Wednesday, November 25, 2009

RM500,000 Untuk Kaji Batu

Lembaga Muzium Negeri Terengganu melalui pembiayaan UNESCO sebanyak RM500,000 dengan bantuan penyelidikan Agensi Nuklear Malaysia sedang mencipta alat penyelidikan batuan tanpa pemusnah bagi memudahkan kajian ke atas Batu Bersurat Terenggau.

Ia antara lain bagi mengintergrasikan sains dan sejarah bagi tujuan pengukuhan fakta kajian bidang pemuziuman.

Sejarah telah tertulis bahawa Kuala Berang adalah tempat terawal penerimaan Islam di Semenanjung Tanah Melayu. Buku teks sekolah pun turut membicarakan hal itu. Pekdek kata sesiapa yang belajar Sejarah mesti tahu itu, majoritinya rakyat Malaysia tahu tentang Batu Bersurat.

Selain itu daerah Hulu Terengganu dicatatkan pernah menjadi tempat persinggahan dan bermastautin beberapa orang tokoh ulama' serta dibuktikan dengan penemuan makam-makam lama seperti Makam Tok Raja Ri di Kuala Por, Makam Tok Pauh di Kg Pauh dan Makam Tok Gajah di Kg Pasir Nering.

RM500,000 cipta alat kaji Batu Bersurat
KUALA TERENGGANU – Agensi Nuklear Malaysia kini sedang membantu mencipta alat penyelidikan batuan tanpa pemusnah yang dianggarkan bernilai RM500,000 bagi tujuan memudahkan kajian ke atas Batu Bersurat. Ketua Sektor Konservasi Lembaga Muzium Negeri Terengganu, Nor Ainah Mahmud berkata, kos penciptaan alat berkenaan dibiayai sepenuhnya Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unesco). “Sekarang penciptaan alat berkenaan berada di peringkat konfigurasi dan dijangka siap dalam tempoh tiga tahun lagi seiring dengan kajian terhadap Batu Bersurat yang kita jalankan bermula awal tahun ini dan berakhir dua tahun lagi. “Alat yang dicipta ini dijangka mampu membantu kita melakukan kajian saintifik ke atas Batu Bersurat tanpa memecahkan struktur batuan asal,” katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Kursus Pencirian Batuan Bagi Kajian Arkeologi Secara Saintifik yang julung kali diadakan di Kompleks Muzium Negeri Terengganu selama dua hari bermula semalam.

Persoalannya sekarang apakah tujuan dibelanjakan begitu besar dana hanya untuk mengkaji 'batu' bersejarah. Hasil keputusan ujian itu dari segi manakah ianya akan mendatangkan keuntungan kepada Islam? Cukupkah sekadar ingin mengetahui tarikh tepat batu bersurat terpacak di Kuala Berang. Atau nak cungkil rahsia siapa yang bawa batu berkenaan ke Kuala Berang?

Faktor penting sebenarnya pihak muzium perlu kaji ialah intipati yang tertulis dan tersirat disebalik pernyataan Batu Bersurat tersebut. Kita sekadar didedahkan tentang 'luaran' batu sahaja tetapi perkara pokok kena kita kaji ialah pengajaran, pengisian, undang-undang yang merupakan faktor 'dalaman' batu itu.

Ia dikatakan pernyataan tentang undang-undang dan pemerintahan Islam. Sayugia diingatkan bahawa ahli sejarah bersetuju sezaman dengan Batu Bersurat tersebut pemerintahan Islam pernah ditegakkan di Kuala Berang.

Kita syorkan pihak muzium menukar tekad mengkaji Batu Bersurat kepada pengkajian lebih teliti tentang pemerintahan Islam yang diamalkan oleh kerajaan Kuala Berang terdahulu atau corak pemerintahan Islam terkemudian oleh Sultan Zainal Abidin III yang memerintah Terengganu.

Kita perlu mengingatkan pemerintah Terengganu moden a.k.a. UBN supaya kembali kepada pemerintahan Islam dan menjadikan contoh kerajaan Islam Kuala Berang atau Sultan Zainal Abidin III yang alim itu sebagai role-model seterusnya mengesyorkan AbgMad buang Islam hadhari diganti dengan Islam syumul dan mengamalkannya dalam kerajaan naungan cuit Sultan Zainal Abdin III ini.

SULTAN ZAINAL ABIDIN 111

UMARA BERTARAF DUNIA
Oleh Wan Mohd. Shaghir Abdullah

SULTAN Zainal Abidin III, Sultan Terengganu, diakui oleh beberapa orang ulama Mekah dan para cerdik cendekiawan bahawa baginda adalah di antara Sultan Melayu yang paling alim dan ahlil ilmi pada zamannya. Dua ulama yang berasal dari dunia Melayu di Mekah yang paling dekat dan menjadi rujukan pelbagai masalah baginda, ialah Syeikh Muhammad bin Ismail al-Fathani (Syeikh Nik Mat Kecik) dan Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani.
Sesuatu permasalahan yang sukar diselesaikan oleh Sultan Zainal Abidin III akan sentiasa dirujuk kepada kedua-dua ulama di Mekah itu. Kadang-kadang dengan cara mengirim surat atau adakalanya mengirim utusan yang khusus. Sewaktu Syeikh Ahmad al-Fathani datang ke Kota Bharu, Kelantan, Sultan Zainal Abidin III berserta beberapa pembesar Terengganu datang menjemput beliau supaya sudi mengunjungi Kuala Terengganu. Syeikh Ahmad al-Fathani telah menggubah puisi 33 bait dalam bahasa Arab yang bercorak memuji Sultan Zainal Abidin III yang diiringi dengan pengharapan agar baginda memperkukuh kedudukan agama Islam, bahasa dan bangsa Melayu, diiringi pula sejarah bangsa Melayu yang lengkap.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

There was an error in this gadget

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET