Sunday, November 29, 2009

Sekitar Majlis Qurban UPU Jambu Bongkok


Hari Raya Qurban Kedua, Sabtu 28 Nov 2009: AJK cawangan dan ahli Qaryah Kg Jambu Bongkok telah mengadakan majlis qurban dengan jayanya. UPU Jambu Bongkok terletak di dalam DUN Pengkalan Berangan, Parlimen Marang. Kehadiran ahli semua peringkat tua muda, muslim dan muslimat begitu memberangksangkan dan telah banyak membantu menambah perisa memeriahkan lagi majlis tersebut.

Sebanyak 5 ekor lembu telah diqurbankan. Meskipun berskala kecil tetapi sambutan serta kerjasama daripada para ahli yang hadir telah menggamatkan suasana, mempereratkan silaturrahim selain memperkukuhkan kerjasama sesama ahli dan bukan ahli Pas JB.

selepas lembu disembelih...

kita minumm duluu.....

muslimat pun sama-sama ringan tulang

dua 'sifu' sedang khusyuk berbicara tentang qurban

kerja-kerja melapah sedang rancak

sambil lapah pun sempat posing..?? nanti ada yang masak sup jari kang.

"huhh..penat jugok weiii kerobek kepala lembu ning"...

menimbang daging qurban untuk diagih-agihkan

Pihak jawatankuasa cawangan Pas Jb dan pengelola majlis qurban ini amat mengharapkan agar majlis sebegini dapat diadakan lagi pada tahun mendatang dengan izin Allah.

Saturday, November 28, 2009

TokPa Baru Gohed Gear 1 Tapi Kena Gostan Balik

Sebuah Honda kapcai dah lama mati enjinnya. Kebuk dah berkarat biru melekat dengan piston tentu susah nak dihidupkan. Lalu Umno Kelntan melalui pemuda Umnonya cuba-cuba tolak kalau kapcai tu hidup. Tapi mereka tak tukar minyak hitam atau servis plugnya. Mereka mendesak SPRM segera menyiasat TGNA dan PMBK. Aku duknampak ketua pemuda Umno Kelantan ni bijak 2% aje dari Mat Kerak bekas ketua pemuda Ganu dulu...pongpangpongpang macam ekzos kapcai pastu bila hilang pongpang senyap lah ia.


Kemudian Muhyiddin pula menyampuk nak tolong tolakkan honda kapcai tu. Laju dia menolak dan konfiden je. Yakin motor tu akan hidup jua. Muhyiddin kata Pas Kelantan sedang mengalami pergolakan krisis pimpinan yang kritikal dan konon MB telah gagal menyembunyikan keretakan dalam kemelut Pas Kelantan. Kapcai tu ada sikit hinjut macam mau hidup.

Kemudian TokPa dengan bangganya datang terus naik motor dan menghentakkan 'starter' lalu tanpa semena kapcai tu terhegeh-hegeh macam mau hidup. TokPa hentak lagi lalu tanpa diduga ia pun hidup serta menambahkan lagi keyakinan TokPa, Muhyiddin dan Sapian bahawa motor ini akan membawa mereka ke gerbang bahagia di Kelantan. Dengan gah TokPa berkata ;

Kemelut PAS Di Kelantan Boleh Jejas Kepentingan Rakyat : Mustapa

RANTAU PANJANG, 25 Nov (Bernama) -- Kemelut dalam Pas mengenai siapa pengganti Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar Kelantan boleh menjejaskan kepentingan rakyat kerana parti itu lebih memberi tumpuan kepada soal politik daripada menyelesaikan masalah rakyat, kata Ketua Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed.

Beliau berkata penduduk Kelantan sudah jemu dengan keadaan demikian kerana Pas tidak memberikan banyak masa untuk rakyat.

"Sehingga kini kita tidak nampak kemelut ini dapat selesai," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di stesen kereta api di sini pada Khamis.

Isu mengenai pengganti Nik Aziz timbul apabila Datuk Husam Musa, anggota exco kerajaan Kelantan yang disebut-sebut antara tokoh yang bakal mengisi jawatan itu, telah secara terbuka berkata beliau tidak mahu dipertimbangkan.-- BERNAMA


Lalu TokPa menekan gear satu supaya kapcai bergerakke depan. Dengan TokPa di atas kapcainya sebagai jagoan mengetuai ramai pencacai yang ada dibelakang dengan mengharapkan sedikit sebanyak balasan jika TokPa dan kapcai berjaya dalam perlumbaan.

Tetiba datang dua perkhabaran iaitu Husam Tidak Mahu Jawatan MB Kelantan, Ahmad Yaakob Lebih Layak dan Mohd Amar Setuju Ahmad Yakob Jadi MB Kelantan maka sedetik itu juga TokPa membayangkan harapannya hancur berderai.

Manakan dia bisa memenangi perlumbaan jika dua wirawan yakni Husam dan Mohd Amar menjadi saingannya? Dua bekas juara ini sudah dapat menghidu tektik TokPa sedari awalnya. Walaupun TokPa 'modified' honda kapcainya itu dengan segala kehebatan seperti 'turbo intercooler' yang diperolehi dari seberang jambatan bagi tujuan kemenangan tapi mana bisa Kapcai TokPa mengatasi kehebatan 'motorbike' 1000cc milik kedua seterunya.

Meskipun telah sebatang tiang TokPa menguji kapcainya dijalanan sayangnya TokPa terpaksa menyimpan angan-angan. TokPa bersama kapcainya dia gostan. Dikayuh kaki perlahan-lahan agar tiada siapa yang perasan bahawa dia telah telah tewas sebelum berlawan.

Thursday, November 26, 2009

Salam Aidil Adha


Keistimewaan Aidil Adha

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Tidak ada suatu hari di mana Allah memerdekakan lebih banyak hamba-Nya dari api neraka kecuali di hari Arafah. Sesungguhnya pada hari ini Allah mengetahui hamba-hamba-Nya lalu Allah memuji mereka di hadapan para Malaikat.”

Riwayat Muslim dan Aisyah r.a

Pulaukan BTN: Kerajaan Selangor Mulakan

Tertunai matlamat pemuda PR agar BTN dilupuskan dari kamus kerajaan dan rakyat di bawah naungan pentadbiran Pakatan Rakyat. Langkah drastik oleh Exco Pengajian Tinggi Selangor, Dr Halimah Ali adalah suatu pendekatan bijak kearah mengekang penyusupan sentimen racist dalam minda setiap murid, pelajar, rakyat dan kerajaan PR. Adalah strategi UBN supaya setiap benak rakyat Malaysia ini ditanamkan sifat dan sikap perkauman yang merupakan senjata ampuh UBN mengekalkan cengkaman ala-diktator terhadap rakyat.

Selangor melarang penyertaan kakitangan kerajaan negeri dan pelajar di institusi pengajian tinggi miliknya hadir di program anjuran Biro Tatanegara (BTN), kata exco pendidikan tingginya Dr Halimah Ali.

Keputusan yang berkuatkuasa serta-merta itu dibuat dalam mesyuarat exco kerajaan negeri susulan desakan sekumpulan ADUN Pakatan Rakyat di Selangor yang mendakwa program kendalian biro bawah Jabatan Perdana Menteri itu membangkitkan sentimen perkauman.

Empat buah pusat pengajian tinggi yang dimiliki kerajaan negeri itu: Universiti Industri Selangor (Unisel), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Kolej Antarabangsa INPENS dan Institut Kemahiran Yayasan Selangor.

Selain menghentikan penyertaan pelajar, seperti didesak, keputusan itu turut meliputi kakitangan kerajaan negeri dan pegawai semua anak syarikat kerajaan itu, tambahnya.

Dalam sidang medianya di Shah Alam selepas mesyuarat itu, Dr Halimah menyifatkan program BTN sebagai "indoktrinasi kerajaan (pusat) BN untuk menimbulkan fenomena yang agak racist (perkauman) seolah-olah ingin memecah belah penduduk pelbagai bangsa dan agama."

"Rata-rata (peserta BTN) termasuk anak saya sendiri, mereka kadang-kadang dibekalkan dengan buku kecil yang mengandungi pelbagai perkara yang menimbulkan kebencian kepada (pihak) yang dikatakan pembangkang kepada kerajaan Malaysia,” kata wakil rakyat PAS itu.

"Oleh kerana ia tidak memberi satu perkara yang positif, tambahan pula kepada minda yang begitu muda ini, maka kita rasa ia tidak perlu dan menghabiskan wang rakyat."

Minggu lalu, sekumpulan wakil rakyat muda tiga parti dalam Pakatan menulis surat kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membuat desakan demikian.

ADUN-ADUN yang terlibat: Amirudin Shari (PKR-Batu Caves), Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku), Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR-Seri Setia), Jenice Lee Yin Ha (DAP-Teratai), Hannah Yeoh Tseow Suan (DAP-Subang Jaya) dan Gan Pei Ni (PKR-Rawang).-malaysiakini.

Wednesday, November 25, 2009

Sahih SPR Menjadi Jentera Pilihanraya BN

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) berpendapat bahawa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah berkali-kali menyalahguna kuasa serta memutarbelitkan bidang kuasa dalam urusan pilihanraya. SPR bukan sahaja tidak akur kepada keputusan Speaker Kedah yang mengosongkan kerusi DUN, malahan telah mewakili ADUN UMNO untuk memohon penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi. Jelasnya bahawa SPR telah hilang kredibiliti serta kedudukan bebas badan tersebut.

Mengikut Perkara 113 (1) Perlembagaan Persekutuan, SPR adalah sebuah badan yang diamanah untuk mengendalikan pilihan raya secara adil dan bebas. SPR bertanggungjawab untuk memastikan penjalanan pilihanraya adalah bebas, adil dan bersih. Prinsip dan nilai demokrasi perlu ditegakkan demi kepentingan rakyat jelata.

Namun, sejak peristiwa tiga ADUN Perak lompat parti menjadi ADUN Bebas yang berpihak kepada BN sehingga kes DUN Kota Seputeh, SPR tidak pernah akur kepada keputusan Speaker. Tindakan SPR yang jelasnya berat sebelah kerana masih bersikap kepala batu untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi tersebut di Mahkamah Rayuan Putrajaya.

Hakim Alizatul Khair Osman Khairuddin dalam membuat keputusan Mahkamah Tinggi juga mengemukakan kemusykilan beliau terhadap tindakan SPR yang memohon penangguhan keputusan. Sepatutnya bekas ADUN Kota Seputeh, Abu Hassan Sarif yang perlu membuat permohonan.

Sebenarnya sudah lama Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) telah berusaha serta mendesak agar proses pilihanraya di Malaysia dapat diperbetulkan dan diperbaharui. Namun SPR bukan sahaja tidak menerima cadangan yang dikemukakan oleh BERSIH, malahan sanggup dijadi alat kepada BN dan sekaligus meyebabkan badan tersebut hilang kredibiliti serta integriti.

Oleh itu, Angkatan Muda Malaysia menyeru SPR agar insaf serta berani untuk menjalankan perubahan demi menegakkan demokrasi dengan segera di dalam negara kita. Nilai sebenar demokrasi adalah mengembalikan kuasa kepada rakyat. Rakyat perlu diperkasakan untuk menentukan pimpinan negara dengan mengundi pemimpin yang membela rakyat.

*Kenyataan media oleh Lee Khai Loon selaku Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Malaysia.-merdeka review.

RM500,000 Untuk Kaji Batu

Lembaga Muzium Negeri Terengganu melalui pembiayaan UNESCO sebanyak RM500,000 dengan bantuan penyelidikan Agensi Nuklear Malaysia sedang mencipta alat penyelidikan batuan tanpa pemusnah bagi memudahkan kajian ke atas Batu Bersurat Terenggau.

Ia antara lain bagi mengintergrasikan sains dan sejarah bagi tujuan pengukuhan fakta kajian bidang pemuziuman.

Sejarah telah tertulis bahawa Kuala Berang adalah tempat terawal penerimaan Islam di Semenanjung Tanah Melayu. Buku teks sekolah pun turut membicarakan hal itu. Pekdek kata sesiapa yang belajar Sejarah mesti tahu itu, majoritinya rakyat Malaysia tahu tentang Batu Bersurat.

Selain itu daerah Hulu Terengganu dicatatkan pernah menjadi tempat persinggahan dan bermastautin beberapa orang tokoh ulama' serta dibuktikan dengan penemuan makam-makam lama seperti Makam Tok Raja Ri di Kuala Por, Makam Tok Pauh di Kg Pauh dan Makam Tok Gajah di Kg Pasir Nering.

RM500,000 cipta alat kaji Batu Bersurat
KUALA TERENGGANU – Agensi Nuklear Malaysia kini sedang membantu mencipta alat penyelidikan batuan tanpa pemusnah yang dianggarkan bernilai RM500,000 bagi tujuan memudahkan kajian ke atas Batu Bersurat. Ketua Sektor Konservasi Lembaga Muzium Negeri Terengganu, Nor Ainah Mahmud berkata, kos penciptaan alat berkenaan dibiayai sepenuhnya Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unesco). “Sekarang penciptaan alat berkenaan berada di peringkat konfigurasi dan dijangka siap dalam tempoh tiga tahun lagi seiring dengan kajian terhadap Batu Bersurat yang kita jalankan bermula awal tahun ini dan berakhir dua tahun lagi. “Alat yang dicipta ini dijangka mampu membantu kita melakukan kajian saintifik ke atas Batu Bersurat tanpa memecahkan struktur batuan asal,” katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Kursus Pencirian Batuan Bagi Kajian Arkeologi Secara Saintifik yang julung kali diadakan di Kompleks Muzium Negeri Terengganu selama dua hari bermula semalam.

Persoalannya sekarang apakah tujuan dibelanjakan begitu besar dana hanya untuk mengkaji 'batu' bersejarah. Hasil keputusan ujian itu dari segi manakah ianya akan mendatangkan keuntungan kepada Islam? Cukupkah sekadar ingin mengetahui tarikh tepat batu bersurat terpacak di Kuala Berang. Atau nak cungkil rahsia siapa yang bawa batu berkenaan ke Kuala Berang?

Faktor penting sebenarnya pihak muzium perlu kaji ialah intipati yang tertulis dan tersirat disebalik pernyataan Batu Bersurat tersebut. Kita sekadar didedahkan tentang 'luaran' batu sahaja tetapi perkara pokok kena kita kaji ialah pengajaran, pengisian, undang-undang yang merupakan faktor 'dalaman' batu itu.

Ia dikatakan pernyataan tentang undang-undang dan pemerintahan Islam. Sayugia diingatkan bahawa ahli sejarah bersetuju sezaman dengan Batu Bersurat tersebut pemerintahan Islam pernah ditegakkan di Kuala Berang.

Kita syorkan pihak muzium menukar tekad mengkaji Batu Bersurat kepada pengkajian lebih teliti tentang pemerintahan Islam yang diamalkan oleh kerajaan Kuala Berang terdahulu atau corak pemerintahan Islam terkemudian oleh Sultan Zainal Abidin III yang memerintah Terengganu.

Kita perlu mengingatkan pemerintah Terengganu moden a.k.a. UBN supaya kembali kepada pemerintahan Islam dan menjadikan contoh kerajaan Islam Kuala Berang atau Sultan Zainal Abidin III yang alim itu sebagai role-model seterusnya mengesyorkan AbgMad buang Islam hadhari diganti dengan Islam syumul dan mengamalkannya dalam kerajaan naungan cuit Sultan Zainal Abdin III ini.

SULTAN ZAINAL ABIDIN 111

UMARA BERTARAF DUNIA
Oleh Wan Mohd. Shaghir Abdullah

SULTAN Zainal Abidin III, Sultan Terengganu, diakui oleh beberapa orang ulama Mekah dan para cerdik cendekiawan bahawa baginda adalah di antara Sultan Melayu yang paling alim dan ahlil ilmi pada zamannya. Dua ulama yang berasal dari dunia Melayu di Mekah yang paling dekat dan menjadi rujukan pelbagai masalah baginda, ialah Syeikh Muhammad bin Ismail al-Fathani (Syeikh Nik Mat Kecik) dan Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani.
Sesuatu permasalahan yang sukar diselesaikan oleh Sultan Zainal Abidin III akan sentiasa dirujuk kepada kedua-dua ulama di Mekah itu. Kadang-kadang dengan cara mengirim surat atau adakalanya mengirim utusan yang khusus. Sewaktu Syeikh Ahmad al-Fathani datang ke Kota Bharu, Kelantan, Sultan Zainal Abidin III berserta beberapa pembesar Terengganu datang menjemput beliau supaya sudi mengunjungi Kuala Terengganu. Syeikh Ahmad al-Fathani telah menggubah puisi 33 bait dalam bahasa Arab yang bercorak memuji Sultan Zainal Abidin III yang diiringi dengan pengharapan agar baginda memperkukuh kedudukan agama Islam, bahasa dan bangsa Melayu, diiringi pula sejarah bangsa Melayu yang lengkap.

Oh Iya Ke?

Tak tahu pulak aku sebab takde sesiapa pun royat. Hatta institusi pengeluar kad kredit sendiri pun tak pernah bagitau bahawa peniaga tiada hak mengenakan surcaj kad kredit. Selama ni aku kena rompak disiang harilah oleh tokei-tokei kedai.

Tokei kedai pulak bila ditanya kenapa kena caj ni? Biasa la depa cakap pasal itu bank pun kasi caj sama kita (peniaga) jadi kita kena potong sama lu punya kad kredit lah. Kalau dah tolei kedai cakap camtu nak buat camana? Kalau dak tak terbeli lah barangan yang kita berkenan tu.

Baguslah kalau kerajaan mintak Bank Negara pantau lantas laksanakan penguatkuasaan kearah menghapuskan amalan tidak sihat mengambil kesempatan oleh peniaga ke atas pengguna.

Peniaga dilarang kenakan caj kad kredit

KUALA LUMPUR - Peniaga pada prinsipnya dilarang daripada mengenakan caj tambahan kad kredit atau ‘surcharge’ kepada pelanggan yang membeli barangan menggunakan kad kredit, persidangan Dewan Rakyat diberitahu semalam.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah berkata, larangan ke atas pengenaan caj tambahan adalah selaras dengan peraturan syarikat penjenama kad seperti MasterCard Worldwide dan Visa International, serta dalam syarat perjanjian di antara peniaga dan institusi pemeroleh peniaga.

“Pemegang kad sebenarnya berhak memaklumkan kepada institusi pemeroleh peniaga atau pengeluar kad kredit yang berkenaan mengenai pengenaan caj tambahan dengan mengemukakan bukti, contohnya resit bayaran yang menyatakan jumlah caj tambahan itu supaya dapat disiasat dan tindakan sewajarnya boleh diambil oleh institusi pemeroleh peniaga, ke atas peniaga yang berkenaan.

“Pemegang kad juga mempunyai pilihan untuk tidak membeli barangan daripada peniaga yang mengenakan caj tambahan,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud).

Abdul Rahman ingin tahu mengapa kedai-kedai dibenarkan mengenakan caj tambahan sebanyak dua peratus kepada pembeli yang menggunakan kad kredit dan menyifatkan tindakan itu sebagai “rompakan siang hari”.

Abdul Rahman turut mencadangkan supaya Bank Negara diberi kuasa memantau dan melaksanakan penguatkuasaan undang-undang berhubung perkara itu.

Menjawab soalan Teo Nie Ching (DAP-Serdang) yang ingin tahu rasional kerajaan mengenakan cukai perkhidmatan RM50 setahun bagi setiap kad kredit utama pula, Ahmad Husni berkata, ia adalah bagi memupuk semangat berbelanja secara berhemah.
- Bernama

Tuesday, November 24, 2009

Perasan Dak Kaedah Baru UBN Serang Pas?

Huhh...segala macam gaya, berbagai cara UBN cuba jugak nak hancurkan Pas/PR. Setakat ni usaha mereka 'sikit' terkesan menampakkan guris-guris retak didinding permuafakatan Pas tetapi cepat disedari dan ditampal dengan simen yang kuat.


Segala kederat para intelektual UBN dikerah mencanangkan isu dan fitnah supaya kelihatan saf kepimpinan Pas dilihat menuju arah pecah belah seterusnya lemah. Musing ligat para cacai menjalankan kerja 'cucuk-mencucuk' tapi Pas tetap begitu dan insyaAllah akan terus kekal begitu berdiri utuh.

Ada pun sekarang ini 'think-tank' UBN mencuba pula pendekatan aliran orang agama mencokek TGNA dan TGHH agar melatah melayan karenah mereka. Puak aliran agama ini cuba menimbulkan persepsi bahawa kedua pemimpin utama Pas seolah beraliran sesat. Sesat tang mana aku tak tahu tapi aku yakin mereka yang selama ini bersama bersealiran dengan UBN dah lama sesat dengan Islam hadharinya.

1. Kenyataan dari MAZA mempertikaikan bagaimana seorang AJK pegawaian Aqidah MAIS mengutuk TGNA dan TGHH sebagai sesat Wahhabi. Binawe punya pegawai, siapa yang kasi dia autoriti untuk kutuk-kutuk ulama' yang pada pandangannya berlainan fahaman. Layak ke dia diberikan amanah sebagai Pegawai Aqidah? Seeloknya MAIS perbetulkan dulu fe'el dan 'aqidah' mamat tu.

2. Gempar! Seorang Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Pondok Kelantan tetiba membuat kenyataan mempertikaikan kewibawaan TGNA bahawa TGNA tidak bersandarkan ijtihad ulama' dan mentafsirkan Quran berdasarkan pemahaman sendiri. Dengan kata lain dia bermaksud TGNA sesat la tu. Tapi tanak la ulas pasal ni lebih-lebih lagi dia tu bergelar Tok Guru Haji Lah. Bimbang jugak kalau media lahanat UBN memutar belit fakta sebenar. Berdosa kering kang.

Apa pun nampak tak apa persamaan poin dari kenyataan dua orang yang berbeza, sorang kat Timur sorang lagi di Barat. Pegawai MAIS terang-terang pengampu UBN penggadai maruah. Bukan takleh komplen kritik dua pemimpin Pas tu, mereka bukan maksum. Tapi nak kritik pun biar ada batas. Jangan main hayyun je. Orang boleh nampak kamu tu barwa UBN. Penjilat UBN sanggup melakukan apa sahaja walaupun kenyataan itu bisa mengelirukan majoriti umat Islam.

Macam-macam Pesen: Lelaki Lahirkan Bayi

Bila 'Lelaki' Bernama Thomas Beatie Melahirkan Anak

Thomas Beatie melahirkan seorang anak perempuan pada bulan Julai tahun lepas.-Foto ehsan www.edaransalindah.com

THOMAS Beatie merupakan seorang lelaki yang pernah mengandung dan melahirkan seorang anak perempuan pada bulan Julai tahun lepas.

Jejaka berumur 35 tahun ini sebenarnya dilahirkan sebagai seorang perempuan bernama Tracy Logondino.

Dia kemudiannya menukar jantinanya kepada lelaki apabila jatuh cinta dengan seorang lagi perempuan bernama Nancy Roberts yang kini beumur 46 tahun.

Isterinya Nancy, terpaksa membuang rahimnya kerana masalah kesihatan 21 tahun yang lalu dan itulah yang membuatkan Thomas untuk cuba mengandung.

Untuk menukar jantinanya, Thomas terpaksa menjalani beberapa prosedure seperti pembedahan jantina, pembinaan semula buah dada, mengambil terapi testosteron serta suntikan hormon.

Tetapi satu perkara uang Thomas tidak lakukan ialah membuang rahimnya yang masih membolehkannya mengandung seperti wanita lain.

“Bagaimana rasanya jika seorang lelaki mengandung? Tidak masuk akal, bukan! Namun hakikatnya, perut saya semakin membesar dan saya yakin saya masih lelaki,” katanya kepada sebuah majalah luar negara pada bulan Mac tahun lalu.

Sebelum mengandung, Thomas berhenti mengambil suntikan testosteron dan hormon untuk mengembalikan kitaran haidnya.

Menurutnya, dia menggunakan sperma dari seorang penderma yang diperolehi daripada bank sperma bagi membolehkannya mengandung.

Meskipun perutnya semakin membesar pada masa itu, Thomas tetap meneruskan kehidupan sebagai lelaki.

“Lapan tahun haid saya terhenti dengan pengambilan suntikan hormon ini. Saya berhenti mengambilnya selama empat bulan untuk kembali normal dan tidak mengambil ubat untuk hamil,” katanya.

Pasangan Thomas dan Nancy yang kini menetap di Pacific North West, Amerika, menyembunyikan rahsia ini selama sepuluh tahun daripada kawan-kawan dan jiran-jiran di tempat tinggal mereka sebelum bersetuju ditemu bual oleh majalah tersebut.

“Memiliki anak adalah impian semua dan kerana itu kami sanggup lakukan apa saja, termasuk menggunakan kaedah biologi bagi memastikan hasrat ini tercapai,” tambahnya lagi.-mStar

Hari Ini Dah Masuk Hari Ketiga Banjir

2-3 hari ni ramai warga tempatan bercakap pasal fenomena luarbiasa banjir di Terengganu khasnya di Dungun. Unsur menarik yang dikatakan penyebab paling manasabah menyebabkan kejadian ini kata mereka ialah berkaitan hal berlaku peristiwa bulan bercincin baru-baru ini.


Daerah Dungun mencatatkan jumlah mangsa pemindahan banjir paling ramai di Pantai Timur setakat ini seramai lebih dari 2900 orang. Dan berita tv pagi tadi menyatakan jumlah mangsa yang dipindahkan bagi negeri Terengganu sahaja lebih dari 8000 orang. Memang fantastik angka itu menambahkan lagi anggapan luarbiasa kebanyakan.

Hari ini cuaca agak tenang, langit cerah sebelah pagi hingga tengahari, hujan sekadar rintik tapi berkemungkinan pada sebelah petang hujan akan turun lagi. Sehingga jam 1.00 tengahari tadi berita melaporkan penyusutan jumlah mangsa banjir kepada 6900 orang sahaja di Terengganu.

Dipaparkan di sini video situasi banjir disekitar kediaman aku untuk tatapan pengunjung serta sebagai koleksi peribadi blog Gelombang Hijau. Selama 9 tahun aku menghuni Kampung Sura Tengah, inilah kali pertama aku melalui suasana banjir sebenar. Anak-anak kemain lagi 'excited' nak celup kaki dalam air banjir.

Melalui pengamatan aku mendapati antara punca banjir kali ni di Sura Tengah ialah akibat tiada sistem perparitan yang sistematik. Longkang utama memang takde. Oleh itu air bertakung tak boleh mengalir keluar serta dihambat pula oleh limpahan longkang besar di jalan utama yang melimpah memasuki kawasan kampung.

Jalan kaki harungi air sambil berpayung dan rakam video
-seronok juga dah lama tak main banjir macam waktu bebudak dulu

Monday, November 23, 2009

Bandar Dungun Tenggelam Banjir

Memang tak logik kalau tengok tajuk artikel ni. Melihat kepada pembangunan Dungun terutamanya penaiktarafan sistem longkangnya memang menakjubkan. Penutup laluan longkang diukir cantik penuh kreativiti bagi mencantikkan lagi pemandangan bandar Dungun.


Malangnya indah ukir dari fungsinya. Longkang projek hadhari lah katakan... macam piagam Islam hadhari jugalah, cantik dimata tapi fungsinya hampeh. Walau dibina lebih lebar dan dalam tapi longkang masih gagal menangani masalah limpahan air hujan. Air bertakung sedalam 4"~6" atau mungkin lebih memenuhi laluan dari depan Hospital Dungun sehingga ke depan Sekolah Menengah Sains Dungun.

Petang semalam sewaktu membawa keluarga keluar menerewang melihat 'keindahan' pemandangan air disekitar Dungun aku dan keluarga tersekat oleh limpahan air banjir kilat yang agak dalam dan laju berdekatan dengan selekoh warung Telor Power.

Aku serik bercampur bimbang kerana beberapa minit sebelum sampai ke situ, kereta aku telah mengharung jalan bertakung air sedalam separuh rim kereta sejauh kurang lebih 300 meter. Aku sangkakan laluan tersebut ok macam biasa walau air melintasinya. Tapi semakin jauh aku pandu rasa lain macam kerana kereta semakin lemah. Rupanya jalan tersebut semakin menurun kepenghujungnya menyebabkan air semakin dalam.

Enjin makin sebak serta semput terhinjut-hinjut, semacam masuk air dalam ekzos. Aku tak henti berdoa padaNya. Kalau sorang aku tak kisah tapi dalam kereta ni ada semua anak bini. Alhamdulillah dalam sebak dan mengaum enjin tu sempat juga sampai ke traffic-light Jalan Melati. Pengalaman paling mendebarkan. Mujurlah kereta tua aku ni masih gagah dan berfungsi dengan baik, masih berjasa pada tuannya.

Ini sedutan video rambang yang sempat aku ambik melalui kamera henpon. Maaf kerana ada gangguan suara anak beranak mewarnai suasana petang itu ;

Antara MB Yang Dituduh & ADUN Kaki Rasuah

Sekurangnya aku ada rasa bangga sikitlah hari ni melihatkan pengumuman Arrifahmi menantu TokGuru untuk taat setia dengan TokGuru dan bersedia meletak jawatan sebagai CEO PMBK. Meskipun dalam segala mehnah dan kegawatan melanda Pas sekarang ini masih ada kekuatan dan intergriti yang mendokong mengiringi perjalanan perjuangan Pas.


1. Secara umumnya TGNA telah bertindak bijak melakukan apa yang dianggap mustahil untuk dilakukan. Peluang mengerjakan Haji percuma atas tajaan seseorang semestinya mengundang keterujaan. Siapa yang taknak lepaskan peluang keemasan mengunjungi Baitullah? Tetapi demi Islam dan maruah, TGNA sanggup menangguhkan pemergiannya agar tuduhan UBN tidak akan menjadi kudis dan bernanah suatu masa nanti. Jembalang UBN hanya menanti masa untuk menyebarkan fitnah seterusnya. Semua itu bakal mengundang persepsi negatif terhadap saf kepimpinan dan Pas itu sendiri.

2. Seorang kaki rasuah, ditangkap dan dihukum oleh UBN berupa digantung 3 tahun tak bertali. Setelah tamat edah hukuman langsung diangkat sebagai calon Bagan Pinang dan menang. Jika semua orang boleh nampak pasti tertulis didahinya 'rasuah' betapa sikap jijik itu takkan terhapus mudah dari amalannya. Sekarang bapak rasuah ini bermaharajalela dalam DUN Nogori9. Ia suatu yang amat dibanggakan oleh gerombolan UBN mempertahan, memuja dan mengangkat samada pelaku rasuah, penzina, pembunuh, pemabuk dan seumpamanya sebagai pemimpin mereka.

Jadi buatlah pilihan sebenar kamu wahai rakyat Malaysia yang bermaklumat dan berfikiran. Apakah kamu rela melihat imej agama Islam dan negara Malaysia saban masa dilondehkan atau dirobekkan maruahnya oleh manusia-manusia terkutuk yang bertakhta disinggahsana UBN?

Monsoon (Cup) Telah Tiba

Cuba tengok realiti ombak musim tengkujuh di Pantai Timur. Sewaktu sedang bersantai dipinggir pantai Teluk Lipat Dungun, aku berkesempatan ambil gambar video ombak yang telah seminggu membadai.


Aku duk rasa inilah musim sebenar yang sesuai untuk dijalankan festival Monsoon Cup. Dengan ombak menggila pastinya memberi cabaran tak terhitung kepada para pelayar professional selain menguji tahap kekebalan kapal layar yang dikatakan bernilai RM 1 juta sebuah itu. Apakah hentaman ombak tidak lut dengan badan kapal layar semahal ini?

Ini idak main waktu angin kembali tenang. Ejas la jadual tu. Realitinya depa semua pun penakut nak terjah ombak menggunung tu. Pastu mula la wat keje bodo i.e. sembahyang hajat mintak angin kuat... tak ker bengong tu. Siapa yang bengong. Fikirlah sendiri.

Baru Real beb..!!!

Doakan Ustaz Nasha Segera Pulih

Diberitakan pagi tadi Ustaz Nasha mengalami sakit dada sewaktu sessi soal jawab sidang Parlimen. Kejadian berlaku lebih kurang pukul 10.45 pagi dan beliau diberikan rawatan awal ECG oleh doktor di Parlimen. Kemudian segera Ustaz Nasha dibawa ke IJN untuk pemeriksaan lanjut.


Kita mendoakan semoga Ustaz Nasha segera sembuh dan kembali dapat menjalankan amanahnya secepat mungkin.

p/s: Aku fikir ustaz Nasha sedang stress sekarang ni memikirkan pelbagai serangan dan tohmahan terhadapnya, bagaimana cara menanganinya. Sikap membisu Ustaz Nasha mungkin lebih baik bagi dia jika tidak lebih parah lagi penyakit bakal menimpa. Senakal-nakal dia pun, dia masih pemimpin Pas, perlu kita hargai jasanya dan tak kurang juga sumbangannya untuk perjuangan ini.

Ramalan Jabatan Kaji Cuaca Tepat

Ada tepatnya ramalan oleh Jabatan Kaji Cuaca Malaysia pada minggu lepas bahawa angin kencang selaju antara 30-40km sejam yang membawa bersama hujan lebat dan sederhana secara berterusan akan melanda Pantai Timur dari 18hb hingga 22hb November 2009.

Pagi semalam terkejut aku dengan fenomena luarbiasa dipersekitaran kawasan kediaman aku ni bilamana limpahan air hujan sedang sarat memenuhi ruang -ruang padang yang luas dan perumahan berhampiran sedang berjaga-jaga bimbang jika air melimpah masuk ke dalam rumah. Dengan kata lain banjir la.

Terkebetulan rumah sewaan aku ni berada di tempat yang agak tinggi sedikit maka tidak terjejas dengan gangguan itu. Jalan kampung mula digenangi air dan buat sementara waktu kenderaan ringan terpaksa ambil alternatif laluan berhampiran.

Nanti aku upload kan video amatur suasana banjir...

Banjir di K'tan dan T'ganu semakin buruk
Nov 22, 09 7:25pm


Keadaan banjir di Terengganu dan Kelantan semakin buruk petang ini, di mana di Terengganu kesemua daerah di negeri itu dinaiki air kecuali di Kuala Terengganu.

Sementara jalan pantai dari Kuala Terengganu ke Kota Baharu telah dinaiki air sedalam 0.5 meter dan ditutup kepada kenderaan ringan petang ini.

Jumlah jalan di negeri itu yang ditutup kepada kenderaan berat dan ringan kini meningkat kepada 28 iaitu Hulu Terengganu (10), Marang (lapan), Setiu (lima), Besut (tiga) serta Dungun (dua).

Sementara itu, jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan banjir di kedua-dua negeri itu meningkat kepada 4,627 orang di Terengganu berbanding 2,309 pada pagi tadi, manakala 1,644 mangsa di Kelantan berbanding 793 orang pada sebelah pagi.

Manakala keadaan di Pahang dan Perak tidak banyak perbezaan berbanding pagi tadi di mana di Pahang hanya 22 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan banjir, dan di Perak pula mangsa di pusat pemindahan kekal kepada 824 orang.

DSAI Pertahankan TGNA Di Parlimen

DSAI mempamirkan semangat setiakawan sejati sebagai rakan sekutu Pakatan Rakyat, selain mempertahankan TGNA atas dasar peribadi yakni menghormati TGNA sebagai seorang ulama' dan pemimpin. Beliau menyelar tindakan Pemuda Umno yang ketandusan isu melainkan licik mengambil peluang menangguk diair keruh.

Isu rasuah terhadap TGNA hebat digembar-gemburkan kemudian dijaja seantero negara oleh media haprak Umno. Pemuda Umno melihat ini peluang bagi membina karismatik mereka konon sebagai pemain utama sayap Umno. Sebaliknya kita melihat sekarang tindakan gelojoh dan bodoh pemuda UBN ini ibarat menjerut leher sendiri. TGNA telah membuat keputusan yang bijak dan diharapkan si tertuduh berkenaan juga turut mengikut jejak langkah sama.

Dalam situasi komponen PR yang sedikit tergugat ini tindakan DSAI di Parlimen dilihat amat terpuji atas usaha beliau menutup kelemahan sedia ada bertambah kacau dari diambil kesempatan lagi oleh UBN serta media keparat belaan mereka.

KUALA LUMPUR, 16 Nov: Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar sikap pemuda Umno dan pihak tertentu yang menggesa Menteri Besar Kelantan disiasat kerana terlibat dengan rasuah berhubung isu penajaan haji.

Bercakap di dewan rakyat hari ini, Anwar memberitahu banyak lagi kes-kes rasuah membabitkan pemimpin Umno Barisan Nasional dengan nilai yang lebih besar tetapi sayap Umno itu hanya berdiam sahaja.

Namun apabila membabitkan pemimpin pembangkang ujarnya, pemuda Umno terus lantang bersuara seolah olah merekalah yang konsisten menjuarai isu rasuah.

"Untuk pemuda-pemuda Umno, dengan kekayaan sedemikian, cara angkuh dan takabur, menyerang tok guru (Nik Abdul Aziz) itu sebagai perasuah, patut letak jawatan.

"Tan Sri Yang Dipertua...kita cakap soal Melayu, ketuanan Melayu, harapan Melayu....bangsa apa ini yang boleh menghina seorang pemimpin," katanya di dewan rakyat hari ini.

Saturday, November 21, 2009

Laporan CAP: Soft Drink BerAlkohol

Berbagai helah atau cara puak-puak kapiaq nak mengenakan Islam dan penganutnya. Antaranya kaedah paling mudah ialah melalaikan orang Islam dengan hidangan haram yang tak nampak dek mata kasar tak terpikior dek minda.


Pengilang arak menggunakan sepenuhnya kreativiti mereka merekacipta label dan teknik pembungkusan / pembotolan. Dalam kaedah pemasaran konsep ni dikenali sebagai 'promotion/labelling enhancement'. Para pengguna boleh terpedaya dengan daya penarik label pembungkusan.

Begitu juga dengan minuman arak berlabelkan 'jus buahan @ soft drink' dipasaran. Penemuan oleh CAP mendapati minuman ini boleh didapati dalam 25 jenis berlambak dijual di Supermarket dan 7-Eleven. Bebudak sekolah yang mungkin tak tahu apa amat menggemarinya dan banyak dihidangkan dalam majlis-majlis seperti sambutan harijadi.

Diharapkan pihak berwajib, masyarakat dan ibubapa memantau dengan teliti dan cakne dengan perkembangan negatif ini.


These fruit juices have more alcohol than beer

2009/11/21

By R. Sittamparam

KUALA LUMPUR: Parents should take a second look at the artfully designed bottles of colourful fruit juice that appear to be a favourite among children.

They will be shocked to read the small print on the bottle labels. For these "soft drinks" contain more alcohol than does a can of beer.

The Consumers Association of Penang (CAP) said yesterday the drinks were popular at parties attended by students.

CAP education officer N.V. Subbarow said yesterday that there were about 25 brands of "soft drinks" containing alcohol being sold in supermarkets and 24-hour convenience shops.

He said CAP's survey showed that these imported drinks were a current favourite with more than 50 per cent of schoolchildren.

"What's worrying is, these beverages can be found in the soft drinks section of stores even though the alcohol content in them is around 5.5 per cent, 0.5 per cent more than in canned beer.


CAP education officer N.V. Subbarow with some bottles of the alcoholfuelled fruit juices easily available to children as 'soft drinks'.
CAP education officer N.V. Subbarow with some bottles of the alcoholfuelled fruit juices easily available to children as 'soft drinks'.

"Checks showed that these drinks, sold for between RM5 and RM12, are popular items at students' birthday parties."

Subbarrow said CAP had received many complaints from parents about the easy availability of these drinks.

Malaysia Tuan Rumah Sukan Olimpik

Jauhnya angan-angan Malaysia nak jadi tuan rumah sukan Olimpik. Najib ada cita-cita jugak nak nganjur temasya tersohor ni. Simpan dulu la angan mat jenin kau tu Najib. Mungkin 20-30 tahun lagi belum tentu kot.


Bina stadium renang kat Batu Burok pun tak pass, bocor sana rekah sini. Stadium taraf dunia di Gong Badak runtuh jadi besi buruk sampai leni belum diusik. Terengganu memang 'out' dari senarai jika dikirakan faktor keselamatan dan keutuhan prasarana sukan.

Pasukan bolasepak terutamanya jauh panggang dari api nak jadi pasukan elit dan setaraf dengan pasukan elit Asia lain seperti Jepun dan Korea. Status taik kuku cagu Perancis je. Lawan Laos pun KO. Camna nak lawan Cameroon? Balik awal la.

Kayu pengukurnya mungkin pada pasukan bolasepak negara. Kalau berkelayakan masuk ke Sukan Olimpik maka aku yakin insyaAllah grup sukan lain seperti olahraga boleh 'fight' kat Olimpik.

Ini PM duk sibuk nak nganjur memacam, nak glamer kering jer tu. Anjur itu ini tapi ranking taraf tukang bancuh air je. Wat malu kompeni la.

KUALA LUMPUR - Malaysia perlu memperbanyakkan jaguh bertaraf Asia serta atlet yang layak ke Olimpik sebelum berangan-angan untuk menjadi tuan rumah sukan tersebut.

Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi berkata, ini antara syarat utama bagi menganjurkan sukan tersebut kerana sebagai negara tuan rumah, Malaysia perlu mempunyai kelompok besar jaguh Olimpik serta kerap memenangi pingat emas pada temasya tersebut.

“Itu merupakan syarat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) kepada negara yang berminat menjadi tuan rumah,” katanya, semalam.

Beliau berkata, walaupun Malaysia mampu menyediakan infrastruktur sukan bertaraf Olimpik faktor tersebut perlu diambil kira.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam, bahawa Malaysia tidak bercadang menganjurkan Sukan Olimpik dalam masa terdekat.

“Apa guna kita menjadi tuan rumah sekiranya tidak mampu memperolehi sebarang pingat emas dalam temasya tersebut,” katanya.

Beliau, bagaimanapun, tidak menolak kemungkinan Malaysia mampu menjadi tuan rumah sukan Olimpik, mungkin 20 atau 30 tahun akan datang.-sinar harian

Mukhriz Nak TEST MARKET

Nampak gaya macam bakal sahih je PRK Kota Siputeh ni. Umno dah tak duk diam. Bahagian jentera dengan kerjanya lah. Sebelah individu pulak sedang bersolek pasang bodi nak tonjolkan diri dan imej terbaik pada pihak atasan dengan beribu harapan semoga dilantik sebagai calon.

Mukhriz ada konco dia begitu juga dengan KJ berkonco-konco. Tetapi pendekatan dua mamak ni berlainan sket, Mukhriz aliran sederhana manakala KJ korang tahulah tahap mana samseng dia. Konco KJ pun kepala halian juga.

Mengapa Ketua Pemuda Umno jadi sohchai kepada Timbalannya? Penjawatan Mukhriz bukan atas kesetujuan ramai pemuda Umno terutamanya klik KJ. Jadi sekarang Mukhriz nak riki-riki pasaran dirinya samada masih laku atau sekadar hidung tak mancung pipi tersusun.

Walau apa pun aliran atau pendekatan, paduka mamak berdua ni bergelumang dalam tong najis yang sama.

"Saya sedia jadi calon"


ALOR SETAR - Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Mahathir sedia bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh sekiranya itu yang dimahukan penduduk Jerlun dan Kota Siputeh.

Katanya, beliau hanya akan menerima pencalonan itu sekiranya mendapat persetujuan penduduk di situ dan bukannya menawarkan diri sebagai calon sekiranya pilihan raya kecil diadakan kelak.

“Kalau nama saya dicalonkan, saya terima. Itu pun sekiranya mendapat persetujuan dari semua penduduk di situ,” katanya.

Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, buat masa ini, tumpuannya ialah kepada tanggungjawab peringkat nasional, selain peranannya sebagai Ahli Parlimen Jerlun dan tidak terfikir untuk memikul tugas baru.

Friday, November 20, 2009

Giliran Irfan Bakti Berbakti Untuk Terengganu

Aku bukanlah seorang peminat fanatik bolasepak lebih-lebih lagi bolasepak negara dan tempatan. Aku sendiri pun 'kaki bangku'. Aku minat Kriket. Tapi sekurang-kurangnya aku ambik tahu jugaklah sesikit aktiviti, status dan kejayaan kelab bolasepak tempatan.

Tahun 2009 menyaksikan omputeh bernama Ken Worden dilantik sebagai jurulatih negeri. Prestasi Ken Worden pun bagi aku tak konsisten. Ada negeri yang mencapai kejuaraan hasil tunjuk ajar beliau dan ada negeri sebaliknya tak terkecuali Terengganu.

Agaknya jiwa melayu Terengganu tidak serasi dengan fe'el omputeh. Susah nak dengar kata-kata atau langsung tak faham dengan bahasa omputeh. Kalau camtu keadaannya camna pemain nak faham istilah-istilah tektikal perlawanan.

Saat gemilang PBSNT ialah sewaktu asuhan jurulatih Mat Zan Mat Aris yang memenangi kejayaan paling berprestij Piala Malaysia.

Thursday, November 19, 2009

Duta Asing 'Sex Maniac'

Wanita dakwa dicabul duta asing

SHAH ALAM – Seorang wanita membuat satu laporan polis mendakwa dia dicabul duta asing dari sebuah negara Timur Tengah ketika mengunjungi pejabat kedutaan berkenaan di Jalan U-Thant.

Mangsa yang berumur dalam lingkungan 20-an itu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, Selasa lalu.

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, mangsa yang juga ejen jualan mendakwa dia turut diraba selain pipinya dicium suspek ketika mengunjungi pejabat kedutaan tersebut.

“Pada mulanya suspek suspek mencium pipi mangsa dan apabila mangsa cuba mengelak, suspek bertindak menolak mangsa sebelum mencium mulutnya.

“Suspek kemudiannya memeluk mangsa dan mengambil kesempatan meraba tubuhnya sebelum melepaskan wanita terbabit,” katanya.

Sumber itu berkata, mangsa turut memberitahu suspek menghubunginya beberapa kali selepas kejadian tersebut dipercayai bagi memohon maaf.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencabul
.-sinarharian

Salji Di Kuala Lumpur???

Masih ingat lagu mendiang Broery Marantika "indahnya senja di Kuala Lumpur". Kali ini bukanlah senja tetapi salji yang akan mengindahkan Kuala Lumpur. Boleh bayangkan jika di Taman Tasik Permaisuri atau Tasik Titiwangsa ramai orang bermain ice-skating?


Mustahil amat mustahil untuk salji turun kat Malaysia ni. Tetapi kebimbangan segelintir penghuni kotaraya KL akibat mengalami 'suhu sejuk luarbiasa' kebelakangan ini telah mengundang berbagai persoalan dan persepsi.

Apa kata pakar?

By Veena Babulal

KUALA LUMPUR: The Meteorological Department has described rumours of a snow blizzard hitting Malaysia tomorrow as untrue.

"There is no such thing as snow blizzards in Malaysia," said its director-general, Dr Yap Kok Seng, adding that it's impossible for snow blizzards to occur in tropical countries.

"Snow blizzards only occur in mid-latitude countries such as Canada, China or northern Europe," he said when asked to comment on emails circulating on the Internet of a snow blizzard that would hit Kuala Lumpur at 7pm tomorrow.

Yap said the department had been flooded with phone calls and emails from the public over the past few weeks.

"Even if one were to subscribe to global warming theories, to say that KL will be hit by a snow blizzard is grossly inaccurate. It is impossible."

Yap said the public must reject theories not supported by scientific proof.

The department has released a statement that the blizzard "is a hoax" and urged the public to call its central forecast office at 03-79678116 for enquiries or visit its website at http://www.met.gov.my.

It is believed that the emails might have been inspired from a recent snowstorm in China.

Yap said the public must not take heed of such rumours as KL had never experienced "freezing cold temperature."

But the department said tomorrow's weather was expected to be cloudy with thunderstorms expected in the afternoon and temperature ranging between 24oC and 32oC.

In the Klang Valley, rains and occasional thunderstorms are expected to persist until Nov 24
.-NST

BNM: Tahniah Pompuan, Jantan Tak Layak

Selepas Nor Mohamad Yaakup merugikan berbillion ringgit wang negara di pasaran Forex, kerajaan melihat kedudukannya yang menjawat jawatan sebagai Gabenor BNM akan mempalitkan maruah serta kredibiliti kerajaan dan Umno.


Lantas langkah drastik dilakukan dengan menukarkan beliau ke jawatan Menteri Kewangan II dengan membawa bersamanya prestasi buruk manakala Tan Sri Zetty Akhtar Aziz serta merta dilantik sebagai Gabenor BNM yang baru.

Prestasi BNM di bawah Tan Sri Zetty amat memberangksangkan dan negara berupaya menongkah kepayahan mengharungi krisis ekonomi dunia. Diperkatakan bahawa bukan calang-calang insan sebenarnya yang layak menduduki takhta Gabenor Bank Negara. Tan Sri Zetty bukan dari kalangan keluarga kebanyakan biasa. Ibubapanya adalah tokoh berpengaruh dan gambar mereka dikatakan terpampang didinding istana Presiden Indonesia.

Dan bermula 1 November lalu, seorang lagi wanita negara diberi kepercayaan memegang jawatan penting dalam pentadbiran Bank Negara. Apakah seterusnya legasi Tan Sri Zetty akan terus menampilkan wanita berkebolehan sebagai peneraju Bank Negara? Apa pun tahniah buat Norzila Abdul Aziz.

Bank Negara appoints Norzila as Assistant Governor

2009/11/19

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia has announced the appointment of Norzila Abdul Aziz as an Assistant Governor, effective Nov 1.

As Assistant Governor, Norzila will be responsible for the Investment Operations and Financial Market and the Foreign Exchange Administration Departments, the central bank said in a statement today.

Prior to her appointment as Assistant Governor, Norzila was the Director of the Investment Operations and Financial Market Department, a position she held from 2006.

Norzila joined Bank Negara in 1986 and has served in the Investment Operations and Financial Market Department’s London Representative Office.

She holds a Business Degree from Curtin University, Western Australia, and is a member of the Australian Society of Accountants.
- Bernama

Tuesday, November 17, 2009

BTN: Biro Tok Nenek

Zaman aku sekolah menengah dulu sehinggalah tamat kolej sampai 4 kali dibasuh kepala hotak oleh BTN. Mengingatkan kembali waktu kali pertama menyertainya aku takleh lupa betapa bodo piang aku dan kengkawan setingkatan menangis meraung-raung ditorture oleh para instructor.

Kononnya bersemangat patriotik lah dan kemelayuan menebal. Rentetan dari kursus berkenaan tak semena-mena bebudak melayu bengong ni dengan kepala yang masih fresh asuhan krew-krew BTN pegi membantai sorang sahabat juga roomate berbangsa Cina. Aku sumpah tak usik tapi kesian siot tengok budak Cina tu lebam-lebam kena tibai. Bodo piang BTN.

Korang masih ingat lagi lagu yang membangkitkan nostalgia ni...,"anak kecil main apiii... terbakar hatinya yang sepi... airmata darah bercampur keringat... bumi dipijak milik orang".

Tajuk lagu tu Niamasohai, ala-ala Jepun gitu... wakakakaka.....

Baguihlah dah ada pihak bikin opsyen cadang kat Selangor haramkan penglibatan anak muda Selangor dalam BTN. Patut negeri Pakatan Rakyat yang lain ikut langkah sama.

S'gor digesa boikot program BTN

Selangor digesa supaya berhenti menghantar mahasiswa di pusat pengajian tinggi milik kerajaan negeri ke program anjuran Biro Tata Negara (BTN) kerana ia didakwa menyemai sentimen perkauman di kalangan pelajar.

Sekumpulan ADUN muda Pakatan Rakyat Selangor menggesa pemulauan program agensi bawah Jabatan Perdana Menteri itu melalui satu surat kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

ADUN Batu Caves, Amirudin Shari berkata bantahan itu dibuat memandangkan sebahagian pengisian program berkenaan didapati tidak berkaitan dengan usaha pemupukan nilai-nilai kenegaraan atau penyebaran ilmu.

"Sebaliknya ia merupakan program politik kepartian Umno-BN dan perkauman semata-mata," kata wakil rakyat PKR itu sebagai jurucakap kumpulan ADUN tersebut kepada media selepas persidangan DUN hari ini.

Wakil-wakil yang turut hadir pada sidang media itu, Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku), Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR-Seri Setia), Jenice Lee Yin Ha (DAP-Teratai), Hannah Yeoh Tseow Suan (DAP-Subang Jaya) dan Gan Pei Ni (PKR-Rawang).

"Justeru kita berpandangan kerajaan negeri perlu bertindak untuk mengarahkan jemaah (senat) universiti untuk menghalang pelajar daripada menghadiri program BTN," kata Amirudin, yang juga naib ketua Angkatan Muda PKR, lagi.

Pusat pengajian tinggi yang dimiliki kerajaan Selangor termasuk Universiti Industri Selangor (Unisel), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Kolej Inpens.

Amirudin juga memberikan alasan bahawa Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) juga tidak mewajibkan pelajar menghadiri program anjuran biro berkenaan.

"Tapi sepanjang pengalaman saya di universiti dan saya percaya perkara ini turut dipropagandakan kepada para pelajar, mereka perlu hadir program BTN.

"Jika tidak, mereka tidak akan lulus. (Dakwaan) ini sesuatu penipuan," tambahnya ketika membacaknya kenyataan bersama mereka.

"Peserta kursus didoktrinkan dengan propaganda tentang ketuanan Melayu dan ancaman (negara) luar dan tidak diberikan ruang untuk mencabar propaganda tersebut memandangkan programnya berjalan secara satu hala sahaja."

Seorang lagi wakil rakyat PKR Nik Nazmi Nik Ahmad pula berkata, sebagai seorang pelajar tajaan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC), beliau sendiri - yang pernah mengikuti program BTN - mendapati ia tidak sepatutnya wujud apabila kerajaan sedang bercakap tentang 1Malaysia.

"Sepanjang program tersebut, apa yang ditekankan adalah (parti) Keadilan ini, Anwar adalah ejen Yahudi, DAP adalah parti ejen Singapura dan PAS adalah parti ajaran sesat," katanya.

"Itu saja yang disertakan dalam modul mereka yang bersifat politik kepartian yang sepatutnya tidak wujud sebagai satu program bawah JPM."

Tambahnya, peserta juga "dimomokkan" tentang tentang "ancaman orang Cina" dalam program yang disertainya itu.

"Ada beberapa mahasiswa (berbangsa) Cina yang hadir (dalam program tersebut).

"Saya boleh bayangkan betapa mereka rasakan diri mereka begitu takut dalam situasi tersebut kerana modulnya sendiri bersifat perkauman," katanya.-malaysiakini.



Monday, November 16, 2009

Kota Siputeh: Umno Apa Kes Berdalih?

Hari ini aku tak berapa sempat melayari berita internet kerana beberapa hal keluarga yang terpaksa disetelkan. Kata omputeh Family First la. Bila jenguk aje malam ni masyaAllah sana sini laman berita mainstream online serta media baru blog hangat menyiarkan berita tentang pengisytiharan kekosongan kerusi DUN Kota Siputeh Kedah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Cuma dalam drama fiksyen Kota Siputeh ni aku tak puashati dengan sikap manusia jalang paling ngok dalam isu ni iaitu SPR yang takde kote memihak kepada Umno, bersungguh auta itu cilok ini mempertahankan kerusi milik 'majikan'nya dari terlucut ketangan Pakatan Rakyat. Hakim Alizatul sendiri melihat tindakan SPR ini amat tidak wajar mempertahankan ADUN yang makan gaji buta itu kerana telah tidak mengahdiri 2 sidang DUN pada tahun ini. Bodo piang ko SPR. Tak abis-abis menjadi barwa Umno.

Perlu kita ingat bahawa aura kemenangan Umno di Bagan Pinang akan dibawa pula ke Kota Siputeh. Pasti tidak ketinggalan pejuang barisan depan mereka berupa geng-geng mafia Pengkidda serta para samseng sewaktu dengannya akan mewarnai jua suasana PRK Kota Siputeh jika benar diadakan PRK.

Perjuangan Umno di Kota Siputeh belum selesai. Kisah saman ini takkan berakhir di Mahkamah Tinggi begitu saja. Pasti akan ada rayuan demi rayuan dari Umno. Walhal Najib kata sudah yakin dengan sokongan rakyat terhadap Umno/BN dengan diambil iktibar dari kemenangan di Bagan Pinang.

Persoalannya kenapa Umno tak berani untuk melepaskan DUN Kota Siputeh? Atau Umno sekadar cakap kosong, takut pada bayang-bayang, masih tak mampu berdepan dengan kebangkitan rakyat yang beriltizam menaruh harapan terhadap Malaysia Baru?

KUALA LUMPUR: Pilihan raya baru akan diadakan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kota Siputeh di Kedah selepas kerusi berkenaan diisytihar kosong oleh Mahkamah Tinggi di sini pada hari Isnin.

Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin memutuskan bahawa kerusi itu kosong selepas penyandangnya Datuk Abu Hassan Sarif tidak menghadiri dua persidangan DUN tahun ini.

Berikutan keputusan Mahkamah Tinggi itu, Abu Hassan akan dihalang daripada menghadiri persidangan DUN esok.

Dalam keputusannya, Hakim Alizatul menegaskan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertindak secara tidak wajar dan keputusan suruhanjaya itu bahawa Abu Hassan masih merupakan wakil rakyat bagi Kota Siputeh dan kerusi DUN itu tidak kosong, perlu dibatalkan.

"Meskipun saya bersetuju bahawa SPR mempunyai kuasa untuk menentukan kekosongan berlaku secara kebetulan, namun saya tidak berpendapat SPR dapat mengatasi kuasa Speaker mengikut Perkara 51 Undang-undang Tubuh Negeri Kedah," katanya ketika menyampaikan keputusannya pada 5.30 petang.
-BERNAMA

Pecat Ariffahmi: Siapa Sanggup Buat Petisyen?

Aku keliru memikirkan lepas satu demi satu musibah menimpa keharmonian dan keutuhan Pas. Dengan berlapang dada aku yakin ini semua merupakan hanya sedikit cuma ujian umpama filtering dari Allah untuk menguji kekentalan kepimpinan sesetengah individu tertinggi Pas bagi memastikan mereka mampu bertahan demi membawa Pas betul-betul berjuang di atas landasannya.


Cabaran juga melanda intergriti para pimpinan dua tokoh ulama terkemuka Pas yakni TGHH dan TGNA. Melalui siri pembacaan membawa aku kepada penelitian menunjukkan kecalaran kredibiliti dan intergriti dua tokoh ini tidak lut diterjah oleh Umno dari luar walau dengan pelbagai isu berupa fitnah atau rumours.

Sebaliknya kegawatan mutakhir ini tercetus akibat kesilapan yang dicetuskan oleh pimpinan bawahan yang duduk mengelilingi kedua tokoh itu. Samada dari kalangan pimpinan peringkat Pusat dan Negeri samada tanpa sedar atau sebaliknya telah menitiskan setitik nila menyebabkan rosak susu sebelanga.

Isu UG terlebih awal menduduki takhta kerosakan imej Pas. Aku yakin TGHH telah tersadung akibat terlalu yakin dengan jalan berlubang tak siap yang diturap oleh dua tiga orang kepercayaan dan paling akrab dengannya.

Sehingga membawa isu ini lebih parah apabila terkeluar istilah Fraksi Umno dari kalangan anggota Pas yang kecewa dengan perkembangan negatif tersebut. Apa yang lebih dahsyat satu istilah assobiyyah iaitu 'Geng Terengganu' turut direka bagi menggambarkan kemarahan ahli Pas. TGNA lebih awal melihat kepincangan ini lantas secaras drastik mengarahkan supaya EGM diadakan.

Masih ada sedikit keraguan dalam kepala hotak aku bahawa isu UG ini walau ditutup terus gelanggang nya dari diari Pas tetapi persoalannya adakah saki baki pemikiran kearah pembentukan UG akan berhenti begitu sahaja? Sudah menjadi tabiat orang Terengganu agaknya 'cinta lama takkan hilang' di angin lalu.

Keduanya isu yang paling menyedihkan kita kerana melibatkan imej TokGuru. Ramai rakyat kecewa dengan tohmahan Umno bahawa TGNA akan ke Mekah hasil duit sogokan a.k.a. rasuah. Menangis orang tua tu mengingatkan dirinya tak henti-henti diserang difitnah sehingga melibatkan kepada hal-hal keagamaan.

Siasatan segera dibuat bagi membongkar siapa dalang disebalik kejadian ini. Dan intipati siasatan yang menarik menunjukkan ada tangan-tangan celaka cuba menconteng kredibiliti TGNA telah dibongkar melalui laporan Pak Bakaq. Kemudian diselusuri oleh maklumat INI dan SINI juga.

Laporan terbaru mengenai dalang terhebat kes rasuah TGNA boleh dibaca diartikel Jangan Kambus Tipu Dengan Tipu. Secara terperinci diberikan oleh sdra Sheikh kito.

Ada juga yang beranggapan kenapa diwaktu Pas lemas inilah kes-kes seteruk Ariffahmi dibentangkan kepada umum. Bukankah ia akan menambah beban tersedia ada? Tapi kita perlu kembali pada pesanan TGNA antara lebih kurang maksudnya kerana sayang Islam sayang Pas lah beliau sanggup memikul tanggungjawab menerima kritikan untuk mengadakan EGM tempohari.

Jangan sesekali kita terpedaya dengan kedudukan Ariffahmi walau dia menantu TokGuru sekalipun. Bak kata cendikiawan "iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertaqwa" inikan pula si menantu dan dipercayai masih lagi seorang ahli Umno Cawangan Chakung, Bahagian Machang.

Semestinya TokGuru sedih dan gundah dengan karenah menantu harapannya ini. Siapa tak terasa bilamana seseorang yang rapat malah ada ikatan tali keluarga membuat onar menikam beliau dari belakang. TokGuru tak boleh tidak terpaksa menerima kenyataan.

Maafkan saya TokGuru sekiranya nukilan kekecewaan ini menkesankan peribadi TokGuru.

Penyakit Asthma

Dalam usia aku merangkak menghampiri sempadan tua dewasa, berbagai cobaan dihadirkan oleh Pencipta ke atas diriku terutamanya darihal kesihatan tubuh badan. Selain dari anak-anak ditimpakan musibah lebih awal seperti asthma, demam, chickenpox dan sebagainya yang mana semua itu merupakan suatu ujian serta memerlukan had kesabaran yang amat tinggi disamping keberhajatan aku amat tinggi pada Allah agar dikurniakan kesejahteraan berpanjangan untuk aku, isteri, anak-anak dan zuriat seterusnya.


Dalam tempoh dua minggu ini tetiba aku diresapi penyakit asthma. Jarang sekali asthma mengganggu kehidupan aku dalam tempoh sebegini lama. Pasti aku akan terjumpa penawarnya. Tapi kali ini mungkin Allah memberikan lebih ujian untuk aku agar lebih banyak penebusan dosa berlaku namun aku redha dan bersabar. Allah Maha Mendengar rintihan hambanya yang dhaif dan hina ini dan semoga terhapuslah sedikit sebanyak dosa-dosa yang aku lakukan samada dalam sedar dan tidak atau yang tersembunyi atau terang nyata.

Betul kata orang penghidap asthma hidupnya takkan tenang sekiranya ada gangguan terutamanya dari telatah nakal anak-anak yang kekadang tidak terkawal. Sepertimana nasibnya orang yang sakit gigi tension memanjang begitu juga aku yang sedang asthma memang darah menyirap sepanjang masa.

Berbagai ubatan telah aku cuba samada berbentuk dadah (ubat klinik) atau herba (supplement HPA) tapi semuanya tidak memberikan efek yang berkesan. Aku juga mengamalkan makan madu serta meminum jus kurma + madu namun tetap nam butinam kui butikui...

Mungkin agak kehabisan modal aku hampir give-up apalagi yang harus aku telan. Sementelah cuaca yang tidak menentukan sekarang dan terkadang membawa suhu sekitaran kepada bacaan 26 Celcius menyebabkan asthma aku menjadi bertambah kronik. Tak banyak kerja dapat aku lakukan malah nak menghadap laptop pun timbul rasa jemu.

Dan semalam berkat anugerah Allah membuka sedikit minda isteri aku dengan mencadangkan agar aku cuba titiskan dua tiga titik minyak asli habbatus sauda' ke dalam air suam dan minum. Minyak sauda' ni dah lama aku simpan sebagai penawar untuk tujuan asthma. Tapi itulah dikatakan ujian Allah, langsung tak terlintas dalam kepala hotak ni pasal minyak tersebut.

Sebenarnya minyak habbatus sauda' itu telah acapkali aku gunakan ke atas anak-anak yang asthma dan amat berkesan dalam masa singkat. Lalu aku titiskan dua titik pada jari dan disapu pada lidah kemudian kemam dan telan. Alhamdulillah dengan segera memberikan 50% kelegaan.

Aku cadangkan kepada anda supaya cuba dapatkan minyak asli habbatus sauda' brand apa pun lantaklah asalkan ia minyak asli tidak campur-campur dengan bahan lain. Mungkin agak payah tapi kesukaran itu pasti membuahkan hasil yang berbaloi lumayan.

Saturday, November 14, 2009

Wang Royalti Bukan Atuk Kau Punya La Najib

DSAI Terima Elaun $1.00 Sebulan

Ia suatu pengorbanan teramat besar dari seorang pemimpin berbekalkan iltizam untuk memastikan kesinambungan Pakatan Rakyat memberikan khidmat terbaik untuk rakyat dan senantiasa dekat dihati rakyat.

Mungkin ia suatu perbuatan mustahil atau tiada pernah dilakukan orang tapi dipelopori oleh DSAI. Bekerja secara sukarela kepada kerajaan PR Selangor sebagai penasihat ekonominya dengan elaun RM1 sebulan berkuatkuasa serta merta.

Selangor appoints Anwar as adviser for RM1 a month


SHAH ALAM: Selangor has appointed PKR adviser Datuk Seri Anwar Ibrahim as economic adviser to the state with a token monthly allowance of RM1 with immediate effect.

Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim said Anwar had consented and his appointment letter would be ready at the coming state executive council meeting.

He said the move was part of the state government’s efforts to improve the economic status of the state and moving toward making Shah Alam into an Islamic capital.

Khalid said Anwar was an experienced person for the post as he had been the Deputy Prime Minister, Finance Minister as well as director for a fund management company in United States as well as adviser for a large Islamic bank in Europe.

He said the state needed a person with such experience with no ties to the state administration.

When asked why Anwar accepted with only RM1 for the job, Khalid said it would be a charitable contribution from Anwar.

He added that Anwar would liaise with the Mentri Besar office directly.-theStar.

Friday, November 13, 2009

Penyakit Chickenpox

Anak kedua aku (angah) tiba-tiba mengadu ada banyak butir air timbul dimuka dan badannya. Tiga hari lepas dia mengadu ada buntil besar menggatalkan dibelakang tengkuknya. Gatal bukan kepalang tapi bila digaru ia amat memedihkan.

Lalu aku check tengok apa bendanya dan sekilas pandang macam pernah aku nampak benda buntil berair ni. Aku pernah alaminya zaman persekolahan berasrama dulu. Rupanya anak aku sedang dihinggapi penyakit chickenpox.

Dalam bahasa melayu chickenpox dikenali sebagai jentungan. Ia penyakit kulit gatal berair yang memiang dan merengsakan tubuh badan.

Menurut doktor yang merawat bahawa penyakit ini akan bertahan selama 2 minggu dari awal tumbuh kemudian merebak sehinggalah ke waktu ia baik dan kering. Penyakit ini mampu merebak dan berjangkit dengan orang sekeliling pesakit hanya melalui medium pernafasan selain dengan cara sentuhan.

Samada suka atau tidak, orang sekeliling terutamanya ibubapa atau adik beradik akan dihinggapi penyakit ini dalam tempoh masa 2 hingga 3 minggu sahaja. Penyakit ini akan menyebabkan tindakbalas dalaman bilamana tubuh akan mengalami demam.

Chicken Pox

Pengenalan

Chicken pox juga dikenali sebagai cacar air, jintungan atau bertih (mengikut dialek daerah). Ia disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan amat mudah berjangkit. Ia berlaku pada semua peringkat umur, biasanya pada kanak-kanak. Ia lebih teruk sekiranya berlaku kepada orang dewasa. Rebakan adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang dijangkiti. Rebakan juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap chicken pox.

Pengidap chicken pox boleh merebakan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping. Kayap (herpes zoster) ialah infeksi dari virus yang sama dan berlaku pada di masa hadapan (umur dewasa).

Tanda dan Gejala

Pengidap chicken pox akan mengalami demam dengan bintik-bintik merah pada kulit. Kawasan bintik-bintik merah melibatkan muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh tubuh. Ruam chiken pox akan timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku.

Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bila gelembung berisi air pecah ia menjadi kering dan berkeruping. Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut.

Gejala lain ialah sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa, letih dan terganggu. Penghidap juga ada batuk ringan, hidung berair dua hari sebelum bintik-bintik merah timbul.

Komplikasi

Ruam atau cacar air Chickenpox akan berkurangan dalam jangka masa 2 minggu dan biasanya tiada komplikasi. Adakala penyakit boleh jadi teruk walaupun pada kanak-kanak yang sihat dan mengakibatkan komplikasi teruk termasuklah kematian. Kumpulan berisiko untuk jangkitan serta mendapat komplikasi teruk:

  • Bayi baru lahir, di mana ibu tidak penah mengidap chicken pox atau pelalian chicken pox.
  • Ibu mengandung menyebabkan kesan pada bayi dalam kandungan seperti tak cukup berat dan kecacatan anggota boleh berlaku. Sekiranya ibu mengidap chickenpox seminggu sebelum kelahiran, ia boleh menyebabkan jangkitan serius serta membahayakan nyawa pada bayi.
  • Orang yang lemah atau kurang daya tahan akibat penyakit lain seperti HIV, barah sumsum tulang (leukaemia) dan pesakit kanser dalam rawatan kemoterapi. Orang yang mengambil steroid berpanjangan pesakit asma dan sindrom nefrotik.
    Penghidap sakit radangan kulit (inflammation eczema).

Komplikasi akibat chicken pox:

  • Jangkitan kulit- menjadi lebam merah, bengkak dan sakit. Dehidrasi akibat muntah berterusan atau tidak minum air. Tanda dehidrasi ialah kurang kencing, mulut kering dan dahaga.
  • Kerosakan otak akibat radangan otak. Tanda-tanda radangan otak ialah sakit kepala teruk, keliru, mudah marah, leher keras dan belakang mengeras serta tidak sedarkan diri.
  • Radang sendi- sendi menjadi sakit, kejang dan bengkak
  • Jangkitan paru-paru (Pneumonia)- tanda-tanda seperti batuk, susah bernafas, pernafasan berbunyi (wheezing) dan sakit dada.

Rawatan

  1. Ubatan anti-viral :

Acyclovir atau immuno globulin diguna untuk merawat chicken pox. Rawatan amat berkesan sekiranya diambil segera dalam tempoh 24 jam dijangkiti. Ia akan mengurangkan keterukan dan komplikasi akibat chicken pox. Semua orang dewasa mendapat kebaikan dari rawatan antiviral di awal penyakit terutama yang kurang sistem daya tahan (orang lanjut usia, pesakit diabetes, pengidap HIV& AIDS serta rawatan steroid).

  1. Rawatan antibiotik

Komplikasi akibat chicken pox ; radangan kulit dan radangan paru-paru memerlukan rawatan antibiotik. Pesakit yang mendapat radang otak hendaklah dimasukkan ke hospital untuk rawatan antivirus.

  1. Rawatan di rumah

    • Sapu losyen calamine.
    • Ubatan antihistamin kurangkan gatal-gatal
    • Panadol untuk demam

Pencegahan

Pelalian memberi ketahanan sepanjang hayat, diberi pada umur 12-18 bulan. Pemberian pelalian- bawah umur 13 tahun terima hanya 1 dos, selepas umur 13 tahun. 2 dos, selang masa 4-8 minggu antara dos 1 dengan dos 2. Pelalian aktif diberi kepada kanak-kanak berisiko (antara 1- 5 tahun) sekiranya ahli keluarga ada chiken pox.

sumber: infosihat

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET