Sunday, November 8, 2009

Antara Dua Final

Tiga malam lepas 7 Nov 09, siri perlawanan Piala Malaysia telah menamatkan sesi 2009 dengan cemerlang dan gemilang apabila Nogori9 berjaya menewaskan Pasukan Kijang dengan kemenangan bergaya 3-1 di Stadium Bukit Jalil. Kemenangan tersebut telah menebus kemarau 61 tahun Nogori9 sebagai Jaguh Piala Malaysia kerana ini adalah kali kedua mereka menjulang piala berprestij itu setelah pertama kali menjuarainya pada tahun 1948 atas nama Piala Malaya.


Dengan keputusan 3-1 maka berpuashatilah pihak-pihak yang bertungkus lumus bagi memastikan kemenangan mereka dan berbaloilah hasil titik peluh penat lelah mengendali serta mengemudi pasukan masing-masing. Keputusan adalah muktamad dan kedua-dua pasukan tunduk dengan takdir dan keputusan pengadilan.

Dan tiga hari lepas jugalah dalam suasana berbeza bersidangnya Seminar Khas Pas di Taman Melewar menyaksikan kekalahan 3-1 juga. Suatu kehairanan kerana keputusan perlawanan itu masih dipertikaikan sehingga kini oleh banyak pihak dan rata-rata dengan nada tidak puashati.

Sebuah persidangan lanjutan hasil keputusan Mesyuarat Khas sebelumnya di Pejabat Agung Pas bagi mengenalpasti beberapa pemimpin tertinggi Pas menurut TGNA akan menyumbat gol ke gawang sendiri. Walau pun mereka didapati tidak menerima rasuah tetapi disangsikan telah cuba menjalin kerjasama dengan pihak lawan dan kemungkinan akan menjual perlawanan secara percuma. Walau main sengelat tapi kredibiliti mereka masih dipertahankan.

Perlawanan berat sebelah pada seminar tersebut menyaksikan gandingan TGHH, Ustaz Nasha dan Cikgu Pa lebih menyerlah menguasai perlawanan kerana ketidak hadiran TGNA yang uzur di IJN. Keuzuran TGNA dibualkan oleh ramai orang akibat salah seorang gandingan CikguPa yang berasal dari Kg Batu Enam Terengganu telah memeteh awal langkah TGNA menyebabkan beliau tersungkur dan tercedera. Sampai sekarang pemain tersebut belum dikenakan sebarang amaran atau kad merah.

Banyak pihak terutamanya bijak pandai penganalisis politik menjangkakan bahawa Pas pasti mengalami tamparan hebat walaupun tak tersungkur dalam perlawanan besar PRU-13 nanti. Ketidakstabilan barisan depan ditambah lagi sokongan secara sondolan pasukan pelapis dan sorak pasukan ini dipercayai membantu memudahkan usaha pihak lawan mengekang sokongan penonton luar sana terutama golongan atas pagar terhadap Pas.

Tapi begitulah adat perlawanan, ada menang ada kalah. Namun kemenangan sesebuah pasukan lebih bermakna jika ianya bermaruah.

Sekian laporan dari saya bagi pihak gelombang hijau digelanggang sepakraga Bukit Bauk Dungun.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

There was an error in this gadget

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET