampai Rakyat Meluat Kepada Kita [Hanipa Maidin]
Tidak cukup dengan keputusan jawatankuasa disiplin yang memeningkan kita dan menjadi bahan ketawa abad ini, kini timbul semula isu muzakarah PAS dengan Umno.
Sekejap ada sekejap timbul. Sekejap ada sekejap timbul. Apa lagi kalau bukan muzakarah PAS dan Umno ? Sekejap UG, sekejap muzakarah. Sekejap muqabalah. lepas ini apa pula, kita pun tidak tahu. Saya yakin rakyat dah muak dengan isu ini. Jika saya tidak bersama PAS, sudah tentu saya orang pertama yang paling muak dan meluat dengan isu ini dan muak kepada kedua-dua parti politik yang membangkitkan isu ini.
Saya tidak boleh tegur Umno sebab dia bukan parti saya. Tapi saya ingin tegur pemimpin PAS. Kenapakah mereka tidak serik-serik membangkitkan isu ini sedangkan tiada angin tiada ribut. Bukankah lebih baik kalau kita gunakan pemikiran kita untuk perkuatkan Pakatan.
Saya rasa terpanggil ingin menegur pemimpin PAS tidak kira setinggi mana pun jawatan mereka dalam parti. Biarlah orang PAS marah saya daripada rakyat marah kepada PAS dan menghukum PAS selepas ini.
Cukuplah bangkitkan apa sahaja isu yang rakyat boleh hidu bahawa PAS dan Umno cuba nak berbaik. Takkan kita masih tidak kenal UMNO ! UG ke atau muzakarah ke bagi rakyat yang dah meluat dengan Umno , PAS dilihat sentiasa memberi nafas kepada Umno jika isu UG atau muqabalah atau muzakarah dibangkitkan.
Meluat rakyat ada hadnya. Jangan sampai PAS berani-berani menghampiri had itu. Jika rakyat meluat kepada kita, jangan marah mereka marahlah kepada diri kita sendiri !!!
Sumber: Peguampas
Hasilkerja oleh wohulu at 23:54 0 comments
Labels: copy-paste, krisis, Pas
Inilah Bendera Kita...!!!!
Guane gamok wehh..? Tadok bajet doh ker nok beli bendera baru? Atau tadok 'kamikaze' yang larat panjat kat atas nung untuk tukar bendera tu? Bendera itu adalah lambang dan panji perjuangan.
Berbeza pulak dengan status seteru Pas di Bangunan bersebelahan. Benderanya masih baru atau macam baru. Walau duit mereka guna untuk beli bendera tu pun kita boleh pertikai, tapi imej ego mereka tetap dijaga walau rakyat Ganu tahu Umno Ganu dokrokcetong mutakhir ini tetapi Umno pandai bertipu daya menyembunyikan kelemahan mereka.
Hasilkerja oleh wohulu at 16:57 0 comments
Labels: kedai kopi, Pas, Terengganu
Rimba Dalam Bandar
Hasilkerja oleh wohulu at 16:36 0 comments
Labels: kedai kopi, society, Terengganu
Wednesday, February 3, 2010
Sudah Terkena Baru Tengadah
Kerajaan Melaka Mahu Khalid Terima Bayaran Cukai Tanah RM5.439 Juta
MELAKA, 2 Feb (Bernama) -- Kerajaan negeri Melaka sekali lagi menggesa Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim supaya bersikap terbuka dengan menerima bayaran tunggakan cukai tanah sebanyak RM5.439 juta yang telah dijelaskan oleh Yayasan Melaka.
Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata Khalid sepatutnya tidak menjadikan alasan untuk enggan menerima bayaran itu bagi membantu Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Selangor.-bernama.
Hasilkerja oleh wohulu at 10:46 0 comments
Jadilah Insan Celik Politik
Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka
MalaysiaKu BERSIH
Malaysia Tanah Air Ku
MALAYSIA DARUL BOGEL
Fitnah Kerja Umno-Apco
Soalan Simpel Jawapan Mimpel
Ketelusan SPR
Pesanan Ulama...
Rehat Kejap
Post Paling Digemari
-
Tiada kelebihan yang ada pada Mad Said kecuali kepandaian mengugut. Padanlah orang Kijal menggelarnya bapak samseng Kijal. Molek dah lawa...
-
Umno memang sedang nazak sekarang ni. Dah la sebenarnya dia koma tapi akibat dibantu belaan jin dan mainan bomoh maka Umno masih dapat berta...
-
Ingatkan orang sukan sihat cergas bersih tanpa dadah, ropanya depa sihat dengan kedarah dadah. Dulu ada sorang pemain Ganu posisi penyerang ...
-
Memang kurang asam perangai bebudak sekolah sekarang. Langsung takde respek kat orang-orang tua dan guru yang mengajar mereka. Mana letaknya...
-
Ada tepatnya ramalan oleh Jabatan Kaji Cuaca Malaysia pada minggu lepas bahawa angin kencang selaju antara 30-40km sejam yang membawa bersam...
-
Heran sungguh setiap hari meroyan kat TV dan SMS duk nyanyi dan membebel supaya rakyat pilih Malaysia. Budak tadika pun geleng kepala nengok...
-
Suatu kenyataan yang kontroversi melibatkan maruah seseorang. Calon pramugari Garuda kelahiran Korea Selatan menuduh agensi penerbangan itu ...
-
PAS Terengganu selepas menang PRU-10 di Terengganu dulu secara drastik dalam masa 24 jam boleh hapuskan tol Jambatan Sultan Mahmud. Itu...
-
Aku no komen. Salah siapa? Bukan salah ibu mengandung. Engkorang nilailah sendiri berlandaskan ilmu bukan berlapik nafsu.
-
Apo kono eh jang..!!! Yang ado kapal selam takmo menyelam, yang takleh selam pulak pi menyelam. Malaysia ku apo nok jadi aku tak tau. KUALA ...