Saturday, August 28, 2010

Power Ranger Tak Puasa

Suatu pagi di hari pertama puasa aku alami peristiwa anih ini. Aku nampak seorang 'power ranger' bermotosikal memasuki sebuah kedai runcit dengan tergesa-gesa, kemudian keluar membimbit satu plastik hitam didalamnya berisikan objek berupa beberapa botol air berkarbonat. Tertanya jugak apahal power ranger ni? Sekilas pandang disebalik 'face shield' tu iras muka Melayu. Fahamlah rupanya power ranger ponteng puasa, kedian curi-curi masuk kedai runcit dan beli air. Tutup muka sembunyi wajah dari tatapan umum, namun dia lupa Allah Maha Melihat. Subhanallah.

Bukan sebuah dua kedai yang aku perhatikan perlakuan buruk ini tetapi kalau kat pasaraya tu jangan cakaplah. Pernah juga aku bertembung dengan ramai orang Islam Melayu dari taraf orang biasa, pekerja swasta dan pelajar IPTA dengan selamba masuk kedai India untuk membeli beberapa bungkus nasi, lauk dan air peng! Huhh..hebat penangan orang tak puasa ni. Takde nusuk-nusuk macam dulu, sekarang mereka buat 'direct' depan umum.

Entah apa nak jadi dah orang Islam Melayu kita la ni? Makin lama makin layu. Siapa yang bikin kita layu?? Tak lain tak bukan semestinya Umno-Apco kaki penipu! Tinjauan rambang aku mendapati berlaku peningkatan setiap tahun akan mereka yang mengaku Islam Melayu tapi meninggalkan salah satu Rukun Islam yang Lima. Risau saban tahun semakin bertambah dan semakin aktif kaki-kaki tak puasa rembat makan dan minum tanpa segan-silu, apatah lagi tiada sifat malu dan takut pada Tuhan Penciptanya.

Kekadang aku keliru kenapa pihak berkuasa gagal membendung sebahagian besar perlakuan biadap terhadap kesucian agama Islam ini? Alasan standard mereka sebab tak cukup kakitangan. Apakah pihak pejabat agama sengaja membutakan atau mengtulikan diri? Sepatutnya pejabat agama sedari awal bersikap pro-aktif dengan menggajikan staff kontrak atau sementara bersempena bulan Ramadhan bagi tujuan mengekang aktiviti celaka di bulan mulia ni.

Meskipun ada aktiviti pencegahan dibuat namun kadarnya amat kecil dan terpinggir. Sekadar mencatatkan pihak penguatkuasa agama ada menjalankan tugas, tapi pada pandangan aku bukanlah ikhlas, hanya memenuhi jadual bertugas semata.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET