Thursday, August 26, 2010

Pak Brahim Suruh Tangkap Pengkhianat Perkauman

Cermin diri lah dulu Pak Brahim. Garang tu mintak pihak keselamatan bertindak ke atas mereka yang disyaki sebagai pengkhianat perkauman. Nak dikategorikan macamana maksud pengkhianat perkauman? Perkasa ni bukan pengkhianat perkauman ke? Duk julang dan cium keris, nak tikam siapa? Macam Umno-Apco jugak duk tikam orang Melayu dan semua orang. Pak Brahim tubuh pertubuhan perkauman tak apa tapi tang orang lain Pak Brahim suruh cepat-cepat tangkap masuk lokap. Apa kelass ni Pak Brahim???

Tangkap segera pengkhianat perkauman: Perkasa

SHAH ALAM – Polis didesak segera menangkap pengkhianat perkauman yang cuba menimbulkan sensitiviti di negara ini.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, banyak tangkapan belum dibuat, terutama dalam kes-kes membabitkan rumah ibadat dan isu agama.

Menurutnya, Perkasa berharap komitmen tinggi dapat diberikan dalam siasatan kes baling botol arak dan cat merah di surau Taman Pulai Impian, Sikamat, Negeri Sembilan. kelmarin.

“Tindakan pantas polis telah berjaya menangkap mereka yang membakar Gereja Protestan di Petaling Jaya dan (pesalah) sudah pun dipenjarakan.

“Justeru, polis didesak supaya turut segera menangkap pengkhianat yang simbah cat merah dan baling botol arak di surau Sikamat,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Ibrahim, yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, berharap polis meningkatkan usaha menyelesaikan kes buang kepala babi di Masjid Taman Sentosa dan Taman Datuk Harun, Petaling Jaya akhir Januari lalu.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

There was an error in this gadget

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET