Thursday, November 5, 2009

JKKK: Golongan Perosak Yang Dimaksudkan CheDet

Kalau tanya orang kampung apa makna JKKK? Pasti ramai yang berbulu serta menggelarnya dengan panggilan popular Jin Kacau Kampung. Di Sinar Hairan pula glamer dengan JKKK Natang. Buruk sungguh tanggapan umum terhadapmu wahai JKKK. Sesuai dengan latarbelakang JKKK umumnya sering salahguna kuasa dan gila kuasa.

Usahkan rakyat yang marahkan JKKK malah pimpinan besar Umno pun naik darah bila memperkatakan sikap tidak bertanggungjawaban JKKK. Antaranya Abgmad MB Ganu pernah naik angin kerana JKKK dikatakan tidak menjalankan tugas mengagihkan berupa kurma dan air zam-zam kurniaan kerajaan negeri diwaktu bulan puasa baru-baru ini. Bukan setakat itu, AbgMad juga mendapat tahu JKKK tidak adil mengagihkan duit raya kepada yang memerlukan.

Pengalaman aku sendiri mendengar rintihan satu keluarga dhaif dalam DUN Pengkalan Berangan bagaimana mereka didiskriminasi oleh JKKK. Keluarga ni takde kaler hijau atau biru. Tapi orang Umno menuduhnya bias kaler hijau. Ceritanya sewaktu ibu keluarga ni dipanggil JKKK di interbiu bagi melayakkan bantuan raya, JKKK melakukan perkara pelik depan mereka. JKKK tersebut meletakkan dua biji bola kaler hijau dan biru untuk beliau pilih. Tapi katanya dia tak mahu pilih mana-mana bola. Langsung dia di'reject' dari menerima bantuan.

Sehari dua ni pula keluhan kritis negatif diluahkan dari kepala hotak CheDet iaitu kata beliau bahawa Pemimpin bawahan sekat ahli baru masuk UMNO.

Laporan berikut mungkin dapat menyokong lagi pelbagai tuduhan atau persepsi oleh ramai orang perihal kekomanan atau kedokrokcetongan JKKK. Seperti kes yang berlaku di Kemaman tidak lama dulu telah menyebut "Nampaknya tuduhan Haji Hadi itu ada kebenarannya kerana ia bukan sahaja menafikan hak orang PAS, malah sesama orang UMNO pun JKKK buat onar.

Hal ini disahkan oleh bekas Ketua UMNO cawangan Batu 14, Rantau Panjang, Kemaman, Terengganu iaitu Abdullah Noor dan bekas Ketua UMNO cawangan Batu 16, Othman Awang. Abdullah Noor ketika ditemui penulis kesal dengan JKKK Batu 14 yang buat pilih kasih dalam pembahagian dana remaja kepada para penduduk kampung.

"Dasar kerajaan sudah elok tetapi JKKK sebagai pelaksana dasar di akar umbi yang merosakkan pelaksanaan," katanya kepada Memo Belakang. Beliau kesal kerana anaknya, Edi Zakaria dinafikan haknya untuk menerima dana remaja sebanyak RM200.

Katanya, JKKK mengutamakan kroninya dalam pembahagian dana remaja.

"Kalau sesama ahli UMNO sudah ada sikap pilih kasih oleh JKKK, bagaimana UMNO mahu menerima sokongan yang mantap dalam pilihanraya umum akan datang?" soal beliau."

Perkara paling buruk dilakukan oleh JKKK ialah mengutamakan ahli keluarga dan kroni-kroni dalam mengagihkan pemberian kerajaan untuk rakyat. Pemandangan biasa dimana-mana dewan sivik atau dewan orangramai atau di bank-bank pengeluar wang ehsan kita melihat banyak kereta besar dan makcik nenek berbarang kemas bergantungan menunggu giliran menerima wang ehsan. Jika penyelewengan ini mendapat perhatian SPRM aku yakin pasti berbondong-bondong JKKK saban hari beratur memenuhi mahkamah-mahkamah diseluruh negara akibat sangkut kes.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

There was an error in this gadget

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET